MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 30 May 2008

~Cik gu jangan ajar menipu~




Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan.
Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan.
Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen ituke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya.
Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.Amin :
Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada



Nasihat Al-Qamah :Lima cara memilih sahabat




NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimanapesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalahhiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia sukamencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasaterharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia sukamenghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasaterharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenaikeburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatudaripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamudulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapandan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakansesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkauberselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakanbersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah denganberzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatanRabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzatyang Memiliki mu.""sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

~suami dan isteri~



Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??

Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali.

Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya,

tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !


Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...


Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...


Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...


INI YANG BEST NI Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....


Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..


JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!


Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya.


Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....


Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????


Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......


Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....


Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....


FIKIR-FIKIRKANLAH. .........