MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Tuesday, 12 April 2011

~LaGu CiNtA eps: 25-27 ~

BAB 25

Aleya Puteri

Hati yang Terluka






"Am nak sangat kenal dengan keluarga Leya kan?"

Aleya bertanya pada Idzham yang sedang asyik menikmati makan malamnya, nasi goreng kampung di gerai yang terletak berhampiran rumah sewa Aleya. Hari ini Idzham terpaksa membatalkan pertemuannya dengan Aleya masa waktu makan tengah hari kerana dia agak sibuk dengan urusan kerjanya di Mahkamah Shah Alam. Oleh itu untuk mengqada' janji temu mereka siang tadi, dia sanggup memandu hingga ke Kajang selepas maghrib tadi untuk bertemu buah hatinya dan makan malam bersama-sama.

"Am dengar tak apa Leya cakap ni? Sedap sangat ke nasi goreng tu? Setakat nak keluar untuk makan macam ni, Leya pun boleh masak dekat rumah tadi."

Aleya menegur Idzham sekali lagi dengan nada yang ditinggikan sedikit apabila dilihatnya Idzham seolah-olah tidak mengendahkan pertanyaannya yang pertama tadi. Berselera sungguh dilihatnya si Idzham ni makan. Sedap sangat ke? Sedangkan dirinya sendiri terasa tak mampu nak habiskan mi goreng dalam pinggannya. Aleya rasa biasa je masakan dekat gerai ni. Arisa dan dia sendiri tak pernah membeli di gerai ini walaupun berhampiran dengan rumah sewa mereka. Tetapi disebabkan dia malas nak keluar jauh-jauh malam ni dan Idzham kata dia dah teramatlah lapar, gerai ni sahajalah pilihan yang terbaik untuk mereka.

"Am dengarlah sayang. Kalau tak sedap pun nasi goreng ni boleh jadi sedap bila perut kita tengah kosong semenjak dari pagi. Am tengah kebulur ni, dari pagi tak sempat makan. Lagipun Leya yang kata tadi malas nak keluar jauh-jauh tadi. Alah, kalau sayang masakkan pun bukannya Am boleh masuk rumah tu. Nak suruh Am makan dekat mana?"

"Memanglah tak boleh masuk. Rumah tu strictly for anak dara. Kalau Am nak makan, duduklah depan pintu tu bersila."

"Huh, sampainya hati sayang ya. Mi tu tak habis ke? Kalau dah tak mahu, mari sini Am tolong habiskan."

"Ish, macam manalah Leya boleh dapat pelahap punya boyfriend. Am ni nak jumpa keluarga Leya ke tak ni?"

"Mestilah nak. Hari tu janji dua minggu selepas balik dari jumpa umi. Ni dah masuk sebulan dah kita balik dari kampung Am."

"Err...sorry ek. Lupa nak beritahu yang janji hari tu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kali ni insyaallah jadi. Nanti hari minggu ni Am datang rumah Leya ya. Mama dengan papa nak buat sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-35. Selepas zuhur ada doa selamat, selepas tu baru majlis makan-makan."

"Okay, nanti Am datang. Kena bawa apa-apa ke? Eh – chop rumah mama Leya dekat mana ya? Selama ni Am cuma tahu sayang orang KL je."

"Tak payah bawa apa-apa. Bawa diri sendiri je. Rumah mama Leya tu dekat SS 7Kelana Jaya. Nanti Leya SMS alamat rumah pada Am."

"Erk... SS 7? Dekat Kelab Golf Negara Subang tu ke? Berhampiran dengan Pusat Latihan MAS dengan pejabat Nan Yang Siang Pau kan?"

Mata Idzham terbeliak mendengar yang rumah keluarga Aleya dekat SS 7. Biar benar teman wanitanya ni. Rumah dekat kawasan situ setahu dia semua standard banglo. Lepas tu lagi dekat dengan ofis Aleya di Bangsar daripada dia duduk di Kajang ni.

"Ya lah. Tak payahlah sampai nak nyatakan semua landmark dekat situ. Ada lagi ke SS 7 lain dekat Selangor ni?"

"Memanglah situ je satu SS 7. Tapi kan kalau keluarga sayang tinggal dekat situ, kenapa sayang perlu menyewa dekat sini? Ofis sayang dekat Bangsar, bukan ke lagi dekat duduk dengan keluarga Leya dari duduk Kajang ni. Setahu Am rumah dekat situ semuanya besar-besar. Jangan nak bagi alasan tak muat rumah nak duduk dengan keluarga sendiri. Family Leya bukannya ramai mana pun."

"Bukan masalah tak muat. Terlebih daripada muat sebab hanya mama dengan papa je yang tinggal dekat situ. Abang Long sekeluarga tinggal dekat Johor Baharu. Tapi ada sebab lain yang membuatkan Leya tak tinggal dekat rumah tu."

"Sebab apa?"

"Sebab Arisa ajak Leya tinggal menyewa dengan dia. Leya dah berkawan dengan Risa tu sejak dari kecil lagi. Dulu kami sama-sama sekolah rendah dekat Convent Bukit Nanas tu. Tapi kami terpisah bila masuk tingkatan satu bila Arisa masuk MRSM Kuala Kelawang dan keluarga dia pindah ke Kedah. Bila dia dapat kerja dekat Cheras, dia ajak Leya jadi rakan serumah dengan dia."

"Alasan tak kukuh. Setakat nak duduk dengan kawan lama, though she is your bestfriend. Tak kanlah Leya sanggup memandu jauh-jauh setiap hari dari Kajang ke Bangsar nak pergi kerja? Tahulah awak tu pakai kereta jenis auto. Membuang masa dan minyak je."

"Inilah susahnya kalau dapat kekasih yang kerja peguam. Bukan nak terima alasan kita bulat-bulat. Buat apa kerajaan bersusah-payah bina dan kutip tol kalau bukan untuk digunakan?"

"Takkan lah tak ada alasan yang lebih logik nak diberi cik Aleya sayang selain dari kononnya nak menjadi warganegara yang prihatin dengan menggunakan tol? Am berani bet potong jari tak ada manusia dalam dunia ni yang sanggup nak lalu tol kalau tidak kerana terpaksa."

"Yalah Leya bagi tahulah sebab sebenarnya kenapa Leya ni sanggup nak menyusahkan diri sendiri duduk jauh dari ofis. Am ingat tak dulu Am pernah cari Leya dekat kampus untuk tanya fasal buku yang Leya pernah pinjam dan masa tu pula Leya tengah bercuti dari pengajian satu semester?"

"Ya, Am masih ingat lagi dan masa kita dekat Penang dulu pun sayang ada kata yang sayang cuti sebab ada masalah peribadi. Masa tu Leya kata masih tak sesuai lagi nak diceritakan kenapa Leya ambil cuti dan one fine day you might tell me. So is it the time now?"

"Ya...Leya rasa dah tiba masanya. Kita pun dah semakin rapatkan? Leya dah kenal Am sekeluarga dan Am juga akan kenal keluarga Leya tak lama lagi. Tapi nak mula macam mana ya?"

"Cerita je lah. Tak kisahlah nak mula dari mana pun. Kalau sayang nak mulakan cerita dengan 'Pada suatu hari...bla...bla...' atau 'Once upon a time in a far-far away land....' pun Am tak kisah. Am sanggup dengar. "

Idzham mula tayang muka bosannya mendengar ulah Aleya. Asyik beralasan, bilanya nak mula cerita. Hari dah semakin malam, esok pagi-pagi pula nak pergi kerja. Urusannya dengan mahkamah Shah Alam tadi masih belum selesai lagi.

"Err..ok lah Leya mula. Janganlah tayang muka tak semenggah tu. Am percaya tak kalau Leya kata yang suatu masa dulu Leya pernah cuba nak bunuh diri?"

"Leya nak bunuh diri? Kenapa? Putus cinta ke?"

"Apa hal pula putus cinta. Am kan kekasih pertama Leya. Nak putus dengan siapa? Tapi kalau Am tinggalkan Leya, tak mustahil Leya akan bunuh diri. Jadi kalau tak nak didakwa jadi pembunuh tanpa niat jangan sesekali nak tinggalkan Leya."

"Uhhh.. tak sanggup Am nak tinggalkan Leya. Nak mengurat pun sikit punya payah. Nak kena merajuk dulu baru boleh dapat. Percayalah sayang ... I cross my heart. Hehehe..."

"Tak baik tahu bersumpah macam tu. Nanti betul-betul kena belah dada tu. Padan muka diri sendiri."

" Dah – sudah tu... Jangan nak buat cubaan melencongkan topik ya cik adik. Baru sebaris ayat, dah nak buat lencongan pula. Cepat sambung semula cerita tu."

"Cerita ni ada kena mengena dengan papa Leya. Tujuan Leya ceritakan ni supaya Am boleh faham kalau-kalau nanti Am tengok hubungan papa dengan Leya ni pelik semacam je. Am tahu kan yang Leya ni anak sulung perempuan? Orang kata anak perempuan sulung ni selalunya anak kesayangan ayah. Anak lelaki pula anak kesayangan emak. Dalam keluarga Leya pun macam tu. Abang long memang rapat dengan mama. Leya pula dari kecil rapat dengan papa. Kalau nak minta apa-apa, Leya lebih senang minta dari papa. All this while I'm proud to be dady's girl. Bagi Leya papa adalah idola lelaki yang terbaik. Kalau Leya nak cari suami pun, Leya nak yang macam papa. Handsome, intelligent, protective, ada kerja yang bagus dan cukup pandai ambil hati Leya.

Leya cukup hargai apa yang papa dah buat untuk Leya. Apa sahaja yang Leya minta, insyaallah Leya akan dapat daripada dia. Dia tak pernah rotan Leya hatta cubit sekalipun. Leya selalu rasa bangga bila bercerita tentang papa. Leya selalu dengar daripada kawan-kawan Leya yang ayah mereka tu selalunya garanglah, tak mesra sangat dengan anak-anak dan susah nak minta apa-apa dari ayah mereka. Tapi papa Leya tidak macam tu. To me, papa is the best dady in this world. The coolest guy on earth. There is no one in this world could challenge his position in my heart. In addition papa and mama seems to be a loving couple. Mereka tak pernah bergaduh besar. Kalau ada pun setakat berbalah pendapat sahaja. Leya rasa Leya dah ada keluarga yang cukup bahagia. Infact, keluarga paling bahagia dalam dunia ni. Leya rasa beruntung sangat-sangat."

Aleya menarik nafas panjang dengan harapan semangatnya dikuatkan lagi. Ada rasa sebak mula bergayut di hatinya bila luka lama itu cuba dibuka semula. Kalu boleh memang dia tidak mahu ingat lagi. Langsung tidak mahu. Kelukaan yang pernah dirasai bukannya sedikit. Terlalu dalam dan begitu payah untuk disembuhkan. Bertahun-tahun dia cuba mengutip sisa-sisa semangat yang masih ada. Tetapi demi Idzham yang tersayang, akan dibukanya semula sekali ini kisah luka tersebut. Harapannya semoga Idzham tahu apa yang pernah dilaluinya dan akan tiada salah faham di antara mereka kelak. Lalu ceritanya disambung semula.

"Orang selalu cakap jangan terlalu riak. Langit tak selalunya cerah. Itulah juga yang terjadi seterusnya dalam hidup Leya. Mungkin selama ni Leya selalu riak agaknya sebab keluarga Leya tak bermasalah macam keluarga lain di luar sana. Mungkin juga Leya tak pernah fikirkan setiap yang baik pasti ada buruknya juga sebab Leya terlalu selesa dengan apa yang ada. Kata orang ini ujian Tuhan. Kita kena tabah. Tapi Leya tak mampu nak tabah bila ujian datang tanpa diduga macam tu sahaja. Leya terus tersungkur bila Leya diuji masa tu. Seluruh kebahagiaan Leya tiba-tiba seperti direntap pergi. Leya langsung tak pernah duga musibah yang menimpa dan langsung tak pernah fikir nak sediakan payung sebelum hujan. Apa ya rasanya bila kita terlalu sayang seseorang dan tiba-tiba kasih itu dicemari? Seperti rasa kasih dan hormat Leya pada papa selama ini?"

Pantas Idzham menggenggam tangan Aleya bila terlihat ada air mata yang mula bertakung di kelopak mata kekasihnya itu. Dia cuba menyalurkan kekuatan pada Aleya untuk terus bercerita walaupun dia sendiri sebenarnya begitu takut untuk mendengar kata-kata Aleya yang seterusnya. Dia mahu tahu apa yang telah terjadi. Kenapa Aleya dilihatnya begitu payah nak bercerita. Seolah-olah terlalu berat untuk diceritakan. Sampai pernah buat cubaan membunuh diri pula tu. Apakah papa Aleya pernah merosakkan anaknya sendiri? Menjadi haruan makan anak? Tiba-tiba hatinya merasa gerun. Apakah Aleya pernah dirosakkan? Kalau ya, apa yang akan dibuatnya? Adakah dia akan tetap menerima Aleya? Adakah dia boleh meneruskan lagi hubungannya dengan Aleya? Dia sendiri buntu bila Aleya mengambil masa yang terlalu panjang (pada pandangan Idzham, sedangkan yang sebenarnya baru lima minit cerita Aleya terhenti.)

"Am tahu tak yang Leya betul-betul terluka masa tu bila tahu papa yang Leya sanjung selama ini mengkhianati perasaan kasih suci seorang anak? Leya macam tak percaya yang papa sanggup mengetepikan perasaan anak yang dikasihi hanya kerana nafsunya? Nafsu seorang lelaki tua. Lelaki yang sepatutnya menghabiskan masa luangnya di tempat-tempat baik seperti masjid dan majlis ilmu."

Ada nada geram pada ayat terakhir yang dinyatakan Aleya. Debaran di hati Idzham semakin bertambah. Air liurnya serasa makin payah hendak ditelan. Serasanya hormon adrenalina dalam tubuhnya kini melonjak-lonjak ke paras tertinggi dan menjadi semakin aktif.

"Leya tiba-tiba jadi lemah semangat bila Leya dapat tahu yang papa yang disanjung tinggi, yang begitu baik dan alim bermain kayu tiga. Leya tak boleh terima bila rahsia papa terbongkar. Kalaulah Leya tak pernah gatal tangan ambil handphone papa untuk call kawan Leya, tentu Leya tak akan tahu langsung yang selama ini papa dah tipu Leya, tipu mama dan anak-anaknya yang lain. Rasa macam tak percaya langsung dengan apa yang dah terjadi."

Kali ini ada tawa kecil yang sememangnya tidak ikhlas meletus dari bibir Aleya. Air mata yang bertakung tadi dilihatnya sudah mula mengalir perlahan di pipi mulus Aleya. Apa pun Idzham sedikit lega kerana apa yang terjadi bukanlah seperti anggapannya tadi. Aleya sedih dan kecewa bukan kerana dirinya telah dirosakkan bapa sendiri. Rupanya kekasihnya itu sedih dan kecewa kerana mendapat tahu yang papanya telah menduakan mamanya. Papanya ada perempuan lain.

"Sayang janganlah sedih macam ni. Am pun sedih bila Leya menangis macam ni. Macam mana Leya boleh kesan yang papa Leya main kayu tiga melalui handphonenya pula? "

"Semuanya bermula masa Leya masih dekat UM lagi. Masa tu setiap hujung minggu, Leya mesti balik rumah keluarga Leya. Lagipun bukannya jauh UM dengan Kelana Jaya tu kan? Kalau boleh Leya nak je ulang-alik pergi kelas dari rumah. Papa dah siap janji nak belikan kereta Kancil untuk kemudahan Leya. Tapi dah jadi syarat yang pelajar tahun pertama ijazah sarjana muda kena duduk dalam asrama, nak tak nak kenalah ikut.

Ada satu hujung minggu tu, Leya balik rumah macam biasa. Disebabkan nak telefon kawan baik Leya dekat UM kerana nak pesan sesuatu dan kredit panggilan Leya pula dah habis, Leya guna handphone papa. Biasanya memang macam tulah. Papa pun tak pernah kisah kalau Leya nak guna handphone dia. Bila Leya dail nombor kawan Leya tu, yang keluar nama dekat situ 'Baby'. Mula-mula Leya pelik sebab kenapa Leya tekan nombor tu,keluar nama 'Baby' pula. Bila Leya semak, nombor yang disimpan atas nama 'Baby' ialah nombor handphone kawan Leya tu. Masa tu apa yang Leya boleh fikir ialah papa ada nombor telefon kawan Leya. Tapi sepengetahuan Leya, hanya mama sahaja yang ada simpan nombor kawan baik Leya tu untuk incase of emergency. Leya pun tak pernah kenalkan keluarga Leya lagi dengan budak tu. Lagipun apa rasionalnya papa nak simpan nombor kawan Leya tu atas nama 'Baby' right?

Bila Leya terus biarkan panggilan yang disambungkan, ayat pertama yang Leya dengar ialah 'Hai darling, kenapa you call baby siang-siang macam ni? You dekat mana ni? Baby rindulah dengan darling.' Uwekkks... nak muntah Leya mendengarnya."

Intonasi suara Aleya berubah-ubah mengikut mood penceritaannya itu. Siap ditiru lenggok 'gedik' suara si 'baby' yang pernah didengarinya.

"Goshh...Am tahu tak yang suara yang Leya dengar tu memang sebiji seposen suara kawan baik Leya sendiri. Leya cam sangat suaranya. Nampak sangat yang 'baby tua' tu tak jangka yang Leya yang telefon dengan menggunakan telefon 'darling' dia. Bila Leya sebut yang Leya yang menelefon sebenarnya, dia hanya kata 'Ooopps' dan terus putuskan talian. Bila Leya cuba hubungi semula nombor tu, talian sudah dimatikan.

Leya betul-betul bingung masa tu. Tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Rasa tak boleh nak terima kalau benarlah papa yang leya sanjung selama ini ada affair dengan kawan baik Leya sendiri. Bila Leya tengok bahagian inbox dan sent item SMS handphone papa tu, hati Leya makin sakit hati tengok mesej-mesej yang ada tu. Penuh dengan mesej-mesej cinta. Geli rasa bila membayangkan ayat-ayat tu papa yang taip. Mula-mula Leya senyap je. Leya cuba perhatikan kelakuan papa. Kebetulan masa tu cuti pertengahan semester. Baru Leya perasan yang papa dah nampak lain sangat. Selalu keluar konon ada mesyuaratlah, kena jumpa client dia lah. Papa nampak macam suka melawa kebelakangan tu. Leya tak beritahu mama sebab Leya takut mama sedih. Sedangkan Leya yang anak pun boleh begitu sedih bila tahu fasal ni. Apatah lagilah kalau mama Leya yang tahu.

Akhirnya bila Leya ada sedikit kekuatan, Leya tanya papa fasal ni. Macam-macam alasan yang diberi. Dia kata yg 'baby' tu cuma kenalan dia. Kalau sekadar kenalan kenapa perlu mesra sampai macam tu sekali. Selepas pada tu papa nampak berhati-hati sedikit dengan Leya. Dia tak lagi biarkan handphone dia merata-rata dalam rumah. Hubungan kami pun dah tak berapa mesra. Mama perasan juga perubahan Leya masa tu. Ya lah Leya tiba-tiba jadi seorang yang penyenyap, tak lalu makan dan muka memang jelas macam orang yang bermasalah. Macam Leya cakap tadi, Leya tak nak mama sedih bila tahu apa yang papa dah buat. Sudahlah Leya tak ada tempat nak meluahkan perasaan. Kawan baik sendiri pun tak boleh dipercayai. Abang long masa tu tengah belajar dekat UK. Adik Leya masih sekolah dan terlalu muda rasanya untuk dikongsi masalah macam ni. Semua tu buat Leya tiba-tiba jadi seorang yang rendah diri. Keyakinan diri Leya macam dah terbang melayang. Leya terasa macam orang sekeliling mengejek Leya. Pelikkan bila Leya boleh ada perasaan begitu? Sedangkan tak ada sesiapa pun tahu masalah yang Leya tengah tanggung. Tengok rancangan dekat TV pun rasa menyampah. Macam perli Leya je. Mana taknya dan-dan tu jugalah stesen TV macam berpakat nak tayang kisah rumah tangga yang berantakan sebab kehadiran orang ketiga, kisah bapa kahwin muda. Rancangan TV tu memanglah tak salah sebenarnya. Semua tu hanya kisah biasa masyarakat tapi mungkin masa tu perasaan Leya terlalu sensitif, dan mudah terasa dengan orang lain.

Tekanan yang tak tertanggung dan tiada teman untuk bercerita membuatkan Leya mula rasa hendak mengalah dengan hidup. Papa masih macam tu, tak nampak perubahannya. Dia mula tunjuk kuasa dia sebagai lelaki yang kononnya boleh buat apa sahaja keputusan yang dikehendakinya dan orang lain kena redha je dengan apa yang dia nak buat. Sampai satu masa bila Leya tak tahan dah kerana kerap menangis seorang diri dan agaknya iman yang tidak berapa kuat, Leya nekad nak bunuh diri. Masa tu yang Leya boleh fikir ialah kalau apa-apa jadi pada Leya baru papa akan sedar dengan apa yang dah dibuatnya. Tanpa fikir panjang, masa tu Leya nekad telan pain killer dekat 30 biji. Tiga hari dekat hospital Leya tak sedarkan diri. Bila Leya sedar, papa luahkan rasa marah dia pada Leya. Dia kata Leya buat kerja bodoh. Sebab rasa sakit, hati Leya cuba bunuh diri lagi. Leya tak puas hati kenapa Leya perlu terjaga lagi dan menghadap kemarahan papa. Kali kedua tu Leya cuba putuskan nadi di pergelangan tangan masa dekat tandas hospital. Nasib baik ada jururawat yang nampak dan lepas dirawat Leya dirujuk ke pakar psikiatri. Masa tu yang buat Leya menyesal ialah sebab banyak buat mama menangis. Leya terlupa yang keputusan Leya masa tu yang kononnya nak menamatkan riwayat hidup sendiri,akan melukakan hati mama Leya yang tak bersalah.

Selepas dapatkan rawatan dengan pakar psikiatri, Leya dah mula ok. Leya dah boleh berfikir dengan rasional semula. Doktor yang rawat Leya tu nasihatkan janganlah nak beratkan kepala Leya dengan masalah papa. Katanya Leya dah jalankan tanggungjawab Leya dengan menegur dia. Sebagai ketua keluarga dan orang yang lebih dewasa patutnya dia dah tahu berfikir sendiri mana yang terbaik untuk hidupnya. Kata doktor tu lagi, yang penting patutnya Leya teruskan hidup sendiri untuk mama dan masa depan Leya sendiri. Tapi bila Leya balik ke kampus semula, ada benda lain pula yang terjadi. Ada orang dah sebarkan cerita dalam kampus yang Leya ni buat part time jadi GRO. Leya masuk hospital sebelum tu kerana keguguran sebab dah ter-mengandung . Otak Leya yang baru je nak pulih jadi tak betul balik. Penyakit kemurungan Leya jadi teruk semula. Leya makin menjauhkan diri dari orang. Masa tu Leya mudah sangat kena histeria. Atas permintaan mama dan dengan sokongan doktor, Leya diberi cuti satu semester dari pengajian. Mama hantar Leya ke kampung adik dia untuk tenangkan fikiran sambil dirawat oleh seorang ustaz.

Selepas lima bulan dekat kampung mak su tu, Leya balik semula dekat KL. Masa Leya balik, papa dah tak nampak ligat macam dulu dah. Mungkin dah insaf agaknya. Tapi sejak tu hubungan Leya dengan papa dah tak mesra lagi macam sebelum peristiwa tu. Memang payah untuk Leya berbual mesra dan bermanja dengan papa macam dulu lagi. Leya sendiri pun kalau balik rumah mama, selalu mengelak untuk duduk satu ruang dengan papa. Jadi nanti kalau Am tengok papa Leya tu lain macam je, janganlah ambil hati ya. Leya sendiri dah terbiasa dengan keadaan macam tu bila bersama papa."

Aleya mengakhiri ceritanya dengan senyuman pahit. Akhirnya berjaya juga diluahkan masalah dia dan papanya pada Idzham. Dia risau juga dengan penerimaan Idzham tentang hubungannya dengan papa yang tidak berapa lancar. Masa di kampung Idzham hari tu, dia perhatikan hubungan kekeluargaan Idzham dengan uminya dan saudara mara lain begitu erat sekali. Tapi dia, dengan papa sendiri tidak semesra mana pun.

"Apa jadi dengan kawan Leya tu? Leya tak cerita pun fasal dia dah."

Idzham bertanya setelah agak lama suasana di antara mereka menjadi sepi selepas Aleya menamatkan ceritanya yang panjang lebar itu.

"Entah, lepas Leya tahu dia ada hubungan dengan papa, Leya ada jumpa dia sekali dan tanyakan kebenarannya. Dia tak mahu mengaku salah. Katanya mereka berkenalan dekat sebuah kelab eksekutif dan papa Leya yang mengurat dia. Sejak tu kami tak bertegur sapa dah. Bila Leya sambung semula pengajian selepas bercuti satu semester, dia dah tak belajar dekat UM tu lagi. Memanglah tak baik kalau kita tak bertegur sapa dengan kawan sendiri lebih dari tiga hari, tapi kalau dah kawan yang perangai macam setan, sanggup buat hubugan dengan bapa kawan sendiri, tak salah rasanya kan?"

"Errr...kawan sayang tu yang dulu selalu dengan sayang tu ya? Budak perempuan yang ada sama dengan Leya masa Am pinjamkan buku pada Leya depan perpustakaan kan?

"Dialah tu. Mana ada lagi yang rapat dengan Leya dekat kampus tu. Leya pun bukannya banyak kawan dekat kampus tu. Leya ni memang dah semula jadi jenis orang yang tak berapa banyak kawan."

"Hmmm... patutlah. Am tengok muka dia hari tu pun boleh agak dah perangai dia macam mana. Tak apalah sayang, perkara yang lepas biarlah berlalu. Tak payah dah nak dikenang-kenangkan kalau menyakitkan hati sendiri. Tentang hubungan Leya dengan papa yang tak berapa ngam tu, Am akan belajar terima keadaan. Tapi kan sayang, mana ada ayah yang tak sayang anaknya. Lagi-lagi Leya ni pernah jadi anak kesayangan dia. Takkanlah kerana peristiwa tu dia boleh terus tak sayang dah anak dara dia seorang ni. Lagipun kalau dia tak ada, siapa nak walikan sayang masa kita nikah nanti?"

"Entahlah. Am tengok je lah sendiri nanti macam mana dinginnya hubungan Leya dengan papa. Alah, kalau dia tak nak walikan, Leya rasuah lah abang long Leya tu. Dia pun boleh walikan Leya."

"Nasib ada orang yang boleh jadi backup ya. Jadi mulai hari ni Leya kena selalu buat baik dengan abang long Leya tu sebagai persediaan awal. Am nak komen lebih-lebih pun tak boleh. Am sendiri dah kehilangan ayah dalam usia awal belasan tahun. Masa Am baru bertatih dalam proses membentuk diri jadi lelaki sejati, ayah Am dah pergi dulu menghadap Ilahi. Nasib juga Am berjaya jadi lelaki sejati, kalau tak apa jadi dengan kita ya?"

"Kalau Am yang sekarang ni bukan lelaki sejati, awal-awal lagi Leya akan angkat kaki cari lelaki lainlah."

"Amboi... ada hati ya nak cari lelaki lain. Meh sini Am cubit tangan dia yang gatal tu."

Aleya ketawa riang sambil cuba melarikan tangannya dari Idzham yang berpura-pura hendak mencubitnya. Idzham tersenyum lega akhirnya melihatkan wajah kekasihnya itu telah kembali ceria semula.


Sunshine

(Gabrielle)

Made a wish, I can dream
I can be what I want to be
Not afraid to live life
And fulfill my fantasies

I learnt a lot of tricks to help me live my life
You helped me find my paradise
When you came, you were like
Sunshine through my window
That's what you are

My shining star
Sunshine
Making me feel
I'm on top of the world
Telling me, I'll go far
Reaching out, for new heights
You inspired me to try
Felt the magic inside
And I felt that I could fly

I'm looking at the world in an optimistic light
You made me appreciate my life
'Cos when you came you were like
You are the calm

I am the storm
You are the breeze that carries me on
When I set adrift
You anchor me
You're there for me

Sunshine (oh yeah)

That's what you are
My shining star
Sunshine

Making me feel I'm on top of the world
Telling me that I'll go far

Sunshine through my window
That's what you are
My shining star


BaB 26

Aleya Puteri

Tak Akan Ada Cinta Yang Lain


"Encik Perasan Bagus!"

"Hah?"

Idzham kelihatan terpinga-pinga pabila dipanggil dengan nama itu. Matanya mencerlung pada orang yang memanggilnya begitu.

"Leya! Ada ke patut panggil Am macam tu dekat sini. Ada ke patut panggil nama manja boyfriend Leya macam tu depan khalayak ramai?"

Aleya hanya tersenyum mendengar teguran Idzham itu.

"Dah Leya panggil Am dari tadi lagi tak dengar. Leya siap panggil nama penuh lagi. Idzham Iskandar Ismail. Panggil Abang Chor pun tak menyahut. Panggil nama keramat dia tahu pula menyahut. Dah sampai mana cik abang? "

"Sampai mana apanya? Am masih ada deklat rumah keluarga Leya ni kan? Tadi Am tak perasanlah masa sayang panggil."

"Leya tanya mengalamun sampai mana? Afrika? Kutub utara? Ke dah mengalamun bersanding? Mentang-mentang dah dapat tackle papa dan mama Leya tadi."

Merah muka Idzham bila ditegur begitu.

"Mana ada Am berangan. Sayang ni pandai-pandai je lah. Tadi Am teringatkan cerita hari tu."

"Cerita hari tu? Cerita apa?".

"Hari tu Leya ada cerita dekat Am pasal papa kan? Tadi masa Am berbual-bual dengan papa, tak ada pula nampak dia tu macam apa yang Leya ceritakan. First impression Am, dia nampak sayang sangat dekat anak dara dia yang seorang ini tahu tak? Macam-macam disoalnya Am tadi. Dia kata nak pastikan anak dara dia ni dapat lelaki yang terbaik."

"Memanglah Am tak nampak. Am baru pertama kali jumpa dia. Takkanlah dia nak tunjukkan perangainya awal-awal pertemuan macam ni. Lagipun dengan Leya yang merupakan anak dia ni pun, dia pandai sembunyi. Apatah lagi dengan Am yang baru dikenalinya. Lately ni dia nampak macam dah baik. Sejak dah bersara ni dia dah jarang berhubung dengan kawan-kawan dia. Banyak masanya dihabiskan dengan keluar jalan-jalan dan beriadah dengan mama je. Tak pun dia akan sibuk dengan berjemaah dan kelas agama dekat masjid. Aktiviti dia yang paling tak best ialah sesi berceramah dengan Leya. Itu tak betul, ini tak betul. Ada je yang nak ditegurnya. Dah insaf dah agaknya."

"May be juga. Tak apalah sayang. At least he turn to be good back. Dahlah tak mahu cakap lagi fasal ni. Nanti hati sayang sendiri juga yang pedihkan? Lets forgive and forget the past. Take it as a lesson for our life."

"Whatever... Leya pun malas nak fikir dah. Dia pun nampak ok je dengan Am tadi. Ni nak tanya, Am tak nak makan ke? Ke kenyang sebab episod perkenalan dengan mama dan papa tadi semuanya okay?"

"Ishhh.. tak adalah. Tadi kan lepas habis doa selamat Am dah makan. Sekarang ni rasa nak maka yang ringan-ringan je. Sayang ambilkan boleh?"

"Nak makan apa? Apple pie nak tak? Leya yang buat tahu."

"Apple pie? Sayang yang buat? Resepi Apple pie bersepai tu ke?

"Hei, apa pula Apple Pie bersepai. Am sendiri yang pandai-pandai bagi nama resepi tu dulu ya. Kali ni tak bersepai. Yang ni Leya buat sendiri pastrinya. Penat Leya tahu tak nak kena uli sepuluh biji pastri pai untuk jamuan ni. Nak makan tak?"

"Mestilah nak. Ambilkan untuk Am ya? Malaslah nak bangun dari sini."

Belum sempat Aleya bangun dan bergerak dari situ, tiba-tiba datang pula seorang lelaki yang masih agak muda ke arah mereka. Lelaki itu memandang Aleya dan Idzham dengan pandangan yang tajam.

"Yaya nampak tak mana Kak Eja?"

Terus lelaki itu bertanya apabila sampai di tempat mereka berdua sedang duduk.

" Tadi rasanya dia masuk dalam. Atie tu dah merengek nak tidur. Kenapa?"

"Ada kawan abang long nak jumpa."

Aleya menjawab apa yang ditahunya fasal kakak iparnya itu. Apabila teringatkan yang Idzham masih belum diperkenalkan dengan abang longnya, segera diperkenalkan mereka berdua.

"Err..abang long, ni teman Yaya, Idzham Iskandar. Am yang ni pula abang Leya yang sulong, Arzrol Putera. Perempuan yang sambut Am masa sampai tadi tu isteri abang long. Kak Eja dengan Arabiela dan Atielia anak abang long. Both of you berbual-buallah ya. Leya nak pergi ambil makanan dulu."

Namun sekembalinya Aleya lima minit selepas itu dengan makanan, dilihatnya Idzham hanya duduk seorang diri di situ.

"Abang long pergi mana? Am tak berbual-bual dengan dia ke?"

"Tak adalah. Tadi lepas Leya pergi, dia bersalam dengan Am dan terus pergi. Dia tu macam tak suka dengan Am je."

"Entahlah, tapi abang long tu memang macam tu. He's cold. Ada darah beku agaknya dekat kepala dia tu. Dia dengan Leya dan adik pun tak adalah rapat sangat. Sebab jarak umur antara kami yang agak jauh agaknya. "

"Atau dia sebenarnya dah ada calon bakal adik ipar yang lebih sesuai padanya? Sebab tu dia tak layan Am sangat."

"Apa yang Am merepek ni?"

"Cuba Leya pandang ke belakang. Tengok siapa yang tengah berbual mesra dengan dia tu?"

Aleya mengerutkan dahinya mendengar omelan Idzham. Namun kepalanya tetap ditolehkan pada arah yang dinyatakan Idzham. Nun di satu sudut sana, abang longnya tengah asyik berbual dengan Syed Akashah.

'Eh, Syed Akashah? Buaya Jadian? Apa yang dibuatnya dekat rumah ni?'?"

"Leya yang jemput dia ke?"

"Ishh.... tak ada masa Leya nak jemput dia. Leya jemput Arisa dan Am je. Itu pun Arisa tak dapat datang sebab ada kerja luar. Dania tu pun Leya tak jemput. Takut dia spoiled kan keadaan dengan mulut ringannya tu. Karang Am tak selesa pula nak berkenalan dengan keluarga Leya. Dia pula yang terlebih berkenalan dengan keluarga Leya nanti."

"Dah tu macam mana di boleh ada dekat sini? Takkanlah dia datang pakai pintu suka hati macam cerita Doraemon tu? Sejak bila pula Buaya Jadian tu jadi kawan baik Doraemon?"

Aleya rasa nak tergelak mendengar Idzham merepek. Payah benar bila angin cemburu dah masuk badan Encik Perasan Bagus ni. Entah apa-apa yang disebutnya pun Aleya tak tahu.

"Tak tahulah saya Encik Idzham. Leya sendiri dah jarang terserempak dengan dia dekat ofis tu. Abang Long agaknya yang jemput dia. Nampak gaya macam dah kenal rapat dengan abang long tu. Leya kenal kawan abang long yang seorang tu je, abang Rafiq, geng superbike abang long. Lagipun hari tu abang long ada kata nak jemput beberapa orang kawan dia untuk majlis hari ni. Buaya jadian tu lah agaknya kawan dia. Tak payahlah nak cemburu. Buang masa Am je."

Aleya tak pasti sama ada Idzham dapat menahan perasaan cemburunya pada Syed Akashah atau tidak. Lebih-lebih lagi bila Aleya menoleh semula ke arah kumpulan abangnya itu, dia perasan yang Syed Akashah sedang mengenyit mata padanya.



Tak Akan Ada Cinta Yang Lain (Dewa)

Haruskah kuulangi lagi
Kata cintaku padamu Yakinkan dirimu
Masihkah terlintas didada
Keraguanmu itu Susahkan hatimu

Tak akan ada cinta yang lain
Pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu
Akupun takut kehilangan...
Dirimu

Ingatkah satu bait kenangan
Cerita cinta kita
Tak mungkin terlupa
Buang semua angan mulukmu itu

Percaya takdir kita
Aku cinta padamu
Akankah nanti

Terulang lagi
Jalinan cinta semu
Dengar bisikku
Bukalah mata hatimu



BaB 27

Aleya Puteri

Perpisahan Terasing




"Kenapa tak makan? Kata tadi lapar sangat-sangat."

Idzham menegur Aleya apabila melihat Aleya hanya memainkan garpunya menghancurkan kepingan Trans Fat Free Peach Cream Cake yang dipesannya tadi. Air Iced Chocolate with Whipped Cream yang dipesannya juga tadi langsung terbiar tidak dijamah. Sedangkan Idzham sendiri sudah menghabiskan Gourmet Pie dan Green Apple Kasturinya. Suasana di sekitar kafe Secret Recipe petang sabtu itu agak tenang. Pelanggan pun tidak begitu ramai ketika itu. Mungkin kerana ketika ini sudah melepasi waktu makan tengah hari.

"Tak ada selera." Muka Aleya monyok saja.

"Kenapa pula tiba-tiba tak ada selera ni?"

"Entahlah. Bila tiba-tiba je terfikir yang Am akan tinggalkan Leya, rasa macam… macam Leya bakal kehilangan sesuatu je."

"Sayang, Am nak pergi conference dekat Singapura je lah. Lagipun cuma dua minggu sahaja sayang. Bukannya Am dah tak balik lagi dan tinggalkan Malaysia ni terus. Apa yang Leya nak rasa kehilangannya? Macamlah kita ni tak pernah tak berjumpa langsung."

"Memanglah kita ni pun bukannya jumpa tiap-tiap hari. Tapi selalunya paling lama kita tak berjumpa pun dua hari je kan? Oh, ada sekali tu je kita pernah tak berjumpa sampai seminggu. Itupun sebab Am yang merajuk bila Leya tak nak kenalkan Am dengan mama dulu. Tapi kali ni dua minggu kita tak akan berjumpa tahu tak? Lagipun Am, Singapura dengan KL bukannya dekat macam dari Chow Kit pergi ke KLCC. Nak kena ada pasport baru boleh pergi jumpa Am. Dah lah Leya ni tak pernah ada pasport."

"Lah dah tua bangka macam ni pun tak ada pasport lagi ke? Dua minggu tu sekejap je sayang. Pejam celik-pejam celik dah dua minggu. Bukan ke Am dah janji nak telefon sayang tiap-tiap hari? Tadi pun Leya dah tengok Am beli kad i-Talk sampai RM100 kan?"

"Leya tak pernah pergi mana-mana tempat yang luar dari Malaysia, jadi buat apa nak bazir duit buat pasport. Kalau setakat nak buat nak tengok muka orang pejabat imigresen, satu blok dengan Leya tu pun ada seorang mamat kerja Jabatan Imigresen. Tiap-tiap hari terserempak dengan dia dekat lif. Am beli kad tu sampai RM100 pun bukannya boleh beri jaminan yang Am akan telefon Leya tiap-tiap hari kan? Nanti bagi alasan yang Am tu sibuk sangatlah dengan conference, bateri telefon tak sempat caj lah."

Aleya hanya mencebik memandang Idzham. Tergeleng-geleng kepala Idzham mendengar alasan Aleya. Dia tidak faham kenapa Aleya terlalu sensitif hari ni dan begitu berat hendak melepaskan dia pergi ke Singapura. Kalau boleh sebelum berpisah untuk dua minggu yang akan datang ini dia hanya hendak melihat wajah Aleya yang ceria supaya dapat disimpan wajah itu dalam hatinya sebagai bekalan di kala rindu melanda nanti. mKerana itulah dia meminta Aleya menghantarnya ke KL Sentral hari ini. Lebih kurang empat jam dari sekarang dia akan menaiki pesawat MAS untuk ke Singapura bagi menghadiri Conference on Enhancing ASEAN Corporate Governance in Globalization Era yang akan diadakan di Singapore International Convention & Exhibition Centre atau lebih dikenali sebagai SUNTEC.

"Kalau Am terlalu sibuk atau terlupa untuk telefon, Leya pun boleh telefon Am kan? Ke nak Am tolong top-up siap-siap telefon tu?"

"Eleh, lepas tu Am akan bising fasal kena bayar bil telefon Am untuk roaming call come in kalau Leya yang telefon Am."

Idzham hanya tersengih mendengar hujah Aleya. Ya lah memang tak aci sungguh pembekal talian telefon bimbit dekat Malaysia ni. Konon offer roaming call untuk network mereka supaya para pelanggan boleh dihubungi oleh saudara mara dan rakan taulan sekiranya berada di luar negara. Tapi kalau kita terima panggilan dari Malaysia melalui perkhidmatan roaming yang dilanggan semasa berada di luar negara, orang yang menerima panggilan ni pun perlu bayar panggilan tersebut. Jadi kesimpulannya perkhidmatan roaming tu bukanlah menyenangkan pelanggan sangat pun.

"Kenapa Leya ni semacam je hari ni?"

"Leya tak tahu. Let say it's just a women hunch. Leya rasa risau semacam je nak berpisah dengan Am kali ni."

"Dahlah tu sayang. Tak ada apa-apa yang akan terjadinya.. I'll be home safe and sound in next two weeks."

"Am ni memang tahu tak. Sudahlah Leya nak hantar sampai ke KLIA tak kasi."

"Sayang hantar Am dekat sini pun senang juga apa. Am boleh check in dekat KL CAT dan naik KLIA Ekspres pergi lapangan terbang. Lagipun bukannya Am tak nak kasi Leya hantar sampai ke KLIA. Tapi KLIA tu jauh. Nanti lepas hantar Am, Leya nak kena memandu balik seorang diri. Am tak mahu Leya susah. Kalau jadi apa-apa dekat tengah jalan, bukan ke susah nanti. Leya tu tukar tayar kereta pun tak lepas."

"Am ni…eeeee. Geramlah Leya."

Idzham hanya tergelak melihat Aleya yang bengang dengannya. Dia sempat melihat sepintas lalu jam di tangannya. Masa untuk dia berangkat semakin hampir. Rasanya dia perlu menguruskan proses check in bagasinya di kaunter Terminal Udara Kuala Lumpur sekarang. Selepas itu dia hanya perlu mengambil KLIA Ekspres ke Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menunggu pengumuman untuk berlepas di KLIA nanti. Terminal Udara Kuala Lumpur atau singkatannya KL CAT yang bertindak sebagai penyambung kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini terletak di pinggir pusat bandar di dalam Stesen KL Sentral secara rasminya diiktiraf oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai destinasi bandar dengan kod XKL. Perkhidmatan KLIA Ekspres di Stesen Sentral Kuala Lumpur beroperasi melalui Terminal Udara KL (KL CAT) ini telah dibuka kepada orang ramai pada 14 April 2002. Ia menggunakan dua pelantar khusus yang berasingan untuk perlepasan dan ketibaan. Selain daripada perkhidmatan KLIA Ekspres, Terminal Udara KL juga menyediakan kemudahan daftar masuk bagasi dan penumpang Penerbangan Malaysia, Cathay Pacific Airways dan Royal Brunei Airlines.

"Sayang, Am nak kena uruskan check in dulu sekarang. Nanti lambat check in terlepas pula penerbangan. Sudah-sudahlah tu. Nanti lepas Am balik dari Singapura, Am suruh umi hantar rombongan meminang ke rumah Leya. Cakap dekat papa dan mama, kita tak payah bertunang-tunanglah. Kita kahwin terus je. Tapi jangan lupa buat pasport. Nanti Am pergi honeymoon seorang-seorang je tahu kalau Leya tak ada pasport."

Idzham mula bangun untuk menjelaskan bayaran makanan mereka. Dia harus meleraikan drama swasta Aleya hari ini daripada terus berlanjutan kerana waktu penerbangannya hanya tinggal lebih kurang tiga jam dari sekarang. Dia perlu check in sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu penerbangannya di kaunter KL CAT. Sebenarnya sebagai pengguna yang menggunakan pesawat Malaysia Airlines, dia telah diberi keistimewaan untuk check in di KL CAT seawal 12 jam pada hari pelepasan sebelum penerbangan berlepas. Bagasinya itu nanti akan dilabel dengan destinasinya dan secara automatik dipindahkan kepada penerbangannya di KLIA. Dia juga dapat tahu yang setiap bagasinya akan diletak kod-bar supaya memudahkan urusan pengesanan dan ia telah di integrasikan dengan sistem pengurusan bagasi KLIA.

Sementara menunggu Idzham menyudahkan bayarannya, Aleya mengambil kesempatan memandang sekeliling kafe Secret Recipe KL Sentral yang terletak di antara kafe Starbucks dan Restoran Kenny Rogers. Di satu sudut restoran itu dilihatnya ada sekumpulan wanita pelbagai peringkat umur sedang berbual sesama mereka dan menikmati kek. Ada di antara mereka dilihatnya sedang bertukar-tukar novel antara satu sama lain. Nampak seronok benar mereka itu. Dalam hatinya terdetik jua, seronok juga kalau dia ada sekumpulan kawan seperti mereka itu. Berkongsi hobi yang sama dan bertukar-tukar pendapat walaupun berbeza umur di antara satu sama lain. Tetapi sepanjang usianya dia tidak pernah ada kawan sebanyak itu sekali gus. Entahlah ya, dia ni memang jenis payah sangat hendak berkawan sejak kecil. Sebab itu agaknya orang mudah menerima fitnah tentang dia semasa di Universiti dulu. Sebab tidak ramai yang betul-betul mengenali diri Aleya yang sebenarnya.

"Jom, sayang kita pergi tempat check in sekarang."

Fikiran Aleya yang melayang tadi tersentak apabila ditegur Idzham secara tiba-tiba. Selepas itu dia hanya menurut langkah Idzham yang menarik beg berodanya menuju ke Terminal Udara Kuala Lumpur. Nafasnya terasa sesak melihat begitu ramai manusia ke sana ke mari di ruang legar KL Sentral. Dilihatnya kebanyakan orang ramai banyak bertumpu di stesen KTM Komuter dan Putra LRT. Langkahnya dipercepatkan supaya dia tidak hilang jejak Idzham yang melangkah agak pantas. Setibanya di tempat pendaftaran bagasi di ruang legar KL CAT suasana di sekitarnya kembali tenang semula. Keadaan di ruang pendaftaran bagasi agak sunyi kerana tidak begitu ramai orang yang berurusan di situ.

"Kenapa jalan cepat sangat tadi? Penat Leya nak kejar."

"Sorry sayang, Am nak cepat tadi, takut terlambat. Sayang tunggu dulu dekat sini ya. Am pergi check in dulu."

Aleya mengikut langkah Idzham yang pergi mendaftar bagasinya di kaunter Penerbangan MAS dengan pandangan matanya. Tidak sampai sepuluh minit, urusan pendaftaran Idzham sudah selesai. Selepas Idzham kembali ke tempat dia sedang berdiri,lelaki itu mengajaknya pergi membeli aiskrim McDonald's di kios yang terletak berhampiran Terminal Udara tersebut. Hanya Idzham yang begitu beria-ia menikmati aiskrim vanila yang dibelinya itu. Sedangkan Aleya hanya mencicip sedikit aiskrim di tangan Idzham. Hatinya semakin gundah memikirkan waktu penerbangan Idzham yang semakin hampir tiba. Tetapi dia malas untuk menyatakannya lagi pada Idzham yang hanya akan mengambil ringan tentang perasaannya itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya begitu gundah. Seolah-olah inilah kali terakhir mereka dapat bersama seperti ini.

"Sayang, kenapa ni? Senyap je?"

Idzham bertanya pada Aleya yang dilihatnya agak murung sejak tadi. Bermacam-macam-macam cerita yang keluar dari mulutnya tapi Aleya seolah-olah hilang dalam khayalannya sendiri.

"Tak ada apa-apalah."

Aleya hanya tersenyum nipis. Biarlah dirahsiakan apa yang dirasainya tika ini kerana dia tahu Idzham pastinya akan memandang remeh dengan apa yang termengkelan di hatinya tika itu. Idzham pasti akan mengatakan yang itu semua hanya fikiran negatif Aleya sahaja. Tetapi orang selalu kata yang firasat seorang wanita ini selalu ada benarnya.

"Sayang, Am dah nak kena naik KLIA Ekspres dah ni. Karang terlambat pula Am sampai KLIA."

"Am..."

Saat ini Aleya benar-benar rasa sayu. Dia terpaksa berpisah dengan Am untuk dua minggu yang akan datang. Dia rasa takut untuk melepaskan Am pergi ketika ini. Dia tidak tahu kenapa hatinya mengatakan yang mereka tidak akan berjumpa lagi selepas ini. Wahai hati, kenapa perlu ada wujud perasaan negatif ini? Tolonglah hapuskan perasaan gundah ini. Dia tidak mahu berpisah dalam keadaan sedih seperti ini. Dia mahu hadiahkan senyuman yang terindah buat bekalan Idzham selama perpisahan mereka ini. Hati, yakinkanlah diri ini yang dia pasti dapat bertemu dengan Idzham kembali dua minggu akan datang. Tolonglah hati. Saat itu juga air mata telah mula bergenang di pelupuk matanya.

"Sayang, janganlah menangis. Am pergi sekejap saja. Am dah janjikan yang lepas ni kita akan terus kahwin? Am pun dah tak sanggup hendak berpisah dengan Leya lagi. Am janji yang Am akan telefon sayang tiap-tiap hari. Please, smile for me. I dont want to walk away with your gloomy face. Senyum okay?"

Aleya cuba sedaya upayanya untuk tersenyum pada Idzham. Walaupun payah, dipaksakan juga enam belas otot-otot mukanya bekerja menayangkan senyuman terindah buat kekasihnya.

"I love you so much. I promise that I'll be back into your arms of love. Aurevoir sayang. "

Idzham mengucapkan selamat jalan kepada puteri hatinya, dan saat itu juga buat pertama kali dalam sejarah perhubungan mereka dia mengucup dahi Aleya. Dia sedar hakikatnya yang Aleya bukan muhrimnya dan berdosa buatnya menyentuh Aleya tika itu. Tetapi segala-galanya terjadi secara spontan. Mungkin otaknya mendapat arahan melalui rakaman perbuatan yang sebegitu daripada cerita-cerita romantik yang pernah ditontonnya sebelum-sebelum ini. Atau mungkin dia ingin menunjukkan pada Aleya betapa dia begitu sayangkan gadis itu. Walau apa pun dia harus menerima hakikat yang perbuatannya itu di luar batasan seorang Muslim sejati dan rakyat Malaysia yang terkenal dengan adab sopan. Kalaulah umi nampak aksinya itu, tentu telinganya sudah selamat dipiat.

Aleya yang menerima ciuman mesra di dahinya buat pertama kali daripada Idzham merasa terkedu. Namun ada rasa bahagia menyelinap di tangkai hatinya menerima ciuman kasih dari orang yang tersayang.

"I love you to...Am."

Saat itu juga dia terpaksa merelakan matanya melihat Idzham melangkah pergi darinya dan memasuki ruang Ekspres KLIA. Saat mereka dipisahkan oleh mesin slot tiket Ekspres KLIA, Idzham menoleh ke belakang dan menghadiahkan senyuman penuh rasa kasih pada Aleyanya yang masih setia berdiri di sebalik sana. Aleya membalas senyuman Idzham walau dia dapat merasakan telah ada air mata yang gugur melewati pipinya. Idzham memberi isyarat supaya Aleya menyapu air mata di pipinya. Kemudian Idzham membuat isyarat tangan yang menunding ke arah dadanya sendiri, di ikuti dengan kedua tangannya disilang pada dadanya sebelum menukar isyarat tangannya menunjuk kepada diri Aleya pula. Selepas menghadiahkan senyuman terakhir pada Aleya, Idzham berpusing kembali dan terus melangkah pergi. Akhirnya bayangan Idzham hilang di sebalik ruang lain yang tertutup.

Aleya masih kaku berdiri di tempat yang sama walau telah sepuluh minit bayang Idzham menghilang. Kakinya terasa berat hendak melangkah. Dia seolah-olah tidak mahu kehilangan bayang-bayang langkah Idzham sebentar tadi yang masih kemas terakam di mindanya. Tiba-tiba dia terasa ada getaran pada telefon bimbit yang disimpan di dalam tas tangannya.


Perpisahan Terasing (KRU)

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi
Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak di turuti
Atau pun manusia
Yang berperasaan benci
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan

Tersekat nafasku
Kabur pandangan mata
Amat terseksa jiwaku
Kerna kehilangannya
Oohh.....Mengapa

Terus mengharap menanti
Walau cukup ku sedari
Kau takkan kembali

Rintangan dari orang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

Perpisahan itu sungguh
menyakitkan
Tapi semua hanya tinggal takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia

Oh....Kini terasing
Perpisahan terasing


1 comment: