MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 1 April 2016

Kemaafan DENDAM terindah



Assalammualaikum..

Cepatnya masa berlalu..
seakan aku bermimpi..
2015..
usia perkahwinanku 18 tahun bersama Azman Ishak
Anak sulung kami dah 17 tahun
Anak kedua dah 15 tahun 
dan 
Anak yang ke tiga sudah tadika -5 tahun

ghosek-ghosek album lama
aku terjumpa gambar nie.
hahaha...time ni usia aku baru 20 tahun
dan ini pula kawan-kawan tempat kerja Hewlet Packad (HP)
kak Zah, kak Yah, kak Habsah, Aku, kak Murni dan kak Tini



My Mr. Arrogant
pertemuan dan perkenalan kami yang secara kebetulan (dipihak aku la)
sebab dipihak dia..dah lama dia intai dan risik2 aku dari teman2 di rumah sewa.




 gambar selepas pertunangan kami..snap kat kedai gambar
itu pun atas permintaan Mr. Arrogant..hurm..


sebenarnya...

tiada kata-kata terucap untuk buka bicara..
selama berkeluarga..
2015 adalah tahun aku dan dia di duga..

Alhamdulillah..
atas dasar pemikiran dan perbincangan
masjid yang kami bina masih utuh
kekhilafan di maafkan
Ujian-Nya kami tempuhi dengan redha

bak  kata pepatah
" buang yang keruh ambil yang jernih"
aku dan dia
memulakan semula bibit kasih dan sayang

betullah seperti yang dikata
"selagi ada jodoh..
ribut dan taufan pun tak dapat memisahkan
hanya ajal .."

Setiap kali diuji, ingatlah ayat 286: al-Baqarah
” Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya……”
Redha dan pasrah..
amalkan doa ini bilamana kita disakiti..dan dalam kekecewaan..

“Ya mufarrijal humum, 
Ya Mufarriju farrij, 
Farrij a’nna humumana, 
Ya hayyu Ya qayyum, 
Ya zaljalali wal iqram”
Maksudnya: 
Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah.
 Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah. 
Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, 
lepaskanlah dukacita, susah dan masalah kami.
 Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri”


 




















Anggaplah peristiwa itu sekadar ujian untuk kau mendekatkan diri lebih kepada Allah Yang Maha Esa. Ujian itu sebagai medium untuk kau mula berkasih sayang dengan Allah.

Sebagai medium untuk kau kenal apa itu cinta manusia, cinta keluarga, cinta sesama saudara dan semestinya cinta yang paling agung nan indah cinta kepada Allah dan Rasul.

Cuba sehabis mungkin untuk jauhkan diri dari peristiwa itu, bukan melupakan, tetapi dijadikan teladan.

Melupakan itu suatu yang sangat mustahil kerana mahu tidak mahu perkara itu sudah ada dalam catatan buku kita.
 Melainkan kita eksiden, lupa ingatan ke?
Haishhh jangan jangan! Akak gurau je, jangan buat naaa. 
Naudzubillahiminzalik. Ingat allah :)

Semoga awak yang membaca entry kali ini dikurniakan Allah pasangan halal yang ikhlas untuk bersama dengan awak  untuk menuju ke Syurga Dia melalui jalan yang diredhai dan dipermudahkan ke arah itu. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment