MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Tuesday 12 April 2011

~Lagu CiNtA eps :20-21~

BaB 20
Aleya Puteri
Ceritera Cinta
Cinta


“Ishh…Am ni nak datang ke tak?”
Aleya merungut pabila memerhatikan jam di dinding rumahnya sekali lagi. Masuk kali ini rasanya dah lima kali dia memerhatikan jam tersebut. Namun jarum jam dirasakannya begitu lambat sekali bergerak. Untuk memuskan hatinya lagi, jam di tangan turut ditelek bagi memastikan waktu yang terpamer di jam dindingnya adalah tepat.


Dari selepas sembahyang Subuh lagi dia sudah bersiap dengan baju kurung yang dibeli minggu lepas dan menunggu kedatangan Idzham. Sebenarnya dia tidak pasti sama ada Idzham akan datang atau tidak. Menurut kata Idzham minggu lepas, dia nak bawa Aleya ke jemputan kenduri majlis bertunang pada hari Sabtu. Hari ini dah hari Sabtu. Tetapi tidak pula dinyatakan waktu majlisnya. Masuk hari ini sudah seminggu berlalu pertengkaran mereka kerana Aleya yang masih merahsiakan kewujudan Idzham pada mamanya. HAri ini juga genap seminggu Idzham menyepikan diri selepas menghantar Aleya pulang dari Jalan Tunku Abdul Rahman minggu lepas. Tiada langsung panggilan telefon ataupun SMS yang diterima dari Idzham. Mukanya pun tidak nampak bayangnya di pejabat Aleya.

Idzham benar-benar marahkan Aleya nampaknya.


Hari ini pun Aleya tidak pasti sama ada Idzham akan datang menjemputnya atau tidak. Kalau datang maksudnya kemarahan Idzham pada Aleya sudah surut. Tapi kalau tidak datang jawabnya Idzham masih marahkannya dan mungkin tidak mahu bersama dengannya lagi. Pada Aleya kemungkinan kedua cukup mengerikan hatinya.

Dia tidak sanggup kehilangan Idzham hanya kerana hal sekecil itu.


‘Payahnya bercinta.’ Rungut hati Aleya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng pintunya berbunyi. Aleya sempat melihat pada jam dinding rumahnya sekali lagi sebelum bangun menuju ke pintu rumahnya itu. Pukul tujuh setengah pagi.
‘Minta-minta Idzhamlah yang bunyikan loceng itu.’
Hati kecil Aleya sempat berdoa sebelum tangannya memulas tombol pintu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Am…” Aleya bersuara lirih.
Matanya mula terasa nak bergenang melihat Idzham berdiri dihadapannya. Alhamdulillah doanya tadi dimakbulkan. Walaupun air muka Idzham nampak agak muram, Aleya tetap bersyukur kerana akhirnya Idzham muncul juga di hadapan rumahnya. Sekurang-kurangnya dia masih mempunyai peluang untuk memujuk Idzham.
“Leya… Am – Am nak minta maaf…”
Suara Idzham kedengaran agak bergetar. Aleya pantas mengelengkan kepalanya di saat mendengar Idzham meminta maaf.
“Am tak salah. Tak ada apa yang nak di maafkan. Leya yang salah. Leya yang patut minta maaf. Am maafkan Leya ya?”
“Am tahu Am yang salah sebab marah-marah Leya hari tu. Am tak patut buat macam tu dekat sayang. Am tak patut…”

“Err..Am kita cakap dekat tepi balcony tu ya.”
Aleya pantas memintas kata-kata Idzham dan menarik tangan jejaka tersebut ke arah balcony yang dimaksudkan apabila Arisa tiba-tiba muncul di muka pintu. Ditangannya ada seplastik besar warna hitam. Mungkin dia hendak ke bawah membuang sampah agaknya. Rajin pula kawannya ni pagi-pagi buta macam ni nak membuang sampah . Tanpa mempedulikan keadaan Aleya dan Idzham, Arisa menonong membawa plastik sampah tersebut memasuki lif.
“Am cakap apa tadi?”
Aleya meminta Idzham mengulang semula ayatnya yang terganggu dengan kehadiran Arisa tadi.

“Am nak minta maaf pada sayang. Am tahu Am yang salah. Am tak sepatutnya marah Leya hanya kerana Leya tak kenalkan Am pada mama Leya. Sepatutnya Am dengar dan fahamkan dulu alasan Leya. Sayang maafkan Am ya?”


Ruth Sahanaya


Kaulah Segalanya
Sungguh hanya Tuhan
Yang tau segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat saat ini


Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Tuk menyatakan yang sesungguhnya
Kau lah segalanya untuk ku
Kau lah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap hanya kau seorang




BaB 21

Aleya Puteri

Cintamu Untukku



"Rumah siapa ni?"

Aleya bertanya meminta kepastian di saat Idzham memberhentikan keretanya di laman sebuah rumah kampung yang kelihatan agak sibuk suasananya. Beberapa orang lelaki tua dan muda kelihatan berkumpul di satu sudut mengacau sesuatu di kawah sambil berbual-bual sesama mereka. Dari jauh juga Aleya boleh nampak beberapa orang perempuan sedang duduk berkumpul sambil menyiang sesuatu. Suasananya memang jelas nampak bakal ada kenduri akan diadakan.

Rumah di hadapan matanya ini seperti pernah dilihatnya. Tetapi dia tidak pasti di mana. Aleya memaksa otaknya supaya bekerja keras, cuba meningkatkan lagi daya ingatannya. Cuba mengingati dimanakah dia pernah melihat rumah ini. Rumah yang mempunyai pangkin di hadapannya. Akhirnya baru dia ingat, dia pernah melihat rumah ini pada wallpaper komputer riba Idzham semasa di Penang dulu. Rumah …

"Sayang, inilah rumah Am." Idzham tersengih lebar selepas memberi jawapan yang dimintanya.

"Rumah Am?" Bola mata Aleya sudah tersembul keluar dek kerana rasa terkejutnya. Cepat-cepat dikutipnya balik bola matanya dan ditempatkan semula dalam soket matanya .

"Yup, rumah Am."

"Am bawa Leya ke rumah Am?"

"Ya. Kenapa? Salah ke?"

"Bukanlah salah. Tapi kenapa Am tak beritahu dulu nak bawa Leya ke rumah Am?"

"Saja. Kalau Am beritahu, mesti Leya tak nak datang."

"Am ni teruk tahu tak? Suka buat macam ni. Leya seganlah."

Aleya memang geram dengan Idzham saat ini. Ada ke patut dia dibawa ke rumah bakal mentua tanpa diberitahu dulu. Sedar-sedar, dia dah ada depan rumah Idzham. Aleya langsung tidak bersedia nak berjumpa dengan umi Idzham lagi. Sudahlah datang dengan tangan kosong. Kalau tahu tadi, bolehlah juga sebelum sampai tadi dia beli apa-apa sebagai buah tangan. Nanti umi Idzham fikir Aleya ni tak reti beradat pula.

"Sudahlah tu. Jangan nak segan-segan. Nak jumpa umi je. Bukannya nak kena menghadap sultan. Jom kita masuk cari umi."

Idzham terus mearik tangan Aleya memasuki rumahnya. Aleya pula cuba menarik tangannya dari lengan Idzham. Dia rasa tidak selesa nak berpegang tangan depan orang-orang kampung Idzham. Tak pasal-pasal pula nanti dia orang kata Aleya ni mengada-ngada. Bukannya dia tidak tahu nak jalan sendiri.

"Am, tak payahlah nak pegang-pegang. Nanti apa pula kata orang kampung Am."

"Dia orang tak kisah punya."

Namun tangan Aleya dilepaskan juga akhirnya. Apabila kaki Aleya pertama kali melangkah masuk ke rumah separuh batu separuh kayu milik Idzham, ada rasa kagum terselit dihatinya melihat hiasan rumah Idzham yang sederhana namun cukup memukau pandangan matanya. Matanya begitu asyik melihat setiap sudut ruang tamu rumah Idzham yang mempunyai ayat Al-Quran digantung pada dindingnya. Terlalu leka sehingga tidak sedar yang Idzham sudah tiada di sisinya. Saat menyedari dirinya ditinggalkan Idzham, matanya melilau cuba mencari kelibat Idzham. Apa yang Aleya nampak di ruang tamu rumah Idzham hanya ada beberapa orang perempuan yang sememangnya tidak dikenali sedang membungkus telur dengan kain sapu tangan.

'Alamak, mana Am ni? Ditinggalnya aku dekat sini kenapa? Ishh….nak salam atau tidak kakak-kakak dan makcik-makcik yang tengah bungkus telur tu ek? Tak salam karang, dikata sombong. Nak salam mereka, aku tak kenal pula.'

Hati Aleya bermonolog sendiri. Dalam dia sibuk mnimbal balik tindakan seterusnya yang hendak diambil terdengar suara seseorang memanggilnya.

"Leya…"

Mata Aleya segera dialihkan ke arah suara orang yang menyebut namanya itu. Seorang perempuan dalam usia lewat 40-an sedang tersenyum sambil melangkah merapatinya. Serasa Aleya dia memang tidak kenal wanita yang sedang tersenyum padanya itu. Tapi wajahnya mengingatkan Aleya pada seseorang. Idzham. Ya, ada wajah Idzham pada wanita yang kini telah berdiri dihadapannya. Ni umi Idzham ke? Mudanya dia…

"Ini Aleya ya?" Tanya wanita tadi.

"Err…ya, saya Leya…" Aleya menjawab ragu sambil menyalami tangan wanita tersebut. Wanita itu menyambut huluran salam tangannya dan terus memeluk tubuh Aleya serta mencium pipi Aleya kiri dan kanan. Aleya benar-benar kaget melihat tindakan pantas wanita tersebut.

"Sampai juga Leya akhirnya." Wanita tadi masih tersenyum.

"Err… makcik ni umi Idzham ke?"

"Ya, umilah ni. Kenapa tak nampak macam umi ke? Macam kakak Am ya? Lagi satu tak payah nak bermakcik-makcik. Panggil umi je Leya."

Aleya hanya tersengih mendengar kata-kata umi Am itu. Tepat seperti apa yang ada difikirannya. Umi Idzham tak nampak macam emak dia pun. Nampak macam kakak je. Muda sungguh.

"Umi kenal saya ke?" Aleya bertanya bodoh. Yalah, umi Idzham ni bercakap dengan Aleya mesra sungguh nadanya. Macam dah lama kenal dengan Aleya je gayanya.

"Am selalu cerita pasal Leya pada umi. Ada dia tunjuk gambar Leya pada umi sebelum ini."

"Oh, ye ke? Maaflah umi, Leya datang tak bawa buah tangan. Am ajak datang sini pun secara mengejut. Dia tak beritahu pun mana dia nak bawa Leya tadi."

"Ishhh… tak payahlah nak berbuah tangan. Leya datang ni pun dah cukup. Jubah yang Leya bagi ni pun lawa sungguh. Suka betul umi."

Jubah? Bila masa pula Aleya pernah bagi jubah pada umi? Setahu dia minggu lepas dia hanya tolong pilihkan jubah dan Idzham yang bayar. Diulangi, dia hanya tolong pilih. Apalah yang Idzham dah ceritakan pasal Aleya pada umi dia agaknya.

"Eh, Leya dah makan ke belum ni?"

"Makan? Err…"

Apa jawapan yang patut diberi ya? Aleya memang belum makan lagi sebenarnya. Tadi pagi dia sibuk menunggu Idzham sama ada nak datang atau tidak. Tak ada masa nak fikir pasal makan. Bila sudah jumpa Idzham pula, dia dah terlupa pasal makan.

"Sudahlah tu, moh kita pergi makan. Nanti umi panggilkan Am teman Leya makan sama."

Belum pun mereka berdua bergerak dari situ, Idzham tiba-tiba muncul dihadapan mereka.

"Umi…mana umi pergi? Puas Am cari."

"Umi ada sini. Tak ada ke mana pun."

"Err…umi dah jumpa Leya?"

Mata Idzham memandang Aleya dan uminya silih berganti. Keduanya berdiri berhampiran.

"Sudah. Umi dah kenal tadi. Ni, Am pergi bawa Leya makan dekat bawah. Tadi ada Opah Senah buat pulut ikan kering. Umi dah suruh Uda gambior kamu beli kuih dengan nasi lemak tadi. Ada lagi dekat bawah tu. Pergilah. Karang lapar pula menantu umi ni. Kamu ni bawa anak dara orang sana-sini bukan nak dijaga betul-betul."

"Umi ni, dah mulalah tu forum perdananya."

Aleya hanya terpinga-pinga melihat ulah kedua beranak tu. Nampak begitu mesra. Lain betul Aleya dengan mama. Mereka memang mesra tapi tak adalah semesra Idzham dengan uminya.

"Leya pergi ikut Am ni makan. Dia ni pun belum makan lagi ni. Tadi lepas subuh terus menghilang dengan keretanya. Umi ingat kemanalah perginya tadi. Rupanya pergi ambil Leya. Umi nak ke dapur dulu, nak tengok orang masak. Karang ada masa kita berbual lagi. Leya tidur sini kan malam ni?"

Aleya ingin mengeleng ketika mendengar pertanyaan umi yang terakhir itu tapi pantas dipintas oleh kata-kata Idzham…

"A- ah umi, malam ni Leya tidur sini. Nanti bior dia tidur bilik adik. Jom Leya kita pergi makan dulu."

Tanpa pamitan, Idzham terus menarik tangan Aleya yang tercengang-cengang dengan ayat terakhirnya itu untuk berlalu pergi. Aleya hanya menurut walaupun dia ingin membantah sebenarnya. Dia mahu tahu apa maksud Idzham yang Aleya akan tidur sini malam ini. Bila masa pula dia ada beri persetujuan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Am, what did you mean when you said to umi 'malam ni Leya tidur sini' huh?"

Aleya bertanya garang saat mereka tiba di sebuah bagsal kecil dimana terhidang makanan untuk sekelian yang datang membantu kenduri tersebut. Tetapi di saat ini hanya mereka berdua sahaja yang ada di bangsal tersebut. Orang lain semua sibuk dengan kerja masing-masing.

"Maksudnya tonight you are going to sleep here."

"Itu bukan maksud. Itu alih bahasa. Peguam pun tak faham maksud ke? Bila masa Leya kata nak tidur sini? Lagipun Leya mana ada bawa baju nak bermalam."

"Alah tidur je lah sini. Lepas zohor karang majlis bertunang. Malam karang ada kenduri doa selamat pula. Habis kenduri mesti dah nak tengah malam. Am tak larat dah nak pergi KL hantar Leya balik. Sini mana ada bas waktu malam. Lapangan terbang jauh sekali."

"Leya tak ada baju salin." Aleya mengulangi alasannya tadi.

"Baju sayang ada dekat dalam bonnet kereta Am tu."

"Haa… Dalam kereta Am? Bila masa pula baju Leya ada dalam kereta Am?"

"Pagi tadi Arisa dah letakkan."

"What???"

Patutlah pagi tadi beria benar nampak Arisa pergi membuang sampah. Biasanya Arisa lah orang yang paling malas nak pergi membuang sampah dalam rumah mereka tu. Diletakkan plastik sampah depan pintu rumah pun akan dibiarkannya sahaja begitu walaupun dia kebetulan dalam perjalanna nak ke tingkat bawah apartment mereka. Rupanya dia dah berpakat dengan Idzham. Dalam beg plastik hitam tu rupanya bukanlah sampah tapi baju Aleya! Baru Aleya teringat yang malam tadi si Arisa tiba-tiba beria nak meminjam baju-baju dia. Katanya ada annual dinner ofis. Dia nak pinjam baju-baju Aleya yang vogue kononnya. Aleya yang kebetulan sedang menonton di ruang tamu hanya membiarkan sahaja Arisa menggeledah almari pakaiannya kerana sudah biasa begitu. Dia tak perhatikan pun baju mana yang Arisa kidnap dari almari bajunya.

"Memang Am dah berpakat dengan dia. Yalah malam tadi kita masih dalam mood konfrontasi kan? Nak beritahu pagi tadi pada Leya sendiri pun mesti sayang tak akan setuju punya. Bolehlah sayang, ini permintaan umi tau."

"Pandai-pandai je guna nama umi ya. Report dekat umi baru tahu."

"Uhh… ada orang tu dah langkah bendul ni. Baru sampai sini tak sampai sejam dah jadi anak umi. Siap panggil emak kita 'Umi' lagi tu. Bila masa Leya kahwin dengan anak umi ek, sampai panggil umi kita 'umi'?"

"Idzham Iskandarrrr…" Aleya dah mula rasa geram dengan ejekan Idzham.

"Hehehe…marah ke? Lagi satu Arisa kata toiletries dan pakaian dalam sayangpun dia dah sediakan sekali. So you have no more excuse."

"Eeee… hal baju dalam pun dia beritahu Am ke? Melampau betullah Arisa ni." Muka Aleya sudah mula merah menahan malu.

"Alah sayang, itu pun nak malu juga ke? Macamlah Am tak pernah nampak rupa baju dalam perempuan. Kat shopping complex tu merata ditayangkan. Lagi satu Arisa dah minta disclaimer dengan Am. Dia pesan pada Leya supaya jangan nak salahkan dia bila balik nanti. Dia cuma ikut je. Am yang suruh dia buat semua tu. Sayang tak marahkan? "

"Malas lah nak cakap lagi. Kalau marah pun, apa yang Leya dapat? Bukan Leya tak tahu yang Am ni dah memang sejak azali macam ni. Buat ikut suka dia je. Siapa yang nak bertunang lepas Zohor karang?"

"Kita berdualah."

Aleya terlopong mendengar jawapan Idzham. Idzham pula tersengeh je dengan jawapannya. Biar benar Idzham ni? Tapi dia bukannya tak tahu yang Idzham ni apa sahaja yang orang lain sangkakan mustahil untuk dilakukan boleh je dibuatnya kalau dia hendak. Tapi takkanlah mereka berdua yang akan bertunang hari ini? Mana ada dibuatnya majlis tunang di buat di rumah lelaki. Meminang pun tak pernah, nak bertunang pula.

"Am jangan nak main—main…"

Suara Aleya sudah bergetar. Mahunya dia dicincang 44 bahagian kalau mama dengan papa tahu hal ni.

"Cuak ke? Hehehe… bukan kitalah yang nak bertunang. Tak kanlah Am nak melanggar adat. Mahunya papa Leya gantung Am dekat puncak KLCC kalau Am bertunang dengan anak dia tanpa kebenaran. Adik Am yang nak bertunang.

"A – Adik ? Am bukan ke anak tunggal?"

"Memanglah Am anak tunggal, tapi adik ni adik saudara Am. Dah macam adik Am sendiri pun. Dia anak yatim piatu. Tak lama lagi dia nak terbang ke Ireland nak sambung belajar dalam bidang medic. Boyfriend dia nak mereka bertunang sebelum fly ke Ireland. Jadi umilah yang uruskan semuanya. Kiranya malam ni kenduri doa selamat sebelum dia terbang ke Ireland next week."

"Siapa nama adik Am tu?"

"Ain Aliya. Kiranya langkah bendul lah ni kan? Bertunang sebelum abang dia? Kena minta hantaran double ni…"

"Hey, langkah bendul dan hantaran serba dua tu applicable untuk perempuan sahaja ya. Lelaki terkecuali."

"Oh macam tu ke? Leya tak mahu makan ke? Sayang nak berdiri berapa lama dekat sini?"

"Naklah. Lapar ni. Am ambilkan Leya nasi lemak tu boleh?"

Aleya meminta Idzham menghidangkan padanya sambil duduk di kerusi yang terletak di bangsal tersebut. Sesekali nak bermanja dengan yang tersayang tiada salahnya kan? Bila lagi nak suruh orang lelaki melayan kita kalau tidak masa-masa macam ni.

Baru sahaja Aleya nak menyuapkan nasi lemak yang dihulurkan oleh Idzham, dia dikejutkan dengan kehadiran dua orang manusia dihadapannya.

"Abang Chor, bila sampai?"

'Ni komplot apa pula lagi ni?' Aleya merungut dalam hati sambil memandang pasangan dihadapannya. Kenapalah hari ini penuh dengan kejutan buatnya? Jantungnya yang sihat pun dah mula rasa nak gugur kerana asyik terima kejutan.



When You Tell Me That You Love Me (Diana Ross)

I wanna call the stars

Down from the sky

I wanna live a day

That never dies

I wanna change the world

Only for you

All the impossible

I wanna do

I wanna hold you close

Under the rain

I wanna kiss your smile

And feel the pain

I know what's beautiful

Looking at you

In a world of lies

You are the truth

And baby

Everytime you touch me

I become a hero

I'll make you safe

No matter where you are

And bring you

Everything you ask for

Nothing is above me

I'm shining like a candle in the dark

When you tell me that you love me

I wanna make you see

Just what I was

Show you the loneliness

And what it does

You walked into my life

To stop my tears

Everything's easy now

I have you here

And baby

Everytime you touch me

I become a hero

I'll make you safe

No matter where you are

And bring you

Everything you ask for

Nothing is above me

I'm shining like a candle in the dark

When you tell me that you love me

In a world without you

I would always hunger

All I need is your love to make me stronger

And baby

Everytime you touch me

I become a hero

I'll make you safe

No matter where you are

And bring you

Everything you ask for

Nothing is above me

I'm shining like a candle in the dark

When you tell me that you love me

You love me

When you tell me that you love me

No comments:

Post a Comment