MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 19 June 2008

~Yes Sir~




Oleh Noor Aisyah Mokhtar
ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.

Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati.

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.

"Saya cabar awak."

"Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It's just a challenge. If you aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?"

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akan nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku. Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila.

Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya. Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama.

Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No Sir!" dengan tegas. Aneh.

Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah. Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.

Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya - menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.

Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu. Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku?

Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah. Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.

Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half day today. So then, take care. Again, sorry.

-Zhafran-

Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah!

Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow. Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian.

Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku. Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia."

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih. Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.

"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak.

"Sir, i hate you. I have to since i realized that i've fallen into you the second you call out my name years ago and i can't believed it.

"Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak.

"I'm sorry i love you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."

*****************

Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin kuberusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

"Langsung tak berubah, suka mengelamun."

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.

"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang.

Dia menghela nafas. "Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?"

"Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. Malam tu di Bali, sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya."

Aku tergamam dengan penjelasannya.

"Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak." Dia berhenti.

"Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."

Matanya bergenang. "Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu."

Terdengar esakan. "Aisyah, i need you, i love you so much. I can't be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?"

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.

"Aisyah, yes or no?"

Lamunanku tersentak. "Yes sir! I do!"

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku. Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your help."

"Yes sir!!"

Jari Kita


Al-kisah... (kedengaran muzik latar ala-ala arabian..)
Di suatu hari, 5 jari bersaudara bersembang sesama mereka.
Tiba-tiba, ibu jari bersuara, "korang semua cuba teka, siapa yang paling 'terer' sekali dalam banyak-banyak jari?". "Siapa?" jari-jari yang lain mula memberikan respon.
Haha, akulah yang paling 'terer' sebab aku ibu segala jari dan aku adalah yang paling besar sekali. Kata ibu jari dengan angkuh.
"Eh..tidak, tidak.. akulah yang paling 'terer' dan berkuasa sekali. Sebabnya, asalkan aku tunjuk sahaja semua orang mengikut perintahku". Jari telunjuk pula menyatakan kelebihan diri.
"Aik! mana boleh! akulah yang paling 'terer'. Sebabnya dalam banyak-banyak jari, akulah yang paling tinggi. Korang semua berkedudukan rendah dari aku haha!"
Jari hantu pula yang mengaku dirinya paling berkuasa.
"Nanti dulu,, agaknya kau orang sudah lupa ya? akulah yang paling kaya antara kita berlima. Sebabnya, manusia memakai emas dan berlian dibadan aku! cincin dan permata disarungkan padaku". Jari manis pula bersuara.
Mendengarkan 4 saudaranya beradu kekuasaan, jari yang kelima pun berfikir sendiri. "Apalah kelebihanku ini, sudahlah kecil, pendek dan tidak kaya pulak..". Setelah penat memerah otak, dia mendapat satu idea. "Hah! aku dah dapat!".
"Wahai saudara-saudaraku, sebenarnya akulah yang paling kaya, paling 'terer' dan paling berkuasa!" katanya dengan lantang.
"Eheh budak kecik ada hati nak berangan mengalahkan kami ya!, hah! kenapa pula kamu yang paling berkuasa?" soal jari hantu. Hatinya mengejek si kecil itu.
" Aku adalah raja!" ujar jari kecil.
"Hah? raja mana pula kau ini?" jari telunjuk pula bertanya.
"Aku raja Keling, kelingKING !" jari kelingking pun ketawa sekuat hatinya, kerana dapat mengenakan 4 saudaranya itu.
Jari-jari yang lain semuanya diam tidak terkata apa-apa.
Akhirnya, kalah jugalah semua jari-jari yang sombong dan angkuh itu dengan KEBIJAKSANAAN jari kelingking.
Tamat

Di Sini Ada Cinta - Part 3...Abis dah...




BAU daging bakar yang dipanggang benar-benar membuka selera. Kay mengambil sehiris, mencecahnya ke dalam air asam. "Sedap?" Soal Adam. Kay mengangguk. "Sebab tu I selalu ke sini.. " Ohh.. Kay senyum. "Kay.. you sudi tak jadi girlfriend I?" soalnya tiba-tiba. Alamak.. Kay senyum lagi. "Kenapa you tanya?" soal Kay. "Cakaplah.." pinta Adam. "how about u?" soal Kay pula. "I.." "Abang… " Adam kepucatan. Gadis yang berambut separas bahu itu tersenyum.
Entah dari mana datangnya dia mereka tak sedar. "Nora.. Nora buat apa kat sini?" soal Adam gugup. Kay kehairanan. Aikk.. kenapa pula ni? "Siapa ni bang? Dari tadi lagi Nora perhati..cakaplah bang.." desak gadis itu lagi. "Ini.. ini.. " "Ini perempuan yang abang suka tu kan? Selama ni betul la apa yang orang kata pasal abang! Abang curang!!" Pantas tangan Nora mencapai jus lobak dan menyimbah ke arah Kay. Kay tak sempat mengelak dan seluruh muka dan dadanya sudah basah. "Nora..!" Adam memegang kepala. Kay tergamam. "Siapa ni bang? Cakap??" desak Nora.
Suasana di restoran itu mula tegang. Pelanggan-pelanggan lain sudah mula memberi perhatian ke arah mereka. " Dia tunang I Nora.." Satu suara tiba-tiba menyampuk. Amal sudah tercegat di sebelah Kay. Tanpa dipinta selamba dia meletakkan tangan memeluk bahu Kay. Kay tergamam. Dalam hati memang geram.. tapi hati dia lebih sakit melihat dua makhluk di hadapannya sekarang ini. Adam hilang machonya bila Nora tiba-tiba muncul! Tak guna punya jantan!! "Ha.. tunang Amal, Kay…" "Apa?" Nora menekup mulut. Seraya itu dia mengambil napkin membantu Kay mengelap baju yang sudah basah. "Sorry.. I tak sengaja sorry.." pintanya kesal. "I Nora, tunang Adam.. I minta maaf.. Amal.. sorry.." pintanya lagi. Kay diam tak terkata-kata.
Pada Adam dia merenung tajam membuatkan Adam mula tak senang duduk. Amal selamba menarik kerusi dan menolong menjamah hidangan yang masih belum terusik sepenuhnya. "Nora.. kan abang dah kata.. abang Cuma sayangkan Nora.. " pujuk Adam. "Ye Nora.. betul tu.." sampuk Amal.. antara perli atau apa, Adam tak pasti. "Err.. Mal.. aku pulang balik tunang kau.. aku pergi dulu.. sorry ye Kay.. bye.." Adam bangun dan berlalu memimpin Nora pergi dari situ.
Kay tergamam lagi. Tak percaya apa yang berlaku sebentar tadi. "Kan saya dah cakap dulu.. " Amal merenung wajah Kay. Kay tidak menjawab. Tangannya masih tekun mengesat baju yang sudah kotor. Tiba-tiba dia terasa malu yang amat sangat. Dan tiba-tiba juga dia rasa Amal memang sengaja ingin menyaksikan kegagalannya dalam membina satu hubungan. Airmata tiba-tiba terasa menitik. Tanpa menanti Kay bangun dan meninggalkan Amal yang cuma tenang melihatnya berlalu pergi….
Mak menggeleng kepala melihat Kay mengutip kaca yang berderai di atas lantai. Apa kena anak aku ni? Bisiknya sendiri. Sudahlah terkejut melihat dia balik memakai baju kurung semalam belum hilang lagi. Perangainya juga sudah banyak berubah. Pendiam tak tentu arah pula dia kali ini. Kena sampuk dek jembalang tanah ke? "Kay ambilkan piring bekas nenas mak tu.." pintanya bila Kay selesai mengutip serpihan kaca. Kay patuh. Seketika kemudian dia membawa sebesen besar taugeh yang sudah dibuang akar. "MasyaAllah budak ni.. " mak menggeleng kepala. "Nape mak?" soal Kay. "Mak mintak nenas tu.. yang kau ambil taugeh ni kenapa?" Ohh.. Kay menggaru kepala yang tidak gatal. Along turut tersenyum melihat Kay. Kantoi ngan mak! Padan muka! "Kamu ni kenapa Kay? Sakit? Sakit apa?" soal mak. "Sakit orang muda mak.." sampuk along selamba. Kay mula menjeling geram.
Jangan nak pandai-pandai bukak cerita.. kang aku bakar gambar tunang kau kang.. Along tertawa sambil menjelir lidah. "Kay.." mak senyum. Kay menoleh. Tangannya lincah membasuh beras. "Mak suka tengok anak mak sorang ni dah berubah. Dah pandai pakai baju kurung.. dah pandai melawa.." "mana taknye mak.. ada imej consultant tak bertauliah yang ajar itu ini.." jawab Kay sambil menjeling along. Along senyum. Aku ke.. atau si Amal tu? "Mak rasa memang sesuai sangatlah.. macam pinang dibelah dua la.." Aik.. Kay merenung emak.
Sejak bila pulak mak aku ni masuk pertandingan pantun ni? "Iyelah.. hidup kita sebagai manusia ni Allah jadikan berpasang-pasangan..kalau bulan dengan bintang.. kalau hujan dengan panas.. kalau siang dengan malam..kalau bunga ada kumbangnya.." Amboi… Kay rasa nak tergelak. "Mak.. mak ni nak cakap apa sebenarnya.. nak cakap pasal cuaca dunia semakin panas ke.. nak cakap pasal bunga?" Kay sudah mula tertawa bersama along. "mak nak cakap hal kamu tu la!" Alamak.. Kay tersenyum. Dia duduk di sebelah Along.
Biarpun sebaya tapi Along jelas kelihatan lebih matang dari Kay. "Kakak kamu tu dah bertunang.. jadi.. mak rasa.. Kay pun patut ikut jejak langkah Along.." Apa?? Kay rasa macam nak tercekik. "Mak ni kalau boleh nak tengok dua-dua anak mak ni bersanding sama.." Kay tergelak lucu. "Mak.. takkan la kami ni kembar, semua kena sama.." Kay menggeleng kepala.. "Iye la.. anak perempuan mak dua aje.. kalau dua-dua kawin lega mak.. tak ada la mak ni nak risau sangat…" Kay senyum. "Kalau ada orang merisik Kay.. Kay nak tak?" "Soalan mak tu macam dah ada orang gitu-gitu jer.." Along mengerut kening. Mak senyum. "Orang ni datang dari keluarga baik-baik. Dah lama kami rancang perkara ni.. " Mak memandang Kay. "Kay dah ada buah hati ke?" Kay tunduk.
Jari-jari runcingnya ligat menguis-kuis alas meja. Buah hati? Hati Kay ni baru je remuk mak. Kay dah tersilap menyayangi orang.. rupa-rupanya orang tu dah ada tunang! Along merenung Kay. Dia turut merasa pedih yang terukir di hati kembarnya. Sabarlah dik.. "Fikir la dulu.. kalau dah habis fikir bagi tahu mak.. kalau Kay nak jumpa orangnya pun boleh.. tapi fikirlah dulu.." mak menepuk belakangnya, membuatkan Kay tersenyum.
RITA merenung gadis di hadapannya tak bekelip. Betul ke aku tak salah orang ni? Dia menenyeh biji mata.. untuk memastikan dia tak tersalah pandang. "Apa ni? Tak pernah tengok orang ke?" soal Kay sambil tersenyum. "Apa dah jadi dengan kau ni Kay?" soal Rita sambil meletakkan surat-surat untuk tindakan Kay. Kay sengih lagi.
Jambangan-jambangan bunga mawar yang layu di atas meja disusun elok di belakang. Seminggu dia cuti mawar-mawar itu terbiar di atas meja. Dan, yang paling segar diletak dalam vase besar. Terima kasih banyak pada orang yang baik hati mengirim bunga. Lain kali bagi lagi berdozen-dozen!
"jadi orang la.. nak berubah jadi baik pun tak boleh ke?" soal Kay kembali. Rita rasa tersindir. "Kenapa kau tak balik lagi?" soal Kay sambil menaip sesuatu di komputer. "Aku saja lalu sini.. tak tau kau dah masuk kerja hari ni.. kata nak cuti dua minggu.." jelas Rita. "Saja.. bosan pulak aku duduk kat rumah.. " jawab Kay. "So, aku balik dulu la Kay.. boyfriend aku dah tunggu kat bawah.. err.. ikhlas aku cakap.. cantiknya kau.." Kay senyum bila Rita memuji begitu. Rita keluar dari bilik.
Suasana di pejabat kembali sunyi. Memang semua terkejut melihat kemunculannya hari itu. Masing-masing ingat dia pekerja baru. Kelakarnya.. tapi syukurlah.. bermula daripada arahan gila si Amal aku dah berubah sampai ke tahap ini. Kadang-kadang betul juga kata kak Suraya. Biarpun arahan tu nampak tak logik.. tapi untuk kebaikan.. tak salah kalau kita akur.. hmm… minta-mintalah si beruang kutub tak perli aku lagi lepas ni. Sakit telinga bila dia asyik kata aku ni macam jantan. Dan minta-minta.. lepas ni mulutnya yang macam murai tu terkunci rapat-rapat bila melihat imej baru aku ini… tapi.. mesti ada tujuan dia dera aku macam tu. Aku tengok si Tina secretary Encik Adnan di HR Dept. tu melayu juga.. berdarah jawa lagi.. tapi selamba je pakai skirt singkat.. tak kena marah pun! Ahh.. lantaklah.. yang penting aku buat ni bukan pasal dia.. tapi kerana kesedaran aku sendiri. Dah puas 24 tahun aku hanyut dalam dunia gila-gila.. sampai aku tak ada identiti sendiri. Nak kata perempuan tapi macam lelaki.. nak kata lelaki bulan-bulan ada bendera merah juga!
Dia mula rasa boring. Pantas tangan pergi ke Real Jukebox. Kemudian dia klik pada lagu yang baru didownload tengah hari tadi. Orang tak ada ni boleh la menyanyi hiburkan hati..
I'm not looking for someone to talk to
I've got my friend, I'm more than ok
I've got ore than a girl could wish for
I live my dreams but it's not all they say
Still I believe I'm missing something real
I need someone who really sees me
Don't wanna wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world
I've often wondered if love's an illusion
Just to get you through the loneliest days
I can't criticize it
I have no hestitation
My imagination just stole me away
Still I believe I'm missing something real
I need someone who really sees me
Don't wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I needi is to know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world
Love's for a lifetime not for a moment'
So how could I throw it away
Yeah I'm only human
And nights grow colder
With no one to love me that way
Yeah.. I need someone who really sees me..
And I won't wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
You'll reach for me and
I'll know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world..
Amal tak jadi untuk mengganggu gadis itu menyanyi. Dia jadi gamam melihat gadis bertudung hijau itu di dalam bilik Kay. Mulanya memang dia nak menyergah. Anak dara apa melalak sorang-sorang di sini? Tapi, saat matanya jatuh melihat ke wajah itu dia jadi serba salah.
Memang perasaan ini sudah mula wujud setelah melihat air mata gadis itu jatuh semasa peristiwa di restoren itu terjadi. Dan Amal mula terasa amat bersalah. Memang dia tahu perangai playboy Adam.. tapi sengaja dia nak mengenakan si Kay. Memang niatnya supaya Kay sedar.. di jiwanya masih bernaluri perempuan.. yang ingin dimanja dan dikasihi. Lagipun, dalam banyak-banyak staff, yang seorang ni memang suka memberontak. Maklumlah.. masa dengan abah dulu naik lemak. Abah memang jenis tak kisah. Tapi dengan aku jangan main-main. Bukan dia tak tahu gelaran istimewa diberikan Kay untuknya. Si beruang kutub! Orang handsome macho macam aku dikata beruang kutub.
Sebagai balasan, padan muka kau kena jadi perempuan! Hari pertama dia datang kerja dengan baju kurung warna merah kalau tak silap. Penampilan pertama memang kurang memuaskan. Baju merah, kasut warna hijau tua.. bawak pula beg sandang. Memang menjatuhkan maruah baju kurung! Namun lama kelamaan dia dah mula memakai kebaya.
Pertama kali dia berkebaya masa aku bawa jumpa Adamlah! Tak sangka lawa juga minah tomboy ni.. dia sendiri terpesona sewaktu Kay melangkah ke dalam pejabat. Baju itu menampakkan susuk tubuhnya yang lampai. Tapi, tak boleh dipuji.. nanti menjadi riak. Dan hari ini tuhan seperti ingin menduga hatinya yang mula bergoyah. Kay tersangat ayu dan manis bila mengenakan tudung rupanya. Dan Amal terus memerhati dari jauh tanpa Kay sedari sedikitpun… MESYUARAT berakhir setelah 3 jam bersidang.
Kay menguap beberapa kali. Dia memeriksa handset yang dioffkan sejak dari pagi tadi. Wahh.. banyaknya pesanan suara! Pesanan pertama.. huh!! Adam??!! Ciss.. pegi mampus! Bisik hatinya sendiri. Kemudian, pesanan Kak Suraya.. hmm.. dia ajak pergi ke rumahnya petang esok. Kena return call. Kemudian .. alamak.. ni dari kampung! Kay segera menyorok di belakang pintu bilik meeting sambil tangan lincah mendail nombor rumah. "Hello.. " "Asalamualaikum mak! Kenapa telefon Kay?" soal Kay. "Amboii.. telefon anak sendiri dah tak boleh?" usik mak membuatkan Kay tertawa. "Tak adalah mak.. " "Macammana?" soal mak. "Macammana apa mak?" soal Kay balik. "Jawapan hari tu.. dah dua minggu dah ni.. pihak lelaki dah sibuk bertanya.. jangan biar orang tunggu lama-lama Kay.." Hmm.. Kay mengeluh. "Oh ya.. semalam mak cik Sarimah telefon mak.. dia suruh Kay telefon dia.. ada hal mustahak nak cakap.. ambil nombor telefon ni.... " Kay pantas mencatit sesuatu di kertas yang dibawa ke dalam meeting tadi. "Ni nombor telefon rumah dia ke ni mak?" "Hmm.. telefonlah.. kalau Kay nak puas hati. Mak dan abah dah tengok orangnya.. kami dah berkenan.." Kay mengangkat kening. Mak dengan abah ni macam dia pulak yang nak kawin! "Err.. okey la mak..nanti la Kay telefon.. err.. Siapa nama dia mak?" "Amirul, " "Ohh.. Amirul.." Kay senyum. "Ehemmm!!!" Opocot!! Kay cepat-cepat menyimpan handset.
Amal sedang merenung di belakang. Apa lagi la salah aku.. takkan bercakap dengan mak sendiri pun tak boleh.. "Saya nak awak ikut Samsul jemput Encik Mokhtar dari Sudan kat KLIA sekarang...." Eiii… Kay mengurut dadanya. Sabarkanlah hati aku nie ya tuhan!!! "KAK .. boleh tolong Kay tak?" "tolong apa?" soal Suraya. "Tolong telefon orang ni.." "Kenapa?" "Err.. macam nie.. mak dan abah kat kampung berkenan kat orang nie.. tapi Kay tak pernah jumpa.. so, akak menyamar jadi Kay boleh?" pinta Kay. "Ohh.. kenapa Kay tak cakap sendiri?" "Takutlah.. tak pe la. Akak Cuma tanya dia sama ada dia nak jumpa Kay tu jer.. boleh?" pinta Kay lagi. "emm… okey.. insyaAllah.. apa namanya?" "Amirul, ni nombor telefon, 70865443," "Okey.. akak cubalah.." "Okey.. thanks kak!" Kay senyum sambil menyimpan kembali telefon bimbit. Entah kenapa rasa di dada berdebar lain macam. Dan dia paling surprise dengan satu berita. Si Amal nak bertunang!! Heh.. ada perasaan jugak kau dekat perempuan ye? Kay tersenyum sendiri.
Siapa lagi yang bawa cerita kalau bukan si Rita. Lagipun.. seronok apa dapat korek rahsia boss. Boss yang kerek pulak tu. Dengar cerita pilihan keluarga. Bagus.. anak yang patuh pada orang tua.. Kay tersenyum sambil merenung jambangan mawar yang tiba lagi pagi tadi. Teringin sangat dia nak tahu siapa pengirimnya. Tapi sayang.. dia tak pernah terserempak dengan si penghantar bunga. Biasanya kak Mona receptionist yang mengambilnya. Dan sejak sebulan ini Cuma dia dengan si beruang kutub saja yang dikunjungi bunga setiap hari. Hmm.. diam tak diam kopak jugak la RM aku dua tiga ratus untuk bunga je.. jangan-jangan.. dia dah tahu aku punya kerja! Ishhh takkan la.. Kak Suraya takkan bocor rahsia punya! Lagipun si Rita tak pernah pula cerita boss dia tu pergi sibuk2 cari address kedai bunga tu.. maknanya dia suka la tu.. hehehe.. padan muka kau! Ego sangat! Tapi.. Kay mengurut dagu.
Kalau tak kerana dia aku tak mungkin berubah begini! Dan dia akui.. Amallah yang banyak mengubah hidupnya. Dia patut berterima kasih pada Amal kerana membuka matanya selama ini. Dan kalau tidak kerana Amal, tentu dia terlanjur jauh mencintai Adam
! Ring! Ring! Telefon di meja berdering nyaring. Pantas gagang itu disambar. "Hello.." "Hello Kay.. Kak Suraya nie.. problem Kay settle.." "Wah.. cepatnya kak.. macammana?" "Err.. akak Cuma dapat cakap dengan mak dia aje la Kay.. tapi tak ada masalah.. mak dia kata petang nie Kay boleh datang ke rumah. Dia orang tunggu.." "Okey .. terima kasih kak.. tapi Kay takutlah kak.. akak temankan Kay boleh tak? Lagipun Kay tak ada kereta.." "Emm.. " "Please kak.. Kay seramlah kak…" pinta Kay. "Okey.. nanti lepas office Kay datang kedai akak, okey?" "Okey! Thanks kak.." Kay senyum.
Tapi dalam hati dia terasa begitu berdebar sekali. HONDA City warna biru milik Suraya membelok masuk ke sebuah banglo di lorong ketiga. Mak aii… Kay terpegun sendiri. "Betul ke ini rumahnya kak?" soal Kay. Suraya senyum. "Pasti sangat Kay.. jom kita turun.." Suraya keluar dari perut kereta dan membuka pintu pagar. Kay mengekor di belakang takut-takut. Segala jenis selawat dan doa dibacanya.
Dalam perjalanan tadi macam-macam pesanan mak di corong telefon. Salam.. lepas tu cium tangan. Jaga adab bercakap.. jangan cakap bukan-bukan.. aduii.. banyaknya pantang larang! "Masuk Kay.. " Ehh.. Kay pelik. Kak Suraya ni buat rumah ni macam rumah sendiri aje.. seketika kemudian seorang wanita bertudung kuning pinang masak muncul. "Ohh.. inilah dia orangnya.." Kay senyum, tunduk mencium tangan wanita itu. Seketika tubuhnya dipeluk dan kedua pipi dikucup membuatkan Kay rasa tenang. Kelembutan wanita itu menghilangkan segala kerisauannya. Kalau emak dah sebaik ini, anak nya mungkin serupa juga! "Duduklah nak.. kejap lagi turunlah Amirul. Dia tengah sembahyang tadi.." Wah.. Kay lagi rasa gementar. Kak Suraya yang duduk di kerusi di depannya Cuma tersenyum tak putus-putus. Tak lama kemudian seorang lelaki turun, Cuma berkain pelekat dan berbaju melayu sahaja. "Ini dia ayah kak Suraya.. abah, ni la Khusyairah.." Kay menghulur tangan untuk bersalaman tapi..
Eh.. macam pernah kulihat lelaki ini.. "Tuan Haji??" Kali ini debar makin menjadi-jadi. Macammana pulak aku boleh ada kat rumah boss aku ni? "Kay.. amacam? Sihat?" soal Tuan Haji Ariff selamba. Kanak-kanak perempuan yang comel di sisi kak Suraya tersenyum manja. "Mama.. mama.. tadi nenek kata mama nak bawak balik mak ngah.. " Mama? Kay pandang kak Suraya tak percaya. "Kak Sue.." "Sayang.. pergi panggil pak ngah turun.. kata pada dia nenek dengan atuk dah tunggu lama kat bawah ni.." Tanpa memperdulikan renungan Kay Suraya mengarah anaknya itu memanggil teruna yang masih di bilik. "Kak Suraya Kay tak faham.." bisiknya.
Macammana aku nak faham. Kalau ke sini.. siapa lagi yang ada di rumah kalau bukan si beruang tu! Alamak.. tapi.. "Kejap lagi Kay fahamlah.." balas Suraya bersahaja. "Assalam.." Kay menoleh. Apa? Automatik dia berdiri bila melihat siapa yang muncul bersama anak Suraya tadi. "Encik Amal!" Suraya menghampiri Kay.
"Sebenarnya.. Amal ni adik kakak.. dia ni la Amal Amirul.. " "Jadi selama ni Kak Sue dah tahulah?" soal Kay. Suraya mengangguk. Aduh.. malunya aku!! Kay tunduk. Tak berani nak bertentang mata dengan keluarga itu. "Jangan rasa apa-apa Kay.. semua ni family planning.. biasalah.. untuk kebahagiaan bersama.." usik Tuan Haji sambil tersenyum dan bangun. Sempat dia mencuit isterinya mengajak ke dapur. "Mak masuk dulu ye.. berkenal-kenallah.." wanita itu masuk ke dalam. "Mal pun tak faham kak long.." Amal turut merenung Suraya. "Mal.. kan Amal pernah cerita tentang gadis idaman Amal yang degil sangat tu .. sekarang dia dah ada di depan mata.." "Gadis idaman?" soal Kay pula. "Ya.. dah lama Amal sukakan Kay.. tapi Kay yang tak faham.
Jadi, kakak tolong sambungkan ikatan ni. Bila Kay kirim bunga pada Amal.. akak pula bertindak kirimkan bunga pada Kay pula. Kay sukakan Amir yang menghantar bunga tu kan? So, inilah Amir yang Kay cari-cari selama ini.." Kay tak tahu di mana nak sorok muka yang dah tebal. Amal tersenyum. Cis.. mati-mati aku ingatkan kau dah nak kawin dengan orang lain. Macam nak hancur rasa hati sewaktu diberitahu Rita kau dah nak bertunang. Kecewa hati aku ni macam orang gila tau tak? Kerana itu bila mak telefon tadi beritahu Putri nak datang aku setuju aja.
Lantaklah siapa asalkan aku boleh lupakan kau dari hidup aku.. tapi tak sangka.. "Sekarang.. segalanya dah terungkai.. Amal.. Kay dah ada di depan kau sekarang.. cakaplah apa yang rasa nak cakap selama ni.." Kak Suraya berlalu masuk ke dapur. Kay menarik nafas. "Err.. kenapa awak diam je?" "Saya minta maaf Encik Amal.. memang mula-mula saya kenakan encik Amal dengan mengirim bunga tu.. tapi sebenarnya.. saya .. saya.." "Khusyairah.. saya pun nak minta maaf… selama ni saya tak bermaksud nak aniaya awak.. Cuma saya tak tahu macammana nak cakap saya suka kat awak.. saya pun, memang mula2 saya nak kenakan awak dengan si Adam tu.. tapi bila saya tengok awak menangis.. awak kecewa.. saya rasa saya yang bertanggungjawab.. dan masa tu saya sedar yang selama ni saya benar-benar sukakan awak.." "Tapi encik terima juga bunga-bunga tu.. kalau encik sukakan saya sorang tentu encik tak terima bunga-bunga tu.." "Sebab awak pun terima bunga juga.. saya pun tahu cemburu.." jawapan Amal itu membuatkan Kay tergelak. "Err.. bila nama awak jadi Putri pulak?" soal Amal ingin tahu.. "macam encik Amal jugak.. nama penuh saya Khusyairah Putri.. tapi dulukan saya brutal.. putri tu saya selalu ignore.." jawab Kay. Amal senyum. Apa-apalah Kay.. "Jom.." pelawanya sambil tersenyum. "Jom kemana?" soal Kay hairan. Kan mereka dah di dalam rumah sekarang.. "Jom kawin.." Amal tergelak mengusik. "Amboii.. gatal nye!!" keduanya tergelak sama.
Di balik langsir Suraya dan maknya saling berpandangan.. alhamdulillah… tak lama lagi rumah ini akan menerima menantu lagi!!

All I need is to know it's for sure.. then I'll give.. all the love in the world