aKu iNGiN KeLuAr DaRi kEpOmPoNg CiPtAan kU SeNDiRi..mEnJaDi rErAmA cAnTiK mEnGHiaSi mAsJiD YaNg TeRmEtERi BeRsAmA iNsAn bErNaMa sUaMi...
Friday, 26 September 2008
Thursday, 25 September 2008
~Jangan Pisahkan~
Biar cinta terhalang gunung dan samudera
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauh ada di depanku
Takkan goyah sumpahku terhadap dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Biar cinta
Biar cinta
Diuji lautan yang bergelora
Aku tetap menjulang namamu di jiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Tersentak hatiku ketika mendengar lagu dendangan Phyne Ballerz. Lantas aku kesat air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gebuku. Hatiku terguris tanpa berdarah. Sejenak itu aku teringatkan seseorang yang pernah mendiami hati ini.
“Ree, janganlah lari!”
“Aku nak tengok jugak”
Itulah detik istimewa buat kami. Dulu, betapa hati ini membenci dirinya. Usahkan panjang, poyo, gila, semua seranah dan cemuhan aku telah memakinya. Tapi, benarlah kata orang tua-tua, orang yang paling kita benci suatu ketika dulu tidak mustahil akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Kami sering bergaduh. Aku sering mencari kesalahannya. Dia pun berkelakuan begitu. Tanpa aku sedari, dalam diam hati ini berbunga-bunya setiap kali melihat anak matanya. Kami sedar kami sentiasa bergaduh. Tetapi kami menjadi malu sesama sendiri apabila cinta mula berputik. Kalau dulu, mulut inilah yang sentiasa membawa berita buruknya, tetapi kini mulutku terkunci rapat. Hairan juga sebab dia juga begitu. Ah, apakah yang sedang dia fikirkan? Kenapa aku sentiasa memikirkan tentang dirinya? Kami semakin rapat. Bermula dari situlah, kami sentiasa berhubung.
“Ally, sekiranya aku meminta sesuatu, adakah engkau akan berikannya?”
“Apa pulak ni Ree? Katakan, Insya Allah aku beri”
“Sejak aku berkawan dengan engkau, hidup aku sentiasa disinari cahaya. Engkau seorang sahaja yang memahami aku. Sekiranya aku meminta engkau menjadi teman sehidup semati bersama aku, engkau terima?”
Ya Allah, apakah benar apa yang aku dengar ini? Yahoo… Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti diriku. Aku masih terkejut. Tiba-tiba, kedengaran Azri mengulangi namaku.
“Ree, kiranya perhubungan ini memberi kebaikan untuk kita, aku merelakannya”
“Terima kasih, Ally”
Sejak peristiwa itu, hubungan kami semakin rapat.. Kami tidak belajar dalam sekolah yang sama. Jadi, telefon bimbitlah penghubung kami. Aku mengaku sejak aku menyayangi dirinya, hidupku semakin ceria.. Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia juga mendorong aku agar lebih cemerlang dalam akademik.
1 Oktober 1997 - Aku dan ayah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN). Sudah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit jantung.
“Penyakit awak tidak dapat dirawat melainkan dengan pembedahan”
Aku menjadi sayu apabila Doktor Mazwin memberikan laporan pemeriksaan terhadap jantungku. Aku mengkhabarkan berita ini kepada Azri. Azri turut simpati terhadap nasibku. Azri memberikan nasihat dan semangat kepadaku untuk terus berjuang.
Alhamdulillah, hayatku untuk terus hidup di bumi Tuhan masih panjang.
3 Januari 2005 – kami diijab Kabul menjadi sepasang suami isteri yang sah. Hidup kami bertambah bahagia. Kami hidup senang dengan hasil usaha yang kami perjuangkan di bangku sekolah.
1 Jun 2006 – Kami menimang cahaya mata. Betapa indahnya ciptaan Tuhan dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang kembar buat kami. Sungguh comel dan montel pipi mereka. Apa yang lebih menarik , anak kami kembar lelaki dan perempuan. Aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluargaku.
2 Oktober 2007 – Ketika asyik aku melayan kerenah anak-anakku, jantungku seolah-olah ditikam. Tanganku terus menekan-nekan dada kiriku. Aku cuba mencapai telefon bimbit untuk menelefon suamiku. Tiba-tiba duniaku malap dan gelap. Sesedar itu, aku terlantar di atas katil. Dua orang anakku tidur lena di katil mereka. Di sisiku Azri, suamiku tersayang. Raut wajahnya yang penuh keresahan dan keletihan terlena dibuai mimpi. Aku mencapai jam tangan, pukul 7.00 malam. Aku terus bangkit dari katil dan membersihkan diri. Kemudian aku menuju ke dapur untuk membuat sajian makan malam. Malam itu Azri memberitahu bahawa doktor menyatakan supaya aku dibedah dengan segera kerana jantungku kian serius dijangkiti kuman. Demi keluargaku yang tercinta, aku pasrah dan terpaksa menghadapinya jua.
Doktor menetapkan 9 Oktober tarikh pembedahan akan dijalankan. Malangnya,
7 Oktober Azri berada di luar kawasan kerana menjalankan tugas. Tetapi Azri berjanji akan menemaniku di bilik pembedahan. Dengan semangat yang tidak putus-putus Azri berikan,aku terasa terkilan sekiranya itulah kali terakhir aku melihat dunia Tuhan. Inginku dakap kesemua ahli keluargaku. Aku tiba di bilik pembedahan, kelibat Azri masih tidak kelihatan. Doktor terpaksa menjalankan pembedahan tepat pada waktu yang dirancangkan. Aku disuntik kemudian tidak menyedarkan diri.
Terasa berat mataku untuk dibuka. Aku terus berusaha sehingga mataku berjaya dibuka. Aku melihat mama sedang mendukung Addy dan ayah sedang mendukung Adlina, kedua-dua anak kesayanganku. Hatiku menjadi sayu apabila mendapati Azri tidak bersamaku saat itu.
“Mama, Ree mana?”
Mama hanya mampu menangis. Aku hairan seketika. Anak mataku memandang tepat ke wajah ayah. Ayah mengusap rambutku sambil berkata,
“Ally, Azri suami yang baik. Dia sanggup buat apa sahaja demi rumah tangganya. Dia meminta maaf sebab tidak dapat menjenguk Ally. Tetapi, dia ada di dalam diri Ally saat ini”
Aku terpinga-pinga kehairanan. Drama apakah yang sedang berlaku?
“Ketika Azri menuju ke hospital dia terlibat dalam kemalangan. Ally bernasib baik kerana Azri dimasukkan ke dalam hospital yang sama, di sini”
Terang mama sambil tersedu-sedan. Aku benar-benar terkejut. Aku ingin bangkit dari katil tetapi tubuhku sangat lemah.
“Mama, ayah, Azri mana? Suami Ally mana??”
Air mataku sudah membasahi pipi. Aku benar-benar rindukan suamiku yang tersayang. Tidak pernah aku merasakan rindu sedalam itu. Ingatanku masih jelas kali terakhir aku bersalaman dengannya. Azri memeluk tubuhku dengan erat dan mencium dahiku. Terasa lebih selamat apabila berada dalam dakapannya.
“Ally, Azri sudah meninggal. Dia telah mendermakan jantungnya kepada Ally. Itu permintaan terakhir darinya kepada doktor ketika dia sedang tenat di bilik pembedahan. Tuhan lebih menyayangi dia, Ally”
Otakku seperti bergegar. Betapa pilunya hati ini kehilangam orang yang palingku sayangi. Air mataku tidak henti-henti membasahi pipiku.
“Abang, wajahmu, namamu, senyuman dan gelak tawamu tidak akan terpadam dari ingatannku”
Bisik hati kecilku. Aku berazam akan membesarkan anak-anakku dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat mereka. Demi impian aku dan suamiku yang telah sekian lama dinanti-nantikan.
“Tuhan, sekiranya kau pisahkan aku dengan suamiku yang amat aku sayangi sepenuh hatiku, aku terima. Tetapi janganlah pisahkan aku dan anak-anak kesayangku”
Tersentak hatiku ketika mendengar lagu dendangan Phyne Ballerz. Lantas aku kesat air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gebuku. Hatiku terguris tanpa berdarah. Sejenak itu aku teringatkan seseorang yang pernah mendiami hati ini.
“Ree, janganlah lari!”
“Aku nak tengok jugak”
Itulah detik istimewa buat kami. Dulu, betapa hati ini membenci dirinya. Usahkan panjang, poyo, gila, semua seranah dan cemuhan aku telah memakinya. Tapi, benarlah kata orang tua-tua, orang yang paling kita benci suatu ketika dulu tidak mustahil akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Kami sering bergaduh. Aku sering mencari kesalahannya. Dia pun berkelakuan begitu. Tanpa aku sedari, dalam diam hati ini berbunga-bunya setiap kali melihat anak matanya. Kami sedar kami sentiasa bergaduh. Tetapi kami menjadi malu sesama sendiri apabila cinta mula berputik. Kalau dulu, mulut inilah yang sentiasa membawa berita buruknya, tetapi kini mulutku terkunci rapat. Hairan juga sebab dia juga begitu. Ah, apakah yang sedang dia fikirkan? Kenapa aku sentiasa memikirkan tentang dirinya? Kami semakin rapat. Bermula dari situlah, kami sentiasa berhubung.
“Ally, sekiranya aku meminta sesuatu, adakah engkau akan berikannya?”
“Apa pulak ni Ree? Katakan, Insya Allah aku beri”
“Sejak aku berkawan dengan engkau, hidup aku sentiasa disinari cahaya. Engkau seorang sahaja yang memahami aku. Sekiranya aku meminta engkau menjadi teman sehidup semati bersama aku, engkau terima?”
Ya Allah, apakah benar apa yang aku dengar ini? Yahoo… Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti diriku. Aku masih terkejut. Tiba-tiba, kedengaran Azri mengulangi namaku.
“Ree, kiranya perhubungan ini memberi kebaikan untuk kita, aku merelakannya”
“Terima kasih, Ally”
Sejak peristiwa itu, hubungan kami semakin rapat.. Kami tidak belajar dalam sekolah yang sama. Jadi, telefon bimbitlah penghubung kami. Aku mengaku sejak aku menyayangi dirinya, hidupku semakin ceria.. Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia juga mendorong aku agar lebih cemerlang dalam akademik.
1 Oktober 1997 - Aku dan ayah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN). Sudah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit jantung.
“Penyakit awak tidak dapat dirawat melainkan dengan pembedahan”
Aku menjadi sayu apabila Doktor Mazwin memberikan laporan pemeriksaan terhadap jantungku. Aku mengkhabarkan berita ini kepada Azri. Azri turut simpati terhadap nasibku. Azri memberikan nasihat dan semangat kepadaku untuk terus berjuang.
Alhamdulillah, hayatku untuk terus hidup di bumi Tuhan masih panjang.
3 Januari 2005 – kami diijab Kabul menjadi sepasang suami isteri yang sah. Hidup kami bertambah bahagia. Kami hidup senang dengan hasil usaha yang kami perjuangkan di bangku sekolah.
1 Jun 2006 – Kami menimang cahaya mata. Betapa indahnya ciptaan Tuhan dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang kembar buat kami. Sungguh comel dan montel pipi mereka. Apa yang lebih menarik , anak kami kembar lelaki dan perempuan. Aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluargaku.
2 Oktober 2007 – Ketika asyik aku melayan kerenah anak-anakku, jantungku seolah-olah ditikam. Tanganku terus menekan-nekan dada kiriku. Aku cuba mencapai telefon bimbit untuk menelefon suamiku. Tiba-tiba duniaku malap dan gelap. Sesedar itu, aku terlantar di atas katil. Dua orang anakku tidur lena di katil mereka. Di sisiku Azri, suamiku tersayang. Raut wajahnya yang penuh keresahan dan keletihan terlena dibuai mimpi. Aku mencapai jam tangan, pukul 7.00 malam. Aku terus bangkit dari katil dan membersihkan diri. Kemudian aku menuju ke dapur untuk membuat sajian makan malam. Malam itu Azri memberitahu bahawa doktor menyatakan supaya aku dibedah dengan segera kerana jantungku kian serius dijangkiti kuman. Demi keluargaku yang tercinta, aku pasrah dan terpaksa menghadapinya jua.
Doktor menetapkan 9 Oktober tarikh pembedahan akan dijalankan. Malangnya,
7 Oktober Azri berada di luar kawasan kerana menjalankan tugas. Tetapi Azri berjanji akan menemaniku di bilik pembedahan. Dengan semangat yang tidak putus-putus Azri berikan,aku terasa terkilan sekiranya itulah kali terakhir aku melihat dunia Tuhan. Inginku dakap kesemua ahli keluargaku. Aku tiba di bilik pembedahan, kelibat Azri masih tidak kelihatan. Doktor terpaksa menjalankan pembedahan tepat pada waktu yang dirancangkan. Aku disuntik kemudian tidak menyedarkan diri.
Terasa berat mataku untuk dibuka. Aku terus berusaha sehingga mataku berjaya dibuka. Aku melihat mama sedang mendukung Addy dan ayah sedang mendukung Adlina, kedua-dua anak kesayanganku. Hatiku menjadi sayu apabila mendapati Azri tidak bersamaku saat itu.
“Mama, Ree mana?”
Mama hanya mampu menangis. Aku hairan seketika. Anak mataku memandang tepat ke wajah ayah. Ayah mengusap rambutku sambil berkata,
“Ally, Azri suami yang baik. Dia sanggup buat apa sahaja demi rumah tangganya. Dia meminta maaf sebab tidak dapat menjenguk Ally. Tetapi, dia ada di dalam diri Ally saat ini”
Aku terpinga-pinga kehairanan. Drama apakah yang sedang berlaku?
“Ketika Azri menuju ke hospital dia terlibat dalam kemalangan. Ally bernasib baik kerana Azri dimasukkan ke dalam hospital yang sama, di sini”
Terang mama sambil tersedu-sedan. Aku benar-benar terkejut. Aku ingin bangkit dari katil tetapi tubuhku sangat lemah.
“Mama, ayah, Azri mana? Suami Ally mana??”
Air mataku sudah membasahi pipi. Aku benar-benar rindukan suamiku yang tersayang. Tidak pernah aku merasakan rindu sedalam itu. Ingatanku masih jelas kali terakhir aku bersalaman dengannya. Azri memeluk tubuhku dengan erat dan mencium dahiku. Terasa lebih selamat apabila berada dalam dakapannya.
“Ally, Azri sudah meninggal. Dia telah mendermakan jantungnya kepada Ally. Itu permintaan terakhir darinya kepada doktor ketika dia sedang tenat di bilik pembedahan. Tuhan lebih menyayangi dia, Ally”
Otakku seperti bergegar. Betapa pilunya hati ini kehilangam orang yang palingku sayangi. Air mataku tidak henti-henti membasahi pipiku.
“Abang, wajahmu, namamu, senyuman dan gelak tawamu tidak akan terpadam dari ingatannku”
Bisik hati kecilku. Aku berazam akan membesarkan anak-anakku dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat mereka. Demi impian aku dan suamiku yang telah sekian lama dinanti-nantikan.
“Tuhan, sekiranya kau pisahkan aku dengan suamiku yang amat aku sayangi sepenuh hatiku, aku terima. Tetapi janganlah pisahkan aku dan anak-anak kesayangku”
Tuesday, 23 September 2008
~KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI~
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
~Cinta Sejati~
Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak lama.
Walaupun kelihatan agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil tangannya yang kasar pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut.Setitik demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni pipinya.
Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut duduk bersila sambil membaca Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan tersebut.
“Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni, macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, sayu. Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang kosong.Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas.
Sepuluh tahun laluTangan Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya. Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam keadaan tolak-menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan kekasih itu. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa pandang Zura macam tu?” Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi” jawab Zack. “Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-5, Zura balik semula ke KL. Abang jangan risau la.” Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin erat menggenggam tangan Azura. “Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil tersenyum. “Abang janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam tangan Azura.
Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan ketibaan bas memasuki terminal. Zack segera memimpin tangan Azura menuju ke bas yang berhenti di hadapan sekali sambil tangannya yang sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera pada tingkap bas tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca pada tiket di tangannya. Memang sah inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga bas sambil memandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang perempuan tua sedang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack tersenyum lega. “Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah awek aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali,” bisik hati Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut.“Makcik, ni awek saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong tengok-tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan tangan pada makcik itu sambil memperkenalkan diri. “Eloklah tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk nak,” jawab makcik tersebut sambil tersenyum.
Setelah meletakkan beg Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari belakang. “Zura, bas dah nak bergerak. Abangpun tak boleh lama di sini. Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau,” pesan Zack.“Baiklah abang. Abangpun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah abang,” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura memandang ke arah Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium tangan Zack. “Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.” Kata Azura sambil tersenyum. Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azura digengam erat. Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura.
Muka Azura tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun terjadi, abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura ingat kata-kata abang tu ye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil linangan air mata bergenang di matanya. “Zura akan ingat abang sampai bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji jangan lupakan Zura ye” jawab Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas.
Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan ada sesuatu yang tak kena?” bisik hatinya sambil kakinya melangkah pergi ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack terus menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah.Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri kanan jalan. Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti.
Di rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri. Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong. Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah di bentangkan dan Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak boleh tidur.Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja.
Walaupun matanya tak mahu pejam, dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan bermaaf-maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat kanak-kanak gembira berhari raya.
Tiba-tiba telefon bimbit Zack berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya. “Panggilan jauh. Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab Zack. “Waalaikumsalam. Abang Zack ye?” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira,” pemanggil memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “Abang Zack, Mira minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura dah tiada…… Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat.
Zack hanya tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku,” hanya itu sahaja suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah meninggal. Kemalangan bas pagi tadi” beritahu Zack dengan suara yang tersekat-sekat.Ibu Zack hanya dapat menarik nafas sambil terduduk di sebelah anaknya.
Tiada suara yang keluar dari bibirnya, hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada ibubapanya. “Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah,” jawab ayah Zack. “Tak pelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa,” jawab Zack. “Baiklah Zack. Tapi hati-hati,” pesan ayah Zack.Mendengar keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang. Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau kenangan antaranya dengan Azura.
Dengan sekali tendangan sahaja, enjin motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar.
Tepat jam 5 petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motorsikal Zack menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Melihatkan Zack datang, Mira segera meminta ayahnya membawa Zack masuk. Zack terus menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan ayah Azura. Dengan linangan air mata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack,” kataayah Zura. “Mari tengok dia,” ajak ayah Azura.
Perlahan-lahan Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan sekujur tubuh ditutupi kain batik sambil dikelilingi orang-orang sambil membaca Yasin. Kelihatan ibu Azura berteleku di sisi tubuh Azura sambil teresak-esak. “Maknya, ini Zack. Tolong bukakan tutup muka Zura tu.” Kata ayah Azura. Ibu Azura memandang ke arah Zack sambil linangan air matanya makin mencurah-curah keluar. Tangannya perlahan-lahan membuka kain batik yang menutupi muka Azura. Zack menanti dengan hati yang berdebar-debar.Setelah kain batik di selak, terserlahlah wajah Azura, kekasihnya yang amat dicintainya. Walaupun rohnya sudah tiada, wajah Azura tetap ayu, tetap cantik. Tanpa dapat ditahan, air mata Zack berlinang keluar membasahi pipi dan juga lantai. Zack membacakan Al-Fatihah dan doa untuk kekasih tercintanya. Keadaan menjadi sepi. Kesayuan mula terasa pada yang hadir. Mira hanya dapat menutup mukanya dengan telapak tangannya sambil teresak-esak.
Jenazah Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian, Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika.
Tinggallah Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti. “Zura, abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura,” kata Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak boleh melawan takdir sayang,” sambung Zack. “Abang pernah berjanji untuk menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang, Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir.” Linangan air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang,” kata Zack sambil berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan tanah perkuburan dalam hujan yang makin mencurah-curah.
Masa sekarangKicauan burung menghentikan lamunannya. Haripun sudah menjelang tengahari. “Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala Lumpur. Motor kitapun abang masih guna lagi. Masih boleh bawa abang berjumpa Zura hari ini. Macam manapun, abang tetap sayangkan Zura hingga ke hembusan nafas abang yang terakhir. Zura ingat tu ye sayang.” Kata Zack dengan lembut. Tangannya menabur bunga-bunga yang dipotong rapi ke atas kubur Azura.
Setelah itu Zack bangun sambil mengemaskan barang-barang dan menuju ke arah motornya. Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, motorsikal pemberian arwah ayah Zack masih kukuh lagi. Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasih tercintanya. Ketika Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat mengelak. Zack tercampak jauh. Darah memercik membasahi motor Zack. Tubuh Zack terbaring di atas jalan raya.
Matanya memandang ke arah langit sambil mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Pandangannya mulai kabur, kemudian kelam, kelam dan terus gelap. Nafas Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan. Apa yang kelihatan di anak matanya hanyalah raut wajah ayu Azura ketika dia mencium dahi Azura sepuluh tahun yang lepas.Setelah ambulan tiba, Zack disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh dari kubur Azura.
Akhirnya Zack dapat mengotakan janjinya iaitu untuk menyayangi kekasihnya, Azura, hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.
~Renungkanlah ..~
Renung renungkanlah,Selamat beramal
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .
~Erti Kawan~
1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..
2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bkn mcm PELANGI.
Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..
9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.
10) lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm AWAK LA. ..
bila saya hantar msg,
awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)
SAYANG SAYANG SAYANG SAYANG
MUAAAAAaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
~Ular Keluar Dari Kemaluan..~Sadisnya
Buat renungan bersama......
Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung.
Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati. Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan.
Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu. "Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata Pak Cu merendah diri. Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka. Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu.
"MasyaAllah?" rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan. Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.
Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.
Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. "Memang sah Ita terkena ilmu 'Lubang Jarum'. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dilaknati agama", kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.
Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu 'Lubang Jarum' ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.
Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian. Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.
Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang.
Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya. Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.
Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar. Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya....
Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula. Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir. Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung.
Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa. Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit.
Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut. Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati. Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan.
Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya.
Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak. Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat.
Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir. Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba.
Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa. Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya. Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal.
Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin. Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya...
Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu.
Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah. Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.
Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut
~Mengapa Hanya Gadis Melayu di Rasuk???~
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri.
Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india . Di mana salah nya........
Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. kes histeria disekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu.
Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!
" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"
Dengan menarik nafas panjang,
si ketua jin pun menjawab...
""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""
""Aduhai... kekekeekeeee...""
Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul.....pi buat keja cepat..
Friday, 12 September 2008
~Kisah Bomoh Handal~
Sebuah kisah antara saya dan bomoh....
sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....
Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur....nauzubillah...
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...
bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 'anak ini berniaga kah?'
saya menjawab: tidak. saya hanya....... mendengar jawapan saya,
bomoh tadi makin hairan. 'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini. bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi. 'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.
saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...
'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi. saya: er..Mcdonald dan KFC......
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya.
katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab. 'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu....
moralnya. ..
mereka ini hanya bermain silap mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... . hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..
Wallahualam. ...maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan izinNya...
~Dalam suka berakhir duka...Aku redha...~
BiLa BeRjAuHaN,
DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT,
DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh,
JiKa HaRi Ni Ia DaTaNg,
JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI..
JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi,
SeSuNgGuHnYa,,
YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN,
YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN,
YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn,
YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn.....
HiLaNgNyA SeBuAh HaRaPaN,
IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn,
LuKeNya BoLeH DiUbAt ..........TaPi HiLaNgNyE TiAdA GaNtI
begitulah aku...
Penantian yang ku tungu-tungu akhirnya menjelma ..
Harapan tinggal harapan..benih yang ku kandung akhirnya pergi mengadap Ilahi...(24/08/2008)
Namun sebagai manusia biasa aku pasrah dalam redha..
Sudah cukup untukku bersyukur kerana peluang untuk aku mengandung terkabul..
walaupun hanya dua bulan lebih sahaja...doa kupanjatkan untukmu bidadari syurga...
moga kau tenang disamping-Nya...Amin..
Bagiku...kata-kata dibawah ada benarnya...
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik..
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH S.W.T
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH S..W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH S.W.T MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA .
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL .
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
HARI ESOK BELUM PASTI MILIK KITA CARILAH KEREDHAAN ALLAH S.W.T DENGAN MELAKUKAN SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA....
p/s..terimakasih pada kengkawan yang banyak memberiku semangat untuk kembali ke alam nyata.
p/s..terimakasih pada kengkawan yang banyak memberiku semangat untuk kembali ke alam nyata.
Subscribe to:
Posts (Atom)