MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Saturday, 21 June 2008

~Mawar Desa ~ Penghijrahanku eps: 14

Penghijrahanku
Walaupun aku pernah berjauhan dengan keluargaku.Tinggal diasrama “SONY” terasa janggal kerana ini bukannya asrama di alam persekolahan tapi alam pekerjaan.Dengan pengalaman yang sudah terbiasa dengan orang asing aku cepat diterima oleh kakak-kakak dan teman serumah.

Asrama kami diasingkan dari kelompok budak-budak dari Sabah.Asrama mereka terletak di lorong 9,Tmn Desa Murni…rumah teres setingkat manakala kami budak2 dari Semenanjung diberi kebebasan tinggal dirumah teres 2 tingkat Lorong 2,Tmn Desa Murni (dekat sangat dengan Titi Timbul,Sg.Dua- Mee Udang terkenal kat sini).satu rumah kami ada 12 orang..3bilik dan 1 bilik ada 2katil bertingkat dan 4almari..so ringkasannya…sebilik 4 orang.Alhamdulillah..”sebulu”-serasi kami semua.yang bestnya antara kami Cuma seorang saja yang berasal dari Perak.

Tentang kerja pulak aku seperti biasa sikap terlebey ramah dan ‘happy go lucky’ buat aku ada ramai teman.Aku ditempatkan di bahagian QCC (periksa tape dari Radio dalam keadaan baik –sound).Dengan permulaan gaji RM420/- dan kalau dcampur dengan OT dapatlah dalam RM800/-RM1000 lebih.Alhamdulillah itu sudah memadai untuk ku hulurkan buat keluarga dikampung..

Pengalaman manis.biasalah gadis baru mesti ada yang usik-usik.Tapi dengan adanya kakak-kakak yang sudah berumahtangga,aku rasa selamat kerana sering diberi nasihat dan ceramah percuma serta ada penangkis tak berbayar kalau aku diganggu. .Ahakss..Lagipun Chik Lie sudah memadai untuk aku pergi kemana-mana.Aku tidak perlu cari teman lelaki untuk bawa aku bersiar-siar.Yang lawaknya Cuma teman serumahku saya yang tahu Chik Lie adalah abang kandungku.Rasanya teman sekerja banyak yang katakan Chik Lie tu teman lelaki aku.mana tidaknya kadang-kadang Chik Lie akan datang ambil aku di kilang selepas habis kerja.Em kerana itu jugakla..aku tiada ‘jejaka berani nak rapat denganku.Baguskan.(aku memang penakut sebenarnya)

Teman serumah seperti Kak Latipah (asal Bukit Merah-kerja sebagai Juruteknik di SONY) ada kereta…so kami selalunya ,asal cuti saja berkelah (kalau aku tidak balik kampung)atau kalau Kak Pah sibuk kami akan naik bas beramai-ramai.Cerita yang paling lucu…kami ditipu pemandu van (kami sewa van dan pemandu untuk menghantar dan mengambil kami berkelah di Bukit Happise(Bt.Feringhi-hotel Bayview) –sekarang tempat tu dah ditutup).Selepas menghantar kami pemandu tu beritahu dia ada kenduri di Sg.Petani ,dia terpaksa pergi ..kami tak kesah sangat kerna kami berkelah mungkin sampai petang (tempat berkelah tutup pukul 7malam).Terlanjur kami pergi dengan van,segala persiapan makanan seperti nasi kami Cuma bawa dalam bekas rice cooker tanpa masukkan dalam tuppaware.ikan goreng,sayur campur dan sambal belacan termasuk ulam-ulam.memang best la…seronok sakan…


“Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari…
Dihimpit perasaan
.bayangan gurauan…
Didalam jaga ku tercari-cari
Didalam tidur siapakah gadis misteri” Bayangan Guraun_Mega

sayang… secebis kenangan..
cinta yg mengegar dada..
Sayang kiranya berakhir dengan titisan air mata..
Bara yg menyentuh rasa
Bahang yg masih terasa
Sayang yg ku impikan kini ditelan debu sepi..” SAYANG-Menara

“haruskah..haruskah ..
Aku terus merayu padamu…
Haruskah..haruskah
aku teburi janji beribu..
Untuk menembusi tembok hati sanubarimu
ataupun aku hanya penanti..
Mengapa dikau meragui keikhlasan…”SERA-Badai Asmara

“tiada apa yang dapat ku rasakan..
selain dari cintaku padamu..
Tiada lafaz sendu yang indah
yang dapat ku gambarkan padamu…”
Lagu dari Olan.. Cinta bandar tasek selatan
>>>lagu yang dinyanyikan oleh Zamri semasa perkelahan kami di Lata Bayu..nostalgia tu datang lagi.berbaloi rasanya aku dengan perkelahan ini.

Lagu dari petikan gitar oleh seorang pemuda buat kami terleka sambil mandi manda.Erm..yela suara diapun ok..dengan iringan petikan gitar darinya membangkitkan nostalgia aku.Wajah Zamri terbayang..ek..adess..kesitu pulak angan aku.
Kata orang terlalu suka membawa duka..begitulah keasyikkan dan keseronokkan aku diganti dengan sebak dan seram.

Sebenarnya cerita sadis kami dan mungkin kenangan pahit dan lucu ini buat aku dan teman-teman serumah serik untuk sandarkan harapan pada orang yang tidak dikenali.Rasanya hampir pukul 6.30petang kelibat pemandu van tu belum lagi muncul.adess.Nak tak nak kami usung segala bekas makanan tu keluar dari tempat perkelahan..dah la tempat tu kena redah jalan sempit tepi belukar baru jumpa jalan besar…dan Hotel Bayview.Rasanya berguni-guni sumpah seranah kami pada pemandu van tu.Yang paling best antara kami seorang pun tidak bekalkan duit ..Cuma ada RM0.80sen ja.Itupun hasil dari saki-baki poket kami…lawak ada nak menangis pun ada.Sebak dada..sudahla kami smua masih single dan anak-anak dara.Adess.Nak naik bas dengan apa nie.Selepas sampai ke perhentian bas…public phone lak rosak..terpaksalah aku dan Kak Pah pergi ke Hotel Bayview untuk telefon Polis buat aduan.Hak..hak..geram punya pasai..rasa segan dan malu hilang…tapi kami tak jadi telefon kerana huluran duit RM50/- dari guard hotel yang kami jumpa sambil ceritakan kisah tragis ditipu pemandu van tu…buat aku dan Kak Pah tekad untuk tunggu bas ke Jeti.Bas free tak payah bayar tambang kerana simpati dengan nasib kami.agaknya (tapi heran kerna pemadu bas tu gelak-gelak…lawak ler tu..huh..tapi gasak ler janji free.)

Bayangan nostalgia masa naik bas sambil usung rice cooker dan mangkuk berisi sambal belacan betul-betul lucu.dalam sebak kami masih terkekeh ketawa.Peristiwa sambal belacan tumpah atas Feri menambahkan gula kemanisan…dalam kenangan ini.Keputusannya kami bertengkar dengan pemandu van (tinggal selang 2buah rumah dari asrama kami) dengan ketegasan warden asrama kami tak payah bayar untuk sewaan van tu..Hak..hak..hak…Duit RM50/- tu kami buat tengok wayang kat Komtar-Sembilu.Kenangan inilah yang aku tidak boleh lupa semasa bersama dengan teman serumah.Sukar aku cari teman yang masih setia dalam suka dan duka seperti mereka.

Nama teman serumah aku..kak Pah,kak Maznah,Kak Odah,Liza,Kak Salmah,Kak Fifi,kak Harison,dan entah aku dah lupa nama-nama mereka.yang lain rindu sangat aku dengan akak smua…muahss.

Ngantuk ar…nak tdo dulu…nantikan sambungan cerita benar..tentang rentetan hidupku..

.

Friday, 20 June 2008

~Terjemahan ...Al-Fatihah..~


Al-FatihaDengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4)
Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)

~Huruf pertama nama anda?~


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.


Berikut sebagai Sedikit panduan.




A




Ramah Dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam Pergaulan selain bijaksana Dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah Berasa hati, Dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan Perasaan marah. Meskipun be! gitu marahnya mudah reda.




B


Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit Dan membahayakan Dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia Dan Penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.




C


Ramah Dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan Rakan-rakan.Mereka tidak bersungguh dalam bertindak Dan selalu Menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh




D


Pendiam, bercakap hanya bila perlu.Sopan, berdisiplin Dan kuat Bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai Cita-cita.Kelemahannya adalah selalu bimbang Dan sukar mempercayai Orang lain.




E


Pandai Dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila Hatinya gundah Dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.




F


Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah Dan keras kepala.Mereka Juga sukar memaafkan.Tidak setia Dan amat berhati-hati bila Berbelanja.




G


Kerap murung Dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.Tekun Belajar ketika rakannya bermalas-malasan Dan sebaliknya suka Bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun...




H


Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.Tidak pernah melukai perasaan Orang lain.Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka Berkhayal Dan bercita-cita terlalu tinggi..




I


Suka memendam perasaan Dan permasalahan.Mereka juga mudah merasa Curiga Dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.




J


Ramah Dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam Pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan Dan tidak tegas.




K


Pandai berjenaka.Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya Gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.




L


Ramah Dan pandai bergaul Dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka Bergosip Dan mencampuri urusan orang lain.Amat berhati-hati bila Berbelanja. Kelemaha! nnya, tidak menepati masa.




M


Pandai Dan kreatif, suka kelembutan Dan jika dikongkong, mereka akan Berontak.. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.Kelemahannya, boros Dan keras kepala.




N


Baik hati Dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan Menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.Kelemahannya, mudah Bersedih hati Dan kurang percaya diri.




O


Serba boleh.Suka memendam perasaan Dan permasalahan serta sukar Mempercayai orang lain.Akibatnya ramai yang menggapnya sombong Dan Suka memilih teman.P Pandai berjenaka Dan selalu ceria.Punya banyak idea Dan sangat Kretif. Sering melakukan sesuatu! yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam Dan boros.




Q


Setia Dan mudah memaafkan orang lain..Suka meluangkan waktunya untuk Kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur Dan mudah emosi..




R


Pendiam Dan bercakap hanya bila perlu.Tekun dengan kerja yang disukai Dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.Dan Sukar mengawal bicara ketika marah.




S


Pandai Dan tekun dalam mengejar cita-cita.Tidak suka pada orang yang Suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar Menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.




T


Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.Suka menonjolkan diri Selain senang gugup, terutama bila bersalah.




U


Suka berterus-terang Dan menyendiri.Naif baginya merugikan orang Lain.Tidak tahan dengan kritikan Dan kurang pandai menyusun kata-kata Jika berbicara didepan orang ramai.




V


Tutur katanya lembut Dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, Mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita Yang memikat. Tidak suka berterus terang.




W


Ramah Dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan.Punya toleransi yang Tinggi Dan ringan tangan.Keras kepala Dan sukar diatur, tetapi! Hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran Dan kelembutan.




X


Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.Mudah Tersinggung Dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.




Y


Pendiam Dan tidak suka menonjolkan diri.Ramai menganggapnya sombong Walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.Tidak berani Mengemukakan pendapat.




Z


Pandai berjenaka Dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.Suka disapa Terlebih dulu Dan gemar menonjolkan diri