MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 12 May 2011

~Lagu Cinta eps : 37-



BaB 37


Aleya Puteri

Jikalau Aku



"Cik Aleya, Mr. Syed dah masuk ofis dia."

"Dah masuk? Oh, okay. Thank you Sheqyn. Sekejap lagi saya datang sana. Dia tak ada appointment apa-apa kan pagi ni?"

"So far tak ada lagi Cik Aleya."

Pantas Aleya bangun dari kerusinya dan melangkah keluar dari bilik pejabatnya menuju ke pejabat Syed Akashah. Hari ini dari seawal jam tujuh setengah pagi lagi dia sudah menunggu kedatangan Syed Akashah di pejabatnya kerana ada perhitungan yang hendak diselesaikannya dengan lelaki tersebut. Memang rekodlah sebab hari ini dia menjadi orang pertama yang sampai ke pejabat. Biasanya dia berlumba dengan Syed Akashah dalam bab siapa yang datang lewat. Syed Akashah tu memanglah tidak kisah kalau dia masuk lewat manapun ke pejabat ini sebab dia bos besar. Tapi Aleya ni memang selamba melebihi badak nak masuk pejabat ikut suka hati dia je.

Ada juga cakap-cakap belakang yang pernah didengarnya daripada kebanyakan pekerja perempuan di syarikat ini yang nampaknya cemburu melihat kesenangan dia sesuka hati keluar masuk pejabat ini. 'Alah… dia tu kan senior company secretary dekat sini, tambah-tambah lagi dia pekerja kesayangan Syed Akashah sebab itulah dia berani buat begitu.' Heh, suka hati mereka dan keluarga-keluarga merekalah nak kata apa pun tentang dia. I don't give a damn. Dah Syed Akashah tak pernah kata apa pun dengan dia, buat apa dia nak peduli dengan mereka-mereka itu.

Sebenarnya tak adalah lewat mana pun dia selalu datang. Cuma perjalanan yang agak jauh daripada Kajang ke Shah Alam yang selalu membuatkan dia selalunya sedikit miss waktu masuk pejabatnya. Tulah siapa suruh Syed Akashah pergi buat pejabat dekat kawasan Shah Alam, bukankah dah menyusahkan Aleya? Kalaulah Syed Akashah tahu alasannya ini mahunya dia sembur fire ultramannya pada Aleya. Mana tidaknya, sejak awal-awal lagi Aleya menerima tawaran kerja dengannya dulu, bos yang paling baik dalam dunia yang Aleya pernah jumpa ni dah siap offer Aleya untuk duduk sahaja di kondonya di Brunsfield Riverview tu. Aleya sahaja yang beria-ia tidak mahu menerimanya.

Melewati meja Sheqyn yang merupakan PA Syed Akashah, Aleya menghadiahkan senyumannya buat gadis tersebut. Sheqyn membalas senyuman Aleya yang jarang benar dilihatnya dengan pandangan pelik sebab jarang benar Aleya hendak beramah-tamah dengannya. Diminta untuk jumpa dengan Syed Akashah pun selalunya ada sahaja alasannya untuk mengelat. Tetapi hari ini awal-awal lagi dia dah di pesan untuk memberitahu Aleya sekiranya Syed Akashah sudah masuk ke pejabatnya.

Aleya yang kini memang berbeza dengan Aleya dahulu. Sekarang ini Aleya tidak mahu lagi terlalu rapat dengan mana-mana rakan sekerjanya seperti mana dia pernah terlalu baik dengan Dania dahulu. Sebab terlalu baik, akhirnya dia tidak sanggup lagi hendak menghadap muka Dania bila cintanya dengan sepupu ipar gadis tersebut putus di tengah jalan. Maka inilah cara terbaik padanya sekarang. Jangan terlalu baik dengan mana-mana pekerja lain sebab nanti kalau-kalau ditakdirkan Aleya terjatuh cinta dengan sedara mara mereka dan dikecewakan lagi, tak pasal-pasal nak kena cari kerja lain lagi sekali.

Aleya sudah selasa di sini. Dengan gaji yang lumayan, menjadi ketua kepada tiga orang penolong setiausaha syarikat dan lima orang staf sokongan pada usianya yang belum pun menjangkau 30 tahun, bukankah sesuatu yang sangat menarik? Kalah kedudukan bekas ketuanyan dahulu, Puan Sharina. Bila di ingat-ingatkan sememangnya syarikat lamanya tu kedekut sedikit. Yalah nama sahaja syarikat yang tersenarai di papan kedua Bursa Malaysia tetapi bahagian pentadbiran korporat hanya ada tiga orang pekerja je. Puan Sharina, dia dan Dania sebagai staf sokongan. Kalau kebetulan banyak sangat kerja yang hendak dibuat, kenalah minta staf lain untuk dipinjam daripada bahagian sumber manusia. Tetapi dekat syarikat kepunyaan Syed Akashah ni memang mewah dengan pekerja.

Saat kakinya melangkah masuk ke bilik Syed Akashah yang tidak diketuk pintunya dahulu tadi terus dia menghamburkan apa yang sangat-sangat ingin diluahkannya sejak petang semalam lagi pada lelaki itu.

"Kenapa you ni pandai-pandai pergi hantar rombongan ke rumah I semalam hah?"

Matanya siap dijengilkan pada lelaki yang sedang duduk dihadapannya itu tanda tidak puas hati yang di simpannya sejak semalam lagi. Tetapi Syed Akashah seperti biasa tetap mempamerkan senyumannya walaupun dia telah disergah secara tiba-tiba oleh Aleya.

"Ni kenapa pagi-pagi dah marah ni dear. Are you woke up from the wrong side of bed today? Kalau ya pun duduklah dulu. Bilik I ni ada banyak kerusi."

"I tak mahu duduk dan hari ini I tak bangun dari tempat yang salah. Malah I langsung tak tidur malam tadi. Pembetulan, tak boleh tidur sebenarnya. Semuanya kerana you, Encik Syed Akashah. You sedar tak?"

"Kenapa salah I pula? I tak ada kacau you pun malam tadi kan?"

"Siapa kata you tak ada kacau I? You sedar tak yang kegatalan you menghantar rombongan meminang I semalam telah mengganggu ketenteraman malam minggu I?"

"Ohh… pasal rombongan tu. Kenapa pula mengganggu? Salah ke I hantar rombongan meminang you?"

"Memanglah salah, siapa suruh you pandai-pandai hantar rombongan meminang ke rumah I?"

"Tak ada siapa yang suruh. I sendiri yang nak hantar."

"You sendiri yang nak hantar? Apa motif you?"

"Motif? Motifnya I nak kahwin dengan you lah. Ada motif lain lagi ke kalau seorang lelaki meminang seorang perempuan? Lagipun selama ni I dah selalu tanya pada you boleh tak kalau I pinang you dan jawapan yang I selalu dengar dari you ialah semuanya terpulang pada ibu bapa you. Jadi, tak salah rasanya kalau I hantar rombongan meminang you kan? I nak tahu juga apa kata parents you. Infact semalam tu cuma rombongan merisik je lah dear."

"Merisik? Merisik apa bendanya kalau you hantar satu battalion orang ke rumah I?"

"Empat orang pun dah kira satu battalion ke? You dulu matematik dapat berapa Aleya?"

"Eh, suka hati I lah nak kira satu battalion tu berapa orang. Kalau I tak pass my mathematic I tak akan ada dekat sini sekarang ni jadi company secretary you okay. Confirm I dah lama kena kahwin dari dulu lagi."

"You ni kan kadang-kadang kelakarlah Aleya. This is one of the reasons why I like you so much. You ni jenis yang akan cakap apa sahaja yang you nak cakapkan. Tak adanya nak control ayu depan I macam perempuan lain."

"Huh…whatever compliment that you give, I tetap tak suka dan tak akan terima pinangan you. Muktamad."

"Kenapa Aleya? Apa salahnya I pinang you? You bukannya isteri orang atau tunang sesiapa pun kan? You ingat I tak tahu hukum-hakam ke? Dalam Islam tak salah kalau seseorang lelaki nak meminang mana-mana gadis yang disukainya asalkan gadis tersebut bukan isteri atau tunangan lelaki lain. And I'm pretty sure that you are boyfriend-less at the moment right?"

"Boyfriend-less? Wow, This is the first time ever I heard this kind of nouns! Mana punya kamus yang you rujuk ni?"

"Dear I'm not an English savvy okay. I main cakap je apa yang ada dalam kepala I ni. Maaf sebab tersalah sebut. What I mean is, you are not attach to any relationship at this moment. By the way sejak bila pula you ni tiba-tiba jadi concern whether my nouns and tenses are right or not? Tak sangka you betul-betul care dengan I ya. Jadi ada harapanlah untuk you pertimbangkan pinangan I kan?"

"Huh, banyak cantik you. I dah kata I tak boleh terima you. Maksudnya I tak akan buat apa-apa pertimbangan langsung tetang tawaran yang you bagi ini. Faham?"

"Mana ada I banyak cantik sebab I ni kan lelaki sejati. Kalau banyak kacak tu yalah. Okay, cuba you bagi I alasan yang munasabah kenapa you tak boleh terima I?"

Arrrgghh… Aleya rasa macam nak menjerit je depan Syed Akashah sekarang ni. Dia ni tak faham-faham ke yang Aleya tak nak dekat dia. Aleya masih belum mahu kahwin. Luka semalam pun masih belum betul-betul pulih. Macam mana dia nak terima lelaki lain dalam hidupnya? Lebih-lebih lagi Syed Akashah yang tidak pernah disukainya sejak dulu lagi. Aleya ada di sini, di pejabat sekarang ni pun semata-mata kerana tawaran gaji yang lumayan yang diberi padanya dan sebab nak lari daripada kenangan silam. Kalau tidak jangan harap dia nak terima tawaran untuk bekerja secara terus di bawah Syed Akashah.

"Syah tolonglah jangan paksa I. I masih belum fikir nak kahwin lagi buat masa ni. I nak bina kerjaya I dulu. I nak beli rumah sendiri dahulu. I nak kumpul duit banyak-banyak dulu."

"Hahaha…Dear, alasan you tu langsung tak konkritlah. Kalau you kahwin dengan I, semua tu I boleh bagi pada you secara percuma. You don't have to work hard for that. Aleya I tahu you pernah kecewa. Mungkin you rasa payah nak percaya pada lelaki lagi. Tapi I betul-betul suka pada you. Sincerely. Sejak dulu lagi. From the first time we met."

"You ingat I nak percaya cakap you tu?"

Aleya memandang Syed Akashah dihadapannya dengan pandangan penuh jengkel. Ingat senang-senang dia nak percaya cakap buaya jadian macam Syed Akashah?

"Aleya dari pertama kali kita berjumpa I memang suka pada you walaupun masa tu perasaan tu mungkin tak sampai lagi tahap jatuh cinta. Macam I cakap tadi, you ni lain daripada kebanyakan perempuan yang pernah I kenal. You are smart and at the same time you have the sense of humor. You are witty. You are not the dumb ass who tries to look good just to impress me.

I perlukan seseorang yang macam you untuk menemani hidup I. You tahukan di sebalik kejayaan setiap lelaki ada wanita di belakangnya. I nak you jadi wanita itu Aleya. Wanita yang menjadi pendorong kepada kejayaan I. You ada ciri-ciri wanita yang boleh menjadi pendorong untuk kerjaya I dan pada masa yang sama menjadi ibu pada bakal anak-anak I. Kalau boleh dari dulu lagi I nak pikat you. Tapi I tahu dulu you dah ada teman lelaki. Peguam tu kan? Apa nama dia ya? Id – Idz…"

"No… don't you ever mention his name in front of me. I tak nak dengar nama dia lagi."

Tiba-tiba Aleya rasa nak meradang. Tolonglah jangan nak ingatkan Aleya lagi tentang lelaki yang bernama Idzham Iskandar itu.

"Fine. I tak akan sebut nama dia. You dengan dia dah putuskan? You juga tak ada rapat dengan mana-mana lelaki lain lagi sekarang ni kan?"

"Yup…tapi apa kena mengenanya dengan topik kita sekarang ni?"

"Apa kena mengenanya? Kalau you dan si peguam tu tak ada apa-apa lagi dan you juga tak ada sebarang hubungan intim dengan mana-mana lelaki lain di dunia ini, kenapa you tak boleh terima I? Sebab you rasa I ni lelaki kasanova kan? Jadi you takut I akan kecewakan you, I akan permainkan you dan I akan tinggalkan you macam peguam tu buat pada you?"

Aleya terkedu. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dijawab. Dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan pada lelaki di hadapannya ini yang dia tiada perasaan lagi untuk bercinta. Sekurang-kurangnya buat masa ini.

"I tahu selama ni you selalu anggap I ni kaki perempuan. You siap bagi I nick Buaya Jadian kan? I boleh agak apa yang you rasa pada I Aleya. Tapi salah ke kalau I layan kaum you dengan baik? Salah ke bercakap dengan lembut pada wanita? Does it wrong if I'm being sweet-talk with women? Yes maybe you've seen me with few girls out there but bukannya I yang cari mereka selama ni. Mereka yang selalu cari I.

Kalau pun I pernah keluar dengan pelbagai wanita, pernah ke you nampak I buat tak senonoh dengan mereka tu? Pernah you nampak I cium atau meraba-raba mereka di tengah khalayak ramai? Pernah you nampak I usung mereka ke bilik hotel atau bawa mereka balik rumah I?"

Aleya hanya diam tidak berkutik. Tidak tahu macam mana nak menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan Syed Akashah. Lagipun nada suara yang digunakan Syed Akashah kedengaran turun naik pada halwa telinga Aleya. Ada nada marah dalam kata-katanya. Juga nada merajuk. Err…pakcik seorang ni dah merajuk pula ke?

Tak tahu pula selama ni dia sedar yang Aleya selalu gelarkan dia buaya jadian. Baguslah kalau dia sedar. Kiranya tak adalah dosa sebab Aleya selalu kutuk dia guna panggilan tu sebab dia dah tahu tentang itu. Jadi segala kata-katanya selama ini bukanlah dikira mengumpat kan? Huh, betul ke tak ada dosa ya?

Hmmmph…Memanglah Aleya tak pernah nampak dia buat tak senonoh dengan mana-mana wanita lain. Aleya cuma pernah nampak dia sedang berdating dengan beberapa wanita yang berlainan dan dia amat pasti tujuan pertemuan itu bukannya atas urusan perniagaan melalui gaya terlebih manja wanita-wanita tersebut semasa bersama Syed Akashah. Dia juga selalu secara tak sengaja terdengar perbualan telefon lelaki itu dengan para kekasih dia. Kenapa Aleya kata para kekasih Syed Akashah? Sebabnya dari cara lelaki itu melayan panggilan tersebut dengan suaranya yang cukup lembut dan hampir tidak dengar biji butir perbualannya. Macam suara semut kata orang-orang tua. Kalau dah tak suka buat apa nak pergi layan mereka-mereka tu? Macam manalah Aleya tak panggil dia tu buaya jadian kalau dah perangai yang ditunjukkannya memang sebiji macam buaya.

"I tahu memang salah I sebab layan perempuan-perempuan tu. Tapi macam mana I nak elak Aleya apabila I dibesarkan dengan didikan begitu? Hidup I sejak kecil selalu dikelilingi wanita. I tak ada adik beradik lelaki lain. I hanya ada kakak-kakak sahaja dan I dibesarkan oleh bonda I setelah ayah I kahwin lain selepas pencerain mereka. Jadi mungkin disitu I dah terlepas peluang untuk belajar bagaimana hendak menjadi lelaki yang melayan wanita dengan sifat maskulin, ego dan sebagainya.

Kalau I nak wanita-wanita tu jadi isteri I, dah lama I kahwin Aleya. Tapi I tak jumpa kriteria seorang isteri yang I nak pada mereka. I hanya jumpa sifat-sifat itu pada you Aleya. Sebab tu I berani hantar rombongan melamar you. I cuma nak minta satu peluang sahaja Aleya. Peluang untuk mengenali you dengan lebih dekat dan memahami hati you. Kalau you dah beri peluang tu dan tetap rasa I ni tak sesuai untuk you, I sedia mengundur diri Aleya. Selama ni kita tak pernah kenal rapat walaupun kini you kerja secra direct di bawah I.

Please Aleya… bukannya I nak ajak you kahwin esok pun. Just give me a chance to know you… a chance to love you…"

Aleya menghela nafasnya berat. Beberapa saat selepas itu dia cuba menatap wajah Syed Akashah sedalam-dalamnya. Cuba mencari kejujuran pada wajah itu. Wajah di hadapannya itu kelihatan tenang. Dia tahu dia tidak pernah cuba mengenali seorang Syed Akashah yang sebenar-benarnya. Dia sedar yang lelaki ini terlalu baik padanya. Banyak jasanya pada Aleya. Kalau dia tidak tawarkan Aleya kerja sekarang ni, ke mana lagi Aleya mahu membawa hatinya yang telah luka dahulu.

Tapi haruskah budi lelaki itu dibalas dengan sebuah ikatan yang dia sendiri tidak pasti hala tujunya? Benar-benar jujurkah Syed Akashah dengan hasrat hatinya itu? Aleya pernah terluka sekali dahulu dan dia tidak mahu terluka lagi kerana hatinya kini hanya tinggal separuh sahaja. Sekiranya yang separuh itu juga terluka, pastinya dia kan mati. Kalau hidup pun mungkin seperti zombi. Hidup tanpa perasan.

Sekali lagi kedengaran keluhannya. Aduh, entah sudah berapa kali dia mengeluh hari ini. Dia tahu sesungguhnya tidak baik banyak mengeluh tetapi apa lagi yang boleh dibuatnya? Dia sedang buntu! Dia tidak sanggup membiarkan hatinya kecewa lagi tetapi pada masa yang sama dia benar-benar kasihan dengan Syed Akashah yang nampak begitu tulus dengan hasrat hatinya itu.

"Syah… I tak tahu apa yang I nak jawab. I pernah terluka sekali. Sangat-sangat terluka. I tak mahu terluka lagi kerana yang satu itu pun sudah cukup memeritkan pada I. Bertahun I cuba mengubat hati I sendiri. Kalau you… you betul-betul ikhlas, I harap you dapat beri I masa. Bagi I fikirkan dahulu sama ada hendak menerima atau terus menolak. Sementara tu I harap kita dapat berhubungan seperti biasa. I tak mahu orang lain terutamanya kakitangan pejabat ni tahu tentang ni. Bolehkan Syah?"

Akhirnya Aleya memberi jawapan tidak pastinya itu. Dia mahu fikirkan dulu sedalam-dalamnya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Segala langkah yang diambilnya kini akan menentukan masa hadapannya. Dia tidak mahu tersalah langkah lagi. Sekiranya sekali dia merelakan hatinya dimiliki oleh Syed Akashah nanti, biarlah hubungan itu untuk selama-lamanya kerana perkahwinan bukanlah untuk dicuba-cuba. Tidak akan ada lagi masa untuk berpaling kebelakang.

Sementara dia berfikir, dia tidak mahu perkara ini dihebohkan kerana dia tidak mahu lagi ada gosip yang akan berdendang tentang dirinya di syarikat ini. Lebih-lebih lagi dia amat perasan yang Salina, salah seorang penolong setiausahanya itu sememangnya sedang menaruh hati pada Syed Akashah. Dia tidak sanggup hubungannya dengan pekerja di bawah seliaannya sendiri tercemar hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti menjadi miliknya yang abadi.

"Baiklah Aleya. I akan beri you masa. Harap-harapnya biarlah jawapan yang akan you beri nanti sesuatu yang positif."

Aleya hanya tersenyum kelat. Dia meminta diri untuk keluar daripada bilik Syed Akashah. Rasanya sudah terlalu lama dia di dalam bilik itu. Apa pula kata Sheqyn nanti sebab terlalu lama dia bertapa dalam bilik Syed Akashah kali ini. Selalunya dia sentiasa sahaja hendak cepat keluar kerana dia begitu malas hendak melayan lelaki itu lama-lama.

Hmmm…nampaknya mulai malam ini tidurnya tidak akan tenang. Banyak benda yang perlu dipertimbangkannya sebelum dia benar-benar menerima Syed Akashah dalam hidupnya.


Jikalau Aku (Ezlynn)

Sebelum aku membalas lamaran cintamu

Aku perlu tahu benar kamu jujur
Kerana aku pernah terasa tertipu
Dengan janji palsu teman terdahulu
Jikalau aku memberikan sepenuh jiwa
Yakinkanlah kau kan setia

Hanya ku kau sayang siang dan malam
Jikalau kamu mahu ke peringkat seterusnya
Tunaikanlah apa ku pinta itu semua perlu

Jikalau aku menyintamu
Sebelum itu jumpalah orang tuaku
Minta izin dulu agar mereka restu
Jangan pula nanti

Kau mula terasa jemu
Fikir betul-betul sebelum kita bermula
Dalam kita ada dua
Kau dan aku jadi satu

Jika benar-benar mahu
Buktikan dahulu cintamu
Jikalau aku menyintamu
Jikalau aku

 

Aleya Puteri


Kisah Tak Sempurna

"Cik Aleya… Cik Aleya dekat mana ni?"

"Saya dekat tol batu tiga lagi ni Sheqyn. Tengah queue untuk bayar tol. Touch'n Go saya dah habis kredit. Err.. Encik Syed Akashah dah sampai ke Sheqyn?"

Kalut Aleya menjawab panggilan daripada pejabatnya tanpa memakai handsfree. Gasaklah kalau polis nampak sekali pun. Hari ini dia sudah terlambat untuk sampai ke pejabat dan kad Touch'n Go-nya hanya ada baki 50 sen sahaja lagi. Dia pula terlupa hendak menambah nilai kadnya semalam. Jadi mana cukup nak bayar tol di batu tiga yang berharga RM 1.10 tu.

Masa nak cepat nilah macam-macam berlaku. Terlambat bangun pagi, kad Touch'n Go kehabisan kredit, lorong bayaran tunai tol yang dibuka hanya dua sahaja pagi ini, barisan kereta yang panjang beratur untuk membayar tol… Mati dia macam ni. Sudahlah pagi ni ada mesyuarat dengan Tetuan Iskandar, Alfi & Co. yang merupakan panel peguam baru syarikatnya.

"Encik Syed Akashah dah sampai. Err.. peguam tu pun dah sampai Cik Aleya. Mereka dah masuk dalam bilik meeting pun."

"What? Dah sampai! Alah…Sheqyn… tolong beritahu Encik Syed Akashah saya terlambat sedikit. Dalam 10 minit lagi saya sampai ya."

"Err..okay Cik Aleya nanti saya beritahu bos."

Selepas membayar tol tadi, Aleya pecut selaju mungkin untuk sampai ke pejabatnya yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Rasanya tak apa agaknya sebab jarang pun ada speed trap dekat kawasan Shah Alam ni. Federal Highway tu lain ceritalah. Selalu sahaja dia kena saman ekor sebab bawa kereta macam dekat litar F1.

Sampai sahaja dia di hadapan bangunan pejabatnya, terus sahaja dia turun daripada kereta Perodua Kembaranya dan menyerahkan kuncinya pada Azam yang merupakan salah seorang Marketing Executive Kasyah Empire Berhad yang sedang merokok di luar bangunan untuk tolong memakirkan keretanya itu.

"Azam, tolong parking kan kereta I ni ya? Nanti kunci letak je atas meja I. I dah terlambat masuk meeting dengan big boss ni. I owe you one. Please."

Kemudian Aleya melangkah pantas ke arah lif membawa bersama beg tangan dan tote bagnya meninggalkan Azam yang masih terpinga-pinga dengan kunci kereta Aleya di tangannya. Dia benar-benar sudah terlewat hampir setengah jam daripada waktu meeting yang ditetapkan. Tak pasal-pasal dia sudah menambah job scope Azam menjadi car jockey pula.

Dalam keadaan sudah terlambat macam ni, mahu tak mahu dia terpaksa menggunakan kuasa memberi arahannya yang konon besar sebagai setiausaha kepada lembaga pengarah. Sudah darurat. Pejabat ni pula sememangnya tak ada car jockey jadi maafkan sahajalah aksi luar batasan Aleya pagi ini. Lagipun siapa suruh si Azam tu pergi merokok dalam waktu kerja begini? Kan dah dapat bala kena jadi car jockey.

Sampai sahaja dia di tingkat tujuh, dia terus menuju dan masuk ke bilik mesyuarat. Segala dokumen yang diperlukan sememangnya sudah sedia ada di tangannya. Saat melangkah ke bilik itu terus dia menuju ke kerusi kosong di sebelah kiri Syed Akashah dan duduk di situ. Tanpa sempat memandang wajah tetamu pejabatnya daripada pejabat peguam yang duduk bertentangan dengannya dan Syed Akashah tangannya rancak mengeluarkan dokumen yang diperlukan daripada tote bag.

Dia tahu memang sungguh tidak beradab bila dia masih belum meminta maaf atas kelewatannya sampai ke mesyuarat ini dan bila duduk terus sibuk mengeluarkan dokumen-dokumennya, tetapi baru sahaja hendak meminta maaf Syed Akashah sudah bersuara dahulu.

"Minta maaf ya semua sebab company secretary I terlambat sedikit pagi ni. Biasalah kes terlambat bangun sebab sibuk siapkan dokumen untuk our meeting pagi ni. So gentleman shall we begin?"

Aleya merenung wajah Syed Akashah dengan pandangan geram apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Bab tolong minta maaf tu memanglah dia amat hargai tapi bab alasan dia terbangun lewat tu tak boleh ke ditukarkan dengan alasan lain yang lebih sopan lagi? Ada ke patut berterus-terang kata Aleya ni terlambat bangun. Rasa macam nak pijak je kaki Syed Akashah di bawah meja ni. Kalau dia pijak pun rasanya tiada siapa yang akan nampak kan?

"Its okay Mr. Syed, I'm use to it dari dulu lagi. Kalau tidak tak kan lah dia boleh menyandang title sleeping beauty."

Ada tawa kecil kedengaran daripada empunya suara tersebut. Aleya tersentak saat mendengar jawapan dan suara gelak itu. Suara dan tawa itu pernah di dengarnya dahulu. Pantas dia mengalihkan pandangannya kepada wajah-wajah tetamu yang duduk bertentangan dengannya ketika itu. Semenjak masuk tadi dia masih belum sempat untuk menatap wajah tetamu-tetamunya kerana ketika memasuki pintu bilik tersebut pandangannya hanya sempat menangkap pandangan belakang mereka sahaja. Dia cuma pasti tetamunya itu ada tiga orang dan kesemuanya adalah lelaki. Jadi dalam bilik itu hanya dia dan Sheqyn yang sedang duduk di sebelah kanan Syed Akashah sahaja mewakili kaum wanita.

Saat pandangannya bersatu dengan wajah lelaki yang duduk di tengah-tengah antara ketiga-tiga tetamunya itu, wajah Aleya terus berubah seperti orang terkejut. Bukan seperti lagi tapi sememangnya dia terkejut. Dia macam tak percaya lelaki itu masih hidup dan boleh duduk di hadapannya dengan selamba setelah apa yang telah terjadi.

Ingatkan lelaki di hadapannya ini sudah lama mati penyek kena langgar dengan steamroll. Dulu bukankah dia dah bersumpah macam tu semasa lelaki itu melamar dia di Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur? Hmm… nampak sangat mulutnya ni tak masin. Tak ada power.

Hai lah nasib…kenapalah dia masih perlu berhadapan dengan lelaki ini lagi? Tak tahu ke yang dia sudah menyampah hendak menatap wajah lelaki ini lagi? Wajah perasan bagus Idzham Iskandar!

Menyedari Idzham yang sedang duduk berhadapan dengannya kini adalah wakil dari Tetuan Iskandar, Alfi & Co. segera dia megalihkan pandangannya pada Syed Akashah semula. Ada sesuatu yang tiba-tiba muncul di benaknya ketika ini.

Semua ini adalah komplot Syed Akashah! Ya, dia amat pasti sekali sebab syed Akashah yang beria-ia mahu menukar panel peguam syarikat ini. Katanya panel peguam lama mereka tu selalu tak buat kerja tetapi yuran yang dikenakannya tetap mahal. Itu memanglah Aleya akui dan dia sendiri setuju dengan pandangan Syed Akashah untuk menukar panel peguam mereka. Tetapi dalam banyak-banyak firma guaman yang ada di Malaysia ni, kenapa firma guaman tempat bekerja si bekas kekasih Aleya yang sedang tersengih dengan gaya perasan bagus kepadanya ini yang dipilih? Tak ada peguam lain dah ke dalam Malaysia ni?

Menyedari Aleya sedang memandangnya dengan pandangan meminta jawapan pada soalan yang dia sendiri tidak tahu, Syed Akashah mengangkat keningnya pada gadis di sebelah kirinya itu dan bertanya gadis itu untuk apa pandangan seolah-olah hendak membunuh itu dihadiahkan padanya dengan nada berbisik.

"What is that looking for dear?"

"You ask me what? Kenapa mamat tu ada dekat sini? Tak ada lawyer lain ke yang you nak pilih selain dia tu? You know who he is to me right?"

Dah Syed Akashah berbisik, Aleya pun turut sama menjawab dalam berbisik. Sememangnya masa pemilihan panel peguam baru syarikat ini, Aleya langsung tidak terlibat. Semuanya di uruskan Syed Akashah. Katanya seorang teman yang mencadangkan padanya firma guaman ini. Kata temannya itu, firma guaman ini masih agak baru tetapi cukup efficient.

Kalaulah Aleya tahu dari awal firma guaman Iskandar, Alfi & Co. ini milik Idzham, tentu sahaja dia akan buat bantahan. Yalah mana dia nak perasan yang Iskandar itu adalah nama yang diambil daripada Idzham Iskandar sebab bekas teman lelakinya itu jarang menggunakan nama Iskandar dalam sebarang urusannya selama perhubungan mereka dahulu.

"Aleya, I know who he is to you but can't you be professional? This is all about work, so you have to put aside whatever feeling that you have toward him. Okay my dear?"

"Huh...what shall I say then? You're the boss and you'll always have the reason. "

Aleya sudah tidak mampu membalas lagi sebab apa yang Syed Akashah katakan itu sememangnya benar. Aleya sedang bekerja dan dia sepatutnya bersikap professional. Dia perlu mengetepikan segala perasaan yang dia ada pada Idzham ketika ini. Walaupun dia rasa tidak dapat menerima alasan Syed Akashah, lelaki itu yang berkuasa untuk membuat keputusan di sayrikat ini. Lalu sebuah senyuman yang cukup tidak ikhlas padanya dihadiahkan buat Syed Akashah.

Namun senyuman yang tidak ikhlas itu nampak cukup menyakitkan pada lelaki yang sedang duduk bertentangan dengan Aleya. Lebih-lebih senyuman itu dihadiahkan pada Syed Akashah yang pernah dan masih dicemburuinya sehingga kini. Sajalah tu nak bagi dia cemburu. Siap main bisik-bisik lagi. Dalam pada sakit hati melihat aksi uda dan dara dihadapannya, senyuman tetap dipamerkan pada wajahnya sambil merenung tajam wajah Aleya yang padanya macam sengaja nak menunjuk-nunjuk hubungannya dengan Syed Akashah. Tahap kesabaran hatinya juga cuba ditingkatkan lagi.

Kalaulah tidak kerana dia wajib sentiasa bersikap professional dalam kerjanya dan sebagai salah seorang partner dia turut bertanggungjawab untuk menambah pendapatan firmanya sendiri, mati hidup balik pun dia tidak akan menerima tawaran daripada Kasyah Empire Berhad untuk menjadi panel peguam mereka.

Saat Aleya memalingkan mukanya semula pada tetamu yang duduk dihadapannya, wajahnya diseriuskan kembali kerana untuk lelaki yang duduk ditengah-tengah antara tiga lelaki di hadapannya itu memang tidak layak langsung diberi sebarang senyuman. Lelaki dihadapannya ini hanya layak diberi penumbuk sahaja supaya dia tahu apa yang Aleya terpaksa tempuhi sepanjang lebih dua tahun yang telah berlalu.

Teman sefirma lelaki itu yang duduk di kiri dan kanannya pula walaupun tidak bersalah terpaksa jugalah terima bahana perang dingin yang sedang berlangsung antara Aleya dan Idzham Iskandar. Kalau boleh sememangnya dia nak senyum tanda selamat bekerjasma pada mereka berdua tu tetapi minta maaflah sebab Aleya ni tidak reti nak buat muka separuh senyum separuh masam. Dengan Idzham dia tidak mahu tersenyum sebab nanti si perasan bagus tu ingat Aleya ni masih sayang dekat dia lagi pula.

"Baiklah oleh kerana semua sudah ada, kita mulakan meeting kita pagi ini dengan …"

Akhirnya suara Syed Akashah memecahkan suasana beku yang mula dicetuskan oleh Aleya dan Idzham daripada menguasai bilik mesyuarat mini Kasyah Empire Berhad.


Setelah hampir tiga jam berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan, Syed Akashah menamatkan pertemuan enam pasang mata hari itu dengan ucapan terima kasihnya dan terus meminta diri kerana dia ada temu janji dengan rakan perniagaannya di Concorde Shah Alam pula. Sheqyn yang merupakan PA Syed Akashah juga pantas menurut langkah ketuanya keluar daripada bilik mesyuarat tersebut tanpa sebarang kata. Aleya pula sibuk mengemas segala dokumen yang digunakan tadi untuk di bawa masuk ke bilik pejabatnya semula.

"You guys go ahead with your plan… I balik ofis lambat sedikit. Lagipun ada hal peribadi yang I nak selesaikan dulu."

Idzham berkata pada dua orang teman yang bersama-samanya dalam mesyuarat tadi dengan nada perlahan apabila melihat kedua-duanya juga sudah bersedia untuk keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Lalu selepas itu kedua-dua temannya itu terus berlalu keluar tanpa berkata apa-apa lagi.

Matanya merenung tanpa lepas pada Aleya yang masih kusyuk mengemas dokumen-dokumennya dan langsung tidak menyedari semua orang telah keluar dari bilik itu lalu meningalkan mereka berdua sahaja di situ.

Saat Aleya mengangakat pandangannya dan bersedia untuk melangkah keluar daripada bilik mesyuarat tersebut dia terkejut melihatkan Idzham sedang berdiri bersandar sambil berpeluk tubuh pada pintu bilik tersebut. Dia ingatkan semua orang telah keluar tadi. Rupanya ada lagi mamat ni dekat sini? Siap duduk menghalang pintu pula tu. Nak tukar profesyen jadi jaga pula ke?

Dalam debar hati yang tiba-tiba berubah rentak menajdi semakin laju kerana memikirkan hanya dia dan Idzham sahaja yang masih berada di bilik itu, kakinya tetap dipaksa untuk meneruskan langkah ke pintu.

"Excuse me, I nak keluar dari sini. Ada banyak lagi kerja I nak buat. Kalau you nak tukar kerja jadi security guard sekalipun tolong jaga libatkan I. So please move yourself from that door."

Aleya bersuara dengan yakin apabila Idzham masih tidak bergerak dari menghalang pintu tersebut walaupun langkahnya sudah pun menghampiri pintu.

"How about if I won't?"

"Kenapa pula? You nak terus bertapa dalam bilik ni pun I tak kisah. I rasa Shah tak akan marah you pun. Dia lelaki yang baik. Tapi tolong bagi I keluar dulu okay. I don't want to be caught in the act with somebody's husband."

Shah lelaki yang baik? Huh, rasa macam ada api je nak keluar daripada telinga Idzham mendengar kaat-kata tersebut diucapkan oleh Aleya. Aleya yang pernah kata konon tak ada perasaan pada Syed Akashah. Aleya yang pernah dan masih disayanginya!

"I tak akan bagi you keluar dari sini lagi. Masih ada yang tak beres antara kita. Kisah kita masih tak sempurna!"
"Kisah apa? Between us dah tak ada apa-apa lagi. I tak ada hutang dengan you pun."
"Aleya please…"


Kisah Tak Sempurna (Samsons)

aku memang tak berhati besar
untuk memahami hatimu di sana
aku memang tak berlapang dada
untuk menyadari kau bukan milikku lagi

dengar-dengarkan aku
aku akan bertahan
sampai kapanpun
sampai kapanpun

oh..

maafkan aku
yang tak sempurna tuk dirimu
usailah sudah
kisah yang tak sempurna
untuk kita.. kenang

andai aku dapat merelakan
setiap kepingan ukiran kenangan indah
andai aku sanggup menjalani
setiap detik dan waktu mendatang dan oh..

kisah yang tak sempurna untuk kita kenang...




Monday, November 26, 2007


BaB 39

Idzham Iskandar

Luluh





“Abang Is, kalau Alyz kata Alyz betul-betul dah jatuh cinta dengan abang Is boleh tak?”

Idzham Iskandar yang sedang menyemak draf thesis yang sudah tiga perempat siap pada komputer ribanya segera mengalihkan pandangan daripada pembacaannya itu kepada wajah Alyza yang masih setia pada Lake Ginninderra dihadapannya. Mulut si gadis bertanya tetapi matanya masih asyik memerhati angsa hitam dan itik-itik yang sedang berenang bebas dalam tasik tersebut.

Lebih kurang sejam yang lalu tadi selepas sahaja dia memberi salam terakhir sembahyang Asarnya, Alyza datang mengetuk pintu biliknya di Old Ressies dan mengajaknya ke Lake Ginninderra Peninsula District Park. Katanya dia kebosanan duduk di bilik dan Bryan pula ada kelas pada petang tersebut. Melihat pada muka Alyza yang nampak sangat berharaplah yang telah membuatkan dia bersetuju untuk memandu ke Diddams Close melalui Ginninderra Drive yang sebanarnya tidak jauh mana pun daripada Universiti Canberra. Tidak sampai dua kilometer pun jaraknya.

Dibawanya bersama thesis yang tersimpan dalam komputer ribanya ke situ. Ingatkan tadi sambil menemani Alyza boleh juga dia menyemak thesisnya itu. Tetapi tak sangka pula Alyza hendak membicarakan satu perkara yang tidak pernah langsung difikirkannya akan keluar daripada mulut gadis tersebut.

Dulu memanglah pernah sekali ketika mereka sedang mentelaah berdua di perpustakaan universiti bersama-sama Alyza mengatakan sayang padanya. Tetapi dia mengambil kata-kata itu hanya sebagai gurauan si gadis padanya sahaja. Lagipun masa itu, Alyza hanya menyebut sayang sahaja. Tapi kali ini Alyza menyebut yang dia telah jatuh cinta padanya. Diulangi CINTA! Cinta tu lagi berat maknanya daripada sayang.

“Alyz sedar tak apa yang Alyz kata ni?”

Alyza mengalihkan pandangannya daripada merenung tasik Ginninderra kepada wajah Idzham Iskandar yang sedang berkerut seribu memandangnya.

“Abang Is, Alyz sekarang ni tengah waras okay! Alyz bukannya sedang merapu. Alyz cakap benda yang benar. Apa yang Alyz kata tadi ikhlas daripada hati Alyz. ”

“Habis kalau Alyz dah jatuh cinta dengan abang Is, Bryan tu Alyz nak campak mana?”

“Alyz betul-betul suka dekat abang Is. Sebenarnya Alyz dengan Bryan tak serius mana pun. Selama ni Alyz rapat dengan dia pun pasal dia baik dengan Alyz. Susahlah bercinta dengan mat saleh ni. Nak kena kasi dia faham budaya kita, agama kita…”

“Tapi Bryan tu kan dah pun peluk agama Islam? Apa lagi yang susahnya?”

“Memanglah sekarang ni dia dah jadi orang Islam. Tapi dia masih baru lagi. Banyak lagi yang dia nak kena belajar. Kalau dah kahwin nanti Alyz nak suami Alyz yang bimbing Alyz dan bukannya Alyz nak kena bimbing suami. Kalau Alyz ada pilihan yang lebih baik macam abang Is, buat apa Alyz nak teruskan menganyam harapan dengan dia kan?”

“Alyz… cinta bukan boleh main suka-suka hati pindah macam tu je. Abang Is tengok Bryan tu betul-betul bersungguh nak memahirkan dirinya dengan Islam. Dia tu nampak sayang sangat dengan Alyz. Lagipun Alyz dengan dia, abang tengok dari mula-mula abang kenal both of you memang secocok. You two really look like you are made for each other. It seems a match from heaven. Lagipun keluarga Alyz pun dah kenal dengan Bryan kan?”

“Memanglah family Alyz dah kenal Bryan dan dia orang pun tak ada bantahan tentang hubungan kami. Tapi Alyz rasa hati Alyz sekarang ni betul-betul dah berubah pada abang Is.”

“Alyz ada abang kandung?”

“Ada seorang. Tapi tak rapat sangat. Alyz lebih rapat dengan kakak je.”

“Abang Is rasa apa yang Alyz rasa terhadap abang Is sekarang ni tak lebih daripada rasa sayang pada seorang abang sahaja. Mungkin sebab Alyz tak rapat dengan abang kandung Alyz sebab tu Alyz tersilap tafsir perasaan Alyz sendiri terhadap abang Is. Pada abang Is, Alyz dah macam adik abang sendiri je.”

Daripada niat asalnya ke sini kerana menemani Alyza di tepi tasik Ginninderra ini sambil menyemak thesisnya, kini telah bertukar menjadi perbincangan tentang perasaan pula. Si Alyza ni lah tiba-tiba boleh pula luahkan rasa cinta padanya. Masalah hatinya pada Aleya pun masih belum berjaya diselesaikan hingga kini, tak pasal-pasal nak tambah satu lagi masalah di hatinya.

Maka sebab itu dia perlu segera menyelasaikan masalah di hadapannya ini sebelum semakin melarat. Dia perlu meyakinkan Alyza bahawasanya perasaan yang sedang dialaminya itu hanyalah satu ilusi sahaja. Manakala masalah hatinya yang dahulu hanya akan dapat diselesaikan sekiranya dia berjaya kembali semula ke Malaysia suatu hari nanti.

“Abang Is tak nak terima Alyz sebab abang Is dah ada kekasih ke? Setiap kali Alyz tanya sama ada abang Is ada kekasih atau tak, mesti abang Is tak jawab. Tapi kalau abang Is tak ada kekasih, kenapa pula abang Is tak boleh nak terima Alyz?”

Mendengar kepetahan Alyza mempertikaikan jawapanya, mebuatkan Idzham mengeluh berat. Pandangannya di halakan pada Lake Ginninderra yang saujana mata memandang di hadapannya. Lake Ginninderra merupakan tasik buatan yang terletak di Ginninderra Creek, Canberra ini begitu dekat dengan Belconnen Town Centre. Tasik ini dibina pada tahun 1974 pada asalnya untuk mengumpulkan limpahan air hujan daripada 98.8 km² kawasan tadahan termasuk sub-uraban di sekelilingnya iaitu Aranda, Macquarie, Cook, Bruce, Belconnen, McKellar, Giralang, Kaleen di kawasan timur Belconnen dan Gungahlin. Kini terdapat tiga tempat rekreasi yang disediakan oleh ACT Territory and Municipal Services di sekitar tasik ini iaitu Lake Ginninderra Peninsula District Park, Lake Ginninderra Western Foreshore District Park dan John Knight Memorial District Park.

“Memang sekarang abang Is tak ada kekasih. Tapi dulu masa di Malaysia abang pernah ada kekasih dan pada abang dia tetap kekasih abang sampai bila-bila walaupun kami sudah tidak lagi bersama.”

Akhirnya dia mengaku pada Alyza tentang status dirinya yang sentiasa cuba dilindungi daripada gadis tersebut. Sebelum ini dia lebih senang menyembunyikan status hatinya pada semua kenalan di bumi Australia ini kerana dia tidak mahu mengenang kembali cerita lalu yang telah melukakan hatinya dan hati gadis yang dicintainya. Tetapi hari ini biarlah dia bukakan sedikit kisah lalu itu pada Alyza yang telah terjatuh cinta padanya supaya gadis ini sedar mengapa dia tidak mampu membalas cinta Alyza selain daripada rasa hormatnya pada Bryan, kekasih Alyza sekarang ini.

“Wah, iya ke? Siapa nama dia? Kenapa abang Is tak pernah cerita pun pasal ni? Kenapa abang Is berpisah dengan dia pula?”

Idzham merenung wajah Alyza yang nampak sungguh teruja dengan kenyataannya tadi.

“Banyaknya soalan? Macam mana bang Is nak jawab kalau Alyz tanya soalan macam peluru berpandu? Selama abang Is jadi peguam, tak pernah abang Is tanya defendant atau plaintiff dekat mahkamah soalan bertubi-tubi sampai macam tu sekali tahu tak?”

“Hehehe… sorry lah abang Is. Alyz teruja sangat nak dengar cerita cinta abang Is ni. First time dengar abang Is mengaku rahsia hati sendiri. Tak apa, abang Is ceritalah satu-persatu. Alyz janji akan dengar sampai habis. Lagipun sekarang ni waktu Maghrib masuk lambat. Hari ni Maghrib 7.50p.m. Isyak pula pukul 9.30p.m. rasanya.”

“Amboi…mentang-mentanglah Isyak sekarang ni masuk lambat, ingat boleh buat sembahyang Maghrib pun lambat-lambat lah ni? Pandai adik abang Is seorang ni ya. Tak baik tahu melewat-lewatkan solat kita. Lagipun tak nak dinner ke? Abang Is ni kena makan on-time. Sebelum pukul lapan dah mesti kena makan malam.”

“Alah, Alyz janji hari ni Alyz akan belanja abang Is untuk makan malam. Kalau nanti dah 7 malam ceritera cinta abang Is tu tak habis juga, kita sambung masa dinner ya? Abang Is kena janji ceritakan kisah tragis cinta abang Is tu dekat Alyz sampai habis. Jangan nak buat sambungan panjang-panjang macam telenovela pula.”

“Bila masa pula abang Is kata kisah cinta abang ni kisah tragis?”

“Lah… dah tadi abang Is yang kata abang Is tetap anggap dia kekasih abang sampai bila-bila walaupun dah tidak lagi bersama tu apa kebendanya? Bukan ke itu maksudnya abang Is sekarang dah berpisah tapi masih sayangkan si dia kan? Kira tragis lah tu.”

“Pandai-pandai jelah anak dara seorang ni.”

Mengeleng Idzham melihat telatah Alyza yang tidak sabar hendak mengetahui kisah cintanya. Mood gadis ini memang cepat benar berubah. Tadi begitu serius meluahkan perasaan cintanya pada Idzham kononnya, tapi kini nampak teruja pula nak tahu cerita Idzham.

“Baiklah. Cerita abang Is dengan gadis tu bermula macam ni…”

Lalu satu persatu kisah dirinya dan Aleya diceritakan pada Alyza. Daripada insiden dia meminjamkan kepada Aleya buku perpustakaan yang dipinjamnya hinggalah pertemuan semula di pejabat Aleya yang membawa kepada episod perkelahian yang tidak pernah sudah antara mereka berdua. Kemudian ceritanya disulamkan pula saat-saat cinta memekar antara mereka berdua sehinggalah kepada kali terakhir dia melihat Aleyanya dihadapan Mc Donald’s Mid Valley tanpa dapat menjelaskan perkara sebenar sebelum datang ke bumi kangaroo ini.

Namun sepanjang penceritaannya itu dia langsung tidak menyatakan nama Aleya pada Alyza. Dia hanya menyebut Aleya sebagai ‘kekasih abang Is’ sahaja. Alyza pula begitu khusyuk mendengar ceritanya tanpa menyampuk sekalipun sepanjang dia bercerita kisah cintanya bersama Aleya. Hanya setelah ceritanya habis barulah gadis yang duduk di sebelahnya itu membuka mulut meluahkan pertanyaannya.

“Kenapa kali terakhir tu abang Is senyap je dan biarkan kekasih abang Is tu pergi begitu sahaja? Kenapa abang Is tak tahan dia? ”

Keluhan berat di lepaskan Idzham Iskandar sebelum bangun dari duduknya dan melangkah ke hadapan menghampiri tepian tasik Ginninderra. Bagaimana dia mahu menjawab soalan Alyza itu andai pada Aleya yang disayanginya itu pun dia tidak mampu luahkan kebenarannya.

“Abang Is kata abang sayang dia dan anggap dia kekasih abang Is sampai bila-bila, tapi kenapa abang Is biarkan dia pergi macam tu sahaja? Abang Is tak rasa ke yang dia mungkin dah salah anggap pada abang Is dengan teman abang Is yang dia nampak tu? Mesti dia terluka bila abang Is tiba-tiba menyepi begitu sahaja daripada dia dan kemudian nampak pula abang Is dengan perempuan lain.”

Idzham segera berpaling pada Alyza yang sudah turut bangun dari duduknya dan berdiri di belakangnya. Pertanyaan berbentuk provokasi yang diutarakan oleh Alyza itu sememangnya tidak perlu dinyatakan lagi kerana dia sendiri dapat rasakan perasaan kecewa Aleya padanya ketika kali terakhir pertemuan mereka dahulu. Namun dia sendiri tiada upaya untuk menghalangnya. Segalanya sudah tersurat buat dirinya dan Aleya. Walaupun betapa luluh hatinya dia perlu merelakan pemergian Aleya dari hidupnya.

“Jom kita balik Alyz. Dah maghrib pun ni.”

Tanpa menjawab pertanyaan Alyza, Idzham pantas menuju ke tempat duduknya tadi lalu mengemas komputer ribanya dan berjalan ke tempat parkir kereta. Alyza yang kebingungan melihat reaksi Idzham Iskandar hanay menurut langkah lelaki itu tanpa banyak soal.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampus, Idzham hanya membisu. Alyza juga turut senyap melayan perasannya sendiri. Dia tidak mahu mengganggu emosi Idzham Iskandar yang nampaknya terusik dengan pertanyaannya tadi.

Sehinggakan mereka sampai ke kawasan parkir kereta kampus dan Idzham menemankan Alyza berjalan ke biliknya yang terletak New Ressies, Idzham masih lagi berdiam. Saat tiba di lorong utama menuju ke blok L - New Ressies iaitu kolej kediaman Alyza, gadis tersebut menahan Idzham daripada meneruskan langkahnya berpatah balik ke kediamannya di Old Ressies dengan sebuah pertanyaan yang benar-benar menjerut lehernya.

“Abang Is… Alyz tahu Abang Is biarkan dia pergi macam tu je sebab ada kaitan dengan kenapa Alyz terserempak abang dekat Kaleen hari tu kan?”

Idzham yang baru mahu melangkah pergi terus terhenti langkahnya mendengar kata-kata Alyza itu. Matanya menikam wajah Alyza mencari kebenaran sejauh mana gadis itu begitu tahu.tentang dirinya yang banyak dirahsiakan daripada orang sekelilingnya.

“Alyz curi tengok rekod abang Is ya?”

Lancar sahaja dia menuduh Alyza memandangkan gadis itu seperti begitu tahu apa yang cuba dirahsiakannya daripada orang lain. Namuan gadis tersebut hanya tergelak kecil mendengar tuduhan yang keluar daripada mulutnya.

“Hello… muka Alyz ni ada tokoh ke nak jadi perisik sampai nak mencuri rekod orang? Alyz ni kan ambil subjek Communication. Jadi pandai-pandailah Alyz gunakan kemahiran berkomunikasi yang Alyz ada untuk dapatkan maklumat. Tak payah susah-susah Alyz nak curi maklumat. Alyz tanya direct je pada staf-sataf dekat sana kalau nak tahu. ”

“Isshh… mana boleh buat macam tu. Patutnya segala maklumat adalah rahsia. Macam ni abang Is boleh saman dia orang dan juga Alyz sebab kebocoran rekod tahu tak?”

Idzham semakin tidak senang apabila semua yang dirahsiakannya kini diketahui oleh Alyza dengan begitu mudah. Saat ini dia seperti baru tersedar betapa bahayanya berdampingan dengan gadis bernama Alyza ini. Gadis ini begitu pandai menebak hati orang. Satu-persatu rahsianya dikorek tanpa disedari.

Alyza pula semakin seronok ketawa melihat Idzham yang nampak tidak senang mendengar kenyataannya yang terakhir tadi. Rasanya cukuplah hari ini dia menguji perasaan Idzham Iskandar. Daripada ucapan cintanya tadi yang sebenarnya hanyalah alat supaya Idzham membuka mulut tentang kisah cintanya yang lalu sehinggalah kepada provokasi yang sengaja dicipta untuk menggelisahkan hati lelaki itu.

Sememangnya dia sendiri telah lama menganggap Idzham Iskandar tidak lebih daripada abangnya sendiri. Manakan dia dapat melepaskan begitu sahaja cintanya pada Bryan Mikael bin Abdullah yang telah disemai sejak sekian lama begitu sahaja. Sebenarnya dia hanya mahukan kepastian akan teori yang sedang bermain di kepalanya. Kalau benar teorinya ini dia berjanji untuk lakukan apa sahaja supaya orang-orang yang disayanginya akan bersatu semula seperti mana yang sepatutnya.

“Janganlah saman Alyz. Alyz mana ada duit. Alyz ni pelajar lagi. Mana cukup umur. Lagipun tadi abang Is kata anggap Alyz ni macam adik sendiri. Mana ada abang yang saman adik sendiri. Dahlah Alyz nak masuk dalam dulu. Abang Is tak payah jawab dengan Alyz soalan yang terkahir tadi pun tak apa. I dont need the answer but she may need it. Sebelum tu, Alyz ada sesuatu nak beri pada abang Is. You desrve to keep it. After all i believe that is yours.”

Pantas sebuah kotak kecil yang disimpan dalam beg sandangnya sejak tadi diserahkan pada Idzham Iskandar sebelum Alyza berlari masuk ke dalam kolej kediamannya.

Idzham yang menerima barang tersebut terpinga-pinga apabila melihat Alyza terus berlari pergi selepas menyerahkannya. Saat matanya menangkap objek yang diberi Alyza tadi dia semakin terkejut. Sebuah kotak berbaldu coklat!

Lalu sepanjang malamnya itu dia tidak mampu menyambung kerja menyemak thesisnya. Sepanjang malam itu masanya berlalu begitu sahaja dengan mengenang peristiwa yang telah meluluhkan hatinya. Peristiwa yang telah membawa kepada perpisahan antara dia dan Aleyanya.

Luluh (Samsons)

Saat terindah saat bersamamu
begitu lelapnya aku pun terbuai
sebenarnya aku tlah berharap

ku kan memiliki dirimu selamanya
Segenap hatiku luluh lantah
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk meredam

kepedihan hatiku untuk merelakan kepergianmu
Ingin kuyakini cinta takkan berakhir
namun takdir menuliskan
Kita harus berakhir



No comments:

Post a Comment