Salam...
16/01/2011
Balik Kampung...
Entah kali ni kepulangan aku ke kampung sedikit keliru..
antara suka dan terharu...aku terkedu...samada ceria dan kesuraman..
bertolak dalam pukul 3.45ptg..sampai dalam 5.50ptg..
dikiri-kanan jalan kampung kulihat banyak perubahan..
petak-petak sawah dah banyak di bangunkan rumah-rumah teres..
hanya kampung aku yang masih terpelihara..
padi-padi sedang menguning..
sungai depan rumah kering-kontang...
andainya aku dimasa lampau..
tentu saja sungai ni menjadi tempat aku bermain...erm..
sampai di rumah mak ...halaman penuh dengan rumput2 liar..
nampak gebu seperti karpet hijau...
Suatu masa dulu...
kepulanganku ke kampung sentiasa teruja ...
di tangga itulah aruah bapa sentiasa menanti kepulangan kami..
selepas pemergiaan aruah bapa..mak pula amik tempat...setia menanti..
tapi ...
kini suasana itu telah tiada sejak mak kena angin akhmar..kepulangan kami tiada yang menanti lagi...
hanya selepas membuka pintu baru terlihat mak yang terlantar dikatil..erm...sukar aku gambarkan perasaan kala itu..
saat ini mak di uji lagi..
bangun dan tidurnya perlu dibantu..
pergerakkannya terbatas di atas kerusi roda..
dalam keadaan yang sebegitu dia masih tersenyum ..namun aku tahu disebalik raut wajah dan matanya menyimpan seribu kepedihan dan kesunyian..
air mataku laju menitis ke pipi..
aku sendiri tidak pasti..air mata ini kerana
gembira, rindu, sedih , pilu , sendu..
entah aku sendiri tak pasti untuk mentafsirnya..
apa yang pasti ..
apabila menatap wajah mak..
aku akan terkenangkan semua pengorbanannya ..
Ya Allah ! jadikanlah aku seperti mak..
seorang mak yang penyayang...penyabar..dan setia ..
terbayang kasih mak pada aruah bapa..
mencuci luka dikaki aruah bapa yang isinya dah terkulai membusuk..
'sedangkan aku ..andai terjumpa bangkai kucing yang terburai perut di jalan pun tak lalu nak jamah nasi sehari..'
terngiang-ngiang kata amanat aruah bapa padaku..
"andainya Allah nak amik nyawa..biarlah amik nyawa bapa dulu, kerana bapa tak boleh hidup sendiri...dan kalau bapa pergi dulu..jagalah mak."
Ya Allah...mulianya hati ibuku ini...
maaf aku kehilangan idea nak tulis ..bila masuk soal mak...
nanti aku sambung untuk gambar-gambar yang sempat aku rakam semasa di kampung...
No comments:
Post a Comment