MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 13 May 2009

~Cerpen : Selamanya~


AISYAH menyusuri pantai seorang diri.
Hatinya benar-benar terluka.
Angin yang bertiup lembut tidak dapat mengubatinya.
Parut yang ditinggalkan menyebabkan hatinya menjadi tawar untuk menerima mana-mana lelaki lagi.
Dia terduduk menangis mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.
Tiada siapa yang mendengar tangisannya dan merasai penderitaannya.
Dia menanggung semuanya seorang diri.
Kenapa dia selalu kalah kepada seorang insan yang bernama lelaki?
Kenapa dia terlalu bodoh hingga menyerahkan seluruh jiwa raganya dalam satu hubungan percintaan yang tidak pasti penghujungnya?
Kenapa?Tiada lelakikah yang diciptakan untuk terus setia kepadanya?
Kenapa mesti lelaki yang ditemuinya sering mempermainkan cintanya?
Dadanya terasa sebak.
Saat ini dia mula menyalahkan takdir Tuhan.
Dia memeluk lututnya menahan sedih.
"HAI, sayang sedang buat apa? Eisya rindulah."
Dia berbaring sambil memintal-mintal rambutnya yang lurus.
"Man tengah menonton bola ni. Boleh Eisya call nanti.
Man letak telefon dulu."pantas talian telefon dimatikan.
Aisyah berasa kecewa. Rindunya sudah menggunung tinggi.
Kebelakangan ini Azman selalu saja melarikan diri daripadanya.
Mungkin kesibukan yang dialami lelaki tersebut menyebabkan mereka berdua jarang bersama.
"Bosanlah, keluar jalan-jalan pun best juga. Pergi rumah Azmanlah."
Dia bingkas turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah selesai memakai tudung, dia mencapai kunci kereta yang terletak berhampiran meja solek.
"Eisya, nak ke mana?"teguran itu mengejutkannya yang sedang menuruni tangga.
Dia kenal benar dengan suara itu.
Pantas dia menoleh.
"Riz, apa yang you buat kat sini? Bila sampai?"
bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada teman baiknya.
Rizman adalah teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Dialah tempat Aisyah meluahkan perasaannya.
Rizman adalah pendengar setianya."Baru sampai. You nak ke mana berpakaian cantik macam ni?"
"I nak pergi rumah Azman.
You ikutlah sekali temankan I."pujuk Aisyah.
Naik turun dada Rizman mendengar nama Azman disebut.
"Eisya, kan I dah cakap Azman tu hanya permainkan you.
Kenapa you tak nak dengar cakap I.
" Nada suaranya mula tinggi.
Geram melihat sikap Aisyah yang tidak mendengar nasihatnya.
"Hei Riz, kenapa dengan you ni?
Sejak I couple dengan Azman, you selalu mengata dia.
I yakin dia tidak sama dengan lelaki-lelaki yang I kenal dulu.
"bentak Aisyah. Dia sudah tidak tahan mendengar Rizman bercakap buruk tentang Azman.
"I buat semua ini demi kebaikan you. I tak nak you kecewa lagi."
"Itu semua alasan you. Sebenarnya you cemburu dengan Azman sebab ramai perempuan tergila-gila kat dia dan bukannya kat you."
"Tak ada perempuan yang tergila-gilakan kat I?
" Rizman ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Aisyah.
Aisyah seperti tersedar apa yang telah diucapkannya.
Dia menelan air liur.Rizman adalah lelaki paling kacak di universitinya.
Jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki kacak dari seluruh dunia,
dia yakin Rizman akan mengalahkan mereka semua.
Wajahnya cukup sempurna. Tiada cacat celanya.
Hampir beratus-ratus surat cinta yang diterimanya dalam sehari tetapi semuanya tidak dilayan.
Rizman mempunyai peribadi yang mulia.
Dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap perempuan-perempuan yang meminatinya."
Eisya dengar sini, I dah beritahu you macam mana perangai Azman. Keputusannya terserah dekat you. Jangan datang cari I bila you kecewa nanti." Rizman mengangkat jari telunjuknya.
Aisyah menelan air liur mendengar ugutan lelaki itu. Hatinya mula resah memikirkan bagaimana kehidupannya tanpa Rizman. ‘
Aisyah, kau kena kuat. Jangan bergantung pada Rizman lagi.’ Hatinya menjerit.
"Okey, I tak kan cari you lagi and you don’t care about me anymore."
jerit Aisyah. Dia melihat lelaki itu pergi meninggalkannya.
"TAK guna punya Rizman. Bukan nak sokong aku, pergi matilah kau." Aisyah menyumpah seranah.
Dia melihat banyak kereta di hadapan rumah Azman.
Dia melangkah masuk ke perkarangan rumah dan berhenti di hadapan pintu sambil membetulkan tudungnya. Bunyi riuh jelas kedengaran di luar rumah.
Tangannya memegang tombol pintu dan memulasnya perlahan.
Diintainya dari ruang pintu yang sedikit terbuka.
Jelas nampak di matanya Azman sedang bercumbuan dengan seorang perempuan yang berpakaian seksi.
Dia beristighfar melihat kelakuan Azman.
Pantas dia menoleh ke belakang.
Maksiat sedang berlaku di dalam banglo dua tingkat itu.
"Man, kau tak ajak girlfriend kau datang ke?" Aisyah mula memasang telinga.
"Eisya, dia tu bosanlah. Pegang tangan sikit pun tak boleh.
Hei, korang ada bawa duit tak? Aku dah menang pertaruhan."
Azman mula ketawa."Hebatlah kau ni Man.
Dapat kau ayat awek tu.""Hei, ini Azmanlah. Semua perempuan tergilakan kat aku.
Perempuan macam Aisyah itu senang saja nak tunduk kat kaki aku."ujar Azman sambil menepuk dadanya.
Aisyah menekup mulutnya.
Terkejut dia mendengarnya.
Hatinya bagai dicucuk-cucuk kaca yang tajam. Pedih dan menyakitkan.
Dia tidak mahu dikesani oleh Azman.
Sesuatu yang buruk mungkin terjadi kepadanya jika terus berada di situ.
Pantas kakinya melangkah keluar meninggalkan perkarangan tersebut.
Dia memandu kereta tanpa hala tuju.
Pandangannya terasa kabur dan pipinya terasa hangat.
Air mata sudah mengalir keluar membasahi pipi.
Hatinya terluka mengenangkan dirinya dijadikan taruhan dalam sebuah ikatan percintaan.
Wajah Rizman bermain di ruang matanya. Dia perlukan lelaki itu di saat ini.
Pertengkaran yang berlaku sebentar tadi menghalang niatnya untuk berjumpa dengan Rizman.
Aisyah terus memandu membawa hatinya yang luka.
AISYAH terus menangisi nasibnya.
Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Fikirannya benar-benar buntu.
Saat ini dia hanya inginkan pujukan dan nasihat Rizman.
Lelaki itu telah meninggalkannya kerana sikapnya yang angkuh.
Dia terkejut apabila terasa pelukan erat dibelakangnya.
Namun bau wangian yang menusuk hidungnya benar-benar menggembirakan hatinya.
Pantas dia menoleh dan mendakap erat Rizman.
Dia menangis teresak-esak di dada lelaki itu.
Matanya dipejam serapat mungkin dan kehangatan yang menjalar ditubuhnya sedikit sebanyak menenangkannya.
"Menangislah sepuasnya. Luahkan segala perasaan yang terpendam."pujuk Rizman.
"Riz, dia permainkan I. I terlalu bodoh sehingga tak percayakan you. I bodoh Riz, sangat bodoh."
Rizman melonggarkan pelukannya.
Ditatapnya wajah Aisyah sedalam-dalamnya."Jangan cakap macam tu, Eisya tak bodoh.
Semua ini bukan salah Eisya, Azman yang sebenarnya yang salah.
Dia bukan lelaki yang sesuai untuk Eisya.
Pasti ada lelaki yang terbaik untuk Eisya."
"I dah tak mampu nak serahkan jiwa I dekat mana-mana lelaki lagi Riz, I tak mampu."tangis Aisyah."
Pasti ada lelaki yang terbaik buat you, pasti." Rizman memeluk Aisyah erat.
Berharap gadis itu dapat mencari ketenangan di dalam pelukannya
.MATA Aisyah membengkak akibat menangis semalam.
Hatinya menjadi lebih tenang.
Dia menerima hakikat
bahawa Azman bukan untuknya tetapi hatinya tidak mampu lagi menerima lelaki lain.
Dia memasuki bilik air dan membasuh wajah bersihnya. K
emudian perlahan kakinya melangkah menuruni anak tangga.
"Good morning!!" Aisyah tersentak mendengar sapaan tersebut.
Terbeliak matanya melihat Rizman sedang memakai apron.
Matanya beralih pula ke arah meja makan.
Sarapan untuknya telah sedia dihidangkan.
"Riz, apa yang you buat kat sini?" tergelak Aisyah melihat lelaki itu memakai apron.
Kekacakan lelaki itu tidak sedikit pun berkurangan malah boleh memenangi ketegori suami pilihan wanita."
Hari ini auntie benarkan I sediakan sarapan untuk you.
Cepat turun, I masakkan special untuk you."
Rizman sudah menarik tangannya. Tuala kecil yang tersangkut di bahu Rizman terjatuh dan Aisyah terpijaknya tanpa disedari.
Aisyah terjatuh di atas badan Rizman.
Hidung mereka hampir bertemu.
Wajah Aisyah berubah merah.
Dia ingin bangun tetapi Rizman menariknya semula.
Mereka berdua bertentang mata.
Aisyah menatap lama anak mata lelaki itu yang berwarna coklat.
Seperti ada sesuatu yang menarik dirinya untuk menyelami ke dalam dasarnya.
Penuh dengan perasaan kasih dan cinta.
Hatinya berdebar tiba-tiba.
Saat ini hanya mata mereka saja yang berbicara.
Terukir satu senyuman yang manis di bibir merah Aisyah.
Dia mula membina angan-angan untuk hidup bersama Rizman.
Deheman yang kuat mengejutkan mereka berdua.
Terbang segala angan-angan dan impian yang dibina sebentar tadi.
Aisyah bingkas bangun dan membetulkan pakaiannya.
Mak Jah yang baru menonton adegan tersebut hanya tersenyum.
"Eisya, Si Azman datang tu. Pergilah layan dia, mak cik buatkan air."ujar Mak Jah sambil menjeling Rizman yang masih lagi terbaring di atas lantai."
Tak perlu Mak Jah, dia tak lama kat sini."halang Aisyah.
Laju saja kakinya melangkah ke ruang tamu.
Dia ingin menyelesaikan masalah mereka berdua secepat mungkin.
Rizman bingkas bangun dan mengekori Aisyah sehingga ke ruang tamu.
Dia melihat Aisyah sedang berdiri membelakangi Azman.
‘Harap-harap Eisya tak tahu la.’desis hatinya.
"Azman, we need to talk. I tak dapat teruskan perhubungan kita lagi."ujar Aisyah tenang.
Tiada lagi perasaan benci dan marah terhadap lelaki itu.
Buat apa hendak menyeksa jiwa demi buaya darat macam Azman.
Terkejut Azman mendengar permintaan Aisyah.
Dia bingkas bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Aisyah.
Terkejut Aisyah melihat wajah Azman yang lebam-lebam."Sayang, betul ke yang you dengan Si Rizman ada affair. Tell me the truth. Don’t do like this to me, I really really love you."pujuk Azman.
Dia memegang bahu Aisyah tetapi pantas tangannya ditempis."
Hei, don’t ever touch me again. Memang betul I ada hubungan dengan Rizman.
Sekarang baru you rasa bagaimana perasaan seseorang itu apabila dipermainkan oleh orang yang dicintainya. You memang layak terima semua ini, bukan begitu?"sinis Aisyah.
"Sayang, apa yang you cakap ni? I ada buat salah ke?" Azman cuba meraih simpati."
Memang you ada buat silap, sebab you la I dengan Rizman bergaduh.
Sebab you la I menjadi seorang yang pentingkan diri, angkuh dan degil.
Sebab you juga la I sudah tak percaya pada lelaki lagi.
Semua ini salah you!!!"herdik Aisyah. Dadanya turun naik menahan marah.
Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membelasah lelaki itu.
"Eisya, Man masih tak faham lagi."
"You ingat I tak tahu yang selama ini you hanya permainkan cinta I saja.
Sudah la Man, hentikanlah segalanya.
I tak dapat teruskan perhubungan kita lagi.
Kita tamatkannya di sini. You boleh pergi sekarang, I tak mahu tengok muka you lagi."
"Eisya, jangan macam ni lagi, I dah terima balasannya.
You tengok muka I ni, habis lelaki tak guna tu belasah I."rayu Azman sambil menunjukkan kesan-kesan lebam di wajahnya.
Berkerut dahi Aisyah memikirkan lelaki yang dimaksudkan oleh Azman.
"Baguslah kalau macam tu, lelaki tu memang hebat.
Sekarang you rasakan dari I pula."terduduk Azman apabila Aisyah ‘menghadiahkannya’ buku lima.
Dia menjerit kesakitan.Rizman yang menjadi pemerhati sejak dari tadi tidak dapat menahan ketawanya.
Lucu dia melihat wajah Azman yang kalah.
Selama ini lelaki itu megah dengan perangai playboynya.
Hari ini dia kalah dengan wanita yang hatinya dilukai oleh dirinya sendiri."
Hei Riz, apa yang kau buat dekat sini.
Habis muka aku kau belasah."tengking Azman.
Sakit hatinya mendengar ketawa sinis Rizman yang kuat mengetuk gegendang telinganya.
"You tak layak tengking dia. Baik you balik sekarang sebelum I panggil pak guard kat luar tu." Aisyah menengkingnya kembali."
Jaga you Rizman, I pasti balas dendam."ugut Azman.
Dia berlalu keluar meninggalkan ruang tamu dengan perasaan dendam yang mendalam.
"Baru kau tahu Aisyah ni bukan perempuan yang mudah dibuli."jerit Rizman.
Dia gembira kerana Aisyah sudah memutuskan hubungannya dengan Azman."
Riz, bila you pergi belasah Si Azman tu."tanya Aisyah sebaik saja Azman hilang dari pandangannya.
"Actually, I ekori you semalam. Sakit hati I tengok you menangis, tahu tak?
Lepas you pergi dari rumah tu,
apa lagi I serbu masuk dan belasah Si Azman tu cukup-cukup. Baru puas hati I."
kata Rizman dengan megah.
Aisyah mencapai tangan Rizman dan mengusapnya perlahan."
Mesti tangan you sakit. Kenapa you sanggup buat semua ni untuk I.
Setelah apa yang I dah buat dekat you, you masih lagi sanggup tolong I." Mata Aisyah mula digenangi air mata. Dia malu dengan Rizman.
Dia benar-benar malu."Eisya, selama 26 tahun I hidup ni,
I sentiasa lindungi you sejak 20 tahun yang lalu.
Pedih hati I bila melihat air mata you yang jatuh disebabkan kesedihan dan bukannya kegembiraan.
Silap I kerana terlalu mengambil berat tentang you, memang silap."
Aisyah terkejut mendengar pengakuan Rizman.
Di mananya silap lelaki itu selama ini dia pun tidak tahu."Mana yang silap Riz?
Selama ini you jaga I, you lindung I.
Mana silapnya Riz." Air mata Aiyah sudah jatuh membasahi pipi."Itulah silap I,
kerana terlalu melindungi you, I tak dapat lepaskan you pergi Eisya.
I tak mampu."ujar Rizman sambil menyeka air matanya yang jatuh berlinang.
Terharu Aisyah mendengar ucapan Rizman.
Hatinya seperti terubat kembali.
Dia mula yakin perasaannya terhadap Rizman bukan lagi perasaan yang wujud di dalam ikatan persahabatan tetapi lebih dari itu.
Cuma dia tidak berani mengakuinya lagi.
PERASAAN sayang Aisyah terhadap Rizman semakin mendalam.
Rizman pula menjadi semakin romantik.
Aisyah mula yakin dengan perasaannya.
Hatinya kuat mengatakan bahawa Rizman adalah lelaki yang terbaik diciptakan untuknya.
Malam ini dia ingin berterus terang kepada Rizman.
Rizman adalah segala-segala baginya dan dia tidak dapat hidup tanpa lelaki itu.
Deringan dari telefon bimbitnya mengejutkannya.
Pantas jarinya mencapai telefon. Nama Rizman tertera di skrin telefon menggembirakan hatinya.
Dia menekan butang hijau.
"Hello Riz, you kat mana?"tanya Aisyah tidak sabar.
"Maaf, ini Cik Aisyah ke?" Aisyah terkejut mendengar suara lain.
Bukan Rizman yang menelefonnya.
Hatinya hampa."Ya, saya." Dia memjawab acuh tak acuh.
"Kami dari pihak polis ingin memberitahu Cik bahawa Encik Rizman kini berada di hospital."
Telefon bimbit yang dipegang terlepas dari tangannya sebaik saja mendengar berita tersebut.
AISYAH berlari-lari memasuki ruang hospital.
Hatinya berasa tidak tenang.
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata polis itu."Kami menjumpai Encik Rizman terlantar di lorong sunyi. Telefon bimbitnya tertera nama Cik, jadi kami cuba menghubunginya."
"Apa yang terjadi sebenarnya, Encik?" Aisyah tidak dapat menahan tangisnya."
Encik Rizman telah ditikam oleh sekumpulan lelaki.
Cik jangan risau, kami telah menangkap penjenayah tersebut.""
Siapa dia?""Penjenayah tersebut bernama Mohd Azman serta tiga orang rakannya yang lain."
Terkejut Aisyah apabila mendengar nama itu disebut.
Perasaan marahnya terhadap lelaki itu muncul kembali."Encik, Rizman dekat mana sekarang?
" Aisyah menyeka air matanya.
Kenapa mesti lelaki itu ditimpa musibah saat cintanya sedang kembang berputik?"
Dia sekarang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Keadaannya agak kritikal kerana ditikam sebanyak 6 kali."
Mengucap Aisyah apabila mendengarnya.
Ya Allah, janganlah Kau ambilnya pergi dari sisi ku.
Selamatkanlah dia Ya Allah. Doa Aisyah.

"Maaf, boleh saya tahu di mana bilik pesakit yang bernama Rizman?"tanya Aisyah cemas sebaik saja tiba di kaunter pertanyaan.
"Dia berada di wad kecemasan. Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan pesakit?"sampuk satu suara.
Pantas Aisyah menoleh dan melihat seorang doktor lelaki sedang berdiri di belakangnya."
Saya ahli keluarganya.
Doktor, tolong bawa saya jumpa dia. Tolonglah."rayu Aisyah."
Dia masih tidak sedarkan diri lagi.
Saya benarkan awak berjumpa dengannya.""Terima kasih, doktor. Terima kasih."
Dia memanjatkan kesyukuran.
Sekurang-kurangnya dia tahu Rizman tidak meninggalkan dirinya lagi.
Aisyah mengintai Rizman dari luar melalui cermin kaca di pintu biliknya.
Pilu hatinya melihat wayar-wayar yang berselirat di tubuh Rizman.
Dia tidak dapat menahan tangisnya."Masuklah."
Doktor itu memanggilnya. Menggigil kakinya untuk melangkah masuk.
Tidak sanggup dia melihat luka-luka di tubuh itu namun dikuatkan juga semangatnya.
Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Rizman.
Dicapainya tangan sejuk Rizman dan digenggam erat.
Air matanya tidak dapat ditahan lagi."Riz, bangun Riz. Eisya dah datang.
Riz tak mahu lihat wajah Eisya?" Bisik Aisyah dengan harapan lelaki itu akan membuka matanya.
Hatinya hampa apabila tiada sebarang reaksi yang diberikan.
Doktor itu keluar meninggalkan Aisyah sendirian.
"Riz tahu tak, yang selama ini Eisya hargai segala pengorban yang Riz buat untuk Eisya.
Eisya tak tahu macam mana hendak membalasnya.
Bangunlah Riz, Eisya nak melihat Rizman yang sanggup melindungi Eisya,
yang sanggup melakukan apa saja untuk Eisya."ujar Aisyah lembut sambil membelai rambut Rizman.
"Tapi bukan semua itu yang Eisya harapkan Riz.
Selama 20 tahun Riz berada di sisi Eisya,
ingin Eisya balas dengan sepanjang hayat berada di sisi Riz.
Kenapa semua ini terjadi di saat Eisya sudi menyerahkan hati Eisya pada Riz? Kenapa?"
Aisyah menggenggam erat tangan Rizman.
Direnungnya wajah pucat itu sedalam-dalamnya.
Dia menundukkan wajahnya dan mengucup tangan itu.
"Eisya cintakan Riz. Terlalu cinta."bisik Eisya.
Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sayangnya lagi.
Aisyah terkejut apabila terasa tangannya digenggam lembut.
Pantas dia mengangkat wajahnya. Dia melihat Rizman sedang tersenyum lesu ke arahnya.
Syukurlah, lelaki itu sudah membuka matanya."Alhamdulillah Riz, you dah sedar juga akhirnya.
"gembira dia melihat lelaki itu sedang tersenyum padanya."
Betul ke apa yang Eisya cakap tadi?
Eisya cintakan Riz dan sanggup hidup sepanjang hayat bersama Riz?"soal Rizman.
Aisyah terkejut mendengar soalan Rizman. Mukanya sudah berubah merah.
Rupanya lelaki itu mendengar kata-katanya. Dia tertunduk malu.
"Betul ke?" Rizman bertanya sekali lagi. Dia hanya menganggukkan kepalanya.
Hati Rizman melonjak kegembiraan mendengar pengakuan Aisyah.
Cintanya terbalas juga akhirnya."Riz tak akan memberikan janji-janji manis tetapi Riz akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan Eisya.
Eisya sanggup temankan Riz selamanya?" tanya Rizman cuba menduga.
"Eisya sanggup serahkan segalanya pada Riz.
Selamanya Eisya cintakan Riz."ucap Aisyah malu-malu.
Dia merebahkan kepalanya di atas dada Rizman.
Lelaki itu menjerit kesakitan."Riz, kenapa? Sakit ke?"tanya Aisyah cemas.
"Eisya baring dekat dengan luka Riz. Sakitlah." Rizman ketawa melihat wajah cemas Aisyah.
Gadis itu benar-benar sudah jatuh cinta kepadanya.
"Kalau nak baring kat dada Riz, tunggulah sampai kita kahwin."usik Rizman.
Aisyah tertunduk malu. Rizman menggenggam erat tangan Aisyah."
Eisya, I love you." Terluah juga ungkapan tersebut."Me too. Forever." Rizman tersenyum mendengarnya.
Kesakitan yang dialaminya bagai tidak terasa lagi.
Yang dirasakan hanya perasaan bahagia yang bakal menjelma.
Semoga percintaan yang baru dibina berkekalan selamanya.
Insyaallah.
-TAMAT-

~Cerpen: Ungkapan Cinta~



Kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki juga tak semestinya dicintai. Tapi kalau cinta itu ikhlas dan suci berbekalkan restu Yang Maha Mencintai, kita akan memiliki apa yang kita cintai dan kita akan dicintai oleh yang memiliki. Jadi seharusnya kita ikhlas dalam mencintai jua memiliki.

“Aku terima nikahnya Alia Areena binti Ahmad Abdan dengan mas kahwinnya RM100 tunai”
Dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar isteri kepada Adam Harris bin Luqman Hakeem. Menitis mutiara jernih dari tubir mataku. Terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air sembahyang.
Majlis persandingan berlangsung dengan sangat meriah. Semua sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka. Walaupun letih yang teramat sangat,tapi ku dapat lihat betapa gembiranya ibu dan ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan keluarga yang baik keturunannya. Gembira benar mereka kerana yakin kebahagiaan aku pasti terlakar nanti.
Malam itu, aku dan Adam Harris, solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hanya sebagai abang dan adik angkat.
Aku menjadi anak angkat umi dan abi, gelaran buat kedua orang tua abang Adam Harris semasa aku melanjutkan pelajaran di Johor Bahru 2 tahun lepas. Lantaran terlalu lama bersama dan terlalu sayang pada aku, umi dan abi mengambil keputusan menjadikan aku menantu kepada anak kedua mereka,putera tunggal keluaraga Tan Sri Luqman Hakeem.

********************

Aku perasan yang abang Adam leka memerhati aku menyisir rambut. Rambut ikal dan lebat melepasi bahu. Terasa janggal pula bila kali pertama tak betudung depan abang Adam. Belum pernah aku membiarkan lelaki yang bukan muhrimku melihat rambutku.
“Pertama kali lihat rambut Alia. Cantik sangat. Inilah untungnya suami yang memiliki isteri bertudung.” Bicara abang Adam sambil menutup malu kerana perasan perbuatannya ditangkap.
Aku juga hanya tersenyum. Menutup janggal.
“Abang Adam tidurlah atas katil tu, biar Alia tidur atas sofa.” Sambil mengeluarkan selimut dari dalam almari.
“Takpelah, Alia tidur atas katil, biar abang yang tidur atas sofa.”
Terkesima aku mendengar abang Adam membahasakan dirinya ‘abang’. Sebelum ini kami berbahasa menggunakan ‘abang Adam’. Sekali lagi kejanggalan menerjah diri.
“Tempat yang terbaik hanyalah untuk suami, sekarang abang Adam suami Alia, jadi abang Adam tidur atas katil, biar Alia tidur atas sofa.” Balasku. Belum selesa hendak memanggilnya ‘abang’.
“Tapi Alia..”
“Dahlah abang Adam,baik kita tidur. Nanti kalau ibu atau yang lain dengar, lain pula jadinya. Biar Alia padamkan lampu, abang Adam tidurlah ya. Assalamualaikum.”
“Waalaiakumusalam Alia..” balas abang Adam perlahan.

********************

Sebelum keluarga umi hendak masuk meminang, aku pernah berbincang dengan abang Adam Harris tentang apa yang direncanakan. Aku tak nak kami tersalah langkah, tak nak kami menyesal dikemudian hari.
“Alia setuju dengan apa yang umi rancangkan??” Tanya abang Adam Harris perlahan.
“Entah..” jawabku ringkas
Kami senyap tanpa bicara. Hilang kata-kata. Terasa lain benar petang ini.
“Keluarga umi dah terlalu baik pada Alia, begitu juga abang Adam sendiri. Alia tak nak lukakan hati siapa pun, itu sebab Alia ajak abang Adam bebincang. Alia tahu abang Adam dah ada pilihan hati, Kak Zulia kan??” Tanyaku sambil tersenyum.
“Zulia??” Tanya abang Adam kehairanan.
“Alia dah tahu masa kali pertama abang Adam bawa kak Zulia jumpa Alia. Walaupun abang Adam dan kak Zulia tak bagitahu Alia, Alia boleh baca dari raut wajah abang Adam dan kak Zulia” jelasku.
Sekali lagi kami senyap tanpa bicara.
“Alia juga tahu yang abang Adam bukan seorang anak yang suka membantah kata-kata umi dan abi, jadi kalau abang Adam tak setuju, biar Alia saja yang beritahu umi dan abi.Biar Alia beritahu yang Alia dah ada pilihan hati.”
“Tapi..” balas abang Adam dalam nada serba salah.
“Tak apa, Alia tak kisah. Apa yang penting kita tak tersalah membuat keputusan hidup.”
Balasku sambil tersenyum. Agar dapat menghilangkan rasa bersalah yang bersarang di hati abang Adam mungkin. Juga menenangkan hati sendiri. Penipu.
“Tapi umi pasti sangat-sangat kecewa dengan keputusan Alia. Abang Adam pula akan rasa bersalah seumur hidup. Abang Adam tak mahu jadi anak yang menyebabkan air mata umi mengalir, dan membiarkan Alia menanggung semuanyab seorang diri.” Balas abang Adam.
“Bukan abang Adam yang menyebabkan umi kecewa tapi Alia. Abang Adam tak perlu rasa bersalah. Alia tak kisah pun.” Balasku memujuk abang Adam.
“Dan kecewa umi pasti tak lama. Bila abang bawa kak Zulia jumpa umi nanti, pasti umi akan terima. Dan waktu tu,umi pasti dah tak ingat pada Alia lagi. Alia yakin kerana Kak Zulia baik peribadinya. Umi akan terima. Percayalah pada Alia.” Sambungku lagi.
“Tak Alia. Abang Adam tetap akan rasa bersalah dengan umi dan Alia. Abang Adam terima Alia sebagai pilihan umi.” Sambil memandang tepat ke arah ku.
“Apa?? Abang Adam jangan main-main” Balasku terperanjat. Pelik.
“Kita akan teruskan impian umi dan abi. Kita akan bernikah dan berkahwin seperti pasangan lain. Tapi hanya pada nama.” Henti abang Adam disitu.
“Maksud abang??” Aku semakin pelik dan hairan dengan bicara abang Adam.
“Kita berkahwin seperti biasa, dan abang akan lepaskan Alia selepas beberapa bulan kita kahwin. Kita cari alasan yang paling sesuai tanpa melukakan mana-mana pihak. Tidak umi, tidak abi,tidak abang Adam juga tidak Alia.”
“Apa?” hampir luruh jantungku mendengar bicara abang Adam.
“Alia tak perlu risau. Abang Adam tidak akan menyentuh Alia. Abang Adam akan lepaskan Alia sepertimana abang Adam mengambil Alia. Abang Adam janji.” Jelas abang Adam lagi. Penjelasan yang cukup menghancurkan hatiku.
“Selepas tu?” Tak sabar rasanya ingin mendengar butir perancangan abang Adam seterusnya.
“Selepas tu??” Tanya abang Adam semula. Lama juga abang Adam senyap sebelum dia meneruskan bicara seterusnya yang semamngnya tak pernah terlintas difikiranku.
“Selepas tu Alia boleh bersama dengan Izhar. Abang tahu yang Alia sukakan Izhar. Izhar pun sebenarnya sukakan Alia, dia ada bagitahu abang Adam yang dia nak jadikan Alia teman istimewa dia.Tapi dia belum berkesempatan untuk meluahkan kepada Alia.” Lancar bicara abang Adam.
Doktor Ikham Izhar. Sahabat baik abang Adam. Pernah merawat aku ketika kemalangan setahun lepas. Kami memang rapat, tak sangka pula keakraban kami disalah erti. Bukan sahaja oleh abang Adam tetapi juga Izhar.
“Izhar??” tanyaku.
“Ya, Izhar. Abang Adam akan terangkan segala rancangan kita pada dia. Hanya kita bertiga sahaja yang tahu.” Balas abang Adam.
“Jadi maksud abang Adam kita hanya berpura-pura sebagai suami isteri?” tanyaku mendapatkan kepastian.
“Ya..Tapi abang Adam tak paksa Alia untuk turut berlakon dalam drama yang mengarut ni. Abang Adam cuma menyatakan pendapat abang Adam sahaja. Abang Adam tak mahu ada hati yang terluka dengan keputusan kita nanti terutama umi dan abi. Kalau Alia rasa akan terbeban, kita lupakan sahaja.” Jawab abang Adam tenang tapi sayu.
“Alia setuju.Alia juga tak mahu kecewakan umi dan abi.” Entah kenapa begitu mudah aku bersetuju. Sedangkan aku tahu dalam hal ini akan ada hati yang terluka. Aku.

********************

Malam pertama bergelar isteri aku tidur betemankan air mata. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang setuju dengan keputusan ini. Tiada sesiapa yang memaksa.
Hampir 4 bulan melayari bahtera rumahtangga. Kami tinggal bersama umi dan abi. Tiada cacat cela dalam hubungan kami pada pandangan umum. Aku menjadi isteri yang paling solehah dan Adam Harris menjadi suami yang paling mithali. Kami sembahyang berjemaah, ke pejabat bersama, makan pakainya aku sediakan tanpa terbiar walau seinci pun. Dan dia memberiku nafkah zahir yang cukup sempurna. Walaupun aku memiliki pendapatan sendiri, tapi perbelanjaanku tetap ditanggung. Kami dikatakan pasangan yang paling sempurna. Ber ‘abang’ ‘sayang’ dalam bicara. Tapi itu semua hanya di luar kamar tidur. Kami kembali menjadi ‘Alia’ dan ‘abang Adam’ sekembali ke kamar tidur. Aku di sofa dan dia di katil. Plastik.
“Alia rasa dah sampai masa kita hentikan semua lakonan ini.” Bicaraku pada abang Adam selesai solat Terawih. Pertama kali aku bakal berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri.
“Maksud Alia?” Tanya abang Adam bagaikan tak mengerti.
“Alia tak mahu sambut Aidilfitri dengan semua ni. Kalau boleh biar kita akhiri semua ini sebelum Aidlfitri tiba “ Jawabku sambil mengawal perasaan yang bergelodak.
“Tapi macamana kita nak biarkan semua ini berlalu tanpa ada yang kecewa. Abang belum merancang. ” balas abang Adam.
Abang Adam benar. Kami terlalu sibuk ‘berlakon’ sehingga lupa memikirkan rancangan perpisahan terbaik tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Sibuk sehingga kadang-kadang aku rasakan aku bukan lagi ‘berlakon’. Sibuk.
“Umi dan abi dah mula bertanya bila mereka boleh mendapat cucu daripada kita. Alia dah tak tahu nak jawab apa lagi.Alia rasa bersalah dan berdosa sangat pada umi dan abi.” Tak dapat kubendung lagi air mata dari mengalir.
Abang Adam datang menghampiriku dan mengelap air mata ku.
“Abang janji kita akan selesaikan semua ini secepat mungkin. Maafkan abang.” Pinta abang Adam sambil mengucup tanganku. Terharu.
“Tak, abang tak salah. Alia yang setuju dengan semua ini. Tiada siapa yang harus minta maaf dalam hal ini.” Balasku tanda bersalah. Bersalah membuatkan suami tercinta momohon ampun padaku sedangkan semua ini kehendak kami berdua. Kehendak aku sendiri.

********************

“Alhamdulillah. Selesai sudah ibadat Ramadhan hari pertama. Ujian Ramadhan hari pertama adalah ujian terbesar sepanjang Ramadhan.” Bicara abi dalam perjalanan pulang dari solat Terawih.
“Adirra katanya akan pulang raya ni. Adilla pun akan beraya disini. Tahun lepas dah beraya di rumah Ikram.” Cerita umi gembira.
Adilla Harissa. Puteri sulung pasangan Tan Sri Luqman Hakeem dan Puan Sri Hanum. Sudah berkahwin dengan Ahmad Ikram dan memiliki 2 orang cahaya mata. Hanis dan Haris. Kini menetap di Kuala Lumpur.
Adirra Harrisa. Masih belajar di Seol, Korea. Jurusan seni bina tahun terakhir.
“Wah!! Meriahlah rumah umi tahun ni.” Abang Adam turut gembira.
Aku hanya mampu tersenyum. Tak mampu untuk melibatkan diri. Fikiranku jauh melayang memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan. “Ya Allah, bantulah hambaMu ini”.
Malam itu sebelum bangun menyediakan juadah untuk bersahur aku sempat menunaikan solat hajat. Memohon petunjuk dan jalan daripada Yang Maha Merencana.
“Ya Allah, ku pohon padaMu agar Kau beriku petunjukMu.Bantulah aku dalam menyelesaikan semua ini. Sesungguhnya Ya Allah, seandainya dia tercipta sebagai teman hidupku, Kau perpanjangkanlah jodoh kami..seandainya dia bukan untukku, Kau berilah kami jalan terbaik dalam menempuhi kehidupan ini. Sesungguhnya, hanya padaMu aku bermohon Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin Ya Rabbul A’lamin.”

********************

Aku menunggu abang Adam pulang dari solat terawih dengan penuh debaran. Malam ini aku tidak ikut sama kerana masalah wanita. Aku yakin abang Adam pasti setuju dengan rancangan aku nanti.
“Cepat balik terawih hari ni? ” Tanya aku sebaik sahaja abang Adam melangkah masuk ke dalam bilik.
“Cepat? Tak adalah. Macam biasa. Alia tak ikut itu yang Alia rasa cepat.” Seloroh abang Adam.
Sebaik sahaja abang Adam melabuhkan punggung di atas sofa, aku terus menghampirinya.
“Sebenarnya Alia dah ada rancangan.” Bicara ku tanpa membuang masa.
“Rancangan? Rancangan apa pula ni? ” Tanya abang Adam pelik.
“Macam ni, pagi tadi Alia dapat tawaran kenaikan pangkat. Dengan syarat Alia perlu mengambil kursus di Jepun.”
Pagi tadi aku ditawarkan kenaikan pangkat. Tetapi dengan syarat aku harus mengambil kursus di Jepun selama 6 bulan. Mungkin ini petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana untuk aku menyelesaikan semua ini.
“Jepun!!” jerit abang Adam.
“Perlahanlah suara tu, nanti umi dengan abi di luar tu dengar.” Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.
“Ya, Jepun. Alia ingat kita bagitahu umi dan abi yang Alia tak boleh beri abang zuriat. Alia izinkan abang kahwin satu lagi. Alia akan cadangkan kak Zulia sebagai menantu umi. Bila semuanya selesai Alia akan terus ke Jepun.Kalau boleh kita selesaikan semua ini dalam bulan Ramadhan ni juga. Sebab Alia diminta ke Jepun pada raya ke 7.” Cadangku pada abang Adam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku bila memikirkan semua ini. Tapi inilah yang harus aku bayar atas segala perbuatanku.
“Apa!!! Alia nak bagitahu umi yang Alia tak mampu mengandung?? Alia dah gila ke?? Abang tak setuju. Banyak lagi cara lain. Bukan ini caranya. Dan Alia akan pergi ke Jepun tinggalakan kami semua?? Itu lagi abang tak setuju!!!” Marah abang Adam. Belum pernah aku lihat abang Adam marah begitu sekali.
“Abang Adam dengar Alia. Hanya ini sahaja jalan yang kita ada. Hanya ini sahaja peluang yang kita ada. Alia tak sanggup nak teruskan lakonan ini lagi. Dan Alia tak mahu jadi penghalang cinta abang Adam. Kak Zulia terlalu baik orangnya, Alia tak mahu abang Adam kehilangan dia.Tolonglah setuju dengan Alia untuk kali ini sahaja. Alia tak pernah minta apa-apa dengan abang Adam, hanya ini yang pertama dan terakhir. Kita hentikan semua ini.” Rayuku pada abang Adam. Tak mampu lagi untukku tahan air mata dari mengalir.
Abang Adam bangun meninggalkan aku sendirian. Tiada keputusan yang dicapai. Tapi aku nekad. Walaupun tanpa abang Adam, aku tetap akan meneruskan semua rancangan ini.

********************

Sambil membantu umi mencantas pokok bonsai kesayangannya, aku memulakan bicara tetang apa yang sudah aku rancangkan.
“Umi, Alia nak mintak ampun dengan umi dari hujung rambut sampai hujung kaki.Maafkan segala salah dan dosa Alia selama Alia bersama keluarga umi.” Bicaraku tersekat.
“Kenapa tiba-tiba Alia minta maaf pulak ni??” tanya umi hairan dengan sikapku.
“Tiada apa yang perlu umi maafkan. Alia anak yang sangat baik. Tiada salah satu pun yang Alia pernah lakukan.Kenapa ni sayang??” tanya umi lagi sambil mengusap belakangku.
“Maafkan Alia umi, Sebenarnya,Alia tak mampu berikan abang Adam zuriat. Alia tak mampu berikan umi dan abi cucu. Maafkan Alia.” Bicaraku dalam ketar.Hanya Allah yang tahu betapa berdosanya aku terhadap insan yang ku panggil umi. Yang tiada bezanya dengan ibuku sendiri.
“Ampunkan Alia kerana menipu umi. Ampunkan aku Ya Allah.”
“Astargfirullahhalazim!!Apa yang Alia cakapkan ni?? Umi tak faham lah.” Tanya umi tak percaya.
“Alia tahu. Umi pasti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Alia tak mampu. Alia tak boleh. Maafkan Alia umi.” Jelasku dalam esak tangis. Bukan tangisan lakonan, tapi tangisan kerana menipu seorang insane bergelar ibu. “Berdosa aku Ya Allah.”
“Tak sayang. Tak. Sekarang ni banyak teknologi canggih. Kita usaha ya. Umi yakin anak yang baik macam Alia akan dikurniakan cahaya mata yang baik juga. Kita usaha ya sayang. Umi yakin, pasti akan ada cara. Kalau tak boleh cara moden kita cuba cara kampung ya.Allah itu Maha Kuasa sayang.” Pujuk umi. Aku tahu umi kecewa sangat-sangat. Terlalau kecewa. Tapi umi bijak mengawal perasaan dan dikuatkan dirinya demi aku. Itulah umi.
“Tak umi. Alia dengan abang Adam dah cuba macam-macam cara. Baik moden mahupun cara kampung. Pelbagai usaha dah kami ikhtiarkarkan.” Bohongku pada umi.
“Kami dah buat keputusan. Alia izinkan abang Adam kahwin lain.” Beritahuku pada umi.
“Apa!! Apa yang Alia mengarut ni?? ” Marah umi.
“Alia tak mengarut umi. Kami dah setuju. Alia juga dah ada calon yang paling sesuai menggantikan tempat Alia disisi abang Adam dan juga untuk keluarga ini.” Jelasku pada umi. “Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui.”
“Tak!! Umi tak setuju. Kalau betul Alia tak boleh beri zuriat pada Adam. Kita ambil anak angkat. Umi tak mahu orang lain sebagai menantu umi selain Alia. Umi tak setuju!!” Tegas umi.
“Umi, Alia nak abang Adam ada zuriat dia sendiri. Anak dia sendiri. Keturunan dia sendiri. Darah daging dia sendiri.” Jelasku dalam tangis yang tak dapat dibendung lagi.
“Umi jangan bimbang. Alia janji, isteri abang adam nanti lebih baik daripada Alia. Dia akan jadi isteri yang paling solehah,menantu yang paling hebat dan juga ibu yang paling sempurna kepada anak-anak abang Adam. Percayalah pada Alia umi. Alia pohon pada umi. Percaya Alia untuk sekali ini sahaja umi.” Rayuku. Aku yakin umi akan setuju. Aku kenal umi.
“Alia, jangan buat umi macam ini sayang. Alia tahu kan umi sayang Alia lebih daripada umi sayang Adam. Kenapa mesti macam ini sayang??” Tangis umi, kali ini umi tidak lagi dapat mengawal perasaanya. Tapi aku yakin ini adalah yang terbaik. Terbaik buat insan yang aku cintai.

********************

“Berbuka puasa tadi umi lain macam sahaja. Solat Terawih pun umi tak ikut. Alia tahu tak kenapa?” tanya abang Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pulang solat Terawih.
“Alia dah bagitahu umi.” Jawabku pendek.
“Bagitahu umi?? Maksud Alia??” Tanya abang Adam dengan nada terperanjat. Kami belum capai kata sepakat, tapi aku dah memulakan rancangan. Siapapun di tempat abang Adam akan terperanjat.
“Alia dah bagitahu umi yang Alia tak boleh mengandung. Alia juga dah ceritakan pada umi tentang kak Zulia sebagai pengganti Alia. Dalam masa terdekat ni boleh lah kita pergi meminang kak Zulia. Kalau boleh raya pertama abang dengan kak Zulia dah boleh disatukan.” Bicaraku lancar tanpa memandang abang Adam. Takut aku kehilangan kekuatan.
“Apa yang Alia mengarut ni??!! Kita belum pun setuju dengan rancangan tu.” Marah abang Adam.
“Nampaknya Alia tak sabar nak tinggalkan abang ya. Bersungguh-sungguh benar Alia ingin dilepaskan.Baiklah, kalau itu keputusan Alia. Hujung minggu ni kita pergi pinang Zulia. Alia suka kan?? Puas hati Alia sekarang??”
Belum sempat aku jelaskan abang Adam terus keluar. Dihempasnya pintu bilik. Belum pernah aku lihat abang Adam seberang itu. Aku meraung sekuatnya dibibir katil.
“Bukan ini yang aku mahu Ya Allah. Kalau boleh aku tak mahu dilepaskan walau sesaat pun. Kalau aku berdaya aku akan merayu supaya dakaplah aku seeratnya. Paut bahuku serapat mungkin. Jangan biarakan aku walau senafas sekalipun. Tapi aku terlalu lemah untuk itu. Terlalu lemah. Aku tak berdaya.”

********************

Deringan jam loceng benar-benar membuat duniaku berpusing. Kepalaku terlalu sakit bagai dihempas batu yang sangat berat. Tapi aku harus kuatkan diri. Keperluan suami tercinta harus aku siapkan. Abang Adam hanya akan bersahur jika aku yang masak. Bukan umi mahupun Mak Jah,tukang masak keluarga Tan Sri Luqman Hakeem sejak belasan tahun yang lalu.
Aku berjalan ke bilik mandi sambil berpaut pada dinding, berat sungguh rasa kepalaku. Keluar dari bilik mandi aku mencari abang Adam, tapi tiada. Kemana pula hilangnya?? Peristiwa malam tadi menerjah kotak fikiranku. Aku terus tertidur di birai katil kerana teruk menangis. Dan abang Adam keluar ke mana??
Segera ku ke bilik bacaan. Biasanya kalau ada masalah, abang Adam akan ke bilik bacaan. Dia sukakan buku.
Telahan ku benar. Dia tidur di sofa panjang di dalam bilik bacaan.“Maafkan Alia.” Manik jernih mula menitis kebumi. Ku tinggalkan abang Adam terus lena sementara aku turun hendak menyiapkan juadah bersahur.

********************

“Alia dah sedar.” Suara umi bagaikan bergema.
“Alia dah sedar sayang.. Syukur Alhamdulillah.” Bicara umi sambil mengucup dahiku.
Kepalaku ligat memikirkan apa yang terjadi. Kenapa semua orang ada di sini?? Ibu dan ayah dari Perlis pun ada. Kenapa aku boleh berada di atas katil hospital?? Kenapa kepalaku berbalut?? Apa yang sebenarnya semua ini?? Adakah aku sekadar bermimpi?? Dan mana abang Adam??
“Alia sayang, Alia jatuh pengsan masa turun tangga sahur kelmarin. Kepala Alia berbalut pula sebab Alia terhantuk pada anak tangga. Dua hari Alia tak sedarkan diri. Itu sebab kami telefon ibu dan ayah Alia.” Jelas abi bagaikan mengerti persoalan yang bermain di mindaku.
Tapi mana abang Adam?? Marah benar dia padaku sampaikan tak sudi melihatku disini.
Melihatkan aku yang senyap dan muram, ibu bagaikan mengerti bahawa aku perlu bersendirian.
“Doktor beritahu tekanan darah Alia terlalu rendah dan Alia terlalu letih. Itu sebab Alia pengsan. Alia perlu banyak berehat. Kami semua keluar dulu, esok pagi kami datang lagi. Alia rehat ya.” Pesan ibu sambil mengucup dahiku.
“Terima kasih ibu.” Bisikku perlahan.
Umi tidak mahu meninggalkan aku seorang. Tapi setelah dipujuk ibu, akhirnya umi mengerti. Sebelum keluar, ayah,ibu,umi dan abi mengucup dahiku dan berdoa supaya aku lekas sembuh. Mengalir air mataku tak tahan sebak di dada. Ternyata aku dikelilingi mereka yang penuh dengan kasih sayang.
Malam terasa sungguh kosong. Aku gagahkan diri bangun dari katil mencari kerusi tolak. Aku perlu keluar, aku tak mahu terbiar keseorangan dalam bilik ini. Aku mahu mencari ketenangan di kedinginan malam.
Aku duduk di suatu sudut sambil merenung malam. Aku tak berani memandang bulan kerana aku akan menangis jika terpandangkan bulan. Terasa betapa sunyi dan sedihnya sang bulan.
Dingin malam mencengkam sampai ke tulang. Tiba-tiba ada kain yang diletakkan dibahuku.
“Maafkan abang sayang.” Lafaz abang Adam sambil menggenggam erat jemariku.
Tiada apa yang mampu aku luahkan. Hanya air mata yang mengalir mamberitahu segalanya.
Malam itu aku diam tanpa sepatah kata pun. Begitu juga abang Adam. Kami sama-sama merenung malam. Memikirkan apa yang telah terjadi dan akan terjadi.

********************

“Sayang dah bangun?? Cepatnya. Nak makan apa-apa tak?? Doktor pesan sayang tak boleh berpuasa hari ini.” Jelas abang Adam sebaik sahaja menjengah masuk.
“Malam tadi abang tolak sayang masuk bilik. Tak mahu kejutkan sayang, abang pun angkatlah sayang naik atas katil. Berat juga isteri abang ni ya.” Seloroh abang Adam.
Tapi sedikit pun tidak berjaya membuat aku tersenyum. Aku masih tak mengerti. Kenapa abang Adam tiba-tiba berubah. Kenapa mesti ber’abang’ ‘sayang’ sedangkan tiada siapa pun disini.
“Laa, kenapa senyap je ni??marah sebab abang tinggalakan sayang seorang?? Sorry lah, abang pergi solat subuh kat surau sebelah.” Jelas abang Adam sambil tersenyum.
Dia bangun dan menuangkan air, lalu disuap ke mulutku. Kemudian dia membetul-betulkan bantal dan selimutku. Bimbang kalau aku tidak selesa. Tak cukup itu, dia duduk dibirai katil sambil mengulus lembut jemariku.
“Abang sayangkan Alia. Lebih daripada segalanya. Lebih daripada nyawa abang sendiri. Mencintai Alia adalah anugerah terhebat daripada Yang Maha Mencintai kepada abang. Memiliki Alia walau tidak sepenuhnya adalah hadiah terbesar sepanjang hidup abang.”
“Dan sekiranya abang terpaksa kehilangan Alia, abang lebih rela kehilangan nyawa abang. Abang terlalu cintakan Alia. Terlalu. Terimalah cinta abang sayang.”
“Tapi…” Pintasku. Tapi belum sempat aku menghabiskan ayatku, abang Adam cepat meletakkan jari telunjuknya dibibirku.
“Sebenarnya abang terlalu cintaka Alia. Sejak pertama kali abang lihat Alia di rumah umi 2 tahun lepas, hati abang dah terpaut pada Alia. Abang sentiasa berdoa agar Alia menjadi suri dalam hidup abang. Menjadi menantu kepada umi. Dan ibu kepada anak-anak abang. Allah Maha penyayang, Dia hadiahkan Alia untuk abang, tapi bukan sepenuhnya.” Bicara abang Adam sayu. Dan air mataku mula mengalir.
“Kenapa abang tak berterus-terang dengan Alia??” balasku dalam sendu.
“Bila Alia cakap tentang Zulia, abang rasakan Alia tak mahu bersama abang. Abang tak pernah cakap yang abang ada perasaan pada Zulia. Tambahan pula Izhar pernah bercerita pada abang tentang perasaannya pada Alia. Dan Alia juga ada cakap yang Alia akan beritahu umi bahawa Alia tidak setuju dengan perkahwinan kita. Itu sebab abang buat keputusan gila dengan setuju berkahwin dengan Alia. Bagi abang, biarpun abang tidak memiliki Alia sepenuhnya, tapi abang tetap berhak ke atas Alia. Dan abang yakin suatu hari abang akan berjaya memiliki cinta Alia. ”
“Tapi kenapa baru sekarang abang beritahu semua ni??kenapa tak dari dulu??”
“Abang tak mahu tergesa-gesa. Abang perlu benar-benar sedia. Dan yang sebenarnya abang takut. Takut kalau abang terpaksa kehilangan Alia.”
“Kalau betul abang cintakan Alia, kenapa abang tak ada masa Alia dihantar ke hospital?? Abang tahu tak, masa tu Alia lebih rela jika Alia mati. Alia benci pada doktor yang menyelamatkan Alia.” Tangisku semakin menjadi-jadi.
“Jangan cakap macam tu sayang.” Pujuknya sambil mengesat air mataku..
“Alia buat abang benar-benar kecewa bila Alia tiba-tiba beritahu umi tentang rancangan yang abang langsung tak setuju. Abang ingat nak luahkan segalanya pada Alia malam tu,tapi ternyata Alia lebih dulu minta dilepaskan. Ternyata cinta abang tak berjaya menambat hati Alia. Abang kecewa sangat-sangat. Sebab tu abang halang diri abang dari melawat Alia. Tapi ternyata cinta abang lebih kuat dari marah abang pada Alia. Abang tak berjaya halang diri abang dari bertemu Alia. Abang tak sanggup berpisah dengan Alia.” Jelas abang Adam tentang apa yang berlaku.
Tiada kata yang mampu aku luahkan. Kami saling berpelukan. Seerat mungkin. Bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kami saat itu.
“Maafkan abang sayang. Maafkan abang atas segala penderitaan Alia selama ini. Maafkan abang kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Maafkan abang kerana leka dengan perasaan Alia. Maafkan abang sayang.” Rayu abang Adam sambil mencium-cium jemariku. Terasa bahangnya airmata abang Adam yang mengalir di jemariku.
Aku yakin cinta Adam Harris tulus dan ikhlas buat diriku Alia Areena. Dan aku yakin inilah petunjuk daripada Yang Maha Merencana. Aku bersyukur yang teramat sangat.
Terlalu bersyukur.

********************

“Selamat hari raya Aidilfitri sayang.” Bisik abang Adam ke telingaku.
“Selamat hari raya Aidilfitri??” Tanyaku pelik.
“Ya, selamat hari raya Aidilfitri” ulang abang Adam lagi.
Terasa liat sungguh mataku untuk dibuka. Baru aku teringat, malam tadi aku tidur lewat sangat. Bantu umi, kak Adilla, Adirra dan Mak Jah membuat persiapan akhir menjelang raya. Siapkan pakaian raya lagi. Hampir pukul 4 pagi baru aku berjaya meletakkan badan disisi suami tercinta.
“Dah pukul berapa ni?” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata.
“Dah subuh. Bangunlah mandi. Busuklah.” Seloroh abang Adam.
Selepas solat subuh aku terus ke dapur membantu mana yang patut. Umi memang akan menyiapkan semuanya sebelum pergi solat Aidilfitri. Balik sembahyang boleh terus makan. Tak perlu nak kelam kabut. Hehehe..
Pulang dari sembahyang, kami semua menuju ke kubur datuk dan nenek abang Adam. Pertama kali buatku. Selesai membaca surah Yassin, al-Fatihah dan sedikit doa, kami terus pulang kerumah.

********************

“Abang, ampunkan dosa dan salah silap Alia selama bergelar isteri abang. Halalkan segala makan pakai Alia. Ampunkan Alia ye bang.” Menitis air mataku tatkala mencium tangan suami tercinta. Terharu diberi peluang oleh Yang Maha Mengasihi memiliki insan yang sangat aku cintai.
“Alia tak pernah bersalah pada abang. Abang halalkan segalanya. Dan abang harap, Alia pun sudi maafkan segala kesalahan abang pada Alia.” Sambil mengucup lembut dahiku. Terasa hangatnya kucupan seorang suami.
Selesai semua bermaaf-maafan, kami menjamu selera dengan semua juadah yang tersedia. Meriah sungguh Aidilfitri kali ini. Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang suami yang sangat aku cintai.
********************
“Assalamualaikum.” Suara orang memberi salam sambil menekan loceng pintu.
“Waalaikumusalam.” Jawab abi dari dalam rumah.
Keluarga Ikham Izhar memang tetamu wajib keluarga abi dan umi. Datuk Arsyad dan Datin Siti Nuraidah, ibu bapa Izhar merupakan sahabat umi dan abi semasa belajar puluhan tahun dahulu.
Melihatkan Izhar aku rasakan seribu kesalahan telah aku lakukan padanya.Risau apa yang akan dikata nanti bila aku dan abang Adam masih suami isteri. Risau di wajahku dapat di baca oleh suami tercinta.
“Sayang tak perlu risau. Izhar tak tahu apa-apa pun. Abang tak pernah beritahu dia apa pun yang terjadi antara kita.” Bisik abang Adam ke telingaku.
“Maksud abang??!!” tanyaku terperanjat.
“Ya, bila abang cakap yang hanya kita bertiga sahaja tahu, sebenarnya tak, hanya abang dan Alia sahaja yang tahu. Mustahil abang akan lepaskan Alia kepada orang lain.hehehe” Jelas abang Adam sambil ketawa sinis.
“Owh..main-mainkan Alia ye.” Balasku sambil mencubit pinggang abang Adam.
“Aduhh!!” jerit abang Adam. Semua yang ada di ruang tamu memandang tepat kearah kami. Senyap.
“Kenapa Adam??” tanya umi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja abang Adam menjerit.
“Tak ada apa umi. Semut gatal gigit pinggang Adam.” Jelas abang Adam sambil tersenyum simpul.
Semua yang ada tergelak di buat dek abang Adam. Riuh rendah rumah besar ini di buatnya.

********************

Ya Allah, bahagianya hidup ini. Aku bersyukur teramat sangat hanya padamu Ya Allah..
Terima kasih atas bahagia yang Engkau anugerahkan Ya Allah. Sesungguhnya setiap recanaMu adalah yang terhebat dari mana-mana rencana di dunia ini.
Mungkin kehidupan tak seindah kisah cinta kami. Tapi kehidupan juga tak sedasyat yang kita bayangi. Kerana itulah ia di gelar kehidupan.

Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Siti Rahmah.

~cerpen : CinTa dLm HaTi ~



" Woi, bangun lah!!!. Ko tak nampak ke aku tengah kemas rumah ni..ke ko nak aku kemaskan ko sekali" jerit Aqila kepada Ridzuan sambil bercekak pinggang. Namun Ridzuan masih tidak bergerak. Lantas Aqila menolak badan Ridzuan dari atas sofa tersebut.



"Wei, ape ni???tak nampak ke aku tengah tido..berapa kali aku dah pesanan, jangan ganggu aku tido" marah ridzuan sambil mengurut-ngurut pinggangnya..
"Padan muka ko..sapa suh pekak sangat..aku dah jerit punya kuat, ko masih tak dengar lagi" ujar Aqila dengan selamba..
" Ko ni memang saja nak cari pasal dengan aku pagi-pagi ni" marah Ridzuan lagi. Geram betul dia apabila tidurnya di ganggu.
"Cuba ko tengok jam besar kat dinding tu betul-betul...masih pagi lagi ke dah tengah hari?? " marah Aqila sambil tangannya menunjuk ke arah jam dinding. Ridzuan hanya mencebik lantas berlalu ke dapur. Aqila lantas melipat selimut yang digunakan Ridzuan tadi.
"Bukan reti nak lipat sendiri..menyusahkan aku je" rungut Aqila sendirian.

Ridzuan merupakan suami kepada Aqila. Mereka berkahwin hanya sebab di cabar oleh rakan-rakan sekelas mereka sewaktu di Institut Perguruan. Dulu, mereka sering bergaduh dan masing-masing tidak mahu mengalah sehinggalah sekarang ni. Disebabkan ego masing-masing, mereka lantas menyahut cabaran tersebut untuk berkahwin selepas tamat pengajian. Majlis perkahwinan mereka hanya berlansung secara kecil-kecilan. Mereka bernasib baik kerana pengajian mereka memang telah menjaminkan mereka pekerjaan. Lantas selepas tamat pengajian mereka memohon mengajar di tempat yang sama cuma berlainan sekolah.



"Qila, apesal ko x cuci baju aku??"ujar Ridzuan tiba-tiba muncul. Aqila hanya tersengih.
"woi, aku tanya ni..bukan aku nk tengok kau tersengih macam kerang busuk..aku nak jawapan ko..faham x??" ujar ridzuan lagi. Geram dengan perangai Aqila seperti memepersendakannya.
"ko ade tangan kan??ko cucilah sendiri. Ko xnampak ke aku ngah busy kemas rumah?. Ko tu bukan reti nak tolong pun" ujar Aqila bersahaja.



"Arghhhh..ko memang sengaja nak sakitkan hati aku kan??tak pe...ko tengok lah nanti.."ujar Ridzuan lantas berlalu membawa pakaian-pakaiannya yang telah seminggu tidak dicuci..Pagi itu, seperti biasa selepas menyiapkan sarapan pagi, aqila akan bersiap-siap untuk ke sekolah. Selalunya Ridzuan akan menghantar dan menjemputnya memandangkan sekolah tempat aqila mengajar tidak jauh. Selepas bersiap ala kadar, dia segera berlalu ke dapur kerana selalunya Ridzuan akan menunggunya di situ sambil menikmati sarapan pagi. Tetapi, sebaik sahaja kakinya tiba di ruang makan, terdengar bunyi enjin kereta di hidupkan. Lantas Aqila berlari keluar.


"Ridz, tunggu aku lah wei..aku tak sarapan lagi lah" jerit Aqila sambil terkocoh-kocoh memakai kasut. Ridzuan menurunkan cermin kereta.


"Hari ni ko naik teksi je k..tu balasan ko x cuci baju aku hari tu" ujar Ridzuan terkekeh-kekeh ketawa lantas memecut keretanya laju-laju.


"tak guna betul. Ko ingatlah nanti. Mentang-mentang aku tak reti bawak kereta..xpe2..."rungut Aqila geram. Nasibnya agak baik kerana tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan teksi tetapi agak berpeluh jugak berjalan menuju ke jalan besar.


"Ai Qila, lambat sampai hari ni" tegur Nazirah, salah seorang guru di situ dan merupakan kawan baiknya semasa di IPG dulu. Mugkin die hairan nape Aqila lambat coz selalunya dielah orang terawal yang akan sampai.


"Ridz xguna tu tinggalkan aku..arghhhhhh tension tol dapat laki camtu" ujar aqila lantas meletakkan begnya di atas meja. Nazirah tergelak kecil.



"Aku tak faham lah dengan kau berdua ni..asyik gaduh je..ingatkan dah kahwin leh la baik-baik..tp rupa-rupanya makin teruk. Camne kau boleh tahan ek..dah nak msk 3 thn kan??" Aqila hanya mengangguk kecil mengiakan pertanyaan Nazirah. Aqila sendiri tidak faham macam mana dia boleh tahan dengan perangai Ridzuan..ala, perangai aku pun lebih kurang cam die, sbb tu kot..ujarnya dalam hati. Hari itu berlalu seperti biasa. Ketika waktu balik, Aqila lantas mendapatkan Nazirah.


"Naz, aku tumpang kau balik boleh x??" ujar aqila sambil buat-buat muka sedih..saja nak mintak simpati...hehehe
"nape?? Laki kau x jemput ke??" tanya Nazirah hairan.
"Rasanye tak kot..ala, leh la" rayu Aqila lagi sambil wat muka seposen pulak.
"yela-yela...kawan punya pasal, xde hal lah..jom" ajak nazirah tersenyum. Lantas Aqila memeluk nazirah.
"wei, ape ni??musahaqah ek??"jerit nazirah bergurau terkejut dengan perlakuan Aqila.
"hehehe....saje je...nak ucap tima kasih.."ujar Aqila tersengih..lantas mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta.


Sesampainya di rumah, Ridzuan masih belum balik lagi. Lantas Aqila bersiap-siap untuk menyiapkan makan malam. Sedang dia leka memasak, terdengar handphone nya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Sebelum sempat dia mengucapkan salam kepada si pemanggil...


"wei, ko kat mane ni??aku dah tunggu nak dekat sejam ko tau x??" Aqila cuba menjarakkan handphone tersebut dari telinganya kerana terkejut dengan suara kasar Ridzuan.


"dah tak reti nak bagi salam ke??aku kat rumah lah..aku tak pergi keja tadi...tak de teksi" bohong Aqila sambil cuba menahan tawanya..


"Ko ni biar betul??habis tu nape tak kol??dah xreti nak kol ke??" ujar Ridzuan plak..hehehe..tau pun cuak..bisik hati kecik Aqila.
"dah ko kate nak balas dendam kat aku..aku malas lah kol ko" ujar Aqila bersahaja. Ridzuan lantas mematikan talian..Aqila hanya tergelak sakan memandangkan dia berjaya mengenakan Ridzuan. Namun, gelaknya mati tiba-tiba apabila mendapati dirinya masih berbaju kurung. Lantas, dia berlari ke tingkat atas untuk menukar pakaiannya dan menyembunyikan baju kurung yang dipakainya tadi. Setelah siap, dia segera menyambung kembali kerja-kerja yang tertangguh.


Tidak lama kemudian terdengar bunyi kereta Ridzuan. Aqila tidak mempedulikan malah tekun menyiapkan kerja-kerjanya. Dia tidak mahu terlepas untuk menonton rancangan kesukaannya iaitu detektif conan pada pukul 7.30 mlm nanti di TV 3. Pernah dia bergaduh dengan ridzuan gara-gara berebut siaran televisyen. Setelah siap, lantas dia menuju ke ruang tamu dan lantas menghidupkan televisyen. Hari ini dia tepat pada masanya kerana sebaik sahaja di buka, kartun tersebut baru bermula.


"Qila, ko ni suka sangat tengok kartun ni..macam budak-budak tau" ujar Ridzuan tiba-tiba lantas duduk tidak jauh dari Aqila.
"sukati aku lah..ko bising-bising ni nape?? Gi lah duduk jauh-jauh kalo ko xske" ujar Aqila sambil matanya tidak lepas memandang ke kaca televisyen.
"ko dah solat maghrib belum ni?" Tanya Ridzuan lagi.
"Aku cuti lah" balas Aqila pendek. Malas dia hendak melayan kerenah ridzuan. Lebih baik aku tengok cte ni lagi best..bisik hati kecil nya. Ridzuan hanya memerhati gelagat Aqila..sekejap tersenyum, sekejap nampak cemas..ridzuan tersenyum sendirian..Tak sangka dia akan mendapat isteri yang perangai macam budak-budak.


Dia masih ingat lagi sewaktu masih belajar lagi, dia suka cari pasal dengan Aqila semata-mata untuk mendapatkan perhatian gadis tersebut. Dia tau, dia telah jatuh cinta pada Aqila tetapi kerana sikap ego, dia cuba menafikan perasaan halus yang lahir dalam hatinya.


Aqila seorang yang periang, yang selamba dan seorang gadis yang simple. Dia tak pandai bergaya sangat. Malahan selalu je tidur dalam kelas. Dia masih lagi menyimpan gambar Aqila sedang tidur di dalam telefon bimbitnya yang diambilnya secara senyap-senyap.

Gambar itu lah yang menjadi pengubat rindunya apabila dia rindukan Aqila. Di sebalik sifat riang Aqila, dia tau..Aqila selalu bersedih kerana dikecewakan kekasihnya ketika itu. Bukan dia tidak tau yang Aqila terlalu menyanyangi lelaki tersebut. Dia nampak Aqila menangis. Ingin dia sapu air mata tersebut tetapi egonya sebagai lelaki menghalang.


Lantas, apabila di cabar oleh rakan-rakan sekelas mereka untuk mengahwini Aqila dia terima sebagai satu rahmat kerana dia sebenarnya menyintai Aqila.


"Ridz, napa ko senyum sorang-sorang r?" Ridzuan terkejut mendengar suara Aqila menyapa gegendang telinganya.
"saje je..nape??aku kaco ko ke?" balas Ridzuan bersahaja cuba menutup perasaan malunya. Aqila hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.
"ko dah makan? Jom makan. Aku lapar lah" Ajak Ridzuan tiba-tiba membuatkan Aqila rasa tidak percaya. Yelah, selama ini, mereka makan pun berasingan.
"err..aku xnak makan malam ni. Ko makan je lah ek" balas Aqila gugup.
"ko ni nape??aku bukan nak makan ko pun??aku nak ajak ko makan je..dah2 jangan banyak songeh..jom mkn" ujar Ridzuan lantas berlalu ke dapur. Seperti budak kecik, Aqila hanya menuruti langkah Ridzuan. Mereka hanya mendiamkan diri sambil menikmati makanan masing-masing.
"betul ko tak pg keja td?" ridzuan tiba-tiba memecah kesunyian di antara mereka.
"A,,ah la..nape plak??ko xcaye ke? Xcaye gi la tanye Naz" balas Aqila acuh tak acuh. Dalam hatinya menyumpah dirinya kerana pandai sangat memberi cadangan..mahunya ridzuan betul-betul bertanya dengan Nazirah, xke kantoi..huh..Ridzuan hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya terbit rasa bersalah kerana meninggalkan Aqila pagi tadi. Xpelah sebagai pengajaran kat dia..biar dia tau aku ni sape..bisik hati kecil ridzuan sambil tersenyum sendirian.
"Ai, senyum sorang lagi?" ujar Aqila tiba-tiba.
"sukati aku lah..aku senyum bukan kaco ko pun" balas Ridzuan sambil terus menghabiskan makanannya.


Malam itu, seperti biasa Aqila akan tidur di biliknya manakala Ridzuan pula akan tidur di bilik sebelah. Mereka hanya tidur sebilik apabila salah seorang ahli keluarga mereka datang bermalam tetapi di dalam bilik pula, mereka tetap akan tidur berasingan di mana Aqila akan tidur di atas katil dan ridzuan akan tidur di bawah. Malam itu, selepas mencuci muka dan menggosok gigi, Aqila lantas mematikan lampu dan bersiap-siap untuk tidur. Namun belum sempat die manutupkan mata, dia terasa sesuatu di lengannya. Lantas dia cuba membesarkan matanya untuk melihat benda tersebut. Ya Allah cicak!!!. Lantas dia berlari keluar.
"Ridz...tolong aku..bukak lah pintu ni" ujar Aqila sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Ridzuan. Tidak lama selepas itu, muncul Ridzuan di muka pintu. Masih mamai.
"Ko nak pe malam-malam ni?" tanya Ridzuan dengan suara yang serak."atas katil aku ade cicak."balas Aqila perlahan.
"la, cicak je..gi lah buang" ujar ridzuan lantas cuba berlalu. Namun, langkahnya terhenti apabila terdengar esakan kecil Aqila. Di lihatnya bibir Aqila seakan bergetar menahan tangis. Ya Allah..apa aku buat ni..mungkin Aqila betul-betul takut dengan cicak..ujarnya dalam hati..rasa bersalah menyelebungi hatinya. Lantas dia menuju ke bilik Aqila. Memang terdapat seekor cicak di atas katil Aqila tetapi cicak tersebut sudah pun mati. Lantas dia membuang keluar tingkap. Aqila masih membatu di luar bilik. Air matanya masih lagi mengalir.
"ok, aku dah buang. Ko gi lah masuk tdo k" pujuk Ridzuan sambil memegang bahu Aqila. Aqila hanya mendiamkan diri.
"Qila..cicak tu dah tak de..ko gi tdo k..lewat dah ni..t ko lambat bangun plak..aku tak nak tunggu esok" pujuk Ridzuan lagi. Aqila hanya mengelengkan kepalanya. Dia memang agak fobia dengan cicak.
"macam mana kalau cicak tu ada lagi? Lagipun cicak tu td dah mati kan..mana tau da cicak lain lagi kat situ" ujar Aqila perlahan.
"ok, mcam ni je lah..ko tido bilik aku mlm ni. Biar aku tdo kat ruang tamu je."cadang Ridzuan. Aqila hanya mengangguk kecil. Setuju dengan cadangan Ridzuan. Lantas Ridzuan masuk kebiliknya dan mengemaskan katilnya yang agak berselerak. Perlahan dia menarik tangan Aqila dan merebahkan Aqila lantas menyelimuti Aqila. Bagaikan budak kecik, Aqila hanya menurut.Pagi itu, Aqila tiba di sekolah agak awal. Yelah Ridzuan telah menghantarnya macam selalu. Menjadi jugak tipu helah die yang die xpegi mengajar hari tu. Aqila masih teringat kejadian malam tadi. Pertama kali Ridzuan melayannya dengan baik. Walaupun tiada panggilan manja namun dia merasakan sungguh bahagia. Dia tersenyum sendirian.


"nape senyum-senyum ni?" tanya Nazirah yang perasan dengan keadaan Aqila.
"he, tak de pape lah..saje je nak awet muda."balas Aqila sambil tersengih.

Hari ini dia merasakan dirinya lebih bersemangat daripada hari-hari biasa. Semua rakan-rakannya hairan dengan sikap Aqila yang agak ceria pada hari itu. Sedang dia leka menanda buku murid-muridnya, handphonenya berbunyi menandakan ada msj masuk.

Lantas dia membuka.-malam ni, kite makan kat luar..aku blk lewat sket.

Takut ko xsempat masakDia membaca pesanan ringkas dr Ridzuan.

Lantas dia membalas ok dan menekan butang send. Aqila tersenyum lagi. Seingat nya , Ridzuan jarang mengajaknya makan di luar.

Hatinya seperti melonjak riang. Selepas habis kelas, lantas dia menunggu Ridzuan di tempat biasa dia menunggu. Belum pun dia sampai, kelihatan kereta Ridzuan sudah pun menunggu. Aik...kate lewat..awal plak die sampai...bisik hati kecilnya hairan.


"awalnye sampai" tanye Aqila hairan sebaik sahaja melabuhkan punggungnya.
"saje je.. nape? Tak leh ke?" tanye Ridzuan balik.
"tak lah..aku heran je ko dtg awal sgt. Yelah..kate dtg lewat." Balas Aqila. Ridzuan lantas menghidupkan enjin kereta dan fokus dengan pemanduannya. Ridzuan membawa Aqila ke gerai makan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.


"la… ingatkan ko nak ajak makan kat restoran mana td. Rupanya kat sini je..jalan kaki pun boleh."ujar Aqila tiba-tiba sebaik sahaja keluar dr kereta.


"ok pe tempt ni. Kalo ko xsuke, ko boleh balik. Kate leh jalan kaki kan?" ujar Ridzuan sinis. Aqila terasa tercabar dengan kata-kata Ridzuan. Lantas die berhenti dr mengikuti Ridzuan dan melangkah dengan laju meninggalkan Ridzuan yang terpinga-pinga.
"ko xnak pesan pape ke?"jerit Ridzuan lantang.


"Tak payah. Aku leh masak sndiri."balas Aqila sambil meneruskan langkahnya.


Namun, belum pun jauh Aqila berjalan, dia terasa badannya dilanggar kuat dan die rebah dan kepalanya terhantuk di pembahagian jalan. Pandangannya mula gelap dan sayup-sayup terdengar Ridzuan menjerit namanya berulang kali.Aqila terasa kepalanya berat.


Sayup-sayup terdengar suara seseorang sedang merintih. Tangan terasa di usap perlahan-lahan dan terasa basah. Perlahan die mambuka mata.

Dilihatnya Ridzuan sedang memegang tangannya sambil merintih kecil.

Hatinya terasa sayu tiba-tiba melihat air mata seorang lelaki. Ini lah kali pertama die malihat Ridzuan menangis. Aqila menggerakkan badannya sedikit. Terasa sakit.


"Qila sayang..qila dah sedar..syukur Alhamdulillah..abang risau Qila x bangun" ujar Ridzuan tiba-tiba. Hati Aqila tersentuh mendengar kata-kata Ridzuan.

Pertama kali Ridzuan membahasakan dirinya abang,

panggilan yang dia tunggu-tunggu selama ini. Aqila menangis gembira.


"sayang, nape nangis?. Jangan nangis k. Abang ada kat sisi Qila ni sayang.

Abang janji tak kan lukakan hati Qila lagi..abang mntak maaf sayang.

Demi Allah...abang sebenarnya terlalu menyayangi Qila..

"pujuk Ridzuan lantas menyapu air mata di pipi Aqila.

Tidak lama selepas itu, kelihatan ibu dan ayah mertuanya masuk.

Mungkin Ridzuan telah memaklumkan kepada mereka.


"Syukur lah Qila dah sedar. Nasib baik kereta tu x laju sangat.

Riz, jangan lupa bagitahu mak dan ayah Qila.

Dieorg risau sangat" ujar Pn Junaidah, iaitu ibu kepada Ridzuan.

Ridzuan hanya mengangguk.


"Qila, mak dan ayah Qila akan sampai malam nanti.

Flight dieorg pada ptg ni."ujar En Hasan pula, ayah kepada Ridzuan.

Aqila hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

Mujur dia masih dapat bernafas.

Walaupun kecederaannya agak teruk juga namun dia bersyukur sekurang-kurangnya ada hikmah di sebalik musibah yang menimpa.


Dia akhirnya tahu yang Ridzuan terlalu menyayanginya...dia mengucap syukur di dalam hati..Setahun kemudian......."abang, Qila tak kira..Qila nak tengok jugak cerita tu" rengek Aqila sambil menarik tangan Ridzuan. Matanya kelihatan berkaca-kaca.


"yela2..abang gi beli lah ni..Qila tunggu kat rumah je tau." ujar Ridzuan mengalah..
"tak mo..Qila nak ikut jgk.t abang xtau nak pilih yang mcm mane.Qila xnak abang salah beli" rengek Aqila lagi.
"yela2" balas Rdzuan geram..mana taknya..ade ke Aqila suruh die beli cd detektif conan. Dah la cerita kartun. Ai, org mengandung ni memg suka mintak pelik2..sabar je lah..pujuk hati Ridzuan..


"tengok..abang masam je..Qila xsuke org masam2 ni..t baby ni ikut muka papa die masam"ujar Aqila merajuk..
"yelah sayang...abang senyum ni k..ikut papa die xpe..jgn ikut mama die… perangai macam budak-budak.."ujar Ridzuan sambil mencubit pipi Aqila.


"abang, sakit tau.."ujar Aqila sambil mengusap pipinya yang merah di cubit Ridzuan..
"ala..sayang abang ni..sory..meh sini..abang bg penawar....cupp" Aqila terkejut apabila pipinya dikucup lembut oleh Ridzuan. Lantas die tersenyum bahagia..dalam hatinya mendokan agar rumah tangganya akan kekal sampai bila-bila.....