MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 19 January 2011

~Balik Kampung- sambungan ~

Salam..sambungan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh aku semasa balik kampung tempohari.

pokok rumput yang tumbuh meliar dikawasan rumah mak..
pokok nie..kalau kat kampung aku ..kami panggey "pokok dukung anak"

ni pulak pokok orkid..
tapi aku panggey orkid lipan..


ni pulak buah belimbing besi..yang ditanam oleh aruah bapa..
sekarang nie buah-buah bertaburan saja kat tanah..
dulu masa mak sihat..memang mak suka balut buah nie dari dihinggapi lalat buah..la nie.buah ni kalau dah terlalu ranum mesti rosak...ermmm




aku sendiri terperanjat tengok buah nangka yang aruah bapa tanam berbuah..
woho..dulu pokok nangka susah nak hidup di kampung..mungkin kerana tanah kot..erm..tanah kawasan bendang susah skit ..pokok buah kayu nie selalunya leh hidup tapi jarang ler berbuah..
rezki aku kot kali nie...hahaha
buah sampai meleret-leret ke tanah..


rendah ja pokok nie...
Alhamdulillah.. merasa jugak tanaman dari aruah bapa..




ni lagi satu...pokok bunga pemberian mak lang...
dah bertahun tanam ..tak berbunga dan kadang2 anak aku sumpah sebab asik terkena duri saja...masa depa main kejar-kejar...

entah spesis bunga apa nie...rasanya dah lama dah tanam pokok nie.
baru sekarang nak berbunga..cantik la pulak.. tapi "AWAS' berduri.
ada dua kaler rupanya...erm...


ni pulak pokok nyioq pandan...
susah payah nya nak amik gambar bunga nyioq..
sebaikla..pokok tu setinggi aku saja..hahaha.nyioq pandan tu


ni buah jambu ...masih berbuah pokok nie..rasanya masa aku kecik-kecik dah ada pokok nie..sedap woo..dulu masa kecik balik dari mengaji Quran aku mesti panjat pokok jambu nie...siap makan buahnya atas pokok lagi..


ni tunas-tunas baru naik..bagus untuk wat ulam..yummy2


ni pulak pokok rumput apa ntah..tapi ada khasiat untuk penyakit..maafler..aku tak berapa ingat dah...



hahh..yang ni la alat permainan kami masa kecik-kecik dulu.. 'ulat bulu'..
budak-budak kampung mesti tau...cara permainannya..hahaha


ni pulak pokok bunga jarum ghona merah cabai..
kalau mak sehat tentu pokok nie xmerimbun cenggini..
mesti dah kena trim...

ni lagi satu pokok ulam 'raja'..
bunga dia cantik...
daunnya berkhasiat..


ni gambar kak ipar sulung...
dalam dok asik capture gambar dia mai ...
suruh aku tangkap gambar dia ngan Alia...depan tu pokok ujan panaih..
bila musim kering ja dia akan berbunga...
balun ja..xrugi..bukannya kena boh kodak pun..
handset ja..hik3


ni gambar anak-anak aku...
Awie, Kimie dan Alia


ada style budak kampung tak..
siap tersenyum lagi..baru tau depa baru balik dari tangkap ikan kat sungai depan umah yang berlopak -aku tak berapa kesah sangat sebab sungai tu dah kering..hanya tinggai lopak2 yang ada anak2 ikan haruan dan puyu saja..

itu saja yang sempat aku rakamkan...

No comments:

Post a Comment