BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang,iaitudalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikattersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi olehkeranamalaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya,sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh MalaikatIzrail.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampubersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalahyangperlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalahseorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarangbekalanuntuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kalidalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapatiorang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkahhairannyaaku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untukmencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelakketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan olehmalaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikatmaut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yangmenjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwalmati dan hubungannya dengan malaikat maut.Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidakmungkindapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hatimampumelihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pastiakanmati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Adayangmenganggapkematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapatgolonganathies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengansebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyakkematiandisebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan,bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangansamada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh seranganpenyakityang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demamdenggi,taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya darisudutsebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itudengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematiandikalangan mereka, lantas mereka bertanya, " sebab apa si fulan itumati,sakitkah atau kemalangankah? " .Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiranmalaikatmaut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkanmalaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pastimemerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepatdansempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja,ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika AllahSWTmenetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketikadiserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketikakejadiantersebut.Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewahyangsedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat padawaktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerangkesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akantertangguh walau sesaat.Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebabbagisatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnyasakittenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadirahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberipeluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu diaakan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu,membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaikiamalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadiorangmuflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akanmenjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masihhidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusahamemperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segalakejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akanmembawa sesalan yang tidak berguna.Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakankepadadirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya.Keranabetapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil rohdengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olahAllahSWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberiamaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yangtidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebihdahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagimemenuhijanji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh SaidinaAbbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskanbahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabutroh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itutermasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaituparaRasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinyatidakdisenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana diaditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akanberdukacita,kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang dikalanganmereka.Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagaisebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.ssehinggaketurunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengansebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian,merekaakan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupunkeranamendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat mautdengankematian yang berlaku itu.Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkankematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnyadiutusoleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itubertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yangtelahtermaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah,bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalahtentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkankepadanya.
Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukankematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yangdinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat mauthendakmencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat mautsedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat mautberasahairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidakpernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketikasihatdan segar-bugar.Firman Allah Taala yang bermaksud :" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnyamerekatidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula )mempercepatkannya. "( Surah Al-A'raf ayat 34 )
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHANDENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYADANUPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAHKITAMEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSAYANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DANMENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKATSENJATA!
""Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasikmembawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidakdiingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehinggamenjadikankamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat (49):
No comments:
Post a Comment