MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 10 April 2009

~1 kisah yang menyayat hatiku...~



Kisahnya :

System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis.




Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis. Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duklepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak. Body guard aa kira.

Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih. Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, ada la sikit-sikit lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak duit ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada...bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute laduit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya).

Then dia tanya lagik.Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku pon explain la why. Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sbg bapak aaa, bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain." aku pon dengar jer la... then mata dia berair... Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!" Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..." Aku pon teros tingat kat bapak aku. Tho dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia.

Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skang aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tgk kat mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup.

"Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita. Kadang-kala,nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa. Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.












uhuk..uhukk..


terkedu aku dengan cerita ini..walaupun kisah aku len skit.


Namun sentuh bab isu bapa nie.. aku memang benar2 terasa kehilangan dia..


pepun aku masih bisa tersenyum kerana masa aruah bapa sakit, aku dan dikbadik sama-sama menjaganya selama 21 hari. terkilan juga dalam hatiku kerana semasa ketiadaan aku disisinya..


aruah bapa pergi buat selama-lamanya.




Hilang sudah tempat aku mencurah rasa dan mengenang kembali nostalgia lama .


aku anaknya yang selalu buat dia glamer xsemena-mena.


Bukan kerana aku berjaya atau menjadi juara.


Tapi sifat nakal aku masa kanak2 buat aruah bapa pening kepala.


bayangkan aku anak perempuan digelar anak jantannya.




hahaha...lucu ..nostalgia dulu..


tawaku bersama sendu..


senduku membawa pilu..


ngilu rindu menjalar kepelusuk urat darahku..


menghitung kenangan bersamamu ..


Al-Fatihah buatmu insan tersayang...


moga Allah menempatkan mu bersama-sama orang Soleh.


~Amin~

No comments:

Post a Comment