MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Saturday, 23 May 2009

~MaWaR DeSa Eps: 17~






Large roses divider Pictures, Images and Photos
cinta Pictures, Images and Photos

Aku tetapkan tekad dan kembali ke pangkal jalan.
Aku mulai sedar,
tujuan aku bekerja
mencari rezeki hingga jauh diperantauan begini.
Aku budak kampung seperti dulu juga
walaupun aku sekarang berada dibandar.
Tuduhan mamat tu padaku ,
sebagai Perampas
tunangan orang menjadi logo untuk aku bangkit kembali dan bukannya pematah
semangatku.
Ah..pergi mampus dengan prasangka mamat perah santan tu.
Walau tercalit
luka aku anggap itu sebagai tanda kedewasaan aku.
“Allah turunkan kesakitan untuk manusia ,
untuk kembali ke pangkal jalan bukan kerana
membenci tapi itu namanya mengasihi”
Hari-hari murungku kembali ceria seperti dulu.

Aik pelik pula hari ini.
Kakak dan teman-temanku asyik tersenyum-senyum ja.
Mentang-
mentang semalam malam jumaat..
mesti ada kenangan manis la tu…sakatku.
Erk..terkesima
aku bila huluran surat ..
yang entah dari siapa aku sendiri tak pasti.
Namun aku buat
selamba mentadak ja..
ambil dan terus letakkan dalam loker.
Erm..mimik muka kakak dan
teman buat aku tergelak dalam hati.
Memang la aku sendiri tak sabar-sabar nak buka dan
baca..
tapi kenangkan sikap “kipoci’ mereka ,
aku tabahkan diri juga simpan surat misteri
tu.
Yelah..mulut manusia ni bukannya boleh ditutup.

Meluat-meluat aku pada mamat tu..
masih juga aku terjeling-jeling ke line depan aku
tu.Nasib baik tak juling.Berdendamkah aku atau rindukah aku?
Adess…Tak baik
berdendam nanti muka tak cantik>kata emak…
fuh Istifar aku .Arini mamat tu semacam
ja..
serius macam singa lapar daging orang.
Aku pun buat kening Ziana Zain …
tunjuk skill
yang aku terluka sangat dengan tohmahan dia.

Kadang aku sendiri lucu,
kerana perbalahan
dan tohmahan dia hanya kami berdua ja yang tahu.
Renungan tajam dia padaku,
buat aku
rasa macam nak menonggek dan tunjuk buntut padanya
..ambil kau.. ingat aku takut.
Ni
anak Arshad tau.

Ops akukan gadis pingitan
..mawar desa…
jadi kenalah aku tunjukkan
kesopanan.
Aku tunduk beralah tapi bukannya aku kalah..
tapi kontrol ayu
jela..hahaha…
Jadilah Mawar Desa kebangaan emak dan bapa.
Pujuk hatiku.Rindunya pada
mereka.

Idea datang,minggu ni nak balik kampung lepaskan segala masalah..
kedamaian
desa menggamitku kembali.
yehaa...tunggulah kepulanganku nanti..desa tercinta.. mawarmu akan pulang..
Kehijauan ,ketenangan desir air sungai dan kicauan murai dan
merbah jambul…

tunggu kepulanganku.



akhi Pictures, Images and Photos

~MaWaR DeSa Eps: 16~

Slide 20
roses divider glitter Pictures, Images and Photos

Cinta datang tanpa diduga..
Cinta datang tanpa sengaja..ia bisa berputik dengan seribu keadaan.

Selalunya dari pandang pertama,ada yang dari pertelingkahan,
ada juga melalui orang tengah.
Aku juga tidak terlepas dari rasa debaran cinta dari sebuah kebencian .
.erm kata pujangga..cinta terlalu
unik..

Ku akui Azmir adalah cinta pertamaku dan kurasa sendiri kelainan debaran jantung pabila
bertembung dan bertentang mata dengannya.
Walau terpamer dari wajahku mimik kebencian namun
dihati terubat kerinduan.
PELIKKAN…itulah cinta agaknya.
Entahlah mungkin aku terlalu cepat buat
tafsiran tentang perasaan hati.Ah…
cinta mengubah segala-galanya bagiku.Dalam diam-diam aku memuja
mamat perah santan tu,namun itu rahsia hatiku.
Bilang emak andai kita jatuh cinta ..
wajah dan perwatakkan kita berubah..begitu juga aku.Semakin
bersemangat..
dan pujian tentang sikapku yang dulu asyik berjenaka..
sekarang sudah menjadi pemalu dan
hanya tersenyum tiada lagi usik-usik dan lawak bengap dari mulut becokku dulu .
CONTROL comey la
tu.hik..hik..hik.


Namun keindahan alam fantasi yang aku bina dalam rahsia tu
berkecai bila hinaan dari orang aku puja
masa TEAMBUILDING buat aku sendiri hilang keyakinan diri.
AH…CINTA pada diri sendiri lebih baik
dari memuja diri orang yang aku sendiri tahu
(tapi buat2 tak tahu kerana syok sendiri)
yang asyik cari
alasan untuk aku dan dia bertelingkah..
Nak tergelak juga kerana idea gila aku sendiri aku terluka.
Gara-gara ingin menguji adakah mamat perah
santan tu ada hati pada aku atau tidak aku terima pelawaan dari abang Norman untuk berpasangan denganku masa Teambuilding.

Persetujuan oleh kakak serumah dan teman-teman ,
aku bersetuju pergi
dengannya tapi bersyarat ..
teman baikku Shida,Fifi dan Kak Odah sertai aku naik keretanya.
Kiranya aku
nak tunjuk kat mamat perah santan tu yang aku juga ada peminat dari kalangan Enginer..hahahha padan muka aku..
tempelak dari mamat tu buat aku terpana.
.walaupun dia tak lafazkan dikhalayak
ramai…
bertentang mata kami berdua sudah cukup untuk merelaikan sekeping hati mentahku.
Aduh..tak
dapat aku gambarkan perasaanku pada masa itu.
Malu,sedih,kecewa dan saat itu empangan air mataku tak
dapat ku tahankan lagi.

“ Budak kampung…memang suka ambil kesempatan…jadi perampas tunangan orang pun tak mengapa!!..bisikkan ketelingaku oleh insan yang kupuja masih berbaki walaupun hampir seminggu peristiwa hitam itu berlalu.

Ah !Celupar dan bisa juga mulut mamat yang kupuja itu.
Cemburu atau dia
yang suka berprasangka?
Entahlah tapi ayat itu sering terngiang-ngiang ditelinga.Pedih hatiku.
Bencikah aku padanya?hancurkah cinta fantasi yang kubina?..
Aku sendiri tidak paham dengan perasaan
aku sendiri.
Dalam benci ada rindu berbaki padanya.

Adat manusia..aku kembali merapati yang MAHA
ESA,tempat ku mengadu diperantauan.
Sendiri cari penyakit sendiri la cari penawarnya.Allhamdulillah
kerana aku masih ada benteng kesabaran.

Dari risikan teman-teman aku ketahui tentang perihal abang
Norman yang menjadi punca. Opss..bukannya dia yang menyebabkan…tapi naluri hati ingin menguji si buah hati…
Abang Norman tidak bersalah dia cuma mempelawa aku ..
jadi yang bersalah aku yang
menerimanya.
Tamatnya tali pertunangan antara Abang Norman yang pasti aku bukan
penyebabnya,
lagipun peristiwa itu dah berlaku dua bulan yang lalu.
Sedangkan Abang Norman baru ja
kerja sebulan.
Cemburukah sang arjuna??
Ah ku cucuk perasaan yang berbunga harapan itu..
biar tiada lagi
harapan untuk aku kembali berfantasi dengan hati sendiri.

Aku yang membina cinta fantasi aku sendiri yang harus pecahkan dan hapuskan dari hati..
biarlah
kemanisan itu aku jadikan nostalgia.
Hanya dalam coretan dairi.
Namun aku tetapkan diri mengatakan
inilah perasaan cinta pertama yang aku lalui.
Terpahat dalam hatiku menjadi tanda walaupun sesaat ia
menjelma namun aku bersyukur..
moga-moga ada hikmah disebaliknya.Amin….

Friday, 22 May 2009

~MaWaR DeSa Eps: 15

butterfly Pictures, Images and Photos

Slide 19
Salam...
maap terlalu lama untuk aku tulis kembali nostalgia yang masih utuh dalam minda..
~mawar desa ~ disambung kembali sbb arini aku tenang coz anak2 dah abis exam. So aku tak perlu lagi pantau derang untuk ulangkaji..ahakss..
myb setengah owang xsuka mengimbau kisah silam..
bagi aku..biaqla..nostalgia ini terpahat dalam blog bidadari centa ini..
kerna..aku ingin ia menjadi santapan secebis crita perjalanan aku dalam meniti hari2 dalam hidup seorang hambanya di dunia yang sementara cuma.
Pada suami..thanks sbb izinkan sayang mengimbau kenangan dulu..
Percayalah..hanya engkau di hatiku...InsyaAllah...

jom...ke nostalgia hidupku..









“antara gadis yang kutemui..
Kau saja dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman terpegun diriku
Ketika bayu mencium pp
Suria pula terasa hati

Kerana engkau sungguh rupawan

terpegun diriku”


Ek..Aduhai…mamat jiwang nie..dah tak reti ka nk tukar lagu lain??naik berbulu dengar lagu jiwang lembut tu.Ni aku nak kisahkan tentang seorang mamat kat line depan tempat kerja aku.Bahgian QCC juga tapi untuk Hi FI.Asal masa rehat ja lagu tu akan berkumandang.Nak kata handsome tak la sangat.Tapi ‘good looking’ jugak la.Ehem..dalam diam aku curi-curi tengok dia juga mamat jiwang lembut ni.Hairan sungguh lelaki yang boleh dikatakan mancho dengan badan sedikit ber’otot’ boleh minat lagu camtuh…Hahaha…lawak gurun sahara sungguh
Hubungan aku dengan mamat jiwang lembut tu terjalin selepas kami bergaduh selepas teguran mamat tu pada aku ..ala-ala rambo masa kat kantin lak tu.Aku maunya tidak naik angin bila dia tegur depan teman sekerja aku.. “ tak naik ketumbit ka hari-hari skodeng orang..” Soalan ka teguran tu??nak kata gentelman..huh geligeleman adala.

Uwek…hampess…ingat aku skodeng dia la hari-hari?balasan dari
soklan dia tu..
“ hello…tolong sikit…apa kes nak skodeng awak??tak ada faedahnya..kalau takat mamat
jiwang yang minat lagu-lagu lembut macam awak tu…
buat loya tekak ja saya bukan apa terasa nak
muntah tu pasai saya tengok line awak…
kan depan tu toiletkan… perah santan betui la awak ni..eiii”
balas aku.huh padan nak sangat tanya soalan yang macam kacang kat aku.ambik ko…!!
.Deraian ketawa
aku n the gang buat mamat tu macam berdendam ja….
Kuss semangat .Tidak dinafikan memang aku
sering curi-curi pandang dia,salah ka?

Dari cakap kawan-kawan ,mamat tu rasa tercabar sebab dia dah tahu aku gelar dia
“mamat lembik tu
pasai dia sengaja bagi soalan kacang tu kat aku.
Huh padan ngan muka aku.
Tapi mendidih juga aku bila
dengar dia pun ada gelaran kat aku “minah brutal@,budak kampung” memang ler aku asal dari kampung.
Apa ingat aku leh masuk balik dalam perut mak ke pastuh suruh mak lahirkan aku kat hospital
bandar..
kalau aku nak gelaran budak bandar,…
aduhai..tapi aku bangga dengan tempat kelahiranku.
Siot
betui la mamat tu.
Semenjak dari pertikaman lidah tu …
asal terpandang ja muka mamat tu (aku dah tukaq gelaran baru
‘mamat perah santan-perasan)
aku akan buat mimik muka badut juling dan dia pulak suka jelirkan
lidah.
Macam anak ular ja..huh .Mak selalu nasihatkan aku jangan suka bergaduh dan benci-membenci
nanti kalau dah tak jumpa jadi rindu pula.
Aik ..very the genius la mak aku ni.ada sekelumit kerinduan
andai ...
aku tak nampak kelibat mamat perah santan tu.
Ngeh..ngeh..ngeh..

AKU jatuh CIntA>???
walaweyyyy…Erk ngan mamat perah santan tu?
Adess la…meluat ,menyampah
adala..
tapi aku akui juga kerana mamat tu jugakla bagi aku semangat untuk datang kerja.
Hahhaa…
Adess..

mata nie dah xterangkat dah nie…

bersambung lagi dalam eps: 16