Al-kisah... (kedengaran muzik latar ala-ala arabian..)
Di suatu hari, 5 jari bersaudara bersembang sesama mereka.
Tiba-tiba, ibu jari bersuara, "korang semua cuba teka, siapa yang paling 'terer' sekali dalam banyak-banyak jari?". "Siapa?" jari-jari yang lain mula memberikan respon.
Haha, akulah yang paling 'terer' sebab aku ibu segala jari dan aku adalah yang paling besar sekali. Kata ibu jari dengan angkuh.
"Eh..tidak, tidak.. akulah yang paling 'terer' dan berkuasa sekali. Sebabnya, asalkan aku tunjuk sahaja semua orang mengikut perintahku". Jari telunjuk pula menyatakan kelebihan diri.
"Aik! mana boleh! akulah yang paling 'terer'. Sebabnya dalam banyak-banyak jari, akulah yang paling tinggi. Korang semua berkedudukan rendah dari aku haha!"
Jari hantu pula yang mengaku dirinya paling berkuasa.
"Nanti dulu,, agaknya kau orang sudah lupa ya? akulah yang paling kaya antara kita berlima. Sebabnya, manusia memakai emas dan berlian dibadan aku! cincin dan permata disarungkan padaku". Jari manis pula bersuara.
Mendengarkan 4 saudaranya beradu kekuasaan, jari yang kelima pun berfikir sendiri. "Apalah kelebihanku ini, sudahlah kecil, pendek dan tidak kaya pulak..". Setelah penat memerah otak, dia mendapat satu idea. "Hah! aku dah dapat!".
"Wahai saudara-saudaraku, sebenarnya akulah yang paling kaya, paling 'terer' dan paling berkuasa!" katanya dengan lantang.
"Eheh budak kecik ada hati nak berangan mengalahkan kami ya!, hah! kenapa pula kamu yang paling berkuasa?" soal jari hantu. Hatinya mengejek si kecil itu.
" Aku adalah raja!" ujar jari kecil.
"Hah? raja mana pula kau ini?" jari telunjuk pula bertanya.
"Aku raja Keling, kelingKING !" jari kelingking pun ketawa sekuat hatinya, kerana dapat mengenakan 4 saudaranya itu.
Jari-jari yang lain semuanya diam tidak terkata apa-apa.
Akhirnya, kalah jugalah semua jari-jari yang sombong dan angkuh itu dengan KEBIJAKSANAAN jari kelingking.
Tamat
No comments:
Post a Comment