MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Tuesday, 12 April 2011

~LaGu CiNtA eps: 22-24 ~



BaB 22

Aleya Puteri

Langkahku Kepada Cinta


"Nasya rasa aunty patut cekik mummy Nasya ke patut cekik uncle ni?"

Aleya bertanya pada Nasya, budak perempuan berusia tiga tahun di dalam dukungan perempuan dihadapannya dengan suara yang menunjukkan betapa geramnya dia dengan perempuan tersebut dan juga lelaki di sebelahnya itu. Tetapi budak bernama Nasya tersebut hanya terkebil-kebil memandang Aleya. Aleya macam...eh silap bukan macam lagi tapi dah memang tak percaya dengan pandangan matanya apabila melihat pasangan yang cukup dikenalinya itu boleh berada di kampung Idzham ini. Kalau dah ada di kampung ini, siap panggil Idzham dengan panggilan yang Aleya pasti panggilan khas dalam keluarga, pastilah mereka itu ada pertalian antara satu sama lain. Ini bermakna selama ini dia telah ditipu hidup-hidup oleh si perempuan dihadapannya itu dan buah hatinya. Pandainya mereka berlakon selama ni dihadapnnyanya.

"Bukan auntylah sayang, tapi Mak Chor. Nacha ni anak saudara Am, jadi secara automatiknya Leya jadi Mak Chor dia juga. Faham?"

Idzham selamba menegur Aleya akan kata ganti nama diri yang digunakannya pada Nasya atau Nacha iaitu panggilan mesra buat si kecil itu dalam keluarga. Mukanya langsung tidak menunjukkan rasa takut mahupun rasa bersalah mendengar kata-kata Aleya pada Nasya yang kononya tengah nak buat pilihan nak mencekik siapa. Idzham atau mak si Nasya.

"Oh, mak chor... Sebelum secara rasminya Nasya boleh jadi anak saudara Leya, ada sesiapa tak nak terangkan apa sebenarnya tajuk tayangan perdana yang tengah both of you lakonkan ni? I will exclude you, Hafis. Leya tahu Hafis memang tak ada tokoh nak jadi mastermind untuk komplot ini. Any idea Puan Dania?"

Mata Aleya tajam menikam muka Dania kerani di ofisnya dan Idzham si buah hatinya. Suaranya sengaja disiniskan. Dia tak sangka selama ini mereka berdua dah kenal lebih dari patut. Aleya ingatkan Idzham hanya mengenali Dania sebagai kerani di pejabat Aleya sahaja. Rupanya mereka bersaudara. Ya lah dah Idzham kata Nacha tu anak saudaranya dan Aleya sememangnya tahu yang Nacha tu anak Dania. Dia yakin Hafis, suami Dania tidak begitu terlibat dalam komplot antara Idzham dan isterinya kerana Hafis hanya kenal Aleya begitu-begitu sahaja. Geramnya hati Aleya bila memikirkan yang selama ini dia telah ditipu. Patutlah Dania selalu menyebelahi Idzham kalau Aleya bergaduh dengan buah hatinya itu. Dan sebab itulah selama ini juga Idzham tahu kebanyakan aktiviti Aleya di ofis walaupun ketika itu mereka tengah berkonfrontasi.

"Err...rileks lah Kak Leya. Janganlah garang-garang macam ni. Karang umi tengok muka bakal menantunya ni garang, tak jadi dia nak pergi meminang. Nia tukang ikut skrip je ya. Nak tahu lebih kena tanya Tuan Pengarah merangkap penulis skrip dan hero utama cerita. Ha... Abang Chor, jawablah."

""Eh - eh - eh bukan Nia pun pengarah bersama ke? Nia juga yang selalu bagi Abang Chor idea kan?"

"Mana ada? Nia ikut je apa yang Abang Chor suruh. Tu pun pasal Abang Chor suka ungkit pasal jasa Abang Chor dok tolong Nia mengurat Abang Hafis dulu tahu. Kalau ikutkan hati, tak sampai hati Nia nak buat Kak Leya macam ni. Nia memang tak salah Kak Leya. Abang Chor ni yang suka-suka paksa orang."

Dania berkata perlahan. Membela dirinya. Itupun selepas suaminya Hafis berlalu bersama anak mereka Nasya. Segan nak berkata begitu depan suaminya. Dia mengenali dan rapat serta akhirnya berkahwin dengan Hafis pun melalui usaha Idzham yang merupakan salah seorang sepupu Hafis. Dia pula merupakan rakan sekolah Ain, adik saudara Idzham yang nak bertunang sebentar lagi. Pertama kali dia mengenali Hafis, dia sudah jatuh hati. Rahsia hatinya itu dikongsi bersama Ain. Tanpa pengetahuannya pula, Ain telah memberitahu Idzham akan hal ini dan Idzham dengan rela hati menjadi agen tak bertauliah dalam merapatkan hubungannya dengan Hafis sehingga mereka berkahwin dan kini mempunyai seorang anak.

"Eh, mak budak seorang ni. Bila masa pula Abang Chor ada ungkit pasal hal mengurat Hafis tu? Abang pernah cakap sekali je pasal tu dulu ya. Tu pun saja main-main dengan Nia ek."

"Hello, excuse me Puan Dania and Idzham Iskandar. Leya bukannya nak dengar kamu berdua bergaduh siapa pengarah, siapa penulis skrip sampai melalut asal usul perkahwinan Dania. Leya cuma nak tahu kenapa Nia dan Am tipu Leya sampai macam ni? Agaknya kalau Leya tak sampai ke sini, bila agaknya Leya akan tahu ya?"

"By the way, Nia yang mengurat Hafis dulu? Amboi, ganas juga Nia ni ya?"

"Kak Leya!!! Tak baik tahu ejek Nia macam tu. Dah abang Hafis tu lambat sangat nak mulakan dulu, pasal tu Nia mengurat dia dahulu. Kalau tak melepaslah Nia. Walaupun dia tu tak sehebat buah hati Kak Leya ni, dia pun ramai juga peminat dekat kampung ni tahu. Tapi jangan cakap dengan Abang Hafis pasal ni ya. Dahlah, Nia nak pergi tengok Nacha. Dia tu kena ada orang tengok-tengokkan. Kalau tak karang habis dikerjakan semua ayam Pah Chik dia."

"Dania, jangan nak mengelatlah"

Idzham menjerit memanggil Dania yang selamba berlalu dari situ tanpa membantunya memeberi penerangan pada Aleyanya.

"Dania dah pergi. So, what is your explanation my dear?"

Aleya bertanya pada Idzham sambil berpeluk tubuh. Dania dah cabut lari setelah memutar belit cerita tadi. Kali ini dia tidak akan membiarkan Idzham pula mencari helah untuk melarikan diri.

"What explanation?" Idzham bertanya pada Aleya semula. Pura-pura tidak faham apa yang ditanya Aleya.

"You know what kind of explanation I demand for. Jangan nak pura-pura tak tahu. Kenapa Leya tak pernah diberitahu pasal hubungan persaudaraan Am dengan Dania? Kenapa nak berahsia dengan Leya? Dah berapa lama kita bercinta?"

"Janganlah marah sayang. Berapa lama ya kita dah bercinta? Emm?kalau tak silap Am sejak tahun gajah lagi kita dah bercinta kan ? Jadi dah 1428 tahun plus- plus lah kan?"

"Serious sikit boleh tak? Janganlah main-main. Nak mengira tahun Islam pun failed"

"Apa pula tak reti? Betullah sekarang ni tahun 1428 hijrah. Tapi Am lupa masa hijrah pertama Rasulullah s.a.w umur berapa. Sebab tu ada 'plus- plus'. Kejap lagi Am cek buku buku sirah Rasulullah dalam rumah ya."

"Am!!!"suara Aleya semakin keras bunyinya.

Aleya dah benar-benar geram dengan Idzham yang merapu tak sudah dari tadi. Rasa macam nak menjerit je dekat telinga Idzham supaya lelaki itu sedar betapa seriusnya Aleya. Tapi nasib baik sekarang mereka dekat rumah idzham. Kalau menjerit karang, kuranglah pula saham Aleya depan umi Am.

"Ok - Okay Am cakap. Dania tu isteri Hafis. Hafis tu sepupu Am, belah arwah ayah. Dania juga kawan kepada Ain, adik sepupu Am yang nak bertunang tu. Am kenal Dania dari dia budak sekolah sampai dah jadi mak budak. Am tak ada sangkut-paut dengan permohonan Dania masa dia minta kerja dekat ofis Leya. Kebetulan saja Dania kerja di ofis Leya dimana Am jadi peguam di situ. Am tak pernah komplot apa-apa dengan Dania pasal hubungan kita. Cuma sekali-sekala ada juga Am risik pasal sayang dekat Nia masa mula-mula dulu. Bila kita tengah bergaduh, kadang-kadang Am tanya juga pada Nia pasal sayang. Nak tengok mood sayang dulu sebelum pujuk. Ye lah dah ada cable, bodohlah kalau kita tak guna kan ?"

"Emm... boleh diterima alasan tu. Tapi kenapa dah setahun kita bercinta Am tak pernah fikir nak beritahu Leya yang selama ni Dania tu bersaudara dengan Am?"

Aleya meluahkan rasa tidak puas hatinya yang masih sedikit berbaki.

"Emm... hubungan kita dah bermula sebagai musuh. Masa tu Nia dah kerja satu ofis dengan sayang. Jadi bila kita mula bercinta, Am malas nak beritahu pasal takut nanti Leya rasa tak selesa kalau ada saudara mara Am sepejabat dengan sayang."

"Laaa... bagitahu je lah. Lagi senang Leya nak korek rahsia Am." Aleya ketawa riang.

" Ha... tu yang paling Am tak mahu. Nasib Leya tak tahu awal-awal. Kalau tidak habis disiasatnya pasal Am. Lagi-lagi kalau tanya dekat Dania yang suka menjadi kaunter pertanyaan tak bergaji tu."

"Kenapa Dania panggil Am Abang Chor ek? Pelik je bunyinya."

"Sebab dalam ramai-ramai sepupu-sepapat kami, Am ni yang paling sulung. Pasal tu dipanggil Abang Chor."

"Ohhh... bukan pasal Am ni yang paling hanchor ke?"

"Heh, tolong sikit ya. Dalam ramai-ramai, Am seorang je yang jadi lawyer tahu. Dapat girlfriend merangkap bakal bini paling comel pula tu. Mana ada hancurnya."

Aleya hanya tergelak mendengar Idzham merujuk Aleya sebagai comel. Mestilah suka kalau ada orang kata diri kita comel kan? Lagi-lagi kalau yang berkata-kata itu si buah hati pengarang jantung.

"Sukalah tu, Am cakap dia comel. Pantang dipuji. Dah habis makan, pergi naik atas. Masuk bilik tengah tu. Duduk diam-diam dengan Ain dalam bilik tu. Rasanya Nia pun mesti tengah melepak dalam bilik Ain. Dia tu bukan suka menolong orang memasak. Tapi jangan nak mengumpat pasal Am dengan budak kecik dua orang tu tahu. Budak dua orang tu bukan boleh pakai sangat kata-kata dia orang. Sayang pun kenal Nia tu macam mana kan? Ain tu pun sekepala je dengan Nia. Dah namanya best friend."

"Patik menjunjung duli tuanku."

Aleya sempat melawak dengan Idzham sebelum berlalu ke dalam rumah. Dah dapat peluang macam ni, bila lagi nak digunakan. Diberi peluang untuk berkumpul dengan kedua-dua perempuan yang dah kenal rapat dengan Idzham adalah peluang keemasan buat Aleya untuk mengorek rahsia Idzham. Walaupun Idzham dah beri amaran jangan nak bercerita pasal dia dengan budak dua orang tu, dia tidak peduli. Dia pasti mereka berdua sudi bercerita dengan Aleya pasal Idzham Walaupun Aleya tidak kenal dengan Ain lagi. Tapi Idzham ada kata tadi yang Ain tu sama sahaja perangainya dengan Dania. Dania yang telah dikenalinya itu jenis selamba dan suka bercerita serta ketawa. Jadi Ain pun tentu macam tu kan?



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *





"Assalamualaikum..."

Aleya memberi salam ketika dia menyelak tirai pintu bilik tengah yang terletak di dalam rumah Idzham. Di dalam bilik tersebut dilihatnya ada dua orang wanita sedang asyik bersembang. Seorang tu Dania yang memang dia dah terlebih kenal. Seorang lagi wanita yang manis berbaju kurung warna putih. Pastinya itu Ain, adik Idzham yang dikatakan hendak bertunang hari ini. Nasya dilihatnya sedang bermain dengan anak patungnya di atas katil.

"Kak Leya... masuklah. Meh Nia kenalkan dengan Ain. Cik yang bakal menjadi Puan Ain, ni lah dia Kak Aleya buah hati Abang Chor. Kak Leya, nilah adik saudara Am yang juga kawan baik Nia sejak sekolah, Ain Nadirah."

Dengan mesra Dania memperkenalkan Aleya dan Ain sesama mereka. Aleya tersenyum manis sambil menghulurkan salam pada gadis ayu bernama Ain itu sebagai tanda perkenalan. Tanpa disangka, seperti mana umi Idzham menyambut Aleya tadi, begitu jugalah Ain. Selepas menyambut salam Aleya, terus dipeluknya Aleya dan diciumnya pipi Aleya kiri dan kanan.

"Akhirnya dapat juga Ain jumpa Kak Leya in person. Cantiknya akak. Rasa Ain, akak lagi cantik depan-depan begini dari dalam gambar. Eh, duduklah Kak Leya. Takkan nak berdiri je. Karang Abang Chor kata Ain dera buah hati dia pula."

"Gambar? Gambar apa?" Aleya bertanya pelik sambil duduk di salah satu sudut katil di bilik itu.

"Ada gambar Kak Leya Abang Chor pernah tunjukkan pada Ain."

"Ohhh... majlisnya karang jam berapa ya?"

"Dalam pukul tiga petang. Sebab pihak lelaki bertolak terus dari rumah mereka di Kuale."

"Errr... Kuala? Kuala mana?"

Aleya bertanya meminta kepastian. Dia tidak begitu faham 'Kuala' mana yang dirujuk oleh Ain itu. Ya lah dalam Malaysia ni kan ada macam-macam Kuala. Ada Kuala Lumpur, Kuala Sepetang, Kuala Muda, Kuala Selangor...

"Dekat Perak ni Kak Leya kalau orang kata Kuale, tu maksudnya dia orang merujuk kepada Kuala Kangsar Bandar Diraja nun."

"Macam tu ek? Emm.... Am kata Ain nak terbang ke Ireland minggu depan. Ain ambil course apa dekat sana ?"

"A - ahh... Ain nak buat medic. Insyaallah kalau lulus jadilah doktor. Nak lawan Abang Am. Dia tu asyik bangga je dengan kerja lawyernye tu."

"Dia tu dekat rumah pun memang macam tu ke? Ingatkan depan akak je dia perasan bagus."

"Alah Kak Leya, walaupun suka berlagak, Encik Perasan Bagus tu jugalah yang Kak Leya termimpi-mimpikan tiap-tiap malam kan? Bila gaduh, muka Kak Leya mesti monyok seribu..."

Aleya menjengilkan matanya pada Dania yang menyampuk. Tapi betul juga kata Dania tu. Walaupun si Idzham tu Aleya suka ejek Encik Perasan Bagus, dia jugalah yang Aleya dambakan dalam hatinya setipa masa.

"Encik Perasan Bagus? Siapa tu?" Giliran Ain pula terpinga-pinga.

"Tu panggilan manja Kak Leya pada Abang Chor."

Dania tolong menjawabkan bagi pihak Aleya. Aleya tergelak mendegar jawapan yang diberi oleh Dania itu.

"Tu cerita zaman dulu kala. Tapi kadang-kadang kalau rasa nak marah dia, akak panggil juga macam tu lagi."

"Ohhh, kalau macam tu lepas ni bolehlah Ain panggil dia macam tu juga. Ye... ye... dah ada modal nak ejek Abang Chor apa lepas ni."

"Jangan cakap akak yang bagitahu pasal nama tu pada Ain ya... Kalau Am marah akak tak campur tau. Ni semua hantaran Ain untuk pihak lelaki ke?"

Aleya memandang ke arah deretan hantaran yang terletak di atas lantai. Aleya cuba mengira dalam hatinya. 23... 24... 25... 26... Masyaallah ada 26 dulang? Biar benar hantaran sampai banyak ni?

"Yup, ada 26 dulang untuk lelaki."

"Lelaki balas berapa? Tak banyak sangat ke ni?"

"Lelaki katanya balas 21 dulang. Tak banyak sangatlah ni. Masa Nia dulu lagi banyak tau Kak Leya. Dulu kau bagi abang Hafis 30 dulang kan Nia?"

"Tiga puluh?" Aleya dah bertambah terbeliak. Dania hanya tersengih.

"Memang macam nilah rupanya kalau orang Perak meminang Kak Leya. Lebih-lebih lagi kalau pasangannya sesama Perak. Kak Leya tak payah risau, esok-esok masa turn Kak Leya, Ain pesankan umi jangan buat banyak-banyak macam ni. Lagipun mungkin macam negeri lain je jumlah hantarannya untuk Kak Leya pasal rumah akak kan jauh sikit dari sini. Jenuh nak bawa semua hantaran tu."

Minta-mintalah apa yang Ain cakap tu betul. Masa dia bertunang dan kahwin esok janganlah hantaran sebanyak ini. Jenuh dia dan mama nak membalasnya nanti. Lagipun Aleya tengok dalam banyak-banyak hantaran Ain tu, barangnya hampir sama je. Ada satu dulang tu, bahulu saiz kecil disusun dalam sebuah bakul. Satu lagi dulang tu, ada bahulu berbentuk ikan yang bersaiz besar satu pinggan. Ada satu dulang tu ada satu bungkusan plastik putih yang dibentukkan macam bunga di mana isi di dalamnya dia tak pasti garam ke gula. Dulang hantaran untuk coklat dan halwa pun ada tiga dulang. Benda yang sama, cuma berlainan hiasan je.

"Yang putih-putih tu, apa ada dalamnya? Garam ke gula?" Aleya bertanya meminta kepastian.

"Plastik yang bentuk bunga tu dalamnya garam. Dulang satu lagi tu pula gula."

Ain menjawab pertanyaan Aleya. Dania dah sibuk melayan anaknya si Nasya yang kelihatan seperti hendak tidur.

"Errr... gula dengan garam pun boleh jadi hantaran ke?"

"Tu simbolik Kak Leya. Daalm hidup berumahtangga nanti ada masin manis nya. Kak Leya nanti lepas zohor, tolong make up kan Ain ya?"

"Ain nak akak make upkan? Mana akak reti."

"Ain tengok gambar Kak Leya yang dah ber make up tu cantik je. Alah akak buat yang simple je. Ain lagi lah tak reti nak bersolek-solek ni."

"Gambar mana pula ni? Akak sendiri jarang bersolek. Akak selalu pakai foundation dengan lip gloss je."

"Gambar dekat handphone Abang Chor. Dia kata gambar masa dia bawa Kak Leya dinner dekat Menara KL."

'Huh, tak sangka pula yang Am ada ambil gambar dia masa dinner meeka minggu lepas. Mentang-mentang handphone dia ada kamera. Siaplah kejap lagi mamat tu.'

Hati Aleya mendongkol geram dengan Idzham. Suka benar ambil gambar curi Aleya.

"Okay... nanti akak tolong solekkan Ain. Tapi kalau tak cantik jangan complaint ya."


Anuar Zain (Semua Untukmu)

dengarlah bisikan angin bayu
dengarlah bisikan oh hatiku
bagaikan sebuah melodi cinta murni
semua adalah untukmu

walaupun dalam laut ku selami
walaupun tinggi gunung ke jejaki
ku rela tempuhi rintangan yang ada
semua demi cinta suci
tanpa dirimu hidup tak bererti

tahukah kau cintaku murni
jangan kau pergi dirimu tiada ganti
harapan yang ada tersemat dijiwa
semoga kau sentiasa di sisi..ooo..

 
usah kau ragui keikhlasanku
usah kau ragui oh hasratku
ku serah seluruh jiwa dan cintaku
semua adalah untukmu

 
tanpa dirimu hidup tak bererti
tahukah kau cintaku murni..ooo..
jangan kau pergi dirimu tiada ganti
akan ku berjanji oh aku berjanji
semua adalah untukmu

 
tanpa dirimu hidup tak bererti
tahukah engkau cintaku suci dan murni
jangan kau pergi dirimu tiada ganti
akan ku berjanji oh aku berjanji
segala harapan tersemat dijiwa
semoga kau sentiasa di sisi


 
BaB 23

Aleya Puteri
Pastikan Kau Dengan Aku


Aleya terjaga dari lenanya. Dia menekan kekunci telefon bimbitnya untuk mengetahui waktu ketika itu.

'Adeiii.. baru pukul empat pagi…bilanya nak Subuh ni?' hatinya mendengus kecil.

Masuk ni sudah kali ketiga dia terjaga. Walaupun badannya agak letih menolong itu ini serba sedikit semasa majlis pertunangan Ain siang tadi dan kenduri doa selamat pada malamnya pula tapi dia tetap tidak dapat tidur dengan lena. Mungkin sebab dia tidak biasa tidur di rumah umi Idzham ini lagi. Dia pernah terdengar orang kata kalau berkalih bantal memang payah nak tidur. Aleya mengiring ke kiri dan memandang Ain yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Mulut Ain kelihatan tersenyum-senyum.

'Ya Allah kalau seronok pun dah bertunang, tak kanlah masa tidur pun boleh tersenyum-senyum? Kritikal betul si Ain ni.'

Majlis pertunangan Ain dan kenduri doa selamat malam tadi berjalan denagn lancar. Ramai yang memuji Ain yang kelihatan cantik dengan baju kurung putihnya dan wajah yang disolek nipis. Kalau dah orang yangbertunang melambung dipuji tentunya mak andam bidan terjun bernama Aleya Puteri pun turut kena tempiasnya. Sekurang-kurangnya Aleya turut dapat bergembira bila sentuhan solekannya di wajah Ain menjadi dan dipuji. Tetapi itupun ada juga yang nak mengutuk hasil kerja tangannya. Itupun hanya seorang sahaja yang mengutuk solekannya itu. Siapa lagi kalau bukan si Idzham. Saja nak menyakat Aleya. Dia dengkilah tu orang semua puji kekasihnya.

Akhirnya Aleya bangkit dari pembaringannya. Tekaknya tiba-tiba terasa haus dan dia ingin pergi ke dapur untuk memenuhi hajat tekaknya itu. Lalu dicapai kain batik yang terlipat elok di atas beg bajunya dan disarungkan pada pinggangnya. Semasa tidur tadi dia menggunakan seluar panjang. Cuma bila hendak melangkah keluar dari bilik Ain ni barulah disarungnya kain batik. Yalah dia berada di kampung. Kampung Idzham pula tu. Tak manis rasanya hendak berseluar panjang di dalam rumah ketika dia duduk bermalam disini.

Dia pasti segala perilakunya tengah dinilai oleh juri-juri professional di rumah Idzham ini. Walaupun tidak diberitahu, dia boleh mengagak juri-juri tersebut mesti terdiri daripada Mak Yong dan Mak Chu Idzham. Dari siang tadi, bermacam-macam soalan ditanya oleh kedua orang wanita tersebut padanya. Maka sebab itulah dia kena menjaga tata laku dan cara pemakaiannya sepanjang berada di rumah ini. Kalau dekat rumahnya di Kuala Lumpur nun, jangan harap nak tengok dia pakai kain batik. Kain batik yang ada hanya digunakan untuk mengalas cadarnya ketika tidur semasa dua tiga hari pertama dia mengalami kebocoran setiap bulan. Sesungguhnya dia cukup bersyukur Arisa tidak lupa untuk meletakkan kain batik dalam beg bajunya.

Ketika Aleya melangkah keluar dari bilik Ain dan melalui ruang tamu untuk ke dapur, dia dapat melihat Idzham tengah tidur melingkar di ruang tamu tersebut. Idzham ada kata tadi yang dia kena tidur di ruang tamu malam ini sebab Mak Cunya menggunakan biliknya malam itu. Disamping Idzham dilihatnya ada dua orang remaja lelaki yang serasanya merupakan anak-anak Mak Cu Idzham turut sama berlingkar. Dua orang remaja tersebut memang nampak lasak gaya tidurnya. Tetapi Idzham dilihatnya begitu teratur sekali postur tidurnya dengan mengiring ke kanan.

'Hmmm…comelnya Encik Perasan Bagus aku ni tidur. Rasanya nampak lagi kacak pula buah hati aku ni dalam keadaan begini.'

Saat itu ada perasaan halus bermukim dihati Aleya. Terasa seolah-olah tangannya begitu gatal nak membelai rambut dan muka Idzham yang sedang enak tidur itu. Cepat-cepat Aleya beristighfar. Mahunya kena tangkap basah pula kalau diteruskan hajatnya tadi. Dikuatkan hatinya supaya ingat dimana dia sedang berpijak. Ingat Aleya ini kampung, bukannya Kuala Lumpur. Salah kelakuan mahunya terus kena reject dengan umi Idzham nanti. Walaupun tangan dia sebenarnya sudah biasa dipegang oleh Idzham dan dia sudah acap kali memegang muka Idzham semasa mereka keluar berdating di KL, tidak bermakna di kampung ini dia boleh buat perkara yang sama. Lalu diteruskan langkah kakinya ke dapur. Lagi lama dia menghadap wajah Idzham, lagi bergolak hatinya nanti.

Beberapa langkah hendak menyampai ke dapur, Aleya dapat melihat lampu dapur sudah sedia terpasang. Mungkin sengaja dipasang agaknya. Yalah banyak lagi barang yang belum dikemas, karang ada pula orang yang hendak ke dapur terlanggar periuk pinggan yang masih belum sempat berkemas itu. Namun alangkah terkejutnya Aleya apabila dia tiba di dapur, dia melihat ada seorang wanita sedang membelakangkannya terbongkok-bongkok seperti menyusun sesuatu di bawah singki dapur tersebut. Errr.. hantu ke? Sekarang belum azan subuh lagi. Kiranya hantu belum balik rumah lagi kan? Tapi hendak dikatakan hantu, rambutnya nampak elok tersanggul. Takkanlah rumah Idzham ini ada nenek kebayan pula? Tiba-tiba terasa bulu romannya mula tegak berdiri. Dia terbau-bau sesuatu yang wangi di dapur tersebut. Dada Aleya mula terasa berdetak keras.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Apa yang sayang borak dengan umi pagi tadi?"

Idzham bertanya Aleya yang sedang asyik merendam kakinya dalam sungai. Diajak mandi tidak mahu. Sebenarnya bukan Aleya tidak mahu mandi. Kalu ikut hati, memang dia nak sangat berendam dalam sungai tersebut. Tapi Aleya segan dengan Idzham. Takkanlah dia nak berendam depan Idzham. Dia ingat nanti dia nak suruh Idzham balik dulu dan dia akan ajak Ain temankannya mandi disitu. Dia sudah cukup tergoda dengan kesejukan air Sungai Bill kampung Idzham ini. Walaupun sungainya tidaklah besar mana, tapi airnya cukup jernih dan sejuk. Mula-mula sampai kesini tadi, nak celup kaki pun dah terasa kedinginannya. Namun bila dah lama-lama terasa nyaman sungguh.

"Tak ada apa-apa. Berbual biasa-biasa sahaja. Sekadar perbualan dari hati ke hati. Women talks. "

"Sayang bukan cakap pasal Am kan?"

"Emm.. tak adalah. Ingat bagus sangat ke nak buka bercerita pasal Idzham Iskandar di subuh hari? Buang air liur je tahu."

Aleya cuba menafikan pertanyaan Idzham walaupun sebenarnya Idzhamlah tajuk utama perbualannya dengan umi sesubuh hari tadi. Biarlah apa yang menjadi perbualan mereka menjadi rahsia pada Idzham. Rupa-rupanya nenek kebayan yang Aleya nampak pagi tadi ialah umi yang sedang mengemas. Kata umi dia sendiri tidak nyenyak tidur mengingatkan pinggan mangkuk masih belum habis berkemas di dapur. Sebab itu dia bangun seawal pagi begitu untuk mengemas. Bau wangi itu pula datangnya dari penyembur serangga Shieldtox yang disembur oleh umi pada semut yang mula mengerumun saki-baki lauk kenduri semalam. Umi…umi…mengelang kepala Aleya mengingatkan ulah umi Idzham. Katanya lagi, sementara Idzham ada di kampung ni senang lah dia nak minta tolong anak bujangnya yang seorang itu hantarkan semula pinggan mangkuk yang telah dipinjamnya dari jiran tetangga. Nanti bila Idzham dah balik ke 'Kolumpo' dengan Aleya payah pula dia nak memulang barang-barang tersebut. Kelakar pula Aleya rasa bila umi merujuk Kuala Lumpur sebagai 'Kolumpo'.

Lalu dari niat Aleya ke dapur untuk minum air terus bertukar kepada sesi menolong umi mengemas dapur. Sambil menolong umi, banyak juga perkara yang mereka bualkan bersama. Rasanya dia dah dapat markah bonus dengan melalui sesi tersebut. Dengan menolong umi Idzham dapatlah Aleya menunjukkan bakat kerajinannya sebagai bakal menantu mithali. Sebagai tambahan, dia telah dapat mengorek serba sedikit cerita pasal Idzham dari orang yang paling rapat dengan jejaka tersebut. Syukurlah malam tadi dia tidak dapat lena dengan nyenyak walaupun sebenarnya badannya cukup letih.

Saat ini Aleya ingat lagi cerita-cerita umi pagi tadi. Katanya…

"Idzham tu memang anak yang baik. Dari kecil dia jenis yang dengar kata. Umi tak galakkan dia kawan dengan perempuan masa sekolah, dia ikut aje. Sebab tu umi hantar dia ke sekolah lelaki dekat Ipoh tu. Tapi dalam mendengar kata orang tua, dia tu jenis cepat merajuk sikit. Yalah dia anak tunggal. Tak ada adik beradik lain. Dari kecik semua benda dia sorang punya. Tak ada kongsi-kongsi macam kawan-kawan dia yang lain. Jadi bila orang yang dia sayang buat tak peduli dengan dia, mulalah dia tunjuk rajuknya tu. Bila dah merajuk, cepat aje datang angin marahnya. Kalau boleh dia nak orang ikut cakap dia aje. Ada dia buat laku gitu dengan kamu?"

Aleya yang sedang membantu umi mengelap pinggan agak serba salah nak mejawab. Dia tidak tahu sama ada hendak mengiyakan kata-kata umi atau membohongi umi. Takut pula karang kalau Aleya cakap anaknya tu memang begitu, merajuk pula umi ni. Aleya masih belum betul-betul mengenali umi Idzham. Dia tidak tahu apa yang ada disebalik hati seorang umi pada Idzham Iskandar. Ada emak dia tahu perangai buruk anaknya, tapi tak suka bila orang mengata tentang anaknya. Tapi ada emak yang tidak kisah anaknya dikata kerana dia sendiri sedar buruk baik anaknya itu. Jadi umi ni kategori mana satu ya?

"Errr… kadang-kadang tu ada juga umi. Biasalah bila bercinta ni ada juga rajuk sayangnya kan?"

Aleya cuba mengambil pendekatan yang selamat. Berterus terang dalam tidak. Rasanya memang dah banyak kali Idzham merajuk dengannya. Apatah lagi memaksa Aleya mengikut cakapnya. Masa Aleya tolak cinta Idzham pertama kalinya dulu Idzham pernah merajuk dengan Aleya. Merajuk sampai mengelak untuk bercakap dengan Aleya. Masa Aleya tak mahu perkenalkan Idzham dengan mamanya di Jalan Tunku Abdul Rahman minggu lepas pun Idzham merajuk sampai seminggu tidak menghantar berita. Bab memaksa Aleya ikut katanya lagilah tak payah nak cakap. Selalu sangat. Masa mereka masih baru berbaik di Penang, bukankah Idzham beria-ia memaksa Aleya mengikutnya untuk berjalan-jalan di hari terakhir dia di Penang. Sesudah dia menjadi kekasih Idzham lagilah dia menunjukkan kuasa vetonya. Tapi bila hati dah sayang, kenalah terima sahaja buruk baiknya seorang Idzham itu. Nak buat macam mana kan?

"Kalau dia buat tak senonoh dengan Leya beritahu umi. Kalau dia marah-marah Leya tak tentu pasal pun jangan segan nak khabarkan pada umi. Nanti umi nasihat sikit dia tu. Dia tu tak pernah ada kawan perempuan yang rapat. Dengan Ain tu pun, budak tu dah besar begini baru dia nak rapat. Masa kecik dulu dia tak suka sangat nak kawan dengan perempuan. Sebab tu dia ni kadang-kadang tu tak reti nak sangat nak melayan orang perempuan. Dibuatnya orang perempuan ni macam kawan-kawan lelakinya juga."

"Umi tak kisah ke Am rapat dengan Leya?"

Aleya bertanya ragu. Dia hendak tahu juga apa pandangan umi tentang perhubungannya dengan Idzham. Walaupun umi tidak cakap apa-apa, tak semestinya umi tidak kisah.

"Nak kisah apa. Kamu berdua dah besar panjang. Am tu puas umi suruh bawa kawan perempuannya jumpa umi selepas dia habis belajar dulu. Tapi katanya dia mana ada kawan perempuan. Sepupu dia Hafiz tu dah nak masuk dua anaknya, tapi dia macam tak kisah saja. Baru-baru ini je dia ada cerita dia tengah kawan dengan seorang budak perempuan. Katanya sama-sama belajar dengan dia dulu. Lepas tu bila dia dah habis belajar, dia dah tak tahu khabar budak tu. Kemudian dia ada tunjuk 'gambo' budak tu, Tanya pandangan umi. Umi kata, terserahlah padanya. Dia minta restu umi. Umi tak kisah dengan siapa dia berkawan. Asalkan dia ada hati nak kahwin. Umi takut dia tak ada perasaan pada perempuan je. Alhamdulillah anak umi tu macam lelaki lain juga."

"Sss – si – sia – siapa kawan perempuan dia tu umi?"

Entah kenapa Aleya rasa berdebar mendengar cerita umi. Idzham ada orang lain ke selain dia? Tapi kalau Idzham ada orang lain, buat apa dia nak bawa Aleya datang ke kampung ni dan berkenalan dengan keluarganya pula. Dalam pada itu rasa terkejut pun ada mendengar cerita umi yang Hafiz dah nak masuk dua anaknya. Maksudnya, si Dania tu tengah mengandung lah rupanya. Patutlah lain macam je selera Dania dekat ofis sekarang ni.

"Laa… kamulah. Dia ada tunjuk 'gambo' kamu dekat komputernya tu. Katanya dah lama dia simpan perasaan pada kamu. Sejak di universiti lagi dia suka kamu. Kamu ingatkan siapa pula yang umi kata tadi?"

"Errr.. tak ada siapa-siapalah umi."

Fuhhh.. lega rasanya bila umi kata kawan perempuan Idzham tu rupanya diri dia sendiri. Ingatkan siapalah tadi. Umi ni buat suspend je lah. Sebutlah nama Aleya dari awal. Ini di sebuatnya kawan perempuan Idzham. Dalam kepala dia dah terbayang si Shasha tu je. Yalah siapa lagi kawan perempuan Idzham yang dikenalinya selain si Shasha gedik tu.

"Tapi kan umi, Leya ni tak pakai tudung macam Ain, macam Dania… Leya tengok rata-rata anak dara kampung ni pakai tudung umi."

"Umi tak kisah Leya. Tak pakai tudung tak semestinya Leya ni jahat. Umi tengok Leya ni pandai hormat orang tua, rajin menolong. Lagipun umi faham. Mungkin Leya masih belum diberi hidayah lagi. Lagipun Idzham tu alhamdulillah umi dah beri didikan yang sepatutnya. Nanti pandai-pandai dialah macam mana nak tegur kamu bila 'kome' berdua dah kahwin nanti."

Terasa segan bebenar Aleya mendengar kata umi yang lembut itu. Dalam hati disematnya azam untuk belajar menutup aurat. Memang sepatutnya dalam usia begini, dia dah menutup auratnya. Bukannya mama dan papa tak pernah menegur dirinya. Tapi Aleya sendiri yang masih berdegil.

"Terima kasih umi sebab terima Leya."

"Tak ada apa nak diterima kasihnya Leya. Patutnya umi yang ucap terima kasih pada Leya sebab sudi terima anak umi tu. Idzham tu bukannya umi tak tahu, selalu buli Leya. Bila Leya dah marah-marah dengan dia, kelam-kabut dia cari umi tanya macam mana nak pujuk."

Akhirnya kedua-duanya tergelak dengan kata-kata umi yang terakhir itu.

"Umi dengar dari Am, emak Leya pun dulu cikgu ya? Dia mengajar di sekolah mana dulu?"

"Ohhh…mama mengajar di sekolah…."

Perbualan mereka diteruskan lagi dengan cerita masing-masing untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Sesungguhnya Aleya rasa seronok mendapat bakal emak mentua yang cukup baik seperti umi. Selepas azan subuh berkumandang, umi mengajak Aleya berjemaah bersama-samanya. Kemudian Aleya menolong pula umi menyiapkan sarapan untuk sesi rumah di pagi itu.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Tiba-tiba Aleya terasa ada air yang terpercik di mukanya dan sedikit tempias pada baju-T yang dipakainya. Segera lamunannya tentang peristiwa pagi tadi bersama umi hilang berterbangan. Matanya pantas merenung tajam Idzham yang tersengih lebar. Memang sahlah kerja Abang Perasan Bagusnya. Saja je nak mengganggu Aleya yang tengah melayan blues. Mulalah rasa 'hangin' datang bila dikacau begitu. Tengah-tengah berapi begini, memang lidahnya lancar je nak memanggil Idzham sebagai Encik Perasan Bagus macam dulu-dulu.

"Encik Perasan Bagus kusayang tak ada kerja ya sampai nak mengganggu ketenteraman awam? Report dekat umi baru tahu."

"Amboiii…nak mengadu dekat umi. Mentang-mentang dah dapat buat komplot dengan umi pagi tadi, 'eksyen' nya dia."

"Jealous ke cik abang?"

"Eleh…Tak kuasa Am nak cemburu dekat Leya. Sayang kalau panggil Am abang kan bagus? Macam Hafiz dengan Dania. Lagipun Am kan lagi tua dari sayang."

"Nak panggil abang ya? Selepas dua saksi kata sah lepas Am dah salam tok kadi, baru Leya akan panggil Am abang. Kalau panggil sekarang tak 'syok' lah. Kalau masa dah kahwin nanti Leya panggil Am abang, barulah rasa romantik. Itupun kalau Leya kahwin dengan Am lah."

"Amboi, ada hati nak kahwin dengan orang lain tu. Jangan harap Leya dapat kahwin dengan lelaki lain tahu. Terutamanya Syed Akashah si Buaya Jadian tu."

"Tak habis-habis lagi cemburunya dengan mamat tu? Kan Leya dah kata Leya tak ada apa-apa dengan dia."

"Dahlah tak mahu cakap pasal ni lagi. Am dah bawa Leya jumpa umi dan yang lain-lain. Bila Am boleh jumpa family Leya pula?"

"Lagi dua minggu."

"Dua minggu?"

Aleya hanya mengangguk. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti bila dia dapat kenalkan Idzham dengan keluarganya. Dia tak tahu macam mana dia nak terangkan tentang Idzham pada keluarganya. Jawabnya untuk dua minggu akan datang, dia akan demam untuk menghafal dialog-dialog yang sesuai buat keluarganya. Satu-satu wajah ahli keluarganya terbayang dimindanya. Mama… Adik… Along… Papa…. Saat mindanya membayangkan wajah Papa, hatinya tiba-tiba menjadi gerun. Air liurnya terasa begitu kesat melalui kerongkongnya. Papa….


Thank God I Found You

(Mariah Carey)

I would give up everything

Before I'd separate

Myself from you

After so much suffering

I finally found unvarnished truth



I was all by myself

For the longest time

So cold inside

And the hurt from the heartache

Would not subside

I felt like dying

Until you saved my life



Thank God I found you

I was lost without you

My every wish and every dream

Somehow became reality



When you brought the sunlight

Completed my whole life

I'm overwhelmed with gratitude

Cause baby I'm so thankful

I found you



I would give you everything

There's nothing in this world

I wouldn't do

To ensure your happiness

I'll cherish every part of you

Cause without you beside me



I can't survive

I don't want to try

If you're keeping me warm

Each and every night

I'll be alright

Because I need you in my life



Thank God I found you

I was lost without you

My every wish and every dream

Somehow became reality

When you brought the sunlight

Completed my whole life

I'm overwhelmed with gratitude

Cause baby I'm so thankful

I found you



See I was so desolate

Before you came to me

Looking back I guess

It shows that we were

Destined to shine

After the rain

To appreciate

The gift of what we have

And I'd go through it all over again

To be able to feel this way



BaB 24

Aleya Puteri

Sebuah Permulaan Baru




“Mama sini sekejap boleh tak? Yaya nak kenalkan Mama dengan seseorang.”

Aleya meminta perhatian sebentar daripada mamanya yang sedang leka berbual dengan kawan baiknya Aunty Zai dan anaknya Emilyza di salah satu meja di laman rumahnya. Hari ini mama mengadakan majlis ulangtahun perkahwinannya dengan papa yang ke-35. Untuk itu mereka sekeluarga menjemput saudara mara dan rakan taulan terdekat untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Sebentar tadi majlis doa selamat telah dijalankan selepas solat zohor dan kini diadakan pula majlis makan-makan. Rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk Aleya mengenalkan Idzham dengan ahli keluarganya. Untuk itu Aleya mengambil kesempatan yang ada menjemput Idzham ke rumahnya buat pertama kalinya. Pada hemat Aleya dengan memperkenalkan Idzham semasa majlis ini, dia akan rasa lebih selesa dan kurang sedikit rasa gementarnya untuk memperkenalkan kekasihnya itu pada ahli keluarganya.

“Aunty Zai, Yaya pinjam mama kejap ya. Nak kenalkan dengan kawan Yaya.”

Aleya menayangkan sengehannya pada Aunty Zai. Namun dia perasan jelingan Emilyza padanya. Apahal entah minah seorang ni. Tak paham langsung Aleya. Dari dulu lagi semenjak mama mula-mula rapat dengan keluarga Aunty Zai dia tak pernah faham dengan perangai anak Aunty Zai yang seorang ni. Suka menjeling dan merendah-rendahkan orang. Memang patut pun kakak iparnya lari. Buat sakit hati je ada adik ipar macam Emilyza ni. Dia ingat Aleya nak mengurat bakal suaminya yang sedang duduk di sebelahnya tu agaknya.

‘Hello, ingat dia seorang je ada bakal suami. Aleya pun ada bakal suami juga ya. Aleya punya Abang Perasan Bagus tu lapan ratus lapan puluh lapan lagi best lah dari bakal suami si Emilyza yang nampak macam gigolo je rupanya tu.’

“It’s okay dear. Take your sweet time. Aunty tiap-tiap hari pun boleh borak dengan mama Yaya ni. Tak nak kenalkan kawan Yaya tu dengan Aunty juga ke?”

Seraya itu Aunty Zai tergelak kecil. Muka Aleya pula mula memerah. Ni mesti dari tadi dia dah nampak Aleya dengan Idzham. Pantas Aleya cuba memesongkan kata-kata Aunty Zai.

“Err… Aunty Abang Zuan tak datang ke?”

“Amboi…tengok ni Ju, baru Zai giat sikit anak dara Ju ni dah kalut tukar topik. Abang Zuan kamu tak datang. Dia ke pelantar tiga minggu. Sekarang ni dia jarang dah duduk rumah. Sibuk dengan kerja luarnya. Gitulah dia sejak Ary pergi.”

Dari wajah ceria mengusik Aleya tadi, wajah Aunty Zai tiba-tiba keruh mengingatkan anak sulungnya itu. Semenjak Erdizuan berpisah dengan isterinya, masanya banyak dihabiskan dengan kerja sahaja. Langsung tidak dihiraukan keadaan sekelilingnya. Hati ibu manalah yang tidak risau melihat sampai begitu sekali perlakuan anaknya yang masih kecewa.

“Mama marilah kita pergi sana sekejap. Penat dah kawan Yaya tu tunggu. Aunty tunggu sekejap ya. Kejap lagi Yaya pulangkan mama pada Aunty semula.”

Ada rasa bersalah yang bermukim di hati Aleya kerana menimbulkan topic yang membawa kekeruhan pada wajah Aunty Zai. Pantas Aleya menarik tangan mamanya ke arah Idzham sekaligus cuba menarik pergi rasa pilu Aunty Zai yang mula kelihatan di wajahnya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


“Mama kenalkan ini kawan Yaya. Nama dia Idzham Iskandar. Dia ni peguam dekat ofis Yaya. And Am, this is my mama Jula-juli Bintang Tujuh.”

Ada tawa dihujung kata-kata Aleya itu.

“Apa khabar Puan?”

Idzham agak kaget mendengar nama mama Aleya. Macam nama cerita filem melayu zaman TV hitam putih je. Namun salam perkenalan tetap dihulur dengan bertanya khabar sejurus Aleya memperkenalkan antara sesama mereka. Kagum dia melihat wajah mama Aleya yang nampak masih jelita walaupun sudah mengahmpiri usia 60 tahun. Dia perasan yang Aleya banyak megikut iras wajah mamanya. Berkulit putih dan matanya yang bundar.

“Eh, tak payah nak berpuan-puan. Pangil Aunty je Idzham. Nak panggil mama pun dialu-alukan. Alhamdulillah Aunty sihat. Jangan dengar temberang anak dara Aunty ni. Pandai-pandai ditukarnya nama Aunty jadi Jula-juli pula. Nama sebenar Aunty, Julia Suraya. Suraya tu maksudnya bintang tujuh. Itu yang si Yaya ni suka sangat pergi tukar nama Aunty jadi macam tajuk cerita dulu-dulu tu.”

Senyuman manis dihulur sebagai salam perkenalan pada teman anaknya tanda kemesraan.

“Jadi inilah buah hati yang Yaya dok sorok-sorok daripada mama masa terserempak dekat Jalan TAR hari tu ya? Boleh tahan juga citarasa anak dara mama ni ya.”

Muka Aleya semakin merah bila diusik oleh mamanya.

“Bukan soroklah. Cuma tunggu masa yang sesuai je.”

“Ada sahaja alasannya. Patutlah sekarang ni anak dara mama yang seorang kejap ceria semacam kejap muka macam orang angau, kejap tu pula macam muka masam macam asam. Rupanya tengah asyik dilamun cinta. Kalau hujung minggu pun jarang-jarang dah mama tengok Yaya balik rumah ni. Mesti sibuk berdating ya? ”

“Mama ni… janganlah cerita macam tu depan Am. Malulah Yaya macam ni. Lagi satu, mana ada Yaya sibuk dating. Yaya banyak kerjalah sekarang ni. ”

Aleya cuba menangkis kata-kata mamanya. Suaranya direngekkan sedikit bunyinya. Kononnya ala-ala manja begitu. Mukanya pula sudah semakin merah macam udang kena panggang. Mama Aleya hanya tergelak melihat telatah anaknya yang malu bila diusik depan buah hatinya. Idzham yang melihat telatah dua beranak itu, turut sama tergelak. Bahagia rasanya melihat hubungan Aleya dan mamanya yang cukup erat itu.

“Idzham orang mana ya? Dah berapa lama kenal dengan Yaya ni?”

“Panggil saya Am je Aunty. Ringkas sedikit. Jenuh pula Aunty asyik nak menyebut nama penuh saya. Saya asal Perak. Sebenarnya dah lama juga kami kenal. Sejak dekat UM dulu. Leya ni junior saya dulu. Tapi cuma setahun kebelakangan ni je baru kami rapat.”

“Oh, dah lama dah kamu berdua ni kenal. Lepas ni senanglah. Tak payahlah nak ikat lama-lama ya. Tak adalah asyik Aunty nak kena menghadap muka monyok anak dara Aunty ni lagi bila tengah musim-musim konfrantasi. Macam hari tu, mukanya monyok je. Bila kita tanya apa masalah, katanya tak ada apa-apa. Tapi mata asyik mengerling dekat handphone dia yang tak berbunyi-bunyi.”

“Mama!”

Muka Aleya semakin cemberut bila mamanya membuka segala rahsianya depan Idzham. Malu rasanya dia bila mama bercerita tentang perangainya semasa dia bergaduh dengan Idzham selepas insiden terjumpa mamanya di Jalan TAR dulu. Setelah dihantar pulang oleh Idzham selepas mereka bergaduh hari tu, dia telah pulang ke rumah mamanya seperti yang dijanjikan. Namun hatinya yang sedang gundah memikirkan pertengkaran dengan si buah hatinya jelas terpancar di wajahnya walaupun tika itu dia sedang berada di rumah mamanya. Dia memang tak senang duduk masa tu bila Idzham langsung menyepi bila Aleya tidak mahu mengenalkan Idzham pada mamanya.

Mama Aleya pula hanya ketawa melihat riak wajah anaknya. Idzham mengangkat kening pada Aleya. Aleya hanya menjelirkan lidahnya pada Idzham tanda tidak puas hati. Melihat tindak balas Aleya itu membuatkan Idzham turut sama tumpang sekaki mentertawakan Aleya yang diusik mamanya. Seronoknya dia bila dapat tahu mama Aleya ni jenis yang sporting sungguh orangnya. Kiranya ujian pertama dia mengahadap ahli keluarga Aleya dah boleh kira lulus lah ni. Tinggal lagi dua orang sahaja dia perlu menghadap. Abang sulung dan papa Aleya. Buat masa ini dia tak perlu menghadap adik Aleya kerana si bongsu tu masih berada di luar negara. Pengajiannya masih belum tamat lagi. Maka kuranglah sedikit bebannya dalam ujian ‘Mari Mengenal Bakal Keluarga Mentua Anda’ ni.

Perbualan antara mama Aleya dan Idzham semakin rancak. Bermacam-macam soalan yang ditanya oleh Puan Julia Suraya pada Idzham. Namun Idzham tidak pula merasa tertekan kerana mama Aleya begitu bijak mengawal suasana sesi temubual bersama bakal menantunya itu supaya tidak terlalu kaku. Perbualan mereka begitu rancak berjalan diselang-selikan dengan senda-gurau dan tawa riang terutamanya apabila mereka berjaya mengenakan Aleya.

Aleya sememangnya tidak banyak menyampuk perbualan mereka. Dia lebih banyak mendengar dan memerhati kemesraan yang mula terjalin antara mamanya dan Idzham. Cuma apabila perkara yang dibualkan oleh mamanya dan Idzham dilihatnya menuju ke arah membuka rahsia-rahsianya cepat-cepat dia akan melencongkan topik mereka. Gerun juga dia melihat kemesraan yang begitu cepat terjalin antara mamanya dengan Idzham walaupun itulah yang diharap-harapkannya dari mula lagi. Kalau macam ni rasanya tak sampai satu hari, confirm habis semua kisah-kisah Aleya akan mama dedahkan pada Idzham. Bahaya betul lah macam ni.

Dalam mereka bertiga asyik bersembang,, tiba-tiba Idzham perasan seorang lelaki yang agak berusia sedang berjalan menuju ke arah kumpulan mereka. Idzham perasan yang sejak tadi lagi lelaki itu agak kerap menoleh ke arah mereka bertiga sekumpulan yang sedang asyik bercerita. Puan Julia Suraya dan Aleya mungkin tidak perasan kerana kedudukan mereka membelakangi lelaki itu. Idzham melemparkan senyumannya pada lelaki itu apabila lelaki itu semakin mampir ke arah mereka. Lelaki itu tadi terus mengambil tempat di sebelah Puan Julia Suraya dan menegur mereka.

“Amboi, apa yang rancak sangat dari tadi?”

“Eh, abang. Ju tak perasan pula bila abang kemari.”

Idzham dapat lihat senyuman yang begitu mesra sekali dan tepu dengan kasih sayang dihulurkan Puan Julia Suraya pada lelaki yang dipanggil abang itu. Dari gaya panggilan yang digunakan mama Aleya itu dia dapat mengagak yang lelaki itu adalah suaminya. Ini bermakna lelaki itu adalah papa Aleya. Alamak err…. ni dah masuk round two sesi suai kenal dia dengan family Aleya ke?

“Am mari Aunty kenalkan, ini Uncle Azhar papa pada Yaya. Abang, ini Ju kenalkan teman Yaya. Nama dia Idzham Iskandar. For your kind information dear, he’s a lawyer.”

Idzham melihat senyuman pada bibir Puan Julia Suraya masih terserlah. Papa Aleya dilihatnya turut tersenyum mesra apabila diperkenalkan padanya. Lantas tangannya dihulur untuk menyalam lelaki yang bernama Azhar itu. Huluran tangannya itu disambut dengan kemas sekali. Dalam pada itu matanya sempat menangkap sorotan mata Aleya yang nampak mula suram apabila papanya muncul di antara mereka.

“You are a lawyer? Wow, it’is great to hear that. Which firms are you in?”

“Currently I’m in Messr. Raja Eleena Siew Ang & Partners.”

“That’s good. That is such a great firm. Itu firma anakanda Sultan Perak tu kan?”

“Yes it’s belonged to that charming princess of Sultan Azlan Shah.”

“Uncle dulu pun peguam juga. The different is I served with government. My last position was as Deputy Public Procsecuter.”

“Really? Kalau macam tu bolehlah saya minta tips dari Uncle macam mana nak jadi peguam yang bagus ya?”

“Ehem…since both of you seems can get well along, Ju rasa biar Ju dengan Yaya tinggalkan tempat ini. Kalau kami berdua tinggal di sini mahunya Ju dan Yaya muntah mendengar orang undang-undang ni bercerita. Jom, Yaya kita pergi dekat Aunty Zai tu. Tadi Yaya kata nak pinjam mama sekejap je kan? Sian Aunty Zai duduk seorang diri di situ.. Emilyza dengan tunang dia tu dah balik dulu agaknya.”

Pantas Puan Julia Suraya meminta diri dari Idzham dan suaminya bagi pihak dirinya dan anaknya. Dia rasa tiada masalah sekiranya ditingggalkan teman Aleya itu dengan suaminya. Mereka berdua lelaki. Tentu banyak perkara yang boleh dibualkan. Lagipun sepanjang dia berbual dengan Idzham tadi dilihatnya anak muda itu cukup pandai membawa diri. Pandai pula mencari topik yang sesuai untuk dibualkan dan kata-katanya begitu berhemah sekali. Lalu tangan Aleya ditarik pantas meninggalkan tempat itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


“Mama, tak apa ke Yaya tinggalkan Am dengan papa tu? Leya takutlah.”

Aleya menyuarakan kegusarannya pada mamanya apabila mereka sedikit jauh dari tempat papa Aleya, Encik Azhar dan Idzham sedang duduk berbual.

“Apa yang nak ditakutnya sayang? Papa Yaya tu bukannya makan orang pun. Yaya janganlah bimbang sangat. Lagipun mama percaya Idzham tu pasti boleh ambil hati papa. Idzham tu mama tengok baik budaknya. Lagipun kedua-duanya dating dari latar belakang yang sama. Bidang Undang-undang. Mesti banyak perkara yang boleh dikongsi.”

Hati Aleya agak tenang sedikit mendengar komen daripada mama tentang Idzham. Sempat dilemparkan pandangannya pada Idzham dan papa. Keduanya nampak begitu rancak berbual. Tangan papa kadang kala tergawang-gawang seolah-olah tengah menggambarkan sesuatu pada Idzham. Namun hatinya tetap merusuh kerana tidak dapat mendengar apa yang sedang dibualkna oleh Idzham dan papanya. Dia begitu takut kalau papa tak sukakan pilihan hatinya. Entah mengapa perasaan negatif itu tidak mampu diusir daripada benaknya. Dia ada alasan tersendiri mengapa rasa bimbang tetap bermukim disanubarinya. Sejarah silam yang pernah terjadi dan hubungan papa dan dirinya yang tidak begitu mesra sejak peristiwa ‘itu’ mungkin bisa menjadi faktor penolakan papa pada Idzham nanti. Lalu mana mungkin hatinya akan tenang memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Idzham memerhatikan papa Aleya yang baru sahaja berlalu pergi dari meja yang didudukinya itu. Pelbagai cerita yang telah dikongsi bersama sebentar tadi. Malah kalau diikutkan hati keduanya, masih banyak yang ingin diperbualkan. Namun begitu papa Aleya perlu juga meminta diri akhirnya untuk melayan tetamunya yang lain pula. Tidak dinafikan sambil mereka bertukar cerita dan pandangan sebentar tadi, Encik Azhar tetap juga menyelit satu dua soalan berkenaan hubungan Idzham dengan anaknya Aleya. Serasa Idzham dia telah cuba memberi jawapan yang terbaik pada papa Aleya akan kesungguhannya dalam hubungannya dengan Aleya. Harap-harap jawapannya tadi cukup untuk mendapatkan gred A+ bagi ujian ‘calon menantu mitahli kebangsaan’. Sepanjang perbualan tadi. Dia dapat menilai secara kasar yang Encik Azhar adalah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Ditambah dengan mukanya yang masih boleh dikategorikan sebagai kacak, lelaki yang sudah menginjak usia 60 tahun itu itu nampak cukup berkarisma. Rasanya lain benar dengan cerita yang telah didengarnya dari mulut Aleya.

Lalu saat itu juga fikirannya mengimbau kembali perbualannya dengan Aleya beberapa hari yang lalu…


Semua Untukmu (Anuar Zain)

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarlah bisikan hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam laut ku selami
Walaupun tinggi gunung ku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni

Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku

Semua adalah untukmu
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni

Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa….
Semoga kau sentiasa di sisi

No comments:

Post a Comment