MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 18 March 2010

~ Tahun Bertuah dalam sejarah hidupku ~

Assalammualaikum...

Dah 3bulan tahun baru 2010..,

Lamanya tak hapdet blogs.

Fuh..Fuh...berabuknya...dan banyak pula kisah2 perjalanan hidup dalam tahun baru ini dilalui.

erm... cepatnya masa berlalu...

nak senaraikan dulu ..
peristiwa2 sepanjang 3 bulan pertama tahun baru yang ku lalui...(sebelum terlupa..)
-PPM yang penuh tragis..
ntahler..nak mula dari mana..
dalam keadaan yang tengah alah ngandung nie..
naik rimas nak gaduh2 ..nak bising2 ..
tapi apa yang dapat tu kira Alhamdulillah la..dari tahun lepas.
~ yang tragis tu kannya apa..~
rasa terkilan la plak..buat keja macam nak gila..tapi macam tak dihargai ja..
tambahan pulak ada yang dok boh jarum, erm...bara dlm sekam la jdnya...hahaha
nasib baikla ..leh cool..stay maintain leh think positif.
-penantian yang dikabulkan Ilahi - 10 tahun beb...lama tu..
Alhamdulillah...syukur pada Ilahi
Akhirnya penantian selama sepuluh tahun terkabul juga...
aku mengandung anak ke-3
aku berdoa dan berharap moga2 kandungan ini selamat dilahirkan..AMIN..
bagi aku..perempuan ke laki2 ka aku tak berapa kisah..
Janji anak aku cukup sifat, comel dan sihat.


Kenduri anak saudara di KL..


Ni salah satu hadiah perkahwinan depa yang kreatif..
siap gunting gambaq pengantin pelekat kat adiah..sempoi..
Pengantin diarak masuk dengan paluan kompang dan bunga manggar
( yang bawa bunga manggar tu..anak saya ler..)
Member dari kecil ...Zaquan...pemain bola sepak..
tudia..menghiah sungguh...pakat serbu nak amik gambaq dengan dia.
termasukla...akak nie..sapa ntah ler...hik3..
yang kelakarnya .. husband dok kat belakang pun tak sedar..pulun Q nak amik gambar..
Jangan gosip erk..tu akak ni tgh 2 bulan ngandung..ngidam kot tu..hik3
pengantin di pelaminan..
sEmOgA bHaGiA SaMpAi ke UjUnG nYaWa..AMIN
Orang paling sibuk dan dah 2 hari tidur tak lena..
abang ipar ...aik..penuh beg nampak..siap ada banker tlg simpan..
antara adik beradik Penang yang hadir ke KL untuk hari bahagia Azim dan pasangannya..
Tok su Mamak & isteri, Kak Maria sekeluarga,Kak Mah Tek,Ummi, Kak Odah sekeluarga..

Wednesday, 20 January 2010

~ Hari Bahagia Untuk Azim~


Salam..

Seperti yang dijanjikan.

Lampiran gambar-gambar perkahwinan antara azim dan pasangannya.



Hantaran perkahwinan pihak kami ( pengantin Lelaki ) tema hitam dan putih.




Bunga Telur





Bekas cincin




keronsang dan kain sut



sirih junjung







beg tangan dan dompet


Ini pula sebahagian dari pembalasan hantaran dari pihak perempuan.

Serba biru.






Tali pinggang dan dompet






Buah-buahan








Sirih Junjung







Meja makan beradap




Ni pict aku tengah posing masa nak balik dari kenuri dah nie.





rentetan gambar semasa kami ke rumah pengantin perempuan.

Sakan juga orang Johor.Setapak pengantin lelaki bertandang dikenakan 'tol'.

Ades...nasib baik la..masa kat rumah rehat tu mak andam dah mai bagitau pasal 'tol'.

Untuk kat luar rumah dalam RM2/-

dan kalau dlm rumah 'tol' dalam RM3-4/-

dan last sekali 'tol' naik pelamin kiranya mak andamnya la nie..RM80/- tunai

wooo...

jenuh dok tukaq det singget2

hahaha

..

k la layan ja gambaq 1/2 ja nie..







gambar akad nikah di masjid - pagi



ni masa kami berlarak...hujan renyai-renyai..( abis make-up aku..haha)



ni pengantin lelaki di sekat oleh mak andam.

"Bayaq dulu baru leh naik pelamin"

hahhaa...berpeluh-peluh si adik pengantin merangkap pengapit arini,,,

dok tengah mengarang pantun pula..tadi kata hulur duit 'tol' dah settle..hahaha




pengantin perempuan disebalik kipas mengira duit 'tol' mak andam

" tak cukup lagi seringgit...tak apalah ..nak sanding jugak.."


Akhirnya setelah settle semua 'tol'

mereka disatukan di pelaminan...

senyum..senyum...ada makna tu...duit 'tol' leh claim.



aku dan keluarga tak lepaskan peluang...bergambar..

tapi tak bopa nk segak.sebab dah luntur make-up kena ujan..hahaha




Ok la..

ni sebahagian daripada gambar-gambar kenangan sebelum menjelmanya tahun baru 2010.

Tuesday, 5 January 2010


the love haert maker Pictures, Images and Photos


Assalammualaikum...

nak hapdet blogs jap..


Sudah tertinggal banyak kisah2 menarik ujung tahun lepas.Antaranya kisah perkahwinan anak saudara ( anak akak ipar kat Tmn.Melawati -KL ) pada 26hb.Dec.2009 tapi sebelah perempuan kat Johor ( Ulu Tiram ).

Dalam perancangan aku dan family nak bawa anak-anak bercuti kat sebelah utara ja.Kebetulan la pulak mentua tak dapat tiket bas nak pergi KL.Anak-anak gaduh nak p mandi kat Sunway Lagoon.Hasrat kami tu..nak pergi kenuri kahwin anak saudara pada raya Cina 14hb.Feb.2010.


Dah anak-anak dok ajak dengan mentua pulak tak dapat tiket nak pergi KL.Suami dah setuju nak drive ja ke umah akak.Tapi kira antar mak je la pergi kenuri dengan kak ipar sekeluarga ke Johor.Kami tinggal kat rumah dia ja..sambey jenjalan makan angin.

Hari rabu kami bertolak dalam pukul 4.30ptg sampai.Akak dok pujuk suami ajak konvoi ke Johor.Malu alah dengan akak ipar aku pun setuju ar.


Hari Khamis kami bawa anak-anak pergi mandi kat Sunway Lagoon.Wooo banyak perubahan sungguh.Tiket dah tak da lagi dah untuk basah dan kering.Naik pening kepala nak pilih apa.Anak2 dok tergedik2 ajak masuk.Dah macam-macam kategori.Igt nak save suami beli ja tiket.Aku dapat jam biru ngan anak2.Suami pakai jam warna hijau.






Lawak-lawak..sebab smua mainan hanya untuk jam warna terhad ja.Jam warna hijau boleh masuk tempat menatang.hik3.aku kemain lagi sakan main.Anak2 kami biar mandi puas-puas.Kesian kat suami ,aku belanja dia naik Go-Kart

.



Last-last memang la aku best gile layan mainan kat situ.tapi bila tengok gambar yang diambil aku kecik hati ar.Tengok gambar suami ngan burung-burung jinak atas tangan buat aku rasa nak masuk ambil gambaq la pulak.huhuhuu..begitulah

Bersambung ..nanti aku lampirkan gambar perkahwinan anak saudaraku di Johor.

InsyaAllah


Animated Birds Pictures, Images and Photos
















Birds Pictures, Images and Photos
















Birds animated Pictures, Images and Photos
















heart giving Pictures, Images and Photos
















Roses and heart Pictures, Images and Photos
















Love Song. Pictures, Images and Photos