"Isya,bangun sayang..Jangan tinggalkan abang..Abang minta maaf sayang..Abang janji takkan pernah tinggalkan sayang lagi..Sayang bangun la..Sayang..Sayang…." Arif mengoncang tubuh kaku Isya.Air mata yang jatuh dibiarkan menitis di wajah Isya.Arif memeluk erat tubuh Isya.Dikucupnya dahi Isya yang dingin bertalu-talu.Esakan Arif meruntun hati setiap yang mendengar."Sayang,bangun la…Abang tak boleh hidup tanpa sayang.Sayang,abang berdosa sebab lukakan hati sayang.Sayang bangun la,bagi peluang abang rawat luka di hati sayang.Sayang……"
***MASA LEPAS*****
"Ibu,Isya keluar…" Isya memberitahu ibunya lantas berlari mendapatkan Diana.Helmet MS88 disarung ke kepala dan enjin motosikal Honda 125 Wave segera dipanaskan.Sebelum sempat ibu Isya mendapatkan Isya untuk bertanya ke mana dia ingin pergi,Diana pantas memecut motosikal ke jalan besar.Isya memeluk erat pinggang Diana.Terasa seram bila Diana memecut begitu laju motosikal yang diboncengnya." Yana ,slow sikit..Aku seram la hang bawa laju-laju macam ni.." Isya menjerit di telinga Diana agar rakannya itu dengar apa yang dikatakan." Ala ,relax la sis..Baru macam ni,takkan dah kecut.." Diana ketawa sinis sambil memandang wajah Isya di cermin sisi.Jelas wajah rakannya itu pucat.Diana tahu Isya gerun naik motosikal yang dipecut laju."Suka hati hang la.." Isya mengalah bila menyedari yang Diana tidak akan memperlahankan kelajuan motosikal.Diana membelok motosikal ke kiri,kanan,kiri dan akhirnya mereka sampai di pusat membeli belah Sunway Carnival Mall.Mereka beriringan masuk ke dalam dan lantas menuju ke Starbuck Café,tempat pertemuan mereka dan rakan-rakan yang lain.Dari jauh,kelihatan Mira,Zali,Kerry dan Yuni sedang berbual rancak.
Sebaik sampai Isya segera menarik kerusi di sebelah Zali."Wei,apahal lambat sampai?" Kerry lantas menyoal."Isya la,aku sampai rumah dia,baru nak masuk toilet lah,nak iron baju la.." Diana menjawab lantas menyedut air oren di depannya." Ala ,sorry la,Aku terlupa la hari ni kita nak jumpa." Isya tersengih-sengih mengakui kesilapannya.Tangan Zali cepat meluku kepala Isya."Oi,sakit la.." Jeritan kecil Isya membuatkan semua ketawa.Dia mencubit paha Zali."Eh,Syam dengan Khai mana?" Isya menyoal pabila menyedari dua lagi sahabatnya tiada di situ."Syam teman Khai beli tiket wayang.Hari ni,Khai belanja kita semua tengok movie." Pantas Mira bersuara.Sebaik dia menghabiskan percakapannya,telefon bimbitnya menjerit-jerit minta dijawab segera."Hello…Syam,kenapa lambat sangat.Ada kat mana ni?Oooo..okey,Mira ajak dia orang semua pergi sana .." Mira memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar dan bangun."Jom wei,Syam suruh pergi kat pawagam,movie dah nak start." Mira lantas berjalan beriringan dengan Isya.
Sepanjang perjalanan ke pawagam,mereka berenam bergurau senda.Tampak begitu mesra hubungan mereka berenam."Best juga movie tadi.." Diana bersuara sebaik keluar dari pawagam.Rakannya yang lain hanya mengangguk setuju."Jom Isya.." Khai menarik tangan Isya pantas sebelum sempat Isya berkata apa-apa."Hoi,takkan bawa Isya je,kami semua macam mana?" Zali menjerit sedikit apabila menyoal Khai kerana Khai dan Isya berada agak jauh."Jom la…Aku nak bawa Isya pergi makan..Nak ikut jom la..Aku lapar ni.." Tangannya diisyaratkan agar rakan-rakannya yang lain mengikutinya dan Isya.Isya hanya tersenyum.
Kedengaran Kerry merungut-rungut marahkan Khai yang pentingkan diri."Kalau ye pun lapar,bagitau la.Ni tak,blah macam tu je.Dah tu ajak Isya sorang je lak tu,ajak la aku sekali.Aku pun lapar gak." Kerry merengus marah."Relax la bro.Macam hang tak tau perangai Khai.Lagipun,mesti la dia ajak Isya,sebab Isya tu kan rapat dengan dia,hang laki,boleh cari makan sendiri." Yuni memepuk-nepuk bahu Kerry.Yang lain hanya tersenyum.Mereka semua tahu,Kerry bukan marah sebab Khai tak ajak dia sama pergi makan,dia marah sebab cemburu Khai pegang tangan Isya.Semua sudah maklum,Kerry dah lama ada hati kat Isya cuma Isya tak layan.Dan semua tahu prinsip Isya,dia takkan bercinta dengan member sendiri.
Sebaik sampai di Starbuck Café,semuanya telah siap terhidang.Khai dan Isya hanya tersengih melihat muka cemburut Kerry.Sebaik semua duduk,mereka mula menikmati hidangan yang dipesan Khai dan Isya."Cun la minah tadi.Hang tau tak budak mana minah tadi?" Arif menyoal Is di sebelah.Is hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu."Tolong aku cari nombor handphone dia Is.." Arif bersuara lagi dan kali ini mengundang reaksi terkejut Is."Hang gila!Nama dia pun tak tau,macam mana nak cari nombor phone dia?" Is menyedut perlahan jus tembikainya.Dahinya berkerut.Dia tahu,masalah bakal menimpanya.Bukan dia tak tahu perangai Arif,jika dia inginkan sesuatu,dia sanggup lakukan apa saja dan orang pertama yang akan diminta pertolongan pastinya dia.
Aduh,masalah…Is menggeleng kepalanya berulang kali."Is,minah tadi la.." Arif menepuk bahu Is,hampir tersembur jus tembikai yang disedut Is apabila disergah begitu.Matanya lantas terarah kearah gadis yang dimaksudkan Arif.Memang cantik.Walaupun agak rendah tapi wajahnya bisa mencairkan hati mana-mana lelaki." Rif ,hang tengok sebelah dia..Aku rasa hang tak dak harapan la nak mengurat dia.Tu,baik punya bermesra dengan mamat sebelah.." Is berkata membuatkan Arif tersentak.Dia merengus geram."Is,aku tak kira..Aku tetap akan dapatkan minah tu.." kata-kata Arif membuatkan Is menggeleng kepalanya berkali-kali."Jangan Rif,jangan dok tempah bala.." Is menasihati Arif.Dia tak mahu rakannya jadi perampas.Lagipun,jika Arif tekad mendapatkan gadis tu,apa akan jadi dengan Iza,awek Arif."Aku tau apa yang aku buat.Jom blah Is.." Arif lantas bangun meninggalkan Is di belakang."Wei,tunggu la…." Is berlari anak mendapatkan Arif.Dalam hatinya menyumpah-nyumpah sikap pentingkan diri rakannya itu..
Arif tekun menghadap komputer di dalam biliknya.Tangannya ligat menaip sesuatu di atas papan kekunci.Beberapa detik kemudian,skrin computer mula memaparkan apa yang dicari.Arif menclick pada perkataan Friendster.Dia masih mencari sesuatu.Dan akhirnya.."Yes,dah jumpa..Yehaa…" Lebar senyuman Arif kala itu.Di skrin terpapar sekeping foto seorang gadis.Di bawah foto itu,segala butiran tentang gadis itu tertulis.Dari situ Arif tahu gadis itu bersekolah di Sekolah Tunku Ibrahim...Lalu di print foto gadis itu dan foto gadis itu di letak di atas katil.Lantas di capai telefon bimbit di atas meja."Is,sok kita pi skolah.Da hal pntng aku nak buat…Aku ambik hang pukul 1 tghhari…"
Beberapa tika kemudian,Arif mendapat balasan jawapan dari Is.Jawapan Is membuat Arif menghela nafas lega."Is,hang kenal dengan minah tu?" Arif menyoal rakannya sebaik kelibat seorang gadis muncul di antara ratusan pelajar yang keluar dari kawasan Sekolah Tunku Ibrahim."Tu budak kita jumpa kat Sunway Mall tu kan ?" Is menyoal balik.Arif hanya mengangguk.Barulah Is tahu hal yang dimaksudkan Arif petang semalam.Tak sangka gadis itu bersekolah di sekolah lama mereka."Mana hang tau dia sekolah sini?" Is menyoal Arif lagi."Friendster..Zaman sekarang segala maklumat di hujung jari.." Arif menjawab sambil memetik jarinya."Hang tolong pi minta nombor phone di Is.Aku malu la…" Arif menyambung percakapannya bila is hanya diamkan diri."Amboi,waktu nak cari pandai bila dah jumpa nak minta nombor phone pun malu." Is mengomel sebaik Arif meminta pertolongannya.Bila dilihat wajah Arif monyok,perlahan dia melangkah kearah gadis itu.
Dari jauh Arif nampak Is berbual rancak dengan gadis itu dan seketika kemudian Is kembali padanya.Is mengajak Arif ke warung berdekatan.Sebaik air yang dipesan tiba,Arif membuka mulutnya."Dapat tak nombor dia?" Is hanya menggeleng.Muka Arif merah."Wei,cakap la betul-betul.Dapat tak?" Is buat muka selamba.Dia sedut perlahan air teh aisnya.Arif bengang dan….."Wei sakit la…Ni,dapat la..Tu pun nak bengang.Kecoh la lu…" Is berkata keras lalu melempar sehelai kertas pada Arif.Tertera nombor telefon di atas kertas itu.."Thanks.." Arif berkata kemudian dia meminta maaf sebab terkasar pada Is.Is hanya mengangguk tapi di hatinya,dia menyumpah-nyumpah Arif.Sebaik menghabiskan minuman,mereka segera berlalu.
Selepas solat Isyak,Arif mencapai handphonenya.Dia berbaring di atas katilnya sambil membelek foto gadis itu.Hatinya berdebar.Dia lantas mengambil kertas yang tertulis nombor telefon.01749696742 lalu disimpan nombor itu di handphonenya.Arif menaip mesej dan setelah selesai lantas ditekan butang send..Dia menunggu balasan mesej.Seminit,dua minit,tiga minit dan akhirnya hampir setengah jam,langsung tiada balasan.Dan ketika Arif hampir terlena,tiba-tiba handphonenya berbunyi dan tertera 1 New Message di skrin.Arif menekan butang Read dan membaca isi kandungan mesej tersebut.Lebar senyuman Arif bila huluran salam perkenalannya disambut mesra..Dan malam itu,Arif dan gadis itu saling berbalas mesej.
Tiga bulan berhubung melalui telefon,Arif bersedia untuk bertemu gadis itu.Tempatnya pastilah di tempat pertama Arif bertemu gadis itu tiga bulan lepas.Arif menyisir kemas rambutnya.Dengan hanya memakai baju-T hitam dan seluar jeans Levi's,Arif nampak begitu tampan.Kali ini,Arif ke sana seorang diri.tanpa Is atau rakannya yang lain.Dari jauh,Arif nampak gadis itu sedang asyik merenung orang yang lalu lalang di hadapan Starbuck Café.Arif pantas mendapatkan gadis itu.Arif berdehem kecil apabila kehadirannya tidak disedari dan sedetik kemudian gadis itu berpaling ke arahnya.Sebuah senyuman di hadiahkan pada Arif.Arif juga tersenyum.Walaupun gadis itu hanya mengenakan solekan tipis,namun keayuannya masih terselah.Ditambah dengan blaus hitam,gadis itu nampak begitu cantik."Hai,lama tunggu?" Soalan standard di setiap first dating diajukan Arif.Gadis itu hanya menggeleng."Hmm,dalam telefon bukan main pandai cakap,bila jumpa diam je…Betul ke ni Nur Isya Nadira?" Perlahan Arif bersuara bila gadis itu hanya mendiamkan diri."Betul la ni Nur Isya Nadira.Awak tak salah orang Arif Ifrizal Haikal.Nice to meet you.." Isya membalas sambil menghulurkan tangannya.Pantas Arif menyambut huluran itu.
Terasa seperti sesuatu mengalir apabila tangan mereka bersentuhan.Isya dapat rasakan jantungnya berdegup laju.Hanya senyuman manis di beri untuk menutup getaran di hatinya.Pertemuan kali pertama Isya dan Arif berjalan lancar.Mereka berbual mesra dan bergurau senda seperti sering dilakukan sewaktu berhubung melalui telefon.Hubungan Arif dan Isya semakin intim.Mereka sering bertemu jika ada kelapangan. Ibu dan ayah Isya turut mengenali Arif.Begitu juga ibu bapa Arif.
Hari itu genap setahun Arif mengenali Isya.Arif ingin membuat kejutan untuk Isya.Dia dan Isya berjanji untuk bertemu di tepi pantai berhampiran Hentian Rehat&Rawat Butterworth.Pukul empat petang,Arif sudah sedia menanti Isya.Arif duduk di atas motosikal Yamaha 135LCnya menghadap laut.Dia berdoa agar segala rancangannya hari ini berjalan lancar.Dia memegang seutas rantai perak yang di belinya semalam.Loket berbentuk hati berkilau apabila terkena pancaran mentari petang itu.Diatas loket itu tertulis Arif&Isya.Arif tersenyum.Ditarik nafasnya berkali-kali agar dia tidak getar apabila berdepan dengan Isya nanti.Arif ingin menyuarakan isi hatinya pada Isya dengan lancar.
Sejam menanti,Isya tiba dihantar oleh ayahnya.Arif hanya memberikan senyuman mesra pada ayah Isya."Arif,take care of my daughter.Have a nice day.." Ayah Isya berkata sebelum berlalu.Isya tersenyum manja pada Arif.Arif menepuk perlahan seat motosikalnya tanda meminta Isya duduk d sebelahnya."Sorry lambat.Ayah la,punya liat nak bangun tidur." Isya menerangkan sebab kelewatannya tanpa disoal.Arif hanya menggeleng."Tak apa..Kenapa tak call Arif .Boleh Arif pergi ambik Isya.Dah lama kita tak 'menarik'…" Arif berkata sambil tersengih.Isya menepuk paha Arif lembut."Bila kita pernah 'menarik'..?Eee,gatal la Arif ni.." Manja Isya bersuara."Arif nak jumpa Isya buat apa?" Soalan Isya membuatkan Arif terdiam.Tawanya hilang bersama angin yang menghembus petang itu.Wajahnya muram.Isya kaget.Terkejut dia dengan perubahan wajah Arif yang mendadak."Arif,kenapa…" Belum sempat Isya menghabiskan soalannya pada Arif,Arif pantas berjalan menuju ke tepi laut.Arif duduk mencangkung sambil menulis sesuatu di atas pasir pantai.Isya hanya memerhati kelakuan Arif."Isya.sini.." Arif melaung memanggil Isya.Perlahan Isya mendapatkan Arif.Wajahnya monyok.Arif tahu Isya marahkannya.Ditahan tawanya dari meletus."Isya,tengok kat situ." Tangan Arif di hala ke arah tempat Arif duduk mencangkung tadi.Isya hanya memandang sekilas sebelum berpaling melihat laut kembali namun sesaat kemudian,dia berlari ke arah tempat yang ditunjukkan Arif.Sebaris ayat di pasir pantai itu membuatkan setitis air jernih jatuh dari kelopak mata Isya.Arif mendapatkan Isya dan menyapu airmata Isya yang gugur ke pipi.Di keluarkan rantai perak dari kocek seluarnya dan dikalungkan ke leher Isya.Isya memeluk erat Arif.
Senja itu,laut dan pantai menjadi saksi dua hati bertaut menjadi satu.Arif dan Isya berlalu pergi meninggalkan kenangan indah petang itu.Sebaris ayat telah berjaya membuatkan Isya menjadi milik Arif.Jelas kelihatan sebaris ayat yang ditulis Arif sebelum terpadam disapu ombak yang menghempas pantai..I LOVE YOU,ISYA……Air mata Isya jatuh lagi.
Lima bulan Isya kelemasan dengan air mata yang kini menjadi teman setianya.Wajahnya tampak lesu.Sejak kehilangan Arif,Isya jadi tidak menentu.Bibirnya tidak lagi mengukir senyuman manis,mata bundarnya tidak lagi galak memancarkan sinar keriangan dan suara manjanya seakan hilang bersama Arif."Abang,di mana abang berada?Sayang rindu……" Jeritan Isya bergema di sekeliling ruang.Ruang hatinya yang kini kosong.Isya buntu.
Tanpa penjelasan,Arif sepikan diri.Beratus mesej dihantar tanpa balasan,berpuluh panggilan dibuat tidak di jawab."Kenapa dia buat macam ni kat aku?Apa salah aku?Kenapa dia tinggalkan aku?" Isya menyembam wajahnya di bahu Diana.Diana menepuk belakangnya perlahan.Masing-masing mendiamkan diri.Tiada sepatah kata muncul dari bibir teman-teman Isya.Semuanya sedih melihat perubahan Isya.Semuanya marah dengan Arif,penyebab Isya murung."Aku akan cari Arif.Aku takkan biarkan dia buat Isya macam ni…" Is pantas berlalu pergi tanpa sempat di tahan.Sebagai kawan baik Arif.Is tertekan bila melihat Arif bersifat kejam pada Isya.Menyesal Is menolong Arif mendapatkan Isya.
Tapi segalanya dah berlaku.Mengalir air mata Is bila melihat wajah pucat Isya.Dia tahu Isya terseksa kerana sahabatnya.Dan Is berjanji,walau apa terjadi,Arif akan dibawa pada Isya.Dia mahu sahabatnya kembalikan pada semua Isya yang dulu.Arif merenung lautan luas di depannya.Angin yang bertiup tidak mampu membuatkan hatinya tenang.Wajahnya cengkung.Arif buntu.Kepalanya berserabut dengan pelbagai masalah yang tidak pernah selesai.Setiap malamnya dibayangi wajah Isya.Dia rindu akan Isya tapi setiap kali dia cuba hubungi Isya,di matanya terbayang kejadian malam itu.Dia benci pada dirinya."Isya,maafkan abang.Abang tak layak untuk sayang." Hati Arif berbisik sendu.Air mata mengalir sepi di wajahnya.Terasa ingin saja dia kelar urat sendinya,biar putus nyawanya saat itu.Tapi,dia tak mahu ada lagi yang bersedih kerananya.Cukuplah dia lukakan hati Isya,dia tak mahu buat mama dan papanya bersedih.Dia anak harapan mereka,tak mungkin dia tega menghancurkan harapan yang mereka bina padanya.
"Mama,papa..tolong Arif……" Arif menangis semahunya petang itu....."Iza,apa awak buat ni?Kita ada kat mana ni?" Arif meraup wajahnya.Dia merenung tajam Iza yang sedang tersenyum sinis padanya.Jijik dia melihat Iza yang beraksi menggoda tanpa seurat benang di atas katil."Arif yang memaksa Iza buat semua ini.Arif tinggalkan Iza sebab perempuan tu.Iza tak boleh terima..Iza sayangkan Arif,kenapa Arif tinggalkan Iza?" Iza membalut tubuhnya dengan sehelai tuala.Dia cuba memeluk Arif namun pantas Arif menolaknya jatuh ke atas katil.Iza merengus geram."Hang tak layak dengan aku.Dah berapa ramai lelaki ratah tubuh hang,tak mungkin aku nak terima hang.Hang perempuan keji Iza.Aku takkan pernah maafkan hang." Arif berlalu dari bilik itu.
Air matanya jatuh.Wajah Isya,mama,papa silih berganti.Dia terasa bersalah pada mereka.Dia malu nak berhadapan dengan mereka.Tubuhnya kotor kini.Dia benci pada dirinya.Dalam keadaan yang tidak tentu arah,Arif memandu keretanya tanpa destinasi sehingga membawanya ke suatu tempat.Laut yang terbentang membuatkan dirinya terasa lega.
Dan di situlah dia sembunyikan diri dari semua orang selama hampir lima bulan.Arif tersentak dari lamunan.Telefon bimbitnya menjerit-jerit minta dijawab.Arif biarkan sahaja deringan itu terhenti.Seminit kemudian telefonnya kembali berbunyi.Kali ini,satu mesej diterimanya.Lambat dia mengambil telefon bimbitnya lalu dibaca mesej yang diterima.Arif tergamam.Lututnya bergoyang.Dia jatuh terjelepuk di lantai.Pak Cik Musa dan Mak Cik Hasni diam di kerusi.Masing-masing berdebar menanti di hadapan bilik itu.Lampu menyala.Seorang wanita keluar.Wajahnya keruh.Pak Cik Musa pantas mendapatkan wanita itu."Macam mana anak saya doctor?" Pak Cik Musa bertanya penuh pengharapan.harapan agar anak tunggal kesayangannya selamat.
Ya Allah,jangan Kau ambil nyawa anakku.Bisik hati Pak Cik Musa memohon kepada Yang Maha Esa."Kami telah cuba sedaya upaya,tapi kecederaan yang dialami anak encik terlalu parah.Sekarang kita hanya perlu berserah pada Allah agar anak encik selamat.Mungkin keajaiban akan berlaku.Siapa tahu.Hanya Allah yang mengetahui.Bersabarlah." Doktor wanita itu segera berlalu.Pak Cik Musa kaku.Air mata gugur lagi.Ya Allah,dugaan apakah yang Kau turunkan pada aku sekeluarga?Perlahan matanya dibuka.Dia tersenyum saat melihat ibu,ayah dan rakan-rakannya berada di depan mata.namun senyuman itu hanya seketika,wajahnya kembali muram bila wajah iu tidak juga kelihatan."Ibu,abang Arif mana?Dia..dia tak datang jenguk Sya ke?" Air matanya megalir di wajah lesunya.Ibunya hanya mampu meggeleng."Mira, Yana …Arif dah tak sayang aku ke?""Is.Arif pergi mana?Dia tak nak tengok aku ke?""Khai,tolong bawa Arif datang sini.Aku nak tengok dia…" Isya cuba bangun namun dia jatuh kembali.Keadaannya terlalu lemah."Isya,jangan macam ni sayang.Nanti Arif datang.Ayah janji,ayah akan bawa Arif datang tengok Isya." Perlahan Pak Cik Musa bisikan harapan pada anaknya.Isya menyembam wajahnya di dada Pak Cik Musa.Mak Cik Hasni kaku.
Seperti mimpi ngeri yang menjadi realiti,puteri tunggal kesayangannya yang dulu sentiasa riang kini lemah tidak bermaya terbaring di katil.Air mata yang suatu ketika dahulu mahal harganya untuk ditumpahkan kini menjadi begitu murah.Ya Allah,kenapa anakku di beri dugaan sebegini rupa?
Mira,Khai,Syam,Zali,Kerry,Yuni,Diana,Is diam.Sedihnya mereka hanya Allah yang tahu bila melihat sahabat yang suatu ketika dulu menjadi penyeri saat berkumpul bersama kini seperti patung tak bernyawa.Semuanya hanya kerana cinta seorang lelaki.Rapuhnya hati sahabat mereka yang disangka tabah bila tertewas di medan cinta.Semua tahu,Isya tak mungkin dapat diselamatkan lagi.Hanya takdir yang mampu mengubah segalanya. Kemalangan pagi itu membuatkan keadaan Isya semakin parah.Motosikal Isya remuk dirempuh lori tanah.Namun Allah masih mahu Isya hidup di muka bumiNya namun keadaannya begitu memilukan.Wayar menjadi penyambung nyawanya.Hati mereka sebagai sahabat seakan di hiris belati tajam bila bibir Isya tak henti menyebut nama Arif walau keadaannya begitu lemah.Sucinya cinta Isya pada Arif."Isya,abang datang sayang.Bangun sayang…"Tubuh Isya di pegang lembut.Arif mengetap bibir menahan tangis.Ya Allah berdosanya aku pada Isya.Kerana aku,hidupnya musnah.Ya Allah,jangan Kau tambah penderitaan Isya lagi.Arif memegang erat tangan Isya."Abang…." Isya tersenyum melihat Arif di depannya.Terima kasih ya Allah kerana kembalikan Arif padaku.
Jika hari ini Engkau ingin menarik nyawaku,aku reda Ya Allah kerana hatiku sudah puas bila Engkau memberi peluang aku menatap wajah Arif sekali lagi.Air mata Isya mengalir lagi tapi kali ini air mata gembira.Arif menyapu air mata Isya yang gugur.Dia memeluk erat tubuh Isya.Bibirnya tak henti memohon maaf.Air mata lelakinya gugur menjadi tanda betapa dia rasa berdosa pada Isya."Abang jangan menangis.Sayang okey..Tak perlu minta maaf,abang tak buat salah pada sayang." Isya menyentuh pipi Arif yang basah dengan air mata."Isya rindu abang.." Perlahan Isya berkata.Arif mengangguk lemah."Abang juga rindukan Isya.." Isya tersenyum lagi.Dan sesaat kemudian,keadaan Isya semakin lemah.Isya menarik nafas beberapa kali dan melepaskannya tenang walaupun payah.Keadaan menjadi kalut.Ibu dan ayah Isya menerpa kearah Isya,membisikkan kalimah syahadah di telinganya.Arif memanggil perlahan nama Isya.Tubuh Isya di goncang lembut.Air matanya semakin lebat membasahi pipi.Dan,disaksikan semua,Isya pergi menghadap Yang Maha Esa.Wajahnya tenang seakan orang yang sedang tidur.Bibirnya mengukir senyuman.Isya pergi dalam keadaan yang begitu tenang tanda segala penderitaannya telah berakhir.
Abang,sayang puas dapat menatap wajah abang sebelum sayang tidur untuk selamanya.Terima kasih sebab beri peluang sekali lagi untuk sayang melihat wajah abang.Sayang tetap sayang abang selamanya……..