Assalammualaikum...
nak hapdet blogs jap..
Sudah tertinggal banyak kisah2 menarik ujung tahun lepas.Antaranya kisah perkahwinan anak saudara ( anak akak ipar kat Tmn.Melawati -KL ) pada 26hb.Dec.2009 tapi sebelah perempuan kat Johor ( Ulu Tiram ).
Dalam perancangan aku dan family nak bawa anak-anak bercuti kat sebelah utara ja.Kebetulan la pulak mentua tak dapat tiket bas nak pergi KL.Anak-anak gaduh nak p mandi kat Sunway Lagoon.Hasrat kami tu..nak pergi kenuri kahwin anak saudara pada raya Cina 14hb.Feb.2010.
Dah anak-anak dok ajak dengan mentua pulak tak dapat tiket nak pergi KL.Suami dah setuju nak drive ja ke umah akak.Tapi kira antar mak je la pergi kenuri dengan kak ipar sekeluarga ke Johor.Kami tinggal kat rumah dia ja..sambey jenjalan makan angin.
Hari rabu kami bertolak dalam pukul 4.30ptg sampai.Akak dok pujuk suami ajak konvoi ke Johor.Malu alah dengan akak ipar aku pun setuju ar.
Hari Khamis kami bawa anak-anak pergi mandi kat Sunway Lagoon.Wooo banyak perubahan sungguh.Tiket dah tak da lagi dah untuk basah dan kering.Naik pening kepala nak pilih apa.Anak2 dok tergedik2 ajak masuk.Dah macam-macam kategori.Igt nak save suami beli ja tiket.Aku dapat jam biru ngan anak2.Suami pakai jam warna hijau.
Lawak-lawak..sebab smua mainan hanya untuk jam warna terhad ja.Jam warna hijau boleh masuk tempat menatang.hik3.aku kemain lagi sakan main.Anak2 kami biar mandi puas-puas.Kesian kat suami ,aku belanja dia naik Go-Kart
.
Last-last memang la aku best gile layan mainan kat situ.tapi bila tengok gambar yang diambil aku kecik hati ar.Tengok gambar suami ngan burung-burung jinak atas tangan buat aku rasa nak masuk ambil gambaq la pulak.huhuhuu..begitulah
Bersambung ..nanti aku lampirkan gambar perkahwinan anak saudaraku di Johor.
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment