MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Saturday, 14 June 2008

Kata Nasihat?

Maksud lagu Aduh Saleha ( kehebatan Loloq )

Lagu : Aduh Saleha /
Penyanyi : Mawi Komposer : M. Nasir /
ADUH SALEHA//
// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan//
Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh//
Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat//
bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat//
tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya
Mana penggantimu hendak ku dakapkan//
Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh//
Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga//
Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan//
tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad
Bertahun ku sandar percaya//
Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya (adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)
tak mungkin padam cahaya//
dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan//
Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan kala langit dilindung awan//
Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)
Aduh mahkota terhempas//
Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)
barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca//
Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya
Sesudah berdarah bar ulah ku sedar//
Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar
dari angan jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang//
Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman
Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha//
Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha! //
Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha//
Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh......... saliha//
Tolonglah aku orang-orang yang soleh
Nota :Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa( sudah tiada). Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang soleh dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.
Izinkan aku bertanya , sesudah nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ?
Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ? Fikir dan jawab sendiri !!

Kerna Cinta sanggup tinggalkan keluarga...










Cinta pandang Pertama





sanggup tinggalkan keluarga....hurmmm..







cinta itu buta...???







Thursday, 12 June 2008

~Kelebihan Ayat-ayat Al-Quran~



KELEBIHAN AYAT-AYAT ALQURAN

1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :-
Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :-
Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
3. Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :-
Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.
4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :-
Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :-
Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat..
6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :-
Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi.
7. Surah Al An’aam :-
Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana.
8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :-
Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.
9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :-
Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :-
Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :-
Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
12. Surah Al Baraah :-
Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.
13. Surah Al Baraah – Ayat 111 :-
Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.
14. Surah Al Baraah – Ayat 128 – 129 :-
Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
15. Surah Yunus – Ayat 31 :-
Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat.
16. Surah Yunus – Ayat 64 :-
Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.
17. Surah Al Hud :-
Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.
18. Surah Al Hud – Ayat 56 :-
Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.
19. Surah Al Hud – Ayat 112 :-
Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.
20. Surah Yusuf :-
Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah.
21. Surah Yusuf – Ayat 64 :-
Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
22. Surah Yusuf – Ayat 68 :-
Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.
23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :-
Baca akan selamat dari petir.
24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :-
Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.
25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :-
Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.
26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :-
Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.
27. Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :-
Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia.
28. Surah Al Kahf :-
Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.
29. Surah Maryam :-
Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
30. Surah Thaha :-
Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.
31. Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :-
Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.
32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :-
Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.
33. Surah Al Hajj :-
Allah akan binasakan musuh-musuhnya.
34 Surah Al Mu’Minun :-
Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum.
35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :-
Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.
36. Surah An Nur :-
Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk.
37. Surah An Nur – Ayat 35 :-
Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.
38. Surah Al Furqan :-
Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular.
39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :-
Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya.
40. Surah An Naml :-
Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
41. Surah Al Ankabut :-
Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.
42. Surah Ar Rum :-
Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.
43. Surah Luqman :-
Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.
44. Surah Luqman – Ayat 31 :-
Baca nescaya terselamat dari bencana banjir.
45. Surah As Sajadah :-
Baca setiap malam Jumaat.
46. Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :-
Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :-
Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :-
Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
49. Surah Saba :-
Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana.
50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :-
Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
51. Surah Yasin :-
Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.
52. Surah As Saffat :-
Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.
53. Surah Shad – Ayat 42 :-
Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.
54. Surah Al Furqan :-
Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular.
55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :-
Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan.
56. Surah Ad Dukhan :-
Baca.
57. Surah Al Waqiah :-
Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.
58. Surah Al Mulk :-
Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.