MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts

Friday, 1 April 2016

Kemaafan DENDAM terindah



Assalammualaikum..

Cepatnya masa berlalu..
seakan aku bermimpi..
2015..
usia perkahwinanku 18 tahun bersama Azman Ishak
Anak sulung kami dah 17 tahun
Anak kedua dah 15 tahun 
dan 
Anak yang ke tiga sudah tadika -5 tahun

ghosek-ghosek album lama
aku terjumpa gambar nie.
hahaha...time ni usia aku baru 20 tahun
dan ini pula kawan-kawan tempat kerja Hewlet Packad (HP)
kak Zah, kak Yah, kak Habsah, Aku, kak Murni dan kak Tini



My Mr. Arrogant
pertemuan dan perkenalan kami yang secara kebetulan (dipihak aku la)
sebab dipihak dia..dah lama dia intai dan risik2 aku dari teman2 di rumah sewa.




 gambar selepas pertunangan kami..snap kat kedai gambar
itu pun atas permintaan Mr. Arrogant..hurm..


sebenarnya...

tiada kata-kata terucap untuk buka bicara..
selama berkeluarga..
2015 adalah tahun aku dan dia di duga..

Alhamdulillah..
atas dasar pemikiran dan perbincangan
masjid yang kami bina masih utuh
kekhilafan di maafkan
Ujian-Nya kami tempuhi dengan redha

bak  kata pepatah
" buang yang keruh ambil yang jernih"
aku dan dia
memulakan semula bibit kasih dan sayang

betullah seperti yang dikata
"selagi ada jodoh..
ribut dan taufan pun tak dapat memisahkan
hanya ajal .."

Setiap kali diuji, ingatlah ayat 286: al-Baqarah
” Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya……”
Redha dan pasrah..
amalkan doa ini bilamana kita disakiti..dan dalam kekecewaan..

“Ya mufarrijal humum, 
Ya Mufarriju farrij, 
Farrij a’nna humumana, 
Ya hayyu Ya qayyum, 
Ya zaljalali wal iqram”
Maksudnya: 
Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah.
 Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah. 
Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, 
lepaskanlah dukacita, susah dan masalah kami.
 Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri”


 




















Anggaplah peristiwa itu sekadar ujian untuk kau mendekatkan diri lebih kepada Allah Yang Maha Esa. Ujian itu sebagai medium untuk kau mula berkasih sayang dengan Allah.

Sebagai medium untuk kau kenal apa itu cinta manusia, cinta keluarga, cinta sesama saudara dan semestinya cinta yang paling agung nan indah cinta kepada Allah dan Rasul.

Cuba sehabis mungkin untuk jauhkan diri dari peristiwa itu, bukan melupakan, tetapi dijadikan teladan.

Melupakan itu suatu yang sangat mustahil kerana mahu tidak mahu perkara itu sudah ada dalam catatan buku kita.
 Melainkan kita eksiden, lupa ingatan ke?
Haishhh jangan jangan! Akak gurau je, jangan buat naaa. 
Naudzubillahiminzalik. Ingat allah :)

Semoga awak yang membaca entry kali ini dikurniakan Allah pasangan halal yang ikhlas untuk bersama dengan awak  untuk menuju ke Syurga Dia melalui jalan yang diredhai dan dipermudahkan ke arah itu. InsyaAllah.


Friday, 5 September 2014

Kini kami Yatim Piatu



As Salam..

10hb. Ogos.2014

Tarikh yang memisahkan dan menjadikan diriku yatim piatu. Pemergian ibu tercinta Aruah Siti Asa Mohd Amin.

Seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku..panggilan pada pukul 1.15 pagi benar-benar mengejutkan aku.

Ya Allah. Dugaan besar yang aku lalui..kerana sehari sebelum itu aku dan keluarga pergi ke rumah kakak ipar di KL. Aku redha dengan ketentuan Allah. Pukul 5.00 pagi aku dan keluarga bertolak balik dari KL ke Kuala Kedah.

Pengkebumian aruah ibu dirancang pada pukul 11.00 pagi. Memang aku akui. Kereta dipandu laju oleh suamiku Azman Ishak..hanya doa dan zikir dibibirku. Doaku agar aku dapat melihat jasad ibu dan memandikan aruah.
Ternyata doaku dikabulkan. tepat jam 9.30 pagi aku sampai ke rumah. ketika itu jasad ibu telah diusung ke tempat mandi.


Tak kuasa ku menahan semua ini
Tak percaya untuk ku melihat ini
Apakah benar itu dirimu ibu
Terdiam membisu tanpa bersua

Terbaring ditengah-tengah kerumunan
Lantunan ayat-ayat Allah terdengar
Mengiringi sedihnya hati ini
Kau hanya diam tak bergerak

Menangis,, itulah yang ku bisa
Berontak tak kan mengubah semua
Ikhlaslah yang harus ku pelajari
Karena itu bisa membuatmu tenang



Alhamdulillah tertunai hajat kakakku Harisun untuk memandikan jasad ibu buat kali terakhir dengan bantuan makcik-makcik yang selalu memandikan jasad .

Sebak dan sendu yang terlahir tatkala aku lihat wajah kakakku yang menjaga ibu selama 7 tahun aruah setelah diserang angin akhmar.

Tenang wajah kakak..walauku tahu hatinya hancur luluh sepertiku.

Allah permudahkan pengkebumian ibu..awal dari masa yang dirancang.

Al-Fatihah buat ibu tercinta.
 Ya Allah, ampunilah dosa kedua aruah  ibu dan bapaku.
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi diriku dan saudara2ku.
Tempatkanlah aruah bersama  golongan aruah muslimin dan muslimat yang beriman.
AMIN.

Tuesday, 2 August 2011

~HakCemmmm....berhaboknyaaaaa blogs nie...~

Salam Buat Semua Yang ter'singgah ke blogs nie..

Dah masuk hari ke-2 kita berpuasa..
baru ada masa nak hapdet skit blogs yang dah lama berhabok nie..
macam2 crita yang dah ter'miss'..
dan dah banyak contest yang tak disertai ( Mcmla selalu joint blogcontest...hahahaha)

SEMPENA BULAN YANG MULIA NIE..
SEMOGA MASIH ADA KESEMPATAN UNTUK UCAPKAN
SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA TEMAN2 BLOGGER..

dalam kesibukkan nie..
terubat dengan keletah anak-anak
terutamanya zuriat ke-3 Nur Ainul Alia
dah masuk 10bulan dah..
sekejap saja masa berlalu..kan.kan..





dah pandai berdiri..kalau masuk dalam kereta dah tak nak duduk atas riba.
nak berdiri saja..erm..bersabar je la...
budak nak membesar..

ni anak sulung..
semakin matang ...tapi stay manja..



lagi aksi-aksi yang sempat dirakam semasa dalam perjalanan ke Guar Perahu ( umah kak ipar)



marah sebab tak dilayan..


control comey...hahha..



gambar semasa 6 bulan..
baru pandai merangkak..

ok stop dulu..
nanti hapdet lagi pict dan peristiwa yg telah 'basi'...ahaks..


Tuesday, 29 March 2011

~Fire-Alarm + sauna ~

DRILLLLLLLLLLLL...
bingitnya telinga dengar bunyi fire-alarm
menderu2 kami lari2 anak,,keluar dari building.
yang bestnya tu..tengah panas terik lak..
adess..
baru ja lepas lunch kat Secret Recepi...
pepun enjoy...


geng BUMP ...design Mgr n Eng
boleh lagi berbincang ..siap dok belek lampu kereta lagi..hahaha


panas-panas

 aku..siap leh bergelak tawa ngan boss lagi..
sauna beramai2

dah buat dah la Eng BUMP truja dengan design lampu..
erm..bagus2 berkaitan dengan kerja depa..



sedang menghayati angin sepoi bhasa dalam sauna..



sian mak labu nie..
bila lagi nak membuang masa kat tempat parking..



dah abis bab tu..
ni nak hapdet gambar terbaru Alia..



dah boleh meniarap
dan dah boleh go head- gostan..



anak dara yang suka senyum..
mcam mak dia tak??
ntahler..



abg kesayangan Alia..
Kimie..


kemain lagi kalau tengok kamera..

Wednesday, 16 February 2011

~Erm..bestnyer...pertama kali dapat adiah dari 1st contest~

 salam..
erk terlambat nak hapdet blogs ar..
 sukanya ati balik dari kerja isnin lepas...
ada sampul surat berisi adiah dari Adybudika..
wohohoho...
kiutnyer...tomey..

aku pe lagi..berposing sat...ngeh..ngeh..ngehhh...ye la first time dapat adiah dari contest blogs katakan...

 banyak gak ler aku posing ngan adiah..tapi yang nie saja yang terdaya aku tempek
satg mesti kena kutuk ngan member2..ahaha...

sampai Alia asik tengok mak dia dok layan perasan sorang-sorang..


tak terperasan lak Alia tengah dok merengek-rengek minta di dukung...
hahaha...aduiiila..ditimpa prasaan sungguh..

 iskh..iskh..." mak nie berposing sampai tak igt kat Alia...
hurm...."


alahai berlian mak sorang nie..mesti tengah majok nie...


Monday, 2 August 2010

~ Adess.. kan akak dah kata dah tadi...degil sungguh ..~

Salam semua...
Harini...2/8/2010...Lim Guan Eng..Ketua Menteri Pulau Pinang datang melawat kilang kami- Philips Lumileds Lighting ( M ).
Salah seorang geng kami terpilih untuk turut serta menyambut ketibaan Lim Guan Eng ( pegang bunga manggar ).
Fiedah...woho..make-up n baju sponsor.kebaya pendek tuh.Masa dah abis tu..memang ler Fiedah ajak tangkap gambaq. Tapi peyot tengah memulaih..baby nk makan nasi ar...so lepas pekena sepinggan baru kami p jengah Fiedah.kebetulan dia pun dah lama kot menunggu ...trus tukaq baju..tinggai rambut n bunga plastik ja..bercampur make-up . Jadilah..yang lain2 turut possing.
Aku lak..paham2 je la..lepas makan..baby cam sronok lak ...adess..
peyot rasa tegang ja...baby nie....xbagi mak dia possing kot.
Tinggal aku sorang je xpossing..memang gtau derang..tak nak ler possing sebab sakit peyot..
tapi tu la..geng kami..kalau dengan kamera...huh..berantu...(termasukler aku...tp bersbb tu pasai xnak amik pot..hik..hik..hikkk )







Ni pict nie..Fiedah mai jugak2 kat krusi yang aku tengah lepak.
Gasak ler..nampak sangat muka aku cam tahan sakit ..kan..kan..
pepun thanks kengkawan ..tanpa korang sapala aku...hik3...

Monday, 26 July 2010

~ HaDirMu.. tAkDirKu...~




Salam..

Harini masa tengah jengok2 laman ILUVISLAM.

ternampak Design terbarunya..ZURIAT.

Erm..pejam celik : pejam celik dah masuk usia 7 bulan kandunganku..

Comelnya budak perempuan dalam design tu. Teringin juga nak milikki anak perempuan.

Hahaha..pepun aku dan suami berserah dan redha dengan pemberian Ilahi.Cukuplah kami setakat berdoa moga-moga kehadiran anak ke-3 ini cukup sifat dan sehat.AMIN



anakku

Semalam aku dan suami pergi ke rumah baru dekat Paya Terubong..

Entah apa mimpi suamiku...

mungkin ketiadaan anak-anak yang pergi ke Sg.Petani untuk hantar

arnab ke rumah sepupunya.

Aku sendiri rasa truja nak pergi..sebab rasanya dah seminggu kami tak jengok ke rumah tu.

Dalam perjalanan ke sana..suami asyik ngomel tentang alam perkahwinan kami saja.

tentang pengorbanan aku selama ini yang sanggup tinggal sebumbung dengan emaknya.

Katanya dia bertuah sebab dapat isteri sepertiku.. ( erm..lain macam ja ayat..ada hati nak tambah isteri ka suamiku nie...sereyau aih )

Aku biarkan saja dia dengan omellannya. Dah lama kami tidak berbual berdua camni.

Dalam hatiku sentiasa bersyukur kerana Allah pertemukan Jodohku bersama suami.

Ye la..manakan tidak.Kami bukan pasangan bercinta. hanya kenalan pada abg angkatku/kak angkatku saja.

Sengaja aku bertanya pada dia.Macamana leh terfikir nak melamar aku.Ye La..aku kan budak kampungan saja semasa kami jumpa kat Pantai Cgate. ( BBQ besdey aku yg di'sponsor oleh abg/kak angkat )

Dia kata dia suka sebab aku buat muka masam bila nampak orang yang aku tak kenai masuk majlis. adakah alasan camtuh dia bagi.Pepun memang masa tu..aku memang tak bopa ceria pun..

huh..gila..crita dah 13Tahun diungkit balik.

Aku stopkan saja omellan suamiku. Malu. ( agaknya ni penangan cinta selepas kawen )





Sampai kat umah baru..barula ku tahu ..

patutla suami ber'ia2 ajak datang sini.

nak buat kejutan ...dia dah siapkan bilik anak2.

Woo..hari nie aku happy sangat bila suami berterus-terang yang dia teringin nak duduk rumah sendiri. ( ya seperti juga aku .. )

tapi aku peringatkan dia tentang tanggungjawab dia pada emaknya.

Hanya dia saja anak lelaki harapan.Lagipun aku tak terasa jadi orang asing dalam keluarga kerana layanan emak dan ipar-duai seperti aku anak/adik bongsu mereka.

Ya Aku BHAGIA...Alhamdulillah,

aku brsyukur dengan perjalanan hidupku selepas kawen.

~ HaDirMu.. tAkDirKu...~

I love my family


Thursday, 15 July 2010

~ TakDir buatMu ...Kak Nah...takziah dariku sekeluarga ~


'Jaga anak baik-baik'

Oleh Kasdi Ali dan Mohd Husni Mohd Nooram@hmetro.com.my2010/07/15

IPOH: “Ketika keluar dari rumah pagi semalam (kelmarin), arwah sempat berpesan supaya menjaga anak baik-baik. “Itu saja pesanan yang sentiasa dia beritahu kepada saya setiap kali keluar kursus atau tugasan di luar daerah.
“Sepanjang pengetahuan saya, tiada perilaku dan tabiat yang pelik ditunjukkan arwah. Sepatutnya dia dijangka pulang dari kursus berkenaan esok (hari ini),” kata Rosnah Mat, 44, isteri Allahyarham Sarjan Saidin Mohd Dom, 50, yang maut dalam kejadian letupan bom di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar petang semalam.
Katanya, dia menerima panggilan mengenai kecelakaan yang menimpa arwah kira-kira jam 5.45 petang sebelum menerima berita kematiannya kira-kira setengah jam kemudian. Rosnah berkata, arwah suaminya sudah berkhidmat di IPD Taiping lebih 10 tahun.
“Jenazah akan dikebumikan di Bandar Baru, Kulim, Kedah iaitu di kampung neneknya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.
Arwah meninggalkan enam orang anak iaitu empat perempuan dan dua lelaki iaitu Norhayati, 24, Mohd Nor Hafiz, 22, Mohd Shafiq, 19, Nor Amalina, 16, Nor Ashikin, 12 dan Nurul Syafikah, 8.
Tinjauan Harian Metro di perkarangan Bilik Forensik HRPB semalam, mendapati lebih 100 kenalan arwah termasuk anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh dan Taiping bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf.




salam...

arini aku dalam kemurungan lagi...

terkejut dengan sms yang aku dapat semalam...

tentang kakak sepupu belah mak....kak Nah ( Rosnah Mat ) yang kehilangan insan tersayang pada petang kemarin. Aku sendiri tidak pasti punca kematiaan suaminya.Namun sebagai saudara aku jua terasa . aku tak dapat nak menghadirkan diri untuk bersama-sama adik beradik di Bandar Baru .

Perbincangan dengan suami semalam..hujung minggu ini ..InsyaAllah kami akan menziarahi keluarga Kak Nah . Ini kerana hari ini dan esok anak-anak masih bersekolah dan suamiku terpaksa membuat lawatan tapak untuk tender barunya. Erm..

Tengahari tadi abg It telefon aku ditempat kerja dan beritahu tentang punca kematian suami Kak Nah. ( tengok catatan yang aku paste dari harian Metro.

Innalillah hiwainnahirojiun...

Semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah serta di tempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh..AMIN...AL-Fatihah.