MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 24 August 2016

Ke Dusun kita Yoop...Batu Kurau

15/08/2016
Sub:Mini re-union 
Tempat: Dusun Mat Lut di Batu Kurau, Perak

Alhamdulillah,
berdua ja..sebab anak dara sorang tu tak berapa sihat
takut juga nak bawa dia ke dusun..iyalah dalam kebun2

sarapan dulu kat Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor
erm..hajat tu nak beli lebih sikit tosei untuk ayah Mat Lut
tapi sedih sebab isnin gerai tu tutup
tak da rezki..
 nasiblah semalam tergerak hati nak beli kuah rojak Padang Kota Lama
so..lepas sarapan terus ke pasar di situ beli sengkuang, timun dan nenas
ada la juga buah tangan kan




janji pukul 11 camtuh tunggu dekat pekan Batu Kurau.
Alhamdulillah..dipermudahkan Allah
so harini..geng member Sekolah Vokasional Kangar berjumpa :-

1. Aku


2. Mat Lut

3. Ayang-Ishaniza


4. Ziera-Zaidaty Azira


kami bersama suami dan anak2..
kami terus ke dusun 

jom layan suasana kat dalam dusun


  termonyeh2 makan durian baru luruh


dok perelai rambutan kuning ..pergh..isi nyoq tu (aku dan Ayang dan Ziera)



terbaekla..durian dari Dusun Mat Lut 


ralit woo menikmati nikmat yang Allah berikan pada kita ..
udara yang nyaman, buah-buahan..
~Syukur Selalu~











 dah penat makan buah.. Mat Lut layan kami tip-top ..
makan tengahari ..menu kampung ala2 resepi Perak yopp..
sedap..tempoyak..ulam-ulaman,,ayam kampung masak lemak..sambal belacan..
termengah2 dah kami..hilang diet sebulan..huhuhu


 

 landing dan borak2 ..hari macam cemburu ja ngan pertemuan kami..
dah petang..so mohon undur diri dulu..











dah nak balik dibekalkan pulak buah2 kayu katanya rezki baik di kongsi..
penuh bonet ..Alhamdulillah rezki kami
Ya Allah..moga murah rezki sahabat kami sekluarga..Aamiiin,



dah sampai umah ..
time nak angkut balik tu..mak aih baru sedaq penuh satu keta sorong.
dalam hari memang nk kongsikan lagi rezki ni dengan jiran-jiran






Tuesday, 23 August 2016

Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Timur Laut 2016

Assalammualaikum..
Alhamdulillah..
Di permudahkan dan berjalan lancar semua yang direncana dengan izin-Nya.
Aamiin.










semangat sungguh Nur Ainul Alia



dah mula bosan ..
tunggu untuk perbarisan


bersiap sedia untuk perbarisan..


Sebak..dah besar anak dara sorang nie..


suka sangat buat muka serius bila nampak kamera


permainan..Poket Doremon

 

Alhamdulillah..berjaya juga..


 

 bersama guru :- Cikgu Siti
terimakasih cikgu..


upah .. belon RM5/-
apa salahnya bagi ganjaran untuk buat dia gembira


possing sakan plak..

 

Wednesday, 10 August 2016

TARIKH KERAMAT ITU BERTANDANG LAGI

Assalammualaikum
harini.. 10/08/2016
tarikh keramat ini..
akan berulang tahun demi tahun
terpahat diruang jelas..
kelibat orang ramai di rumah pusaka..

aku..
09/08/2014
malam itu di Kuala Lumpur
sejak dari mula nak gerak ke KL memang rasa tak sedap hati
tapi kerana tunaikan hajat kakak ipar di Balakong
aku paksakan juga..
hadir ke kenuri anaknya Muhd Iqbal..

selalunya kalau sampai KL 
aku yang berselera untuk menjelajah merata shopping mall
tapi aku amik keputusan untuk inap ja dalam rumah kakak ipar di Melawati
bersembang ..bergurau dengan mereka anak beranak
untuk pergi ke rumah knuri pun aku tak daya 
pelik sungguh perangai aku.
suami pun hairan..

erm..dalam pukul 3.00 pagi.
aku trima panggilan dari kampung
tiga ayat ja dari abang ipar
"adik baliklah..mak dah tak ada..Innalillah..."
ayat tu buat aku terkaku..
dalam kabur ayaq mata..
aku lihat suami dan anak-anak nyenyak tidur
aku...???
terkelu..ku genggam dan belek handphone ditangan
betui ka..atau aku bermimpi??
gerak suami..bagitau ayat tadi..
suami suruh istifar dan mengucap.
dia yang follow up calling abg dan kakak di kampung
aku...??!!




aku...
pasrah dan redha..
aku kini anak yatim piatu..

so..
tarikh ini utuh dan terpahat dalam minda aku..
selamanya..mak..
trimakasih kerana melahirkan aku ke dunia ini..
dalam hidup yang serba sederhana..
aku bahagia..
terimakasih atas keringat mu membesarkan aku

maafkan juga diri ini
kerana tidak menjagamu..
mungkin di takdirkan kita berjauhan selepas perkahwinanku..
namun
dalam sudut hati anakmu,,
tidak pernah lekang namamu

Al-Fatihah..