MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 3 April 2009

~Uwaaaa...sob..sob...nak sedey nak gembira nie..~


Assalammualaikum...


Dalam orang dok berkata tentang kemerosotan ekonomi..

sana-sini orang dok mencurahkan perasaan sedih..

-ada yang hilang pekerjaan

-ada yang terpaksa jimatkan kos...

-ada kereta yang ditarik bank...

dan macam-macam la masalah yang menimpa...





(gEmBiRa)

aku pulak...baru jer lepas berseronok...
mana xseronoknya..baru lepas dinner kilang..
pastuh pulak aku dan geng masuk menari..."gEnG tOmEy"
memang kami enjoy sesangat malam 28hb tu...
tak sedikitpun rasa 'termalu' sbb aku terlupa step masa wat persembahan..
gasak ler..yang penting masa pertunjukkan ,
geng kami paling gamat dapat sorakkan/tepukan.
aku peduli apa 'watcher' nak tepuk pasai silap step ka..atau depa suka geng2 kami menari ka..
tapi masa kami berlatih dengan guru 'YA A"AUW tu...mmg dpt sambutan ar...
pekerja2 yg len mmg dok intai-intai kot pintu...
tapi geng kami kan 'low profile' masa free dance untuk 'poco-poco' kami panggey depa menari sama...
kami siap jadi guru tarian poco-poco ...
nak tgok ka gambaq kami pada malam pertunjukkan tu...adess...
malu jugak le nak tunjuk...tp kalau xtunjuk korang mesti xpercaya kan..kan..kan...


ni gambaq selepas make-up...untuk perhatian korang..

make-up ,guru tarian dan custome disponsor pihak kilang kami...ngeh3





~gEnG tOmEy~

ni pulak selepas buat persembahan ...
kami dengan geng kami ar...sebab depa nie kureng tomey so..
depa xjoint kitaorang menari...jangan marah ..Amy & Kak Kin...
pepun..makaseyyyy..
sebab depa nie yang 'wok-wit2' gamat giles kat bawah masa kami wat persembahkan...
~sEdEy...~
itulah ..orang tua-tua dah pesan,,,
jangan terlalu suka..nanti datang duka...
nak dijadikan cerita...
arini..masa dok tengah gelak ketawa tu..
(on the way nak p kantin)
nampak ada update note untuk ERT member..
kat whiteboard...
sesaja la check nama aku ..yela aku kan ker orang lama dlm ERT member..
hampa ja aku rasa coz nama aku tak da dlam list..
frust giler...tapi pujuk ati gak ler..mungkin aku normal shift depa xboh kot
dah lepas lunch..kami lepak kat 'starbuck' tpt biasa kami ar..
HR-Kak Nor turun sambil berbisik..
"eh xmo p tengok ka gambaq tomey dah cuci..ada kat HR...meja akak"
apa lagi.. terkejaq-kejaq la kami berlari..
memang seronok sakan..tak sabar nak tengok pict yang dah di cuci..
padahal sebelum ni kami dah pulun tengokdlm pendrive
siap kutuk lagi..yela dinnernya slogan 'It's my night'
tapi ghupa kami dah macam Nyah dah ler tukaq jadi
"it's Nyah night"..
hampa gak ler bila kat sampai kat meja Kak Nor..
Tanuja ngan adik ipar dia belek2 album tu..
so kami take turn ar..'kami kan bermoral..ahakss
dalam dok tunggu tu..
aku nampak Si Hwa (ERT ko'odinator)
aku tanya la pasaipa nama aku xda dalam senarai..
pastuh dia kata depa kena buang setengah nak seb bajet..
huh..dan berdesing tinga aku ..
lagipun dia kata aku xlulus masa madical ceckup tahun lepas..
aku 'gemuk' katanya..xcukup stamina nak resque...
uwaaaaa...uwaaaaa

tak patut kan derang nie..

dari 2004 aku sertai dan dah banyak sijil2 aku dapat..

kalaula tak cukup stamina, memang aku dah pengsan masa wat latihan dengan bomba.. skit punya kena tahan lasak apa ngan bomba..

kawad kaki tengah panas terik, kawad basah gulung host

tatau la depa nie..

rasanya nama2yang tersenarai tu bukannya jenis yang suka mai training..

tunggu dan lihat..namun aku puas hati sebab banyak pengetahuan aku dapat semasa sertai ERT nie..Ilmu beb..

~Latihan Dengan Bomba 3x~

~Latihan First Aid 2x~

~Latihan Chemical 3-4x~

ntahler..

aku amik ikhtibar dari semua adat manusia..

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf

Bagaimana dengan aku? Adakah aku juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?


Jika begitu, aku tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi,

susah nak jadi bersemangat sebab di hati aku penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif.

Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.

Aku ingat pesan mak dulu..tak baik simpan dendam nanti muka jadi cepat tua..

woho..xnak la nampak tua..ngeh3..so bolayan ar dgn remeh temeh nie..

ignorekan aja...betui tak..

think positif...think positif...

Thursday, 19 March 2009

~SePuLuH rAhSiA CiNtA~






1. Kekuatan berfikir



Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.









2. Kekuatan untuk menghormati




Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".







3. Kekuatan untuk memberi



Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".







4. Kekuatan persahabatan




Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.






5. Kekuatan dari sentuhan




Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..









6. Kekuatan untuk melepaskan



"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".







7. Kekuatan dalam komunikasi




Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?











8. Kekuatan dari komitmen



Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu.. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.





9. Kekuatan semangat.



Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.






10. Kekuatan dari rasa percaya


Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Wednesday, 18 March 2009

~Manusia, malaikat & Syaitan~

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah ...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ni !! mmm.. sedapnyaaaa...

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh!!awal lagi..mmm.. aaahh.. suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii..

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu.... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .... (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh

Manusia - Uuhhh! letihnya arini.. tak solat lagi nieee..
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...