Salam...
Insan yang aku kenal selain dari rakan persekolahan ialah abg Aziz (tua 2 tahun dariku).Pemuda yang bekerja sambilan di dewan makan asrama.Setahu aku dia bekerja dengan mak saudara dia iaitu makcik Nen..tukang masak dewan asrama.Hubungan kami warga aspuri atau aspura memang baik dengan makcik Nen ni..tambahan pula aku yang peramah dan suka amik kesempatan.Jangan fikir macam2 ek..maksud aku,menumpang kasih seorang ibu.Setiap kali aku rindukan emak dkampung aku akan luangkan masa bersama ‘ibu’(kira masuk bab mak angkat aku la ni).Rasanya hubungan aku dengan abg Aziz tu terjadi bila kehadiran dia sebagai pembantu ‘ibu’ membuatkan aku jadi cemburu.Ye la sejak itu aku termalu nak dekati ‘ibu’ dan itu merenggangkan hubungan kami.
Tambahan pula setiap kali bila aku dan kawan-kawan beratur ambil makanan dia akan perli aku dengan nickname ‘antu bedak sejuk” pun makan nasi ka?.adess..mamat ni memang nak kena ar.nak mengorat pun pandai-pandai la mengayat ini tidak mengutuk adala.Nak kata dia minat kat aku rasanya dia bukan jenis mamat jiwang.Tengok dari muka dia tu macam orang yang beriman ja..ngeh3.Nak kata berlagak tak juga sebab dia selalu bagi nasihat kat aku bila aku bersembang dengan ibu di dapur asrama.Ya dia lebih banyak mengingatkan aku tentang pentingnya pelajaran untuk masa depan.Itu yang buat aku malu nak jengah ibu sebab ada penasihat tak berbayar akan bagi ceramah.Aduhai.(siap lagi dia tahu yang Zambri dan Zairi selalu belikan aku makanan bila mereka keluar ke pekan Kangar.) Entahla mamat ni susah nak tahu perasaannya.Siasat punya siasat barulah aku tahu yang mamat ni dulu pelajar yang genius gak tapi sebab bercinta masa belajar dia kantoi (frust menonggeng la tu).
Selepas terbongkarnya rahsia dia,hubungan kami jadi rapat (itupun bersembang masa ada ibu )aku cabar dia amik SPM sekali lagi (swasta).Alhamdulillah aku ambil SPM (V) dia ambil SPM di sekolah swasta SERI ILMU (itupun ibu yang beritahu kerana aku tinggal di rumah semasa tunggu keputusan SPM(V).Erm dalam diam mamat ni belajar patut la selalu saja berkepit buku masa kat dewam makan.
Ibu selalu beritahu aku tentang perkembangan dia selepas aku berhenti sekolah.Abg Aziz tidak lagi bekerja dengannya.Cerita tentang dia juga berkubur selepas aku tamat sekolah..Semasa keputusan SPM di umumkan ..dia datang ke rumah aku di Kuala Kedah.Sebaikla datang bersama ibu kalau tidak dah tentulah aruah bapa dah heret kami ke rumah tok kadi.Hehehe..Dia sendiri mahu ucap terimakasih atas cabaran aku dahulu.Memang aku terkejut kucing tengah buka tudung saji ! Memang tidak salah anggapan aku terhadap dia.Kuat semangat dan ada tokoh jadi pemimpin Heran juga dia yang penat-penat belajar aku juga yang dikatakan pemberi semangat atas kejayaannya itu.Termalu juga aku dengan keputusan cemerlang dia (nak dbandingkan dengan keputusan aku)
kedtangan dia kerumahku ada hajat yang hendak dsampaikan.Itupun selepas aku buka bungkusan tanda terimakasih yang dia berikan.Luahan hatinya buat aku sesak nafas.Sukar aku nak tafsirkan dengan perasaan aku semasa itu.Namun aku gagahkan juga membalas setiap surat-surat dia selepas itu.Tidak dinafikan hubungan aku dan Abg Aziz diketahui oleh ‘ibu’ dan juga keluargaku.Namun hanya surat penghubung percintaan kami.
Sampailah aku di alam perkerjaan dan dia masih di menara gading (UIA).Untuk mengetahui kenapa dan mengapa cinta kami terputus ditengah jalan.Ikutilah kisah aku dalam mawar desa episod yang seterusnya.
Lagu kenangan aku dan abg Aziz (melalui kiriman surat dan kiriman kaset lagu)
“Tiara-Kriss” dan “Jangan Pisahkan”.Doaku moga-moga abg akan temui jodoh yang terbaik untuknya dan semoga berbahagia hingga kehujung nyawa.Amin.hajat hatiku nak juga berjumpa dengan mereka yg pernah menjadi sebahagiaan cerita dalam perjalanan usia remajaku.
Dan dengan terputusnya hubungan aku dan abg.dan yang lain-lain..Maka tamatlah riwayat cinta monyet yang pernah singgah dihatiku suatu tika dulu.
.Ada pedih dan airmata…namun ia Cuma meninggalkan nostalgia dalam secebis kehidupan remaja aku.Walau hingga kini aku masih mengingati tapi tidak bermakna aku curangai harga sebuah kasih dari seorang lelaki yang bergelar suamiku kini.
aKu iNGiN KeLuAr DaRi kEpOmPoNg CiPtAan kU SeNDiRi..mEnJaDi rErAmA cAnTiK mEnGHiaSi mAsJiD YaNg TeRmEtERi BeRsAmA iNsAn bErNaMa sUaMi...
Friday, 16 May 2008
Tuesday, 13 May 2008
~Mawar Desa ~ Zaman Centa Monyet (2) eps:9
~Cinta ke-2 banyak dengan adengan Terkejut Beruk~
Erm ..cinta ke-2 aku ngan Zairi (dia ni memang jejaka encem la kat skolah tapi pemalu-jurusan Elektrik) aku ngan Zairi ni Pengerusi dan Pen.Pengerusi dalam persatuan Bulan Sabit Merah.Aku memang xbopa nk harap sgt nk jatuh centa ngan mamat encem nie.Ye la sapala aku nie..dah la macam mapia kt skolah tu blum brutal kat asrama..jarak antara aku ngan Zairi nie macam 7 petala langit la..woho jauh beb!!
mungkin pertemuan dan perbincangan dalam persatuan PBSM buat kami sehati kot.Ye la ari2 tengok muka dia..muka aku..ngeh3. Tapi yang aku pasti,kami rapat kerna Zairi banyak membantu aku dalam Sains (org letrik katakan).Bagi aku kami Cuma sebagai kawan.Hinggalah satu peristiwa tragis kat asrama yang buat aku pula yang terkejut beruk.Bab surat cinta yang tersembunyi dalam loker baju aku.Adess..selama ni aku suka gelakkan membe bila surat2 depa kantoi ngan warden masa buat spotcheck. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan Zairi sampai kawan-kawan pun terkejut beruk (kan aku dah kata…dlm cinta monyet ni mesti ada adengan terkejut beruk punya)Sebenarnya surat cinta Zairi tu saja aku xtunjuk kat kengkawan,.lagipun aku tak nak layan blues dengan dia.Aku sembunyikan siap balut dengan kain batik.Namapun surat cintakan,apa lagi taruk bedak sebotoi cemana warden tak dapat kalau dah bau sebatu dah boleh hidu.Iskh terbongkarla resia aku ngan Zairi.
Sejak terkantoi tu hubungan aku ngan Zairi dan Zamri jadi celaru.Perbezaan ketara antara mereka.Zambri lebih berani berterus terang hinggakan cikgu/warden perasan dan boleh dikatakan aku adalah semangat Zambri bermain Bola Sepak sepanjang pertandingan.Tapi Zairi lebih suka luahkan perasaan dalam surat.
Adess..lawak ar.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Aku alpa tentang tujuan aku ke sini.aku kembali seperti biasa belajar.Dah lumrah dalam asrama.mesti ada kes macamni.ermmmmm…
Lagu yang mengembalikan nostalgia.Zambri “Blackrose-penantian”,” “Febian –untukmu sayang”(lagu ini boleh buat aku mengalir air mata-Zam nyanyikn masa ari perpisahan ting.5),”Spring –Sejiwa”(berkelah di Lata Bayu -Pengakap dan PBSM),”Mega-bayangan gurauan”, “BPR –air matajernih”(masa kami gotong-royong selepas aku kantoi dgn surat Zairi) dan banyak lagi.lagu yg Zam dendangkan masa atas bas semasa kami ke pertandingan Bola sepak dan Bola jaring...setiap manusia ada kenangan
.Bagi aku walaupun usia tamat persekelohan dah berbelas-belas tahun.Nostalgia dengan Zambri sukar aku lupakan kerana setiap kali mendengar lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan bersama petikan gitar mengembalikan nostalgia antara aku dan dia.
Aku doakan Zambri semoga tika dan saat ini dia bahagia dengan kehidupannya.Tamat saja persekolahan aku terputus hubungan dengan dia.Yang kekal kini aku dan Zairi kerna tmat zaman sekolah Zairi masih lagi berutus surat dan sekarang kami masih lagi berutus email (ikut peredaran masa)
~Mawar Desa ~ Zaman Centa Monyet (1) eps:8
Uhuk…nak kata tak pernah bercinta tu kira menipu diri sendirila.Tapi rasanya takda la kekal lama
manapun dah namapun cinta monyet..xberapa pasti la pulak,yang tahu monyet nie suka bergayut dari dahan ke dahan sebelum gedebuak jatuh ke tanah selagi itulah dia dok bergayut.
Camtuh kot agaknya sinopsis cinta monyet,cepat sangat berubah hati,kesinambungan cinta monyet ni mesti ada adengan terkejut berok..ahaks.
Ades apa yg aku dok melalut ni.meh sinila aku nak crita ttg cinta yg pernah bertandang dalam hidup aku.Oh ya ! Time skolah masa Tingkatan 4-5 manada lagi email,handpone sms, mms, yang ada cuma..publicphone banyak yang berceracak depan guardpost asrama.Lumrah budak-budak asrama la,mesti ada abg angkat,mesti ada yang berkirim salam xkira la masa tgh beratur nk masuk kelas atau kat tepi-tepi kakilima skolah..ek ada gak yang sanggup kluaq kelas semata-mata nak ucap “hai leh berkenalan”(jiwang abih la mamat ni)
Rasanya sebab dah aku yang tulis cerita so xpayah ler aku tulis crita cinta membe2.buat lenguh menaip ja.Baik tulis cerita cinta sendirikan..ahakss..ececeyyyyy dah namapun rentetan hidupku.
Erm.cinta yang mola berputik aku dengan Zambri Mat Sabu (Jurusan Binaan Bangunan).Good looking gak ler mamat ni.tapi amik SPM kali ke-2 kiranya tua setahun dari aku.Seperti yg pernah mengikuti rentetan hidup aku,sukan ni kira dah sinonim la dengan aku..agaknya dari situ jugakla mamat tu suka kot (aku nie xler comey manapun..cenoni jer..perah santan la pulak)aku wakil skolah untuk Bola Jaring dan Zambri wakil sekolah dalam Bola Sepak.2 pasukan ni kira top dalam skolah kami.so bila ada pertandingan untuk bola & bola jaring mesti cikgu nak salah satu jd pasukan tukang sorak skolah.so very the close la kami nieZambri ni pandai petik gitar tu yang buat aku jatuh cinta (yela dari jatuh centa ngan monyet baik aku jatuh centa ngan zambri ..ngeh3)dia ngan gitar dia tu kira cam belangkas ja..kemana pasukan kami pergi mesti dia bawa so ngada2 la tu nk sumbang soranya yang dah sememangnya sumbang..ops..(lawak ja..sora dia mmg ada umph..).secara tak lansung kalau ada perselisihan antara kami.semuanya dia luahkan dengan menyanyi lagu2 yang liriknya buat aku terkesima.tu bab suara belum bab dia senyum menggoda masa petik gitar.Monyet kat atas pokok leh bunuh diri ..frust sbb dia dah ada kekasih.hik3
Walupun terlibat dengan cinta monyet nie.Semangat dan tujuan asal belajar tu stay penting bagi aku.persahabatan dengan Zambri buat aku amik kesempatan atas kebijaksanaan dia dalam bidang akedemik(Matematik..)Terus terang aku katakan semenjak kami berkawan keputusan matematik aku bertambah baik.Terimakasih Zam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
