MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 3 June 2015

MEI...2015..Kehadiran serta Kehilangan dalam kehidupanku


AL-FATIHAH


20.MEI.2015

Berita sedih yang ku terima ditempat kerja...
Ibu mentuaku.. Asiah Binti Md. Yatim telah kembali ke Rahmatullah..



Ya Allah,
belum pun sampai setahun ibu kandungku pergi mengadap-Mu


kini aku di uji lagi..
kali ini Ujian-Mu benar-benar buat diriku kosong
Apakan daya ..Dia sebaik-baik perancang..
Namun sebagai hamba-Mu..
aku redha..

dan sebagai manusia yang tak sempurna.
tangisan menjadi peneman di saat ini..


Muhasabah dan memujuk diri sendiri


Doaku padamu...Mak.


Imbau kembali kenangan kita ..
akan selamanya terpahat dalam ingatan ini..


terimakasih kerana kasih dan sayangmu
pada menantu yang serba kekurangan ini..
tak terasa diri ini menantumu..kerana kasih dan sayangmu melebihi kasih seorang ibu padaku.


kemana pun kau kan kubawa.
rombongan kluarga 


Suamiku...tabahla hadapi kehilangan dia..
sebagai isterimu.. akan ku jaga dirimu..walaupun tidak sehebat dia..




berkongsi  duka
tiada lagi celoteh dan leteranmu..bila banjir melanda..


syaahdunya..
Ramadhan akan menjelang lagi..
dah tak ada kanji@bubur lambok dari air tanganmu..


Mak bagaimana kami nak hadapi..
Pagi Raya tanpa kucupan dan kemaafan darimu..
Gelak ketawa semasa merakam gambar kenangan di pagi Hari Raya..




Ya Allah..berikanlah kami kekuatan untuk menerima takdirmu ini..





Suamiku..tiada lagi suapan kasih pada ibu tercinta..di hari lahirnya..
tiada lagi usikkan nakalmu padanya
Namun ku tahu..kau lelaki yang tabah
anak bongsu yang manja ..
terimalah takdir dengan redha..sayang


buat putriku..
sempat juga kau jadi penghibur mereka..

terimakasih mak kerana jadi ibu mentua yang terhebat dalam hidupku.





mak...che rindu dengan kasihmu..




Kehidupan ini kisarnya tentang menerima hakikat.
Pedih dan sakit itu biasa.
Telan saja.

Suatu masa nanti,
Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini.

Kita semua tahu,
Tuhan tidak pernah silap dalam
merencana tiap takdir buat hambanya.

Bahkan,

Kita;hamba yang selalu silap dalam 
mentafsir tiap rencana Tuhan buat kita.

Al-Fatihah buat mu disana..
Ya Allah kasihilah dirinya sebagaimana dia mengasihi kami semua..
Amin.


Wednesday, 27 May 2015

BOWLING TOURNAMENT KAMPUNG MASJID ZOO ROAD

Mei...
erm..banyak aktiviti untuk bulan nie..
9/5 - Kampung Masjid Bowling Tournament
16/5 - Rombongan ke Cameron Highlands tajaan JKKP
25/5- Hari Lahirku

nk update utk 9/5...

Selfie2 dulu sebelum penat meng'hawen;


  
aku


Dia


Kami Berdua


Alhamdulillah...18thun kami masih bersama 


Aku dan my 2nd Hero


Muhammad Hakimi



tembikai ke ni? ahaks


suasana riuh sekampung..memang enjoy


paling gamat bila dah abis dan tunggu keputusan


Ida..menang Top Group tempat kedua..tahniah


anak2..asyik dok tanya..bila nk buka..


dah tua...menang Pemain Terbaik Wanita..
ehem..ehem..tapi utk wanita Vateran..aduhai..dah ambang 40'an


ni bergaya jer lebih..ok la..rezki mak untuk anak2 juga


Wednesday, 20 May 2015

Rombongan Che Nah ke Cameron Highlands



Assalammualaikum...
hahaha..nak update rombongan Che Nah ke Cameron Highlands
atas tajaan JKKKP Kampung Masjid

Alhamdulillah..
niat untuk mengeratkan silaturahim sekampung kami naiki 2buah bas




dalam hati ada taman
 di Mardi.


sorak badan ke tue



kesejukkan...cakap time ni pun macam smoking ja..
berasap baq hang




"seniri selfie la bang.." 
lambat sangat nak tunggu yang lain2 beratoq nak amik gambaq banner..hahahha



kehijauan..
mengimbas kembali zaman Honeymoon kami berdua,..


18. Mei. 1997 ( sambut sekali la..ulangtahun perkahwinan kami)

 

 aksi atas "ndoi"



  bunga rose 

  
stawbery..

ok nak sambung upload dari hand phone
 ragam buah hati kami

















release tension


My Hero


sepupu sepapat..moga2 rapat


anak dara &  abah



luaran nampak ceria..
tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu
ralat nak tinggalkan  mak yg tengah penat kat umah sebenarnya 





"boleh petik tak nie ...mak"


 aummm.. 










layan aiskrim stawbery

oklah...dah cukup kot rasanya update ni..hahaha