MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 18 July 2008

Luangkan masa bersama zuriatmu..




Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmatihidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yangakan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikapterlalu manja.
"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nakdengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Bukubaru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi."Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "BolehlahPapa?.! ..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah."Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa?bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya kelantai. Nyata dia tidak mahu mengalah."BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkahpermata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikitberkaca, lalu dia beredar sayu.Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menolehke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"Saya hanya memandang tajam ke arahnya.Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.
Masa terus berlalu, seminggu,dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannyatak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapanbersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya."Mama! dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya.Saya mengangguk.Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena.
Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma tergangguseketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiranmengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isterisebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ! ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya."Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidaksambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut.
Di hospital,Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkandiri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah.
Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-s! ekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidakdapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.
Keesokanharinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terimakasih kerana membacakan cerita itu padanya."Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kataSerena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini,walau setahun berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yangdiperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seoranglelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah

Hajat Tidak Kesampaian



Setelah punyai rumah besar, jawatan tinggi dan kenderaan, hati Zamil masih belum puas lagi. Zamil dapat rasai yang hidup ini kekosongan kalau tiada anak. Zamil dahagakan zuriatnya sendiri. Setiap kali dia melihat ibubapa memimpin anak anak mereka, teringin dihatinya mempunyai anak yang boleh menghiburkannya.

Sebelum berkahwin dahulu, Zamil adalah seorang pemuda yang hidupnya penuh dengan berpoya poya. Hampir setiap malam, dia akan ziarahi kelab kelab malam di semerata kota metropolitan Singapura untuk melepaskan nafsu buasnya. Minuman arak dan wanita wanita menjadi teman sepanjang malam.

Tapi segala gala berubah setelah dia berumahtangga dengan isterinya Aisyah. Dialah wanita yang terbaik sekali yang pernah Zamil kenali. Sudah 8 tahun mereka berumahtangga. Zamil begitu bahagia dan tenang sekali hidup bersama Aisyah. Zamil dapat rasai, Aisyahlah isteri terbaik yang pernah dia miliki. Namun sekian lama mereka bersama, sehingga saat ini, mereka masih lagi belum dikurniakan zuriat.

Hingga sekarang, Zamil tidak pasti siapakah puncanya sama ada dia atau Aisyah yang mandul. Sudah dia usaha pergi ke doktor memeriksa, tapi nyata mereka berdua diistiharkan sihat belaka. Hairan juga untuk Zamil memikirkan. Zamil selalunya menekankan aspek aspek kesihatan dalam kehidupannya sehari hari. Jadi mana mungkin Zamil mandul?
Zamil sudah mulai rasa bosan dengan kehidupannya yang dia lalui. Ada juga dia merasa malu dengan adik beradinya dan juga iparnya. Yang lebih memalukannya lagi ialah pada ibunya sendiri.

Masih terngiang ngiang perkataan ibunya" Hai....Mil, mak tengok dah lapan tahun kau kawin, kau tak nak anak kee..? Kau mandul kee..? Atau Aisyah yang mandul? Setiap kali dia pulang kerumah ibunya, kedengaran kememelan suara ibunya bak menjadi trauma pada dirinya.
Mulalah fikiran jahat berligar di fikiran Zamil dan timbul hasutan nafsu mula merasuk disegenap dirinya. Perasaan Zamil mula benci kepada Aisyah isterinya. Semua kata katanya yang keluar dari mulutnya menumpahkan muntahan rasa mual. Semakin hari berlalu, semakin dia rasai kebencian membuak buak dalam hatinya.

Zamil mula balik kezaman bujangnya yang hampir tiap tiap malam dia ke kelab malam berpoya poya dengan bermacam macam wanita. Pulangnya mabuk hampir setiap malam. Kini nafsu Zamil beralih kepada seorang gadis kelabmalam yang bernama Rita. Rita sangat pandai dan bijak melayan nafsu Zamil hingga dia berjanji pada Rita segala hartanya dan wangnya akan ditaburkan pada Rita.

"Heii.... kau dengar sini baik baik perempuan. Aku nak kahwin dengan Rita sekarang jugak. Aku dah bosan hidup macam ini. Bosan dengan muka kau yang tak ada anak. Hari hari tengok muka kau boosaaaannn...........!!! Aku nak kau tandatangan borang ini sekarang jugak" suara Zamil begitu lantang sekali sambil mencampakkan borang putih dihadapan Aisyah. Dia tergamam. Dengan perlahan lahan dicapainya borang itu.
"Apa salah Aisyah, bang?" suara Aisyah bergetar getar menahan pilu dengan kata kata kesat Zamil itu."Sebab kau mandul....mandul!! Kau tak dapat beri apa yang aku mau!.... Aku nak anak, kau faham tak...?" kedengaran semakin lantang suara siZamil.

"Mungkin kita belum ada rezki lagi, bang....sabarlah. Barangkali dugaan kita bang. Allah mahu menguji kita bang, percayalah bang" Aisyah merayu dengan rayuan pilu pada Zamil.
"Aaahhhh!!.....Aku tak perduli itu semua. Kau tahu tak, dah lapan tahun kita kahwin. Kau suruh aku sabar. Kau gila ke. Sekarang jugak kau tandatangan borang ni.....sekarang jugak!!" desak Zamil berkobar kobar.

"Aisyah tak boleh bang. Kalau dengan orang lain, mungkin Aisyah boleh bang. Tapi kalau dengan siRita tu..... Aisyah tak sanggup hidup bermadu dan berkongsi kasih dengannya bang."
"Kenapa bukan dengan Rita?" tanya Zamil penuh saru. "Kau fikir kau tu baik sangat ke?"
"Okay...baik, kalau kau tak nak tandatangan borang ini..... aku akan ambil jalan mudah. Mulai hari ini, aku ceraikan kau, Aisyah bte Abubakar dengan talak tiga!!!" Bergegar Arasy dilangit ketika mulut Zamil lantang melafazkan kata kata keramat itu. Zamil begitu puas sekali dengan ungkapannya.

Aisyah hanya tergamam kaku. Airmatanya terjurai mengalir laju. Beliau seolah olah tidak percaya akan kata kata suaminya yang tersayang itu. Segala impian mahligai yang dia bina selam lapan tahun lamanya berderai bak kaca jatuh kelantai berkecai. Pulanglah Aisyah balik kepangkuan keluarganya.

Bagi Zamil pula, dia berasa bebas sekarang. Dia boleh buat sesuka hatinya. Dia merasai bahwa dunia ini begitu luas seluasnya. Tiada siapa yang boleh menghalang pergerakannya lagi.
Hubungan Zamil dan Rita semakin hari begitu intim sekali. Nafsu mereka berdua semakin menjadi seumpama suami isteri walaupun mereka belum bernikah. Semenjak perceraiannya dengan Aisyah, hati Zamil sudah tertutup dan tawar sekali dengan ikatan pernikahan. Dia rasai ikatan seperti begitu hanya menyusahkan dirinya. Biarkanlah dirinya begitu dengan tanpa sebarang ikatan. Buat apa menyusahkan diri memikul tanggungjawab, sedangkan apa yang diperlukan boleh diperolehi dengan percuma saja.

Bagi diri Zamil, anak bukan lagi bermain difikirannya. Yang hanya tinggal berpoya poya dengan Rita. Zamil bahgia dengan jalan sesat yang dia pilih itu.

Hampir selama bertahun tahun lamanya Zamil alpa dengan dunianya. Bayangan dan ingatan Aisyah pada dirinya sudah hampir jauh tenggelam. Zamil umpama musafir yang kehilangan arah panduan. Datanglah diingatannya dan nalurinya untuk kembali menyucikan dirinya yang jijik lagi najis untuk kembali kejalan lurus. Keinginannya untuk mengikat Rita dengan ikatan yang sah sebagai isteri ditolak bulat bulat.

"I belum ready nak kahwinla Mil. Buat apa kita kahwin, kan best bebas cam gini"dengan selamba saja Rita mengeluarkan kata kata yang mengguris hati Zamil.

"Lagi pun I nak beritahu you yang I dah ada sugar daddy yang lebih best dari kau Mil. Dia kaya, handsome, macho dan ada kereta besar. Bukan macam kau, asyik asyik naik teksi bosanlah. You pergilah balik dengan bekas isteri kampung you tu. Lagipun, isteri kampong you tu memang secocok dengan you Mil." dengan segera Rita capai beg tangannya hendak meninggalkan tempat itu lalu Zamil genggam lengan Rita dengan pantas menghalang dia pergi dari situ.
Dengan wajah yang marah lagi merah padam Zamil menjawab"Oooo.....lepas harta aku kau habiskan, kau nak tinggalkan aku bulat bulat ajer yeee. Kau ingat kau boleh lepas dari aku Rita. Perempuan macam kau lebih baik mati daripada hidup." terbeliak mata Zamil kemerahan memandang Rita.

Rita pun memetik jarinya memberi insyarat kepada bodyguard disitu. Selang beberapa minit, muncul beberapa orang lelaki yang berbadan besar lagi tegap berdiri bersebelahan Rita.
"Ohhooo....panggil bodyguard!! Kau ingat aku takut dengan bodyguard kau tu haa..? Dasar betina jalang, perempuan sundal......" Buk...bedebuk..buk..buk...buk.....!!! Pergaduhan berlaku antara Zamil dan bodyguard bodyguard itu. Zamil rasakan mulutnya begitu pedih dan matanya berpinar pinar. Zamil rasakan tiba tiba dunia ini gelap gelita tanpa cahaya. Dia terlentang dilantai pengsan berlumuran darah dek dibelasahi oleh bodyguard bodyguard Rita. Tiada siapa yang perdulikan Zamil.

Apabila Zamil membuka matanya. Segala galanya putih terang benderang. Tertanya tanya Zamil " Dimanakah aku......? Dimanakah aku........?
"Abang....Abang.....Abang dah sedar? Syukurlah pada Tuhan." Kedengaran suara lembut menegur Zamil dengan perlahan. Rupa rupanya Aisyah yang berada disisi Zamil. Begitu sejuk sekali Zamil melihat wajah bekas isterinya itu. Betapa rindunya Zamil dengan belaiannya.
Tiba tiba suara keluar dari mulut Zamil " Aisyah........ abang rindukan kau Aisyah. Abang dekat mana ni, sayang?" Zamil mengerut gerut dahinya. Dia cuba bangun namu terasa kesakitan diperutnya kuat mencengkam.

"Abang di hospital. Abang pengsan semalam. Luka banyak dikepala dan badan Abang. Ambulance datang angkat abang ke hospital. Nurse yang talipon Aisyah. Mereka kata dalam dompet Abang ada nombor talipon Aisyah." dengan wajah yang lembut, Aisyah terangkan kedudukan perkara yang sebenar.

"Terimakasih Aisyah....... sudi kau jaga Abang yeeer" Zamil cuba mencapai tangan Aisyah, lalu ditepis oleh Aisyah dengan lembut sekali. "Aisyah bukan lagi isteri Abang. Kita bukan muhrim lagi. Aisyah jaga Abang atas dasar keikhlasan hati Aisyah sendiri dan menolong seorang insan yang sangat memerlukan" kata kata lembut yang keluar dari mulut Aisyah membuat hati Zamil tersentuh pilu. Betapa suci lagi leluhurnya hati Aisyah.
"Aisyah..........abang begitu bodoh sekali melepas kau Aisyah. Abang terlalu mengikut perasaan nafsu abang ajer. Abang terburu buru buat keputusan. Aisyah.......berilah abang kesempatan selaki lagi, sayang? Terasa segala perasaan Zamil terhadap Aisyah tiba tiba menjelma kembali. Segala kenangan manis mereka berdua bermain difikiran Zamil. Zamil teramatlah rindu pada bekas isterinya itu.

"Abang.........abang dah lupa ke yang abang telah ceraikan talak tiga terhadap Aisyah? Talak tiga tidak boleh dirujuk lagi bang...." suara Aisyah perlahan sekali. Zamil terpana dengan kata kata itu. Barulah Zamil teringat akan lancangnya mulutnya melafazkan talak tiga. Zamil sungguh menyesal sekali. Talak tiga tidak boleh dirujuk. Kecuali cari cina buta.

"Abang rehatlah. Aisyah nak keluar sekejap. Nanti Aisyah datang lagi" Aisyah dengan tergesa gesa menuju pintu. Suara Zamil tersekat sekat. Dia hanya mamapu melihat bayagan Aisyah hilang dari pandangannya. Airmata Zamil menitis kerinduan.
Timbul keinginan Zamil untuk kembali kepada Aisyah. Tapi apa kan daya, nasi sudah menjadi bubur."Abang nak Aisyah. Abang nak Aisyah kahwin dengan abang." Zamil seolah olah mendesak Aisyah supaya menerimanya kembali.

"Tak boleh.....tak boleh..!!! Abang tak faham ke?"
Aisyah terdiam seketika. Tiba tiba muncul seorang kanak kanak perempuan comel."Mama...Mama..siapa nie?" Wajahnya saling tak tumpah seiras Aisyah. "Aisyah dah kahwin bang. Aisyah bahgia sekali dengan hidup Aisyah sekarang. Aisyah tidak boleh mengecewakan suami Aisyah bang." Terpegun dibuatnya. Wajah Zamil berubah apabila mendengar kata kata Aisyah itu. Tak sangka dia...... Aisyah boleh menghasilkan zuriat, yang mana dulu disangkakan mandul.

"Bang......ini suami Aisyah..Doktor Azman. Kami dah 5 tahun kahwin. Dan ini anak kami Fitri" Tangannya membelai lembut rambut Fitri. Betapa lukanya hati Zamil hancur bederai bak gelas jatuh bederai dilantai. Terlalu pedih untuk Zamil menelannya. Tidak sangka selama ini yang merawat dia adalah suami Aisyah.

"Abang....Aisyah balik dulu. Halalkan makan minum Aisyah selama bersama abang. Aisyah berdoa agar abang bahagia selalu. Zamil hanya menganguk lemah longlai. Wajah Aisyah yang lembut lagi ayu itu ditatap tajam.

"Fitri....mari sini, salam uncle Zamil" Aisyah mencapai tangan kecil Fitri dan menghulurkan pada Zamil. Zamil hanya tersenyum lalu menyambut tangan halus Fitri. Pipi gebunya dicium Zamil. Gadis kecil itu tersenyum. Tanpa disedari, airmata Zamil menitis berlinangan.
"Kalaulah ini anakku.......Aisyah...!!!Abang menyesal lepaskan kau Aisyah...Ooohhh..Aisyah. Hati Zamil menjerit pedih kepiluan.
TAMAT

Seorang Lelaki dan Sebuah Laut

Karya : S.M. Zakir


Irfan berdiri tercegat sambil memeluk tubuh. Matanya yang masih terkatup dibungkus kantuk semalam diam menatap ombak. Pagi masih suram-suram. Ombak yang di­gusar oleh pasang menghempaskan deburan yang kasar ke dada pantai. Riak-riak buihnya menggerumut di pantai ... berlalu ... dan meninggalkan sisa-sisa yang terbawa dari laut terdampar di dada pantai dan isinya. Angin laut yang ber­alun bersama ombak kudus menyapa pantai dan isinya, pohon-pohon ru, pasir, samun, belukar, bukit dan chalet­chalet yang dip agar dalam suatu kawasan luas ini.

Angin, benarkah ini hembusanmu? Begitu segar dan nyaman sekali. Irfan menunduk, melihat pasir, melihat pan­tai, melihat laut. Jauh ... laut kelihatan semakin bermanik­manik dikilau matahari yang perlahan-lahan bangkit dari garis horizontal menuju garis vertikalnya. Mandala yang sunyi dan senyap - terasing dan terpinggir. Kedamaian dan kerutinan mandala ini ialah kesemulajadian yang tidak ter­usik oleh kelorah manusiawi.

Menghirup udara segar dan kenyamanan rasa di sini ba­gai mewujudkan dirinya dalam satu dunia asing yang mis­teri. Terasa keluasan laut itu telah perlahan-lahan membuka fikirannya. Sesuatu yang begitu lama terbenam dalam diri­nya terasa bangun perlahan-lahan - segar dan gagah - me­ngalirkan suatu daya hidup merewak ke serata diri. Di sini jauh dari bising dan rimas kota. Tiada hambatan dan tiada yang perlu dikejarkan. Kesibukan dan beban kerja, ke­licikan dan kekorupan, kepalsuan dan lakonan, keangkuhan dan penindasan: Semuanya itu tidak kelihatan di sini. Mung­kin hanyut dalam debur ombak yang tidak pernah lelah itu. Mandala asing yang bermisteri ini terus membekam sejuta rahsianya yang tidak terungkap di dalam butiran-butiran pasirnya, rengus ombaknya dan desir anginnya. Mandiri dalam kesendiriannya. Membina keutuhan rahsianya dalam simbol-simbol yang tercitra, jelas dan kabur.

Di hujung sana, di tanjung yang berbukit dan berbe­lukar itu, dalam samar-samar kabus dia melihat satu objek manusia di pesisir pantainya. Tentu lelaki tua itu. Lelaki tua yang dilihatnya setiap pagi di pesisir pantai itu sejak dia tiba di sini. Tiada yang aneh dan ganjil atau apa-apa yang menarik pada lelaki tua itu. Lelaki tua yang cuma suatu kewujudan yang tidak dipedulikan dan terpinggir di hujung dunia. Tetapi hari ini entah mengapa, terasuk oleh kebodohan apa, dia terasa begitu ingin untuk mendekati lelaki tua itu. Mungkin luang-luang masa yang banyak ini mula menjadikannya seorang yang dungu. Ah, peduli apa dia! Kebebasan di sini tidak harus disekat oleh tanggapan­tanggapan dahulu. Ini bukan hidup dahulu. Ini mandala barn. Mandala yang tidak punya protokol, kasta dan ego. Di sini bebas daripada keterikatan itu. Semua di sini sama. Bersatu dan saling membantu menghidup dan memakmur­kan. Begitu harmoni.

Jejak-jejaknya di pasir semakin jauh meninggalkan ka­wasan chalet penginapannya menuju ke tanjung yang menganjur menentang laut. Puput angin lemah dan lang­sam. Barangkali masih dingin dan malas lalu menjadikan suasana pagi ini cukup tenang. Laut, sernakin hampir se­makin terasa keluasannya. Semakin terkagum dengan kejadiannya. Benarkah laut yang sebegini luas masih tidak cukup untuk meninta seluruh ilmu pengetahuan?

Semakin lama semakin hampir Irfan dengan tanjung itu. Ketika langkahnya sampai di sebuah banir ru - dengan se­dikit lelah - dia mengambil keputusan berhenti di situ, melabuhkan duduknya. Tenang dia beristirahat. Di sini rupa tanjung jelas dan nyata. Juga lelaki tua itu. Lelaki tua itu berjalan di gigi air, menunduk mengutip sesuatu, terkadang­nya mencangkung agak lama mengorek-ngorek sesuatu di dalam pasir basah yang sedikit berlumpur itu, memasukkan hasil usahanya yang entah apa itu ke dalam kantung yang tersangkut di bahu, berjalan lagi dan kadang-kadangnya berdiri lama memerhati tunak ke laut lepas.

Kelakuan dan perwatakan lelaki tua ini semakin lama semakin menarik perhatian Irfan. Terasa benar ingin men­dekati lelaki tua itu. Sekurang-kurangnya bertanya khabar, mungkin sepatah perkataan melahirkan sesuatu yang ber­makna, setidaknya sekelumit kebajikan. Bukankah perjalan­an yang beribu batu itu bermula dengan langkah yang satu. Itu kata-kata Lao Tze. Entah bagaimana pula dia teringat kata-kata falsafah itu. Mungkin suasana di sini mula men­jadikannya seorang perenung. Ya, mandala ini menjadikan fikirannya segar dan luas terbuka berbeza daripada di kota yang menjadikan fikirannya penuh komplikasi dan terhim­pit oleh hukum dunia kebendaan. Benar-benar keterasing­an di sini telah melahirkan sesuatu yang baru kepada diri­nya. Benar-benar.

"Selamat pagi " Ketika langkahnya hampir di sisi lelaki tua itu, suaranya terlepas mesra.

Lelaki tua itu berpaling. Matanya melemparkan pandang­an sedikit aneh. Mungkin kaget oleh teguran yang tiba-tiba itu. Bibirnya kemudian menyungging senyum dan membalas ucapan Irfan dengan perlahan dan mesra.

"Pak cik cari apa? Maafkan saya bertanya." Irfan bertanya selembut mungkin.

Lelaki tua itu tersenyum dan menyatakan bahawa dia mencari ulat laut untuk dibuat umpan pancing. Sambil itu dia juga mengutip anak-anak ketam dan kapar-kapar yang terkadangnya masih memberi guna yang banyak. Kotoran, tidak semestinya keburukan semata.

Irfan mengangguk mengiakan kata-kata lelaki tua itu. Mereka sama-sama berdiri menghadap laut lepas. Membiar angin menampar-nampar tubuh mereka dan membiar laut menjilat-jilat kaki mereka.

"Saya menginap di chalet sana. Berehat menghabiskan cuti tahunan." Irfan menjelaskan kepada lelaki tua itu.

Lelaki tua itu mengangguk sambil bertanyakan kerja Ir­fan.

"Saya bekerja sebagai pegawai tinggi di sebuah organisa­si separa kerajaan." ]awapan itu bukan suatu jawapan yang angkuh atau bangga tetapi suatu jawapan yang tulus dan jujur.

Lelaki tua itu terangguk-angguk lagi. Mereka berbual-bual memesrakan perkenalan. Tidak lama kemudian Irfan me­minta diri untuk kembali ke chaletnya, sambil berjanji akan bertemu lagi jika ada kelapangan. Lelaki tua itu menyam­but salam Irfan dengan mesra dan berharap begitu juga. Mereka pun berpisah; menuju rutin masing-masing, menuju dunia masing-masing. Irfan dengan chalet dan percutiannya. Lelaki tua dengan laut dan kapar-kaparnya.

Besoknya Irfan berjalan lagi ke tanjung itu. Melihat anak­anak ketam yang timbul dari pasir berlari menyerong dan tenggelam tiba-tiba di dalam pasir. Timbul lagi, hilang lagi dan tiba-tiba lelaki tua itu muncul. Entah dari mana tidak disedari langsung oleh Irfan. Mungkin dari belukar sana kerana kelihatan seperti suatu lorong dari belukar menghala ke pantai - atau juga dari arah darat itu. Irfan tidak pasti.

"Selamat pagi pak cik. Banyak dapat ikan kelmarin?" Ir­fan memulakan perbualan.

Lelaki tua itu mengangkat keningnya, tersenyum dan me­nyatakan cukuplah untuk makannya seorang. Kemudian dia bertanya tentang keselesaan Irfan di tempat ini.

"Laut dan mandala ini cukup menenteramkan saya. Na­mun ketenteraman menimbulkan misteri yang bukan ini kepalang kepada saya. Saya kurang pasti apa yang me­lekap di kepala saya tetapi... " Kata-kata Irfan terhenti. Irfan merenung lelaki tua itu. "Apakah pak cik punya jawapan?"

Lelaki tua itu mendongak memandang Irfan kemudian mengalih pandang ke laut lepas. Kemudian dia berkata: Laut sentiasa menaburkan rahsia-rahsianya yang tidak terungkap. Perasaan kita terhadap laut mencerminkan satu pertalian azali tentang bibit-bibit asal usul. Air mewujudkan kehidup­an yang punya nyawa, punya roh, punya jasad. Kita seme­mangnya mempunyai pertalian yang rapat dengan air.

Irfan terpaku, terpendap ke dalam kehairanan.

Ketika jejari angin datang mengusap-usap pantai, lelaki tua itu berkata lagi; apabila dipandang dari darat, laut ke­lihatan dekat dan biasa, tetapi adalah sesuatu yang menakut­kan apabila berada di tengahnya dan melihat sekelilingnya yang tiada apa-apa selain daripada air yang keluasannya merentang dari ufuk ke ufuk. Bebas daripada dominasi maujud dan hanya tertakluk kepada kekuasaan yang me­lampaui batasan baik dan jahat, batasan masa dan ruang, batasan nasib dan takdir. Kesunyian di sini seperti kesunyian di rahim ibu. Dampratan ombak-ombak di pantai adalah dampratan nasib kita yang terarca di tangan kita sendiri. Ketidaktentuan ombak ... itulah kehidupan.

Irfan diam bagai terpukau. Merenung lelaki tua itu merenung laut. Dua kewujudan berbeza yang lahir daripada prinsip yang satu. "Pak cik mungkin mempunyai banyak pengalaman tentang laut." Kata-kata Irfan mati di situ.

Lelaki tua itu tersenyum tetapi tiba-tiba senyum itu mati dan wajahnya bertukar serius. Serius sekali. Laut itu ialah kehidupan dan kematian, kebaikan dan kejahatan. Matahari di sini membakar tanpa hadangan. Ketika badai dan taufan menggempur hingga awan-awan tergulung dan kegelapan di laut hingga tidak dapat melihat tangan sendiri, kuasa apa­kah yang dapat menyelamatkan? Ketika laut tenang dan aman, sewaktu permastautin-pemastautinnya mengungkapkan keceriaan - camar putih yang melayap, lompatan paus yang menerjah muka .laut, penyu besar menjengulkan ke­palanya dari wajah laut - kuasa apakah yang mengatur ke­harmonian ini? Sesuatu yang dekat kita rasakan jauh dan sesuatu yang jauh kita rasakan de kat. Itulah kuasa yang menggerakkan ombak dan seluruh kewujudan laut ini. Kekuasaan dan kemisterian laut adalah rahsia-rahsia pen­ciptaan dan kewujudan. Langit dan bumi terjadi daripada air. Pernahkah didengar kata-kata ini? Dengarlah. Ke­wujudan dikatakan bermula daripada air atau apa yang bersifat air dan ia dinamakan al ma. Daripada al' ma ini dialirkan kewujudan dan kemaujudan. Membentuk alam semesta dan mempunyai sifat semesta. Al' ma ini bersifat terbatas dan boleh tercacat cela dan sifat ini diwariskan kepada setiap kewujudan semesta. Lantaran itu pertalian kita didapati begitu rapat dengan laut. Bahkan komposisi garam dalam darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah sama dengan komposisi garam dalam air laut. Dan ke­luasan laut di sini membawa kita dekat dengan asal usul. Dekat dan rapat.

Mengertilah tentang laut, tentang ombaknya; suatu imej bagi bahaya yang paling besar; ketidakseimbangan, per­golakan, kegelisahan, kekacauan dan keributan. Tentang pantainya yang sering menerima dan pasrah pada kege­lojohan ombak. Kehidupan adalah lautan dan segala yang berkait dengannya. Tetapi kita tidak semestinya menjadi pantai untuk terlalu pasrah dan menerima. Pernah didengar kata-kata ini, jika takdir membuatmu merana, pohon ke­pada Tuhan agar Dia mengurniaimu takdir yang lain! Tidak terlarang bagimu untuk meminta takdir yang lain, kerana takdir yang ada dalam perbendaharaan Tuhan tidak terbilang banyaknya. Itu kata-kata pujangga Iqbal! Terlalu ma­lang untuk hidup sepanjang hayat menjadi pantai. Laut sentiasa memerlukan pelayar-pelayar yang gagah dan tegar untuk rneregat keluasan dan ketidaktentuannya. Tetapi sedar, laut tidak pernah memberikan apa-apa jaminan! Itulah laut, dan itulah kehidupan.

Lelaki tua dan Irfan, masing-masing diam di depan laut. Ombak menggumpal buih dan riaknya bergiliran. Kilau ma­tahari yang terbias di rabung ombak bersinar bagai ke­lemayar. Sepi bertangkup.

Dua hari lamanya selepas itu, Irfan tidak bertemu dengan lelaki itu. Hujan yang turun berturutan mengurung Irfan di dalam chaletnya. Hari ketiga, cuaca baik. Irfan ber­gegas ke tanjung untuk bertemu dengan lelaki tua itu, tetapi tiada seorang pun di sana. Sehari suntuk Irfan di situ. Besok begitu juga, dan lusa pun begitu juga. Lelaki tua itu tidak muncul-muncul lagi. Dia cuba bertanya kepada kaki­tangan chalet dan orang tempatan yang ditemuinya. Tidak seorang pun yang tahu tentang lelaki tua itu. Bahkan me­reka tidak tahu pun tentang kewujudannya di tanjung itu.

Siapakah lelaki tua itu? Penghuni laut? Atau kapar-ka­par yang tersingkir daripada kehidupan? Atau makhluk laut yang datang membawa suatu alamat? Irfan pernah men­dengar sebuah kisah purba ahli-ahli pelayaran Arab ten­tang orang kerdil yang keluar dari laut, memanjat kapal, bermalam di situ dan kemudian pergi tanpa berkata atau berbuat apa-apa. Bagi pelayar zaman itu, ia bererti akan berlaku tiupan angin laut yang paling buruk, iaitu 'Khub'; awan putih yang terkenal yang apabila bertembung dengan ombak akan menyebabkan ombak itu meluap dan mera­ung bagaikan taufan. Lubang dalam laut yang dikenali se­bagai 'durdur' menarik kapal ke dalam jurangnya dan gu­nung bermagnet di dalam laut menarik bot-bot ke arahnya dan menghancurkannya hingga berkecai. Apakah lelaki tua itu juga adalah makhluk laut seperti orang kerdil yang membawa petanda buruk itu? (Atau baik?). Laut ... semakin dalam kemisteriannya.

Hari-hari terakhir Irfan di mandala ini diisi dengan me­nyusur pantai dan tercatuk di banir ru, menyeru angin, pasang, ombak, karang, pantai dan siput-siput. Laut sema­kin akrab dan mesra. Perasaan itu juga sedang tumbuh di dada Irfan - halus dan prihatin - di dalam roh di tubuhnya.

Beberapa lama dia di sini telah menyedarkannya ten­tang sesuatu. Sesuatu yang selama ini tenggelam di dalam arus dan idealogi sains moden yang membendung pemikir­annya dari bangku sekolah hingga menjadi seorang ahli ilmiah yang unggul. Idealogi yang memisahkan agama daripada kehidupan, memisahkan proses daripada prinsip dan memisahkan roh dari tubuh. Pemisahan yang mem­bawa diri semakin renggang dengan wujud yang hakiki. Kini dia sedar bahawa kedua-dua ini tidak boleh dipisah­kan dan tidak mungkin dipisahkan. Dan kehadiran lelaki tua itu telah menyedarkannya tentang hakikat ini. Walau mungkin lelaki tua itu hanya senandikanya....

Ketika matahari merah mencantumkan langit dan laut seperti seulas bibir, Irfan berlalu meninggalkan laut dan lelaki tua yang tidak pernah wujud itu.