MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Monday, 2 August 2010









Jam dinding berdeting beberapa kali.

Pukul 3 pagi.

Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena.
Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamnya.
Ku belai perlahan rambut ikalnya yg wajahnya...
Kau
cantik sayang.., bisikku perlahan.
Tanpa disedari ,
usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima.
Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada
kami seorang anak..
walaupun cuma seorang .


Itulah doa
yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap
sujudku Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa
kami brdua adalah normal.Pelbagai ikhtiar telah kami
usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua
thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang
diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudahmudahan
dimakbulkan doa anda berdua.."





Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua
ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk ku
ketahui suatu ketika kelak ....Pasti! "Najmiah....
bangun.,...jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku
perlahan. Dia mengeliat ....Aku tersenyum melihat
wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga
ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman
Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah
'anak-anak'nya....Ahh.Aku sayang padamu Najmiah..
Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam
solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak
pernah lupa memanjatkan doa sebagaiman a dalam firman
Allah .. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah
jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami
termasuk orang-orang yg bersyukur.."



Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat
witirku dan ketika salam kedua ku dapati Najmiah dah
berada di belakangku..Wajahnya masam, merajuklah tu.
Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni.?
Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik
.... Semakin menjadilah rajuknya.




"kenapa abang tak
kejutkan Najmiah.?"Protesnya... Aku tersenyum cuma. "Dah,
abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut


tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Najmiah
mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia
selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang
menurut perintah." Usikku lagi. Najmiah tersenyum lebar
mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang
mungil bertindak menggeletek pinggangku.




Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.
Petang itu , sambil kami menikmati minum petang,
Najmiah memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : "
Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang
bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat
mengharapkan keturunan,.




Kan rasulullah berbangga
umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu
membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam
tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan
keadaan yang kami alami sekarang ini . Sanggupkah aku
memikul bebanan ini ....?



"Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula..
"Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia
bang..takkan Najmiah tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada
Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin
satu lagi, kan Najmiah boleh tumpang kasih anak dari
isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai.takkan
tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang
niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam
mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh
melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu
lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.
"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Najmiah
dalam nada semakin kendur. "Huss..Najmiah sayang !
Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi ibrahim
bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria
bapa Yahya.. " Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah
kepadanya.. Kudakap erat Najmiah,...ada titisan
panas yg membasahi dadaku..



Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh
..umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku
sudah meningkat bilanganya ...Berbanding ketika awal
pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan,
beritahu Najmiah kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah
belum kurniakan kami rezeki, seorang anak.
Tapi
cintaku pada Najmiah masih seperti dulu . Tak pernah
pudar. Hidangan istimewa disediakan Najmiah hari ini
....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Najmiah
menarik lenganku,..dengan nada manja sambil
berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan
kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke
telingaku.Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas
meja .Ada sampul surat yang berlogo hospitl terkenal
di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul
tersebut. Najmiah dengan pantas menghalangya. "Makanlah
dulu kek coklat yang Najmiah buat .! Abang ni tak
sabarlah.." Protes Najmiah separuh merajuk. "Oklah
sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil
pisau yang dihulurkan.. "



Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu.
kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku
mengambil sampul surat dari tangannya tadi..
"Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian
alam..!!" Najmiah hamil..!! Masya Allah, setelah sekian
lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud.
Airmataku mengalir deras. Kurangkul Najmiah
seerat-eratnya.

Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti
&nb sp; tika ini,.. tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doktor
tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes..
"Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Najmiah
selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2
ini Najmiah ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang
selera makan. Kusang ka dia terlalu letih menguruskan
cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn
kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham
akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik.



Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak
berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Najmiah
menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Aku
tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang
mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia
mengurangkan semua aktivitinya..

Namun Najmiah tak
bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan
dia..Barkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang
'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa'

..ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia
berkhutbah panjang. "Abang sayangg.abang kata nak jadi
seperti zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini
menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,kalau kita
bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid
atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalam
kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau
dilimpahkan kesenangan pada Najmiah dan anak yang bakal
lahir ini ,.. bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah
atau Ali abi Thalib..? Abangkan tau,..kesenangan
dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...
Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan
di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan.aku
terus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku
faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam
Islam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku
yang jadi terlalu cerewet..!

==========================

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Najmiah tidak
seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi
dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas.!
Seingat aku Najmiah hanya akan melahirkan pada 26
mei,..hari ni baru 04 april,.Aku panik.. Aku segera
membawa Najmiah ke hospital dengan seribu satu doa yg tak
putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera
datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir
..Ya Allah. selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku
berulang kali..

"Encik HafizAdam..?"..Dr Khadijah,..pakar sakit
puan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor,.." sahutku
cepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. "Boleh kita berbincang
sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik
rundingan,.. "Saya harap Encik HafizAdam
bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit
masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan
degupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan
Najmiah perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa
yang sewajarnya doktor..
Tapi isteri sayabagaimana.doktor..?" Tanyaku dgn nada separuh
ketar.bimbang.
"saya akan cuba sedaya upaya,..utk
menyelamatkan kedua-duanya,..


Yang lain kita
pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .."
Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..
Ya Allah,.selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan
Kau ujiku di luar batas kemampuanku,..
Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa
keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah
kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku
tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam
solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu
di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu
bilik ,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah
lunaknya. "Encik HafizAdam..?"
ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik
telahpun melahirkan ba yi perempuan yang sihat,.2.9 kg
dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,..

"Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr,
khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalar
keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor dengan
tatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggeleng
kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku
ternganga seketika,.. "Maaf,.saya telah berusaha
semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi
Najmiah,.." Deraian air panas bercucuran tanpa boleh
dibendung,. Perlahan aku mengikuti d oktor ke ruang
bilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini
sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup
dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain
penutup..Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn.. DariNya
kita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Najmiah
pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis
sekali,..tanpa ku sedari ku dakap Najmiah
seerat-eratnya..tangisku perlahan, tapi tak
tertahan..! "Sabar encik HafizAdam,..sabar.." Terdengar
suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,..
"Nurse,.. tolong bawa anak encik HafizAdam.." katanya
lagi,.. Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan
dihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayi
itu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan
Najmiah..Mereka amat mirip.! Matanya,
hidungnya,..mulutnya,..Allahuakbar..!!! Dadaku
bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,..

Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan
berkata,..
"Iqamahkan anakmu HafizAdam,..sambutlah yang
hadir,..doakanlah yang kembali.." Najmiah,.. rupanya
inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha
mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku
menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan
tahun,..utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakn
gantinya,. Ya Allah,.jangan biarkan hati ini
berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan
anak jika itu membawa kematian Najmiah,.. Tidak,.. Tidak,
itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha
Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,.. Selamat jalan Najmiah,

"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]: 1-2).1

No comments:

Post a Comment