MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 19 June 2008

~Jika Itu Jodohku~


Suasana dirumah Pak Daud agak tegang. Along dan isterinya, Shilah hanya mampu berdiam diri. Mereka hanya boleh memandang…tapi beban itu hanya Nabihah yg memikul.“Jadi, selama ini memang kamu dah berpisah? Bererti masa Aliff dilahirkan, talak tu dah jatuh?” soal Pak Daud.Nabihah hanya menunduk. Dia memeluk erat Muhammad Aliff yg sedang nyenyak tidur di pangkuan. Diusap-usap kepala bayi yg baru berusia 7 tujuh bulan itu.“Habis tu Bihah, apa rancangan kau lepas ni?” Along mencelah. Nabihah memandang wajah abangnya sayu. Angahnya pula hanya berdiri menyandar di tepi meja console milik ibunya, tanpa sebarang kata.“Bihah dah habis iddah. Semalam Bihah dapat tahu keputusan mahkamah. Aliff dalam custody Bihah.tapi dia tak setuju.Dia akan fight di court lagi.Alasan dia, Bihah tak kerja, Bihah tak mampu nak jaga Aliff ni…”sayu suara Nabihah. “Ehem…”Hady, angahnya bersuara,”Dia ceraikan Haney dgn talak berapa?”Soalan itu amat perit untuk Nabihah jawab.“Iye, Bihah…kau belum beritahu mak lagi,nak.”pujuk Mak Limah.Haney Nabihah terus menangis teriisak-isak.Mak Limah memeluk anak perempuannya itu. Hady Alifi merapati adiknya.Anak saudaranya diambil dari rangkulan Haney Nabihah.“Haney, kami ni cuma nak membantu.Haney dah banyak merana. Jangan berahsia lagi ye,dik”“Angah, mak…dia ceraikan Nabihah dgn talak tiga.” Dan Nabihah terus menangis lagi.Pak Daud mengucap panjang. Mak Limah turut menitiskan airmata.Tak sangka puteri bongsunya teraniaya sebegitu.Shilah yg selama itu mendiamkan diri turut bersuara, ”Kenapa selama ini, Bihah diam saja.Sampai sanggup tipu akak setiap kali akak datang jenguk Bihah. Bila akak Tanya mana Hazwan, ada saja alasan Bihah.Kerjalah, pergi belanjalah, service kereta …”“Bihah malu dgn akak…Bihah malu dgn semua orang. Dulu Bihah ingat, dialah yg boleh bahagiakan hidup Bihah, tapi Bihah tersilap.”“Macam mana boleh terjadi begini, Bihah?” Tanya Alongnya. Lutfil Hadi memang tidak berapa rapat dgn Haney Nabihah.Tak seperti Hadi Alifi, yg hanya tiga tahun lebih tua dari Nabihah.
“Entahlah Along, Bihah sendiri tak tahu mana silap Bihah. Cuma tiba-tiba dia kata, dia kena ceraikan Bihah. Dia kata Bihah penyebab dia terputus hubungan dgn keluarga. Tapi…ntahlah.Agaknya dah rezeki Bihah jadi macam ni. Setahun je Bihah jadi isteri dia….”“Abah nak jumpa keluarga dia. Nak jumpa Hazwan tu sekali.Nak tahu duduk perkara,”kata Pak Daud.“Tak payahlah, ayah. Tak ada gunanya. Keluarga dia dah hijrah ke Sydney.”“Jadi, Hazwan pun dah ikut migrate?”Tanya Shilah.“Dia akan migrate akhir tahun ni. Tapi dia tak tinggal disini. Dia ada kat JB dgn sepupu dia, Nizam.”jawab Nabihah“Hadi, esok kau cari alamat dia.”arah Pak Daud tegas.“Tolonglah, ayah. Abang hazwan dah kata kalau Bihah buat kecoh, dia akan huru harakan keadaan.Bihah pun dah janji.Bihah tak nak kehilangan Aliff.Dia saja yg Bihah ada,”pinta Bihah.Hadi Alifi mencium pipi gebu anak buahnya,”Kesiannya anak ami…Tak apa baby, you still have me.”“Haney, malam ni, Haney tidur aje di rumah ni. Buat masa ni, tak usah balik rumah tu dulu,”cadang Hadi Alifi. Cadangannya di sambut baik oleh seisi keluarga.“Iyelah, rumah ni pun sunyi. Sejak Maisarah meninggal dunia, dah tak dengar suara baby lagi,”ujar Shilah. Dia teringatkan arwah anaknya yg meninggal kerana masalah paru-paru itu.Malam itu, Haney Nabihah bermalam di rumah ibu ayahnya di Jalan Senang. Kalau boleh, dia juga tak mahu kembali ke rumahnya di Compassvale. Rumah itu banyak meninggalkan kenangan manis dia dan bekas suaminya. Semalaman, dia berfikir, apa silap dia dan Hazwan sehingga berlaku penceraian.Setahu nabihah, mereka tidak pernah ada masalah.Cuma memang keluarga Hazwan tidak suka benar dgn Nabihah atas berbagai-bagai alasan.dan setiap kali mereka mengata Nabihah, Hazwan tidak pernah memprotes. Airmata nabihah mengalir lagi. Apalah hikmah yg Tuhan hendak beritahu kepadanya melalui masalah ini, fikirnya.Hampir jam 3 pagi, barulah Nabihah terlelap. Dia hanya tersedar bila pintu bilik di ketuk.“Ya Allah dah jam 6.30 pagi…tentu semua orang dah selesai solat,”katanya didalam hati.Dia mencapai tudungnya dan keluar menuju ke bilik air.Nabihah bertembung dgn kakak iaprnya, Shilah di ruang depan.“Bihah baru bangun ye? Solat ke tak?”Tanya Shilah.“Nasib baik Bihah cuti, kak.Kalau tak, terlambat subuh,”keluh Nabihah.“Ni mesti lambat tidur, kan?”Nabihah mengangguk, mengiyakan kata-kata kakak iparnya.“Tak payahlah bertudung, Angah kamu tak ada.Semenjak dia pulang dari Madinah, dia jarang solat Subuh di rumah. Sebelum Subuh, dia dah ke Masjid Maidin. Kadang-kadang Along dan Ayah pun pergi sama.Bebas sikitlah akak.Kalau tak kena bertudung bila nak masak.Angah kamu tu pula, rajin tolong di dapur. Untung kalau siapa jadi isteri dia, kan.”Bihah membuka semula tudungnya,”Tak rugi mak ambil dia dulu eh, kak. Angah tu baik sangat dgn Bihah, sampai ada kala, Bihah lupa dia bukan abang kandung Bihah.”“Alhamdulillah, Bihah.Rezeki mak dan ayah. Ada anak sendiri, baik-baik.Anak angkat pun sentiasa menghormati mereka.Sebab tu, akak tak kisah tinggal dgn mak dan ayah.”“Eh, Bihah ni…nak masuk toilet tapi masih berbual dgn akak pula.”“Ha’ ha lah…Nanti kalau Aliff bangun, tak sempat kamu..”

Selama seminggu Bihah di rumah maknya, , dia dapat juga melupakan sedikit bebanan yg ditanggungnya. Along dan Kak Shilah pula sanggup bawa Aliff jalan-jalan. Hujung minggu, Kak Shila ‘pinjam’ Aliff bila dia balik ziarah ibu bapanya di Ang Mo Kio. Suasana di rumah keluarga itu pula memang damai. Angahnya memang rajin di dapur. Ada saja yg dia buat untuk memudahkan kerja-kerja maknya.“Angah, bila pula angah pandai masak ni? Setahu Bihah, sebelum ni, Anagh mana pandai ni semua.Betul tak mak..”usik Nabihah.“Iyelah, enam bulan di Madinah, mana ada Mak untuk masakkan Angah. Jadi bila teringin nak makan masakan mak, angah cuba-cuba sendiri.kadang2 call mak kat sini, minta resepi. Tapi, kawan-kawan serumah Angah suka tau, diorang kata, masakan angah ada ‘class’,”seloroh Hady.“Masuk bakul, angkat sendirilah, Angah…”balas Nabihah.“Habis tu, Haney nak angkatkan bakul yg berisi Angah ke? Kuat sangat ke kamu ni?” usik Hady lagi.“Siapalah nak angkat Angah.Masalah Bihah rsanya lagi berat dari bakul yg berisi seorang Angah. Nantilah, Bihah carikan bidadari syurga eh?”“Hmmm….carilah kalau dapat..”jawab Hady.“Korang ni, kalau berjumpa, tak bercekau, tak boleh. Tapi mak gembira pasal Bihah dah kembali ceria.Hady pun…selalunya taklah kecoh macam ni..” celah Mak Limah sambil tersenyum.“Kalau kitorang remain terus macam dulu, best kan mak.Kecil-kecil dulu mana ada masalah. Paling-paling kalau kita kacau buku Along, pasti kita kena cubit dgn Along.Dah tu, kita sama-sama ngadu kat mak…Along dulu garang gila dgn kita.Tapi kat isteri dia, sayanglah sangat….tak garang pun ”kata Nabihah sambil memandang Hady.“Kalau Haney nak terus jadi budak, Angah pun suka. Pasal Haney akan terus jadi budak comot yg suka bawa bantal busuk dia ke sana sini.” Usik Hady.“Mak, tengoklah Angah ni…Bihah cubit nanti…”“Nak cubit?Hisy..Haney, tak muhrimlah kita,”Hady mengingatkan. Nabihah tersipu malu. Mak Limah menggeleng kepala. Kesian juga dia lihat Hady.Pergaulannya perlu batasan kerana dia hanya anak angkat. Semenjak Hady meningkat baligh, Mak Limah sudah tidak bersalaman dengannya lagi. Walau naluri seorang ibu itu mahu saja dia memeluk penuh sayang anaknya yg seorang itu. Namun Mak Limah akur akan syariat yg tentukan Tuhan. Pernah juga mak Limah terfikir, kalaulah Hady bertemu jodoh, dia akan kehilangan Hady. Tapi dia tolak jauh-jauh perasaan itu.Dia tak patut mementingkan dirinya sendiri.“Mak…Mak… kenapa termenung ni…”Nabihah memanggil.“Eh, tak ada apa-apalah..Cepatlah tolong mak ni.Nanti kita boleh makan bersama.”Malam itu selepas Maghrib berjemaah, keluarga itu makan malam bersama. Lauk yg di masak siang tadi, dijadikan juadah malam juga.Pak daud tak suka bermewah-mewah walaupun pada hakikatnya dia mampu berbuat begitu.“bagaimana sales di kedai tadi, ayah?” Tanya Hady.“Alhamdulillah, ada buku yg dah out of stock.esok kalau Angah free, tolong ayah di kedai jap.Check stock.Order mana yg dah berkurang, boleh?”Tanya ayah.“Boleh lah, insya Allah. Esok Angah tak kerja, lepas Angah pergi hantar buku kat Library, Anagh pergi kedai ayah.”“Angah nak pergi library? Bihah ikut boleh?’ Tanya Nabihah.“Sibuklah, Haney ni.Along ingat tak budak comot ni…pantang kita nak keluar, kan?” Hady bertanya pada Alongnya. Lutfit tersenyum.“Angah yg sayang sangat kat dia, kasi muka.kalau Along cubit, Angah pujuk. Macam mana si comot ni tak mengada-ngada…”usik Along pula. Shilah juga turut tertawa mendengar usikan suaminya. Muka Nabihah mula mencuka. Sejak siang tadi, dia asyik di sakat oleh hady.Ni Along pun sekaki juga…“Tak kasi ikut, dah lah…Bihah pergi sendiri.Bukan tak pernah hidup tersisih. Dah biasa kena buat macam tu dgn Hazwan…Angah buatlah apa pun, Bihah tak kisah.”Ada bunyi kecewa pada kata-kata Nabihah.Along dan Angahnya terdiam. Rasa bersalah menyelubungi hati Hady.Memang dia tak suka lihat Nabihah merajuk atau bersedih, dia akan sedaya upaya pujuk adiknya itu.“Sorrylah, Bihah.Along cuma gurau je. Teringat sewaktu Bihah kecil dulu..”kata Lutfil, cuba memujuk adiknya.“Tak apa, Along.Bihah tak kecil hati pun dgn Along…Cuma ada orang tu, macam tak suka dgn Bihah.Ada je,nak sakitkan hati Bihah…”ujar Nabihah.Dan sepanjang malam tu, Nabihah mendiamkan diri. Dia tak pun ikut solat jemaah.Katanya, Aliff dah merengek nak tidur. Nabihah solat sendiri di biliknya.Pak Daud dan Mak Limah hanya membiarkan Nabihah sendiri.Memang sedari kecil, dia kuat merajuk dgn Hady. Hady saja, yg masih tak tahu bagaimana nak pujuk adiknya seorang itu. Dan malam itu Hady rasa sungguh bersalah.....

Sudah tiga hari berlalu selepas peristiwa Nabihah merajuk.Akhirnya, Hady berjaya memujuk apabila dia mendapat tahu Bihah teringin nak makan strawberry. Itupun dia dapat tahu dari kakak iparnya, Shilah.“Haney, kat dalam fridge tu ada strawberry.Angah beli tadi masa balik dari kerja. Nanti Haney makan eh. Tapi tak tahulah angah strawberry tu masam atau manis,”ujar Hady.“Nantilah, Bihah letih.Penat dgn Alif.Merengak je..tak tahu nak apa.Bihah nak tidurkan dia dulu,”Nabihah masih menjual mahal sambil menepuk2 Muhd Alif.“Sini, angah jaga Alif.Haney pergi makan. Nanti angah suruh along habiskan baru tahu,”hady menggertak adiknya. Memang pun, Lutfil Hadie gemarkan strawberry semenjak kecil, sama seperti Haney.“Betul ni, Angah nak jagakan?’soal Nabihah.dia tahu perangai anaknya, kalau dah merengek2, susah berhenti.“Sinilah….tak percaya dgn angah ke?Takut angah jual anak Haney?”Akhirnya Nabihah mengalah dan menyerahkan Alif kepada abangnya. Hady membeli dua ‘punnet’ strawberry. Jadi, tak payahlah Nabihah terfikir2 untuk menyimpan sedikit untuk Lutfil Hadie. Mak Limah dan Shilah pelik melihat cara nabihah makan. Macam lapar sungguh.“Bihah, sedap sangat ke strawberry tu. Dah banyak Kak Shilah lihat Bihah makan.”Shilah bertanya.“Biasa aje rasa dia, tapi semenjak Bihah nikah dgn Hazwan, Bihah jarang makan strawberry. Mak Mertua Bihah tak makan buah ni, so kita pun dia tak izinkan makan….”terang Nabihah selamba.Shilah terperanjat dgn jawapan Nabihah.Begitu juga Mak Limah.“Kalau dia tak suka, kau beli ajelah kat kedai dan makan kat luar…”celah Mak Limah.Nabihah berhenti mengunyah dan memandang Shilah dan emaknya. Kemudian dia menghela nafas berat.“Kalau mak dan Kak Shilah nak tahu, semenjak Bihah nikah dgn Hazwan, ke mana saja Bihah pergi dgn Hazwan, mesti ada dia. Dia mesti nak ikut.Kalau tak bawa, dia kata hawzan anak tak kenang budi, derhaka, ikut telunjuk Bihah. Manalah Bihah larat nak dengar tu semua mak….”“Subhanallah, Dasyat gitu sekali.Hazwan tak kata apa-apap ke,Bihah?”soal Mak Limah lagi.“Dia serba salah, mak. Bihah tak salahkan dia. Akhirnya Bihah terus tak keluar dgn Wan lagi. Dahlah mak, kalau Bihah cerita, sakit hati mak. Diorang pun dah jauh dari kita…lega juga, bila Bihah fikirkan.”“Akak kagum dgn Bihah ni, macam2 ujian Bihah tempuh, tak sikit pun Bihah mengadu atau tunjuk muka masam dgn Wan.“Sebab tu kak, masa kami di panggil ke makhkamah, Wan terus terang dgn pegawai tu kenapa dia ceraikan Bihah. Mereka pun tak terkata apa-apa.”“Kesian kau, Bihah.Kalau mak tahu dulu, mak tak terima pinangan mereka…”kata mak Limah, sayu.“Okaylah, mak.Bihah sekarang dah kembali dgn mak. Mak jangan risau lagi.Cuma Bihah nak cari kerja supaya Alif boleh terus bersama Bihah.”pujuk Nabihah.“Mak, kenapa susah2.Kita letak saja Bihah jadi Pegawai Pemasaran di kedai buku ayah.Walaupun Hady yg sering buat tugas tu. Bukan apa, secara formal sahaja. Supaya, Hazwan lihat, Bihah ada kerja yg lumayan gajinya…”cadang Shilah.“Elok juga tu, Shilah..nanti mak cakap kat ayah kamu. Mak rasa tentu Hady tak kisah,kan.”jawab Mak Limah.Bihah tersenyum lega. Ada juga bantuan dari Tuhan untuk dirinya yg kerdil itu. Tapi dalam diam, malu pula dgn hady, kerana gara-gara dia jawatan hady terpaksa di beri pada Nabihah.
"Ayah, mak.Petang nanti, Bihah nak pulang ke rumah Bihah. Nak kemas sikit-sikit.Dah lama sangat Bihah tinggalkan rumah tu,"ucap Nabihah."Bihah nak balik terus ke?" tanya maknya."Entahlah...tapi,""Bihah tinggalllah trus kat sini je. Bilik Bihah pun masih ada, tak ada penghuni baru. Kami tak kisah lah Bihah,"Shilah mempelawa.Bihah tersenyum. Dia tahu perjanjian mengatakan rumah itu adalah milik abangnya, manakala perniagaan ayahnya akan di serahkan pada Angah. Bihah hanya menerima wang yg sehinng akini, dia tidak ketahui jumlahnya. Itulah wasiat ayah."Iyelah, Bihah.Janganlah terlalu nak berpegang pada wasiat yg ayah buat tu."pujuk Alongnya."Kalau semua kata begitu, Bihah ikut sajalah.Lagipun Bihah sekarang ni, dah tak ada urusan apa-apa di rumah itu,"ujarnya."Mmm..ayah suka lihat anak ayah bersatu macam ni. Tak sesia ayah didik kamu dari kecil,"kata Pak Daud sambil tersenyum."Kalau gitu, nanti Angah temankan Haney balik. Angah ada urusan di Compass Point.I drop you off, lps tu, bila Haney dah siap, haney call Angah okay,"ujar Hady."Thank Angah. Sayanglah kat Angah ni...selalu bagi chance untuk Bihah buli..."usik Nabihah."Kalau Angah tak sayang Haney,nak sayang siapa lagi? Haneylah sat-satunya adik Angah dan Along,"jawab Hady."Dia selalu buli kita, tapi nanti dia juga yg merajuk."Lutfil hadie mengusik Nabihah.Nabihah tidak menghiraukan kata-kata Alongnya. Dia leka menyusukan Alif. Hady memandang wajah Nabihah.Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, hatinya sentiasa berasa sayu bila menatap wajah adiknya itu.Petang itu seperti yg di janjikan, Nabihah pulang kerumah bekas suaminya di hantar oleh Hady. alif ditinggalkan bersama Mak Limah."Haney, angah nak tahulah, apakah Haney sekarang ni dah benar-benar okay.Haney dah berjaya lupakan apa yg berlaku?"soal Hady."Apa yg angah fikir? Bihah pun tak tahu. kami tak pernah bergaduh, walau berbagai-bagai fitnah yg mak mertua Bihah lemparkan pada Bihah.Tapi tiba-tiba saja kami bercerai....dan Bihah kini dapat status yg sangat ditakuti oleh setiap wanita - janda."jawab Bihah."Haney tak terfikir untuk cari pengganti.sekurang-kurangnya untuk Alif..""Bihah dah serik. Bihah takut pisang berbuah dua kali.Buat apa dapat suami yg menyanyangi, tapi kita tak dapat di terima oleh seisi keluarganya. dan belum tahu orang itu akan sayang Alif.""Angah kesian lihat Alif tu, Haney. Dia perlukan kasih sayang dan erhatian seorang bapa.Angah tak fikir, haney mampu buat itu semua."ujar Hady."Hai, apa nak risau.Angah kan ada.Angah jadi Abi dialah.Kalau Angah tak sudi nak pantau Alif, along pun ada. Along pun boleh perhatikan Alif.""Hmm...senangnya adik aangah ni cakap,eh. Dah sampai ni.sila turun, puan.Tambangnya $10.00 sahaja.""Terima Kasih tuan.Tapi untuk pengetahuan tuan drebar, saya ni janda, anggaplah itu satu sedekah....jadi saya mohon di halalkan tambang saya tadi..."jawab Nabihah sambil tertawa."Saham akhirat untuk saya ke, puan?? Dah...off you go. Cepat-cepat kemas dan give me a call.Nanti angah pick you here,"Hady mengarahnya.Nabihah tersenyum melaihat angahnya. Dia terus menaiki lif untuk menuju ke rumahnya di tingkat 9. Sewaktu Nabihah membuka pintu, dia dapati pintu tidak terkunci. Setahunya, dia sudah mengunci pintu dan gate sebelum meninggalkan rumah itu. Hati Nabihah berdebar.Siapa yg berani masuk kerumah itu."Haney Nabihah..."satu suara yg amat dia kenali memanggilnya.Nabihah memandang ke arah suara itu. Hazwan! Nabihah jadi tak keruan.Memang dia tidak membenci bekas suaminya, tapi kini mereka sudah tidak ada ikatan apa-apa lagi."Apa...apa...Hazwan buat kat sini?"soal Nabihah."Tunggu Nabihah.Abang rindu..."ujar Hazwan."Jangan, Hazwan..Kita bukan suami isteri lagi. Saya...saya balik ni pun untuk ambil keperluan saya. Saya akan pulangkan kunci rumah ni kepada awak."Nabihah, you should know how much I love you. I miss you,darling. Abang buat semua itu kerana my mother. I know, I cant leave you....""Tapi you dah ceraikan I..."Nabihah semakin panik."I dont care.I want you...forever.."jawab Hazwan sambil merapati Nabihah."Please Hazwan...tolonglah..jangan apa-apakan I.I beg you..Ya Allah...tolonglah..."Nabihah sudah mula menangis.Namun Hazwan masih tidak mahu mengundur. Dia merapati tubuh Nabihah.Wajah Nabihah di ciumnya.Nabihah sedaya upaya menepis tangan bekas suaminya. Namun Hazwan semakin berani.Nabihah menjerit sekuat hati.dia mengharapkan agar adalah orang yg mendengar.Hazwan bertambah marah dgn tindakan Nabihah. Baju Nabihah di rentapnya. Dia menampar wajah wanita itu.
Apabila Hazwan melihat Haney Nabihah menangis, dia seperti tersedar dari khayalan gilanya. Dia cuba meminta maaf.Tangan Nabihah di genggam, tapi Nabihah menepis.“Pergi! Get lost! Aku tak nak lihat muka kau! Pengecut! You divorced me, hanya kerana your Mum.Lepas tu senang2 nak kata, you still love me??You ingat I ni apa? Tak ada maruah? Tak ada perasaan? Cukup Hazwan. I had enough!”entah dari mana Nabihah mendapat kekuatan untuk berkata-kata begitu. Dia sedaya upaya cuba menutup tubuhnya dari penglihatan Hazwan. Hazwan hanya tercegat. Tiada kata-kata yg mampu di luahkan. Setapak demi setapak dia keluar meninggalkan Nabihah. Nabihah duduk di sisi katilnya sambil menangis. Apa yg berlaku seperti satu mimpi ngeri buatnya. Apa yg berlaku sebenarnya? Kenapa Hazwan jadi begitu?...Fikiran Nabihah buntu. Sementara Hady pula, apabila tidak menerima panggilan Nabihah, mula meresakan sesuatu yg tak kena. Dia menghubungi emaknya di rumah, mana tahu Nabihah dah pulang sendiri. Namun Nabihah tiada di rumah mereka.Hady menghubungi telefon bimbitnya, pun tiada jawapan. Hady bergegas ke rumah Nabihah.Hady memasuki rumah tak tidak berkunci itu. Bahkan daun pintu rumah itu juga tidak ditutup. Hady mencari Nabihah di dapur, di ruang tamu.Namun tidak kelihatan kelibat adiknya. Hady menolak daun pintu bilik Nabihah.Dia terlihat sekujur tubuh yg sedang berteleku di sisi katil. Cepat Hady mendapatkan adiknya.“Haney! Haney, bangun dik.”Hady menggoncang tubuh adiknya.“Jangan dekat! Pergi! Pergi!”jerit Nabihah.Hady menggoncang lagi tubuh adiknya,”Haney, ini angah. Bukan orang lain.”Baru Nabihah tersedar. Di buka matanya perlahan,”Angah…bawa Bihah perg dari sini.Bihah takut.” Tanpa sengaja, Nabihah memeluk angahnya. Hady terperanjat dgn tindakan adiknya.Kemudian baru dia perasan bahawa pakaian Bihah ronyok dan terkoyak.“Haney, what happened. Siapa yg punya kerja ni?”“Hazwan…dia ada kat sini bila Bihah balik tadi,”beritahu Bihah sambil terisak-isak menangis.“Did he do anything else?”Nabihah menggeleng kepala. Hady mengeluh, simpati dgn nasib Nabihah.“Haney, tukar pakaian tu. Take whatever is yours.All the documents.Lepas tu, Angah bawa Haney balik.” Somethings got to be done, fakir pengurus muda itu.Malam itu, di rumah Pak Daud, Hady memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku. Lagi sekali airmata Mak Limah menitis mengenang nasib anaknya.“Ayah tak expect ini akan berlaku. Tak sangka dia sanggup buat begitu,”keluh Pak daud.“Semua salah Bihah.Kalaulah dulu, Bihah tak minta emak dan ayah terima pinangan dia…tentu tak jadi macam ni,”Bihah memecahkan kesunyian di ruamg tamu rumah itu. “Jangan salahkan diri sendiri,Bihah. Dulu kita tak tahu siapa dia. Kita tak kenal hati budi ibunya. Anggaplah ia satu pengalaman yg mendidik,”pujuk Along.Tenang sungguh Lutfil hadie menangani masalah itu.“Shilah rasa, Hazwan tu menyesal dia ceraikan Bihah.dan dia nak bersatu semula,”celah Shilah,”tapi dia lupa, talak yg dia lafazkan….tak mungkin dia berbuat begitu sampai bila-bila.Hady bangun dari tempat duduknya. Dia mengadap wajah ayahnya yg agak letih itu,”Ayah, mak…Hady dah fikirkan. Hady rasa biarlah Hadu peristerikan Haney Nabihah.”“Apa? KAu nak jadi cina buta? Dah kenapa Hady? What’s got into you?” bertubi-tubi soalan keluar dari Lutfil, alongnya. Lutfil yg sedari tadi kelihatan tenang agak terkejut dgn kata-kata Hady.dia tak sangka Hady nak buat benda bodoh tu.“Along, Hady tak bermaksud macam tu. Hady tak terfikir untuk jadi pak sanggup.Takkan kita nak serahkan lagi haney pada mereka.Dia dah cukup derita. Hady nak selamatkan Haney dari cengkaman keluarga Hazwan, dan dari Hazwan sendiri. Bila Haney kahwin dgn Hady, dgn sendirinya, perniagaan ayah akan jadi miliknya. Dan dgn itu, mereka tak boleh fight for Alif.Haney akan ada status kewangan yg mantap untuk membesarkan Alif.Kan itu yg mereka nak lihat, dan itu juga Yg Haney perlukan untuk memiliki Alif forever”terang Hady.Lutfil Hadie terdiam.Ayah dan emak mereka masih membatu. “Angah, janganlah kerana Bihah, angah mengambil keputusan macam tu. Itu masalah Bihah.Don’t put yourself into my problems. Bihah dah cukup menyusahkan keluarga.”“No Haney, apa yg berlaku tadi, mungkin boleh berulang.You need someone. Lagipun, mak, ayah, izinkanlah.Angah nak balas jasa mak dan ayah. Izinkan angah mencium tangan mak, mengucup pipi mak seperti masa angah kecil dulu. Izinkan Angah jadi suami Haney.”Ruang tamu itu kembali sunyi…sepi. Tiada siapa yg hendak berkata-kata************************************************************

Malam itu Bihah tidak dapat melelapkan mata. Mohd Alif yg tidur di sebelahnya, dikucup manja.Anak kecil itu menggeliat lalu tertidur semula.“Alif, doakan ibu, sayang. Ibu buntu sekarang ni.Ami Hady benar-benar buat Ibu serba salah.”perlahan suara Nabihah,takut mengganggu tidur anaknya.Nabihah mengalihkan tubuhnya.Fikirannya menerawang entah ke mana. Kenapa hady ambil keputusan begitu? Kenapa harus berkorban semata-mata untuk kebahagiaannya? Apa maksud Hady? Bolehkah Bihah menerimanya sebagai suami sedangkan sudah 23 tahun dia hidup sebagai adik beradik?Soalan demi soalan menerjah ke fikiran Nabihah. Letih dia memikirkan nasibnya ketika itu.Akhirnya Nabihah tertidur tanpa dapat menyelesaikan satu pun permasalahannya.Esoknya, Nabihah tidak bertemu dgn Hady. Sebelum Subuh, dia sudah keluar ke masjid.Namun tidak seperti kebiasaannya, hari itu Hady tidak pulang untuk bersarapan.Dia langsung meneruskan urusannya untuk hari itu. Hady hanya pulang selepas seisi rumah masuk tidur.Dia tidak tahu apa reaksi keluarganya terhadap usulannya.Sewaktu Hady masuk kedapur untuk membasahkan tekak, ada sesusuk tubuh yg sedang duduk di meja makan. “Baru balik angah?’soal Along.Hady mengangguk, malas hendak menjawab.“Busy sangat ke?”soal Along lagi“Busy over nothing.Angah saja stay lama sikit kat kedai ayah tadi.”“Angah, pasal semalam….”“Maaflah along, kalau semalam Angah buat kputusan terburu-buru.Angah tak terperanjat kalau semua orang tak setuju dgn apa yg angah katakan…”pintas Hady.Alongnya menepuk bahunya,”Hai, anak bujang ni merajuk pula. Bukan itu maksud Along. Bahkan Along bangga dgn pengorbanan Angah tu. Cuma Along nak tahu,apakah keputusan angah tu ada kena mengena dgn perasaan hati angah terhadap Bihah?”Hady memandang tepat wajah Alongnya.Kemudian dia menghela nafas yg panjang.“Angah tak tahu macam mana nak cakap. Perasaan angah ni, Angah pun tak tahu bagaimana nak tafsirkan..”“Angah, apa pun niat angah, samada kerana nak selamatkan Bihah, ataupun kerana memang angah sayangkan dia lebih dari seorang abang terhadap seorang adik, kami sentiasa di belakang Angah.”“Kami? Maksud along?”“Kami…Iyalah,kami. Mak, ayah, along, kak Shilah…tadi kami ada bincangkan hal ini. Mak dan ayah seronok sangat kerana akhirnya, Angah akan ada talian yg sah dgn mereka.”Hady terseyum penuh syukur,”Terima Kasih,Along.”“Hey, come lah…Kita kan brothers…”“tapi….Angah tak tahu apa perasaan Bihah…”Hady menutup perbualan.
Pintu bilik Bihah diketuk orang. Nabihah bergegas membukanya.“Sedang berehat ke, Bihah?” Tanya emaknya.“Baru selesai siapkan cucu mak ni…”jawab Bihah,”Dia tak tahu diam, susah nak pakaikan diaper dia.Silap-silap, bocor…najis pula nanti.“Ni baru satu,Bihah.Masih kecil lagi, nanti dah besar, lagi payah. Macam dulu masam mak jaga Angah dan Bihah…Yang satu umur dua tahun, yang satu baru berapa bulan…Terkejar-kejar juga mak. Anak-anak ni tanggung jawab ibu ayah.Amanah Tuhan. Kalau Bihah rasa payah, minta Tuhan permudahkan.” Mak Limah menasihatkan anak bongsunya itu.“Iyelah mak.Itu Bihah tahu..Cuma saja nak mengadu kat mak,”Bihah berkata sambil merangkul bahu emaknya.Mak Limah tersenyum. Mohd Alif menangis, mungkin lapar hendak susu.“Hai cucu nenek ni..lapar ke? Jom kita turun, makan nasi lemak..”seloroh Mak Limah.“Itu nak ajak ibu dia.Baby belum boleh lagi…”gurau Bihah.“Hmm..cepat. semua orang dah tunggu. Dari dulu sampai sekarang, mesti Bihah yg lambat.”leter Mak Limah.Nabihah tersenyum kelat.Dia hanya perhatikan emaknya mendokong Alif keluar dari kamar. “Semua orang….?” Ini bererti Angahnya ada di rumah. Bihah tak tahu bagaimana nak mengadap wajah abangnya itu. Perlahan, di capai tudungnya. Terdengar suara Along dari bawah memanggilnya.Cepat-cepat Bihah turun, jangan sampai dipanggil tuan puteri lagi oleh Along.Dia mengambil tempat di sebelah emaknya sementara Hady duduk bertentangan Bihah namun tiada apa yg keluar dari mulut Hady.Tiada sapaan, tiada pertanyaan. Hady makan dgn tenang. Sesekali menjawab pertanyaan ayah tentang urusan perniagaannya sendiri.Dari apa yg Bihah dengar, travel agency Hady semakin pesat berkembang.“So Angah, dalam sebulan dua ni, tak ada tour ke yg Angah kene ikut?”tanya Kak Shilah.“Kali ini Kak Shilah nak kirim apa?”Tanya Hady.“Tak lah….saja tanya.”jawab Kak Shilah pendek“Mungkin minggu depan, kalau Muzammil tak dapat bawa rombongan umrah tu, mereka serahkan pada Angah, pasal hampir separuh jumlah jemaah tu, Angah yg cari.”“Hai..tak cuti sekolah pun ada rombongan umrah juga?”tanya Mak Limah.“Adalah mak, tapi tak ramai…”jawab Hady.“Angah…”teragak-agak Bihah untuk bersuara.Hady memandang wajah Bihah. Ada sedikit kesayuan di wajah itu. Entah kenapa, Hady tak pasti.“Berapa lama Angah kat sana?”“Pakej ni pendek je, 9 hari. Kenapa Haney tanya?”soal Hady lembut.Nabihah menggelengkan kepala, ”Tak…tak ada apa-apa.”Along dan Shilah berpandangan. Pelik dgn kegugupan adik bongsu mereka yg sememangnya ceria. Along mengangkat bahu, tanda tidak tahu.Ketika hampir selesai mereka bersarapan, Pak Daud bersuara.“Ayah ada sesuatu nak cakap,” Pak Daud menarik nafas dalam-dalam. Nabihah menjadi tak keruan dgn tingkah ayahnya.
Nabihah cuba keluar dari situasi itu.Apabila Mohd Alif menangis, dia meminta diri untuk menidurkan kembali anaknya itu.“Bihah naik dulu lah,Ayah.baby ni dah menyusu, mungkin nak tidur pula.”“Biarkan dulu. Ayah nak semua orang dengar apa yg ayah nak cakap ni.Lebih-lebih lagi Bihah.”Kak Shilah mengambil Alif dari ribaan Bihah. Di dodoikan anak itu jauh sedikit dari meja makan, namun masih dekat untuk dia mendengar perbincangan keluarga mertuanya itu.“Angah, ayah selaku ketua keluarga cuma nak beritahu Hady yang ayah tak sangka Angah akan membuat keputusan seperti itu. Selama ni, ayah dan mak membesarkan Angah sama macam along dan adik kamu.Tiada perbezaan yg ayah lakukan. Kami pun tak pernah rasa angah ni anak angkat. Angah, kalau Angah mahu peristerikan Bihah hanya kerana nak balas jasa mak dan ayah, kami minta maaf……”Hady memintas kata-kata ayahnya,”Maksud ayah? Ayah tak terima cadangan Angah?”Pak Daud tersenyum,”Bukan macam itu…kenapa Angah ni tiba-tiba saja ingat macam tu?”“Dia tu ayah, dah jadi mamat sensitive sekarang ni…”celah Along sambil memandang sinis kepada Hady. “Ayah takut kalau Angah hanya setakat nak balas jasa kami, perkahwinan tu akan jadi sia-sia. Lainlah….“Lain apa,ayah?” celah Shila yg sedang menepuk-nepuk anak Bihah.“Hai yg kamu suami isteri ni asyik menyelah saja ni, kenapa? Tadi Lutfil, ni kamu pula Shilah…”soal ayah, hairan dgn keghairahan suami isteri itu.Shilah dan Lutfil hanya tersenyum,”Tak lah ayah…perkara yg elok, jgn di tangguh.”Semakin Bihah mendengar perbualan mereka, semakin kecut hatinya. Dia tak sanggup untuk terus mendengar, namun dia wajib patuh pada ibu ayahnya untuk terus berada di situ.“Apa yg ayah cuba beritahu Angah,”tanya Angah.dia terus memandang Nabihah sehingga Nabihah tal mampu untuk mengangkat muka.“Lainlah….kalau Angah ada perasaan sayang terhadap Bihah. Ayah nak dia mendapat suami yg penyayang, yang bertanggungjawab.Dia dah lalui banyak kesulitan….Boleh ke Angah buat itu semua?”soal ayah tegas.

Berderau darah Nabihah mendengar soalan ayah terhadap Angahnya. Namun dilihatnya Hady tetap tenang. Kalau boleh, ketika itu juga, Nabihah mahu tinggalkan situasi itu. Hady memandang wajah ahli keluarganya satu persatu. Kemudian pandangannya dihentikan pada wajah Nabihah."Mak, ayah...Angah terlalu sayangkan keluarga ini. Sayangkan mak, ayah, Along.Lebih-lebih lagi Haney.Memang dulu, perasaan sayang tu kerana Angah sentiasa bersama dia. Sayang waktu itu, sama seperti sayangnya Along pada kami. Tapi apabila Angah mula dewasa, perasaan tu berubah dan Angah pun keliru dgn perasaan Angah sendiri.Sebab tu, bila Haney kahwin dgn Hazwan, Angah bawa diri ke Madinah.Tapi Angah tak betah hidup tanpa keluarga.Angah sedar, Angah tak boleh memiliki Haney dan Angah tak mahu sampai Angah mengecilkan hati mak dan ayah. Cuma selepas apa yg berlaku, selepas penderitaan Haney, Angah rasa Angah perlu beritahu mak dan ayah apa yg ada dalam hati Angah. angah tak mahu hidup Haney terus dibebani masalah. Mak, sebab tu bila Mak suruh Angah berumahtangga, Angah tak sanggup. Angah sayangkan mak." Panjang lebar Hady menerangkan duduk perkara.Lutfil dan Shila tersenyum syukur.Akhirnya, apa yg terbuku dalam hati Angah mampu di luahkannya. Haney Nabihah tergamam. Mutiara jernih mula membasahi pipinya. Emaknya mengurut-urut belakangnya."Tapi Angah tak mendesak.Angah hanya mampu meluahkan apa yg berada dlm hati.Terpulang untuk Haney mempertimbangkannya.Lagipun, bagi Haney, Angah hanyalah seorang abang tempat bermanja.Angah tak layak mendapat balasan cinta Haney tu..."sambung Hady.Airmata Haney semakin deras. Perasaannya bercampur baur. Haney keliru.Dalam suasana begitu, Mak Limah mula bersuara," Bihah, Angah dah beritahu apa yg selama ni dia pendamkan.Mak sebenarnya turut terkejut tapi mak tak menghalang. Terus terang mak katakan, perkara ini tak pernah mak impikan.Tapi mak tak tahu apa akan berlaku kalau Angah berkahwin dgn gadis lain. Mak akan kehilangan Angah. Tapi apa pun, mak serahkan pada Bihah. Mak harap Bihah fikirkanlah masak-masak.Apa pun keputusan Bihah, kami semua akan akur dan hormat dgn keputusan itu."

Sekali lagi, Nabihah melalui malam dgn hati yg berbelah bagi. Dia mula merasakan bahawa ada rasionalnya kata-kata H ady tadi. Namun, Nabihah sedar dia sudah bergelar seorang janda. Tapi apakah Hady akan terus membela hidupnya hingga ke akhir hayat. Apakah Hady akan turut menyayangi Mohd Aliff seperti anaknya sendiri? Nabihah bingkas bangun, dia perlu memunaikan solat istikharah. Hanya petunjuk Tuhan yg diperlukan untuk menyelasaikan masalahnya ini.“Ya Allah, aku hambaMu, aku lemah, Bantulah aku.Ampunkanlah dosa-dosaku.Ya Allah, apa yg berlaku adalah dia atas kehendakMu dan aku akur dgn kejadian itu. Namun, aku lemah, wahai Tuhan. TanpaMu,tiada apa yg bererti dalam hidupku. Tuhan, jika Engkau meredhai diri ini menjadi isteri kepada Angah, kau berilah aku petunjuk.Jadukanlah setiap apa yg aku lakukan, ibadah kepadaMu, bukan Istidraj dariMu…..”Selepas selesai melakukan solat istikharah, taubat dan haja, Haney Nabihah kembali ke sisi Mohd Aliff. Dibelai anak kecilnya itu. Dia teringatkan Hazwan.Selepas peristiwa itu, hormatnya pada Hazwan sudah tidak ada lagi.Malah dia jijik dgn perbuatan Hazwan. Hazwan….tiba-tiba Hazwan berdiri dihadapannya.Nabihah sedar dirinya sedang dikejar seseorang. Aliff yg berada didalam pelukannya di pegang erat-erat. Pantas dia berjalan, menjauhkan diri dari Hazwan. Namun Hazwan tetap mengekorinya.Ada perasaan marah di wajah Hazwan.Nabihah semakin panik.Di kiri kanannya hanya rumah-rumah kedai yg dikosongkan.Semakin laju langkag Nabihah, semakin laju juga derap kaki Hazwan. “Ya Allah, ke mana hendak aku selamatkan diri?”tanya Nabihah di dalam hati.Aliff sudah mula menangis.Nabihah merapatkan Aliff ke tubuhnya.Takut kalau-kalau Hazwan merampas Aliff dari tangannya.Tiba di sebuah lorong, langkah Nabihah terhenti.dia sudah tiba di jalan mati.Tidak mungkin untuk Nabihah berpatah balik.Hazwan semakin menghampiri. Tiba-tiba Nabihah merasakan tangannya di tarik seseorang.Nabihah kaget.Takut kalau Hazwan yg menariknya. Orang itu membawa Nabiha masuk ke rumah kedai yg usang itu. Siapakah orang itu? Nabihah masih belum dapat melihat wajahnya.Baikkah orang ini atau dia sama seperti Hazwan? Wajahnya terlindung di sebalik topi yg dipakainya.Orang itu mengambil Aliff dari tangan Nabihah.Seperti di pukau, Nabihah hanya membiarkan saja. Aliff pula terus diam di dalam dakapan orang itu. Setelah orang itu pasti Hazwan tiada di situ, dia membuka topi dan kaca mata hitamnya.“Angah???” Hady hanya tersenyum.
Mimpi itu seperti memberi Haney Nabihah satu jawapan.Namun dia masih berat untuk memberitahu keputusannya kepada keluarganya.Biarlah dahulu.Mana tahu, kalau-kalau Angah akan berubah fikiran. Keluarganya juga tidak pernah mendesak.Bahkan Angah tidak pernah menimbulkan persoalan itu lagi. Dia masih melayan Nabihah seperti biasa. Selama beberapa minggu selepas perbincangan mereka, dia masih terus dgn gayanya yg bersahaja. Dialah yg memandu Nabihah ke mana-mana. Alif juga sering dijaganya. Nabihah bersyukur dgn perhatian yg diberikan oleh Hady terhadap dirinya dan Alif.Satu petang, ketika Nabihah sedang membantu Shilah membersihkan taman mini rumah itu, Hady menghampirinya.“Angah dari mana?Dari pagi tadi, Bihah tak nampak batang hidung Angah?”“Pergi office.Ingatkan sekejap, tapi Si Muzammil tu last minute cancel.”“Cancel? Cancel apa?”“Laa makcik ni, kan kelmarin Angah ada beritahu, Dia ada trip umrah.So dia cancellah, ada urusan keluarga.”“Habis tu siapa ganti?”“Siapa lagi?Takkan Haney,nak ganti tempat dia.Tentulah Angah kena ganti. Angah yg akan lead the group.Sebab tulah tadi kelam kabut sikit kat office tu.”Nabihah hanya terdiam sahaja mendengar kata-kata Angahnya.“Betul ke, Angah nak pergi?”Hady menganggukkan kepala. Shilah yg sedang menyiram pokok-pokok bunga memasang telinga.“Bila Angah bertolak?”“3 minggu lagi,”jawab Hady.“Kalau Angah tak ada, siapa nak teman Bihah?”“Alaa, tak lamalah 9 hari je.Kalau Bihah perlu keluar sangat, mintalah Kak Shilah ke siapa-siapa ke, teman,”pujuk Hady.“9 hari, bukan 9 jam….”Nabihah mula merajuk.“Haney ni kenapa? Haney ada tempat yg Haney nak pergi ke? Kalau ada, kita bereskan sebelum Angah berangkat,”kata Hadi lagi.Nabihah masih membisu. Kemudian, dia bingkas bangun untuk meninggalkan Hady. Hady memandang Kak Shilahdgn penuh tanda tanya.“Dia kenapa, kak?” tanya Hady.“Mana Kak tahu….entah-entah dia merajuk pasal Angah nak pergi tak?”teka Shila.Hady terus masuk ke dalam rumah. Nabihah sedang duduk di ruang tamu. Hady mendekati adiknya itu.“Haney ni kenapa?” tanya Hady lembut.“Tak ada apa-apa ah…”“Kalau tak ada apa-apa, kenapa bila Angah beritahu Angah nak pergi, Haney terus diam macam ni?”“Angah……Angah janji takkan lupakan Bihah?”“Ya Allah, takkan nak lupakan Haney…Angah janji nanti Angah call selalu.”“Bihah pegang janji Angah tau…..”“Kenapa Haney cakap macam tu….Is there anything you wanna tell me?”“Bihah….Bihah…Alif…dia perlukan Angah.Dia perlukan seorang abi.”jawab Nabihah.Hady seakan-akan tergamam dgn kata-kata Nabihah.Betulkah apa yg didengarinya tadi.Wajah Nabihah di tenungnya.
Kak Shilah terjerit girang. Dia terjerit memanggil emak mertuanya.Rupa-rupanya, dia mencuri dengar perbualan adik-adik iparnya dari luar tingkap. Mak Limah yang sedang sibuk di dapur, meluru ke ruang tamu.Begitu juga Pak Daud dan Lutfil hadie yg sedang berehat di bilik masing-masing.“Kenapa ni, Ayang?Abanag ingat ada ular ke apa ke kat taman mak tu.Kenapa terjerit petang-petang ni? Nanti si Aliff bangun, baru tahu,”bebel Lutfil terhadap isterinya.Mak Limah dan Pak Daud pun tertanya-tanya denga perangai Shilah petang tu.memang menantu mereka seorang ni orang yg ceria, tapi tak pula sampai menjerit-jerit sesuka hati.Nabihah dan Hady masih lagi membisu. Shilah menjuihkan bibirnya kearah Nabihah.“Ni, tadi angah ada beritahu kat kami, dia akan ganti tempat Muzammil untuk bawa jemaah ke umrah bulan depan….”jelas Shilah.“Dah tu?”soal Pak Daud“Dah tu, ayah…ada orang rasa kehilangan. Belum apa-apa dah takut dilupakan.”sambung Shilah.“Mak tak fahamlah Shilah.Dah kenapa dgn Shilah petang ni? Peliklah kau ni…”celah Mak Limah.“Allah,,,ada orang tu sedih, Angah dia nak pergi.Nanti siapa nak jaga dia dgn Aliff.Kan Aliff perlu seorang Abi, kata orang tu.” sambung Nabihah lagi.Mak Limah dan Pak Daud mula memahami apa yg disampaikan menantu mereka.“Betul ke ni, Bihah.Betul ke apa yg Kak Long kau sampaikan? Bihah setuju ke?”tanya Mak Limah.Nabihah memandang wajah emaknya. Dia mengangguk sambil merangkul tubuh tua emaknya itu.“Bihah dah banyak susahkan keluarga. Perkahwinan Bihah dulu satu kesilapan. Bihah cuma nak restu dari mak dan ayah…”“Haney, Angah tak memaksa.Haney tak perlu buat keputusan itu.Kalau Haney tak mahu jadi isteri Angah pun, Angah akan jaga Haney dan Aliff seumur hidup Angah,”jelas Hady yg sedari tadi terdiam seperti terpukau dgn kata-kata yg didengari.“Tak Angah…Haney tak mahu Angah jaga Haney tanpa ada apa-apa pertalian.Haney bersedia jadi isteri angah.Cuma Haney kesal, baru kini, Haney sedar akan kasih Angah terhadap Haney.Setelah Haney bergelar janda, baru Haney tahu, Angahlah orang yg benar-benar concern tentang Haney.”“Alhamdulillah, terlerailah persoalan keluarga kita,”akhirnya Pak Daud bersuara.Shilah mendapatkan Lutfil Hadie.Lutfil merangkul bahu isterinya. Mereka turut gembira dgn berita itu. Berita yg akan membawa sirna bahagia kepada seisi keluarga.
Pernikahan Hady dan Haney berlangsung secara sederhana.Disaksikan oleh naib kadhi dari ROMM, Pak Daud sendiri yg menikahkan anaknya. Saksi yg mewakili Hady ialah Along mereka sendiri. Keluarga Pak Daud dan Mak Limah yg hadir juga turut bersyukur kerana akhirnya Hady ada pertalian yg sah dgn keluarga itu. Selepas upacara akad nikah, Hady mendapatkan emaknya.tangan Mak Limah di raih dan dicium.Wanita tua itu memeluk Hady erat.pelukannya dibalas Hady.“Mak, akhirnya Angah dapat salam tangan Mak,”kata Hady. Mak Limah tersenyum.Namun bagaimana dia cuba menahan, airmatanya tetap mengalir.Cuma kali ini, yg mengalir adalah airmata kesyukuran.“Mak sayang Angah…Terima kasih Angah,”ucap Mak Limah. Tetamu yg hadir juga dapat merasakan kesyahduan majlis itu.Majlis itu berbeza dgn majlis pernikahan orang lain. Hady kemudia bersalaman dgn Ayah dan Alongnya. Pak daud tiddak berkata apa-apa, cuma menepuk-nepuk bahu Hady.mata tuanta berkaca menahan airmata yg bila-bila masa akan tumpah.“Dia sekarang amanah untuk Angah.jagalah dia,”pesan Along.Selepas wakil dari ROMM pulang, barulah Hady menghampiri Haney yg kini sudah kembali ke kemarnya. Haney ditemani oleh Shilah dan Shimah, adik Shilah.“Assalamualaikum,”“Waalikum salam.”jawab Haney.Dia kelihatan ayu dgn tudung biru laut yg di jahit sendiri oleh Shilah.Biliknya juga di hias cantik, khas untuk menyambut sepasang pengantin baru. Itu semua dibuat oleh Shilah.Hiasaanya simple, tapi manis dipandang mata.“Haney, boleh masuk?”tanya hady.“masuklah,Angah…”jawab Haney.Shimah dan Shila mencubit pipi Haney manja.”Bukan angah lagi. Mana boleh panggil Angah,”tegur Shilah.“Habis tu?”“Abanglah…”celah Shimah.Hady yang kini sudah berada di dalam bilik tersenyum melihat kekeliruan Haney.“Tak apalah, Kak Shilah, Kak Shimah. Biarlah dia nak panggil Hady apa pun. Hady takkan paksa dia.”“Tapi dia kena ingat Angah, dia dah jadi isteri Angah.”terang Kak Shilah.Haney tersenyum malu.Dia sedar akan kesilapannya tadi.“Akak keluar dululah, tolong mak kat dapur,”kata Kak Shilah, sambil menarik adiknya keluar.Hady duduk di sisi Haney. Haney mengalihkankan pandangannya.Tiba-tiba saja dia jadi segan dgn Hady.“Haney, kita dah sah jadi suami isteri.Mungkin ini bukan apa yg Haney impikan. Tapi kesudian Haney untuk jadi isteri abang, sungguh mengharukan.besar pengorbanan tu, Haney. Abang janji, Abang akan menjaga Haney dan Alif sebaik mungkin”ucap Hady lembut.Haney masih berdiam.Dia berasa janggal apabila Hady membahasakan dirinya ‘abang’.“Haney menatap wajah Hady,”Angah, maaf Haney.Haney masih belum boleh…..”Hady mencapai tangan Haney.“Tak apa, Haney.Abang faham. 23 tahun, panggilan tu dah sebati.”pintas Hady.Dia tidak mahu haney susah hati hanya kerana perkara sekecil itu.“Terima Kasih,Angah.Terima kasih kerana sanggup membela nasib Haney dan Alif.”tangan Hady dikucupnya. Hady terus menarik Haney ke dalam dakapannya. Buat pertama kali setelah pencerainnya, Haney berasa selamat dalam pelukan Hady.

Pagi esoknya, sewaktu Nabihah tersedar dari tidur, dia dapati hanya dia yg berbaring di atas katil.Keletihan membantu emaknya di dapur masih terasa. Nabihahencapai tudung untuk keluar ke bilik air.Jam didinding menunjukkan bahawa pagi masih awal lagi.Baru pukul 4.30 pagi. Nabihah berhajat untuk tahajjud. Dia ingin derkhalwat dgn Tuhan, mengadu, mengharap keampunanNya.Ruang dikamar Hady terang."Angah tidur di bilik tu ke?"Kata Nabihah di dalam hati.Memang semalam, sewaktu dia mengadu letih dgn emaknya, Hady yg suruh dia berehat dulu. Tak tahu pula Haney kalau Hady tak masuk ke biliknya.Selesai berwudhu, Haney Nabihah dapati pintu bilik Hady terbuka sedikit. Dia menjenguk kedalam bilik itu.Hady baru sahaja memberi salam kedua."Angah,'panggil Nabihah perlahan.Hady memandang kearahnya. Senyuman Hady membuat darah Haney Nabihah berderau, entah kenapa."Baru bangun?"tanya Hady,"masuklah.""Angah tidur kat sini ke?"tanya Nabihah lagi sambil menghampiri suaminya,"Kalau semua orang tahu, habislah Bihah kena marah.""Taklah.Abang kan tidur dgn Haney. Haney keletihan, ye? Kesian, isteri abang ni. Tak sadar ke abang tidur kat sebelah Haney?Abang peluk Haney semalam, tak ingat?""Mana ada...merepeklah."merona wajah Haney Nabihah di usik suaminya."Memang tak ada. Jangan risaulah...Abang tak ganngu tidur Haney semalam."Hady tertawa melihat reaksi Haney."Suka usik Bihah, tak suka tau!" balasnya."Abang nak tanyalah, kenapa haney pakai tudung ni? Nak jaga aurat tu dari pandangan siapa? Ada lelaki ajnabi ke dalam rumah kita ni?"Baru Nabihah ytersedar yg dia memakai tudung. Dia tersenyum sendiri,"Dah biasalah....Bihah main capai je tudung ni.""Tak apalah...tak salah pun. Dah pergilah solat.Sampai dah kering wudhu tu. Abang nak turun ke dapur jap."Selesai solat, Nabihah turut turun kedapur.Hady sedang membuat sesuatu di atas meja."Angah buat apa ni? Sibuk sangat Bihah lihat"tanya Nabihah."Tak adalah, lebihah roti dari fridge...abang buat puding roti aje. Haney masukkan dalam oven,sayang.""Sayang?" terperanjat Nabihah dengan gelaran itu. Bukankah Hazwan juga memenggilnya 'Sayang'?Tapi sayangnya, tak berkekalan."Angah...betul ke Angah sayang kat Bihah?" Nabiahah memberanikan dirinya untu bertanya.Hady merapati isterinya,sambil memegang bahu Nabihah," Memanglah...dari dulu lagi. Cuma Abang tak Haney tahu, Haney bukan cinta pertama Abang.""Maksud Angah?""Sebelum Haney, Abang sedaya upaya meletakkan cinta abang pada Tuhan, rasul, pemimpin, mak ayah. Lepas tu, barulah Haney seorang ni.""Oh..itu Bihah tahulah. Ingat Bihah, kerana Bihah, Angah menolak kasih orang lain...""Mana ada...abang tak sempat nak kejar cinta gadis lain.Cinta abang dgn Tuhan pun, belum tentu Tuhan nak terima.""Hisy...insyaAllah, Bihah yakin cinta Abang tu, tentu Tuhan terima.""Amin...berkat doa seorang isteri, mana tahukan! eh, dah masuk waktu ni, Haney.Jom kita solat Subuh.""Along dah azan dah tu..."sambut Haney Nabihah.Sayup kedengaran laungan azan dari tingakat atas rumah mereka.Subuh itu, Pak Daud meminta Hady mengimamkan solat. Lunak suaranya mengalunkan ayat-ayat suci AlQuran. Selama ini, dia sering menolak untuk menjadi imam. Tapi setelah bergelar suami, mudah saja dia menuruti permintaan Pak Daud.Hady bersalaman dgn emaknya selepas solat.Mak Limah sekali lagi mencium pipi Hady."Hmm...jealous Bihah tengok tau. Mak tak cium Bihah pun,"rajuknya."Alaa, Bihah kan mak selalu peluk,cium.Hady ni, dah lebih 10 tahun mak tak peluk dia...rindu mak dgn Hady,kan?"jawab Mak Limah."Apalah Bihah.Dah besar gajah pun...merajuk lagi.Buruk nya.Kalau Alif nampak, buat malu je."sampuk Along."Marah ke mak peluk cium abang?""Mana ada, Bihah kan dah besar gajah...."Nabihah memintas.Tiba-tiba satu kucupan hinggap di pipi Nabihah. Along dan Shilah tergelak melihat telatah Hady."Eeh, Angah ni. Apa buat Bihah macam ni...""Nabihah, kamu panggil apa kat suami kamu?"soal Ayah. Tersentak Nabihah di buatnya."Dia bukan Angah lagi, Bihah.Hady tu suami kamu. Bihah kena pandai bezakan tu semua.Ayah tak mahu dengar lagi,faham?""Salah Angah, ayah.Angah izinkan, buat sementara ni. Angah faham, Haney tak biasa..."Hady cuba mererangkan duduk perkara."Hmm, kamu pun sama je.Dari kecil, suka bela Nabihah ni. Sekarang dah lain,Angah. Dia dah jadi isteri.Ketaatan dan hormat seorang isteri tu berbeza dari hormat seorang adik."nasihat Pak Daud."Bihah faham, ayah. Abang...Bihah minta maaf.""Yelah...abang tak pernah salahkan Haney,sayang." Satu kucupan hinggap lagi di pipi Nabihah. Dia tersipu-sipu malu."Sayanglah sangat kat isteri tu, Angah?"usik Kak Shilah. Nabihah menjeling kakak iparnya manja.

~Cinta KLCC~


“Sakit ke?” soal Puan Amy kepada Natasya, anak bongsunya yang baru keluar dari bilik mengambil darah.
“How do I look? Okay kot…” jawabnya ringkas kerana dia agak cuak juga memandangkan ini adalah pertama
kali darahnya diambil.

“Tak ada apalah…”

“Yohhaaa tapi cuak jugalah. Jom kita pergi ambil nombor giliran, boleh jumpa Doktor cepat.” Mereka terus
mengambil nombor giliran dan naik ke tingkat dua Klinik Perubatan Premier HUKM itu dan menanti giliran
mereka. Hampir dua puluh minit menanti, barulah giliran mereka tiba.

“Assalamualaikum, doktor.” Sapa Natasya dan ibunya.

“Wa’alaikumussalam, silalah duduk.” balas Doktor tersebut. Tanpa memandang ke arah mereka.

“Natasya ye?” soalnya ringkas

“Saya.” “Fuhhh… dapat doc handsome la plak…”bisiknya dalam hati.

“Awak sakit apa?”

“Ini surat dari doktor saya dulu. Dia suspect saya ada thyroid.”

“Okay, let me see your blood and urine test.” Dia terus membaca keputusan tersebut. “Blood, okay tapi urine
ada kotor sikit and your heart beep pun agak hyper la. Saya tak boleh nak bagi ubat lagi sebab tak sure you
sakit thyroid. Esok you pergi HUKM, buat x-ray thyroid dan datang sini balik buat blood test lagi sekali.
Blood test ni saya nak hantar ke lab. After a week, kita jumpa lagi ye sebab awak ada appointment dengan
aya sekali lagi.” Terang Doktor tersebut dengan panjang lebar selepas memeriksa keadaan dirinya.

“Okay. Terima kasih, doctor.” Ucap Natasya sebelum berlalu. Fuhhh… macam lelaki idaman aku, tak
adalah hansome sangat tapi…. Aku suka…. Hehehe…

“Sama-sama.” Doktor Harith hanya memerhatikan sahaja Natasya berlalu sebelum mencatatkan sesuatu
di dalam laporan Natasya.

“Are you interested Doctor?” soal jururawatnya dan Doktor Harith hanya tersenyum.

“Mestilah kalau dah ada cewek ayu depan mata, tak akan aku tak interested kot… hehehe… tapi kena
cover sikit depan nurse ni, karang mau satu malaya dorang bergosip. Naya aku…” ujarnya perlahan.

“Doktor ada cakap apa-apa ke?”

“Ehh… mana ada…” Fuhhh nasib baik tak kantoi…

Natasya… hehehe, hidup mesti kena pandai cover.




“Hello, Natasya. Saya Doktor Harith. You jadi ke datang hari ni? I dekat makmal darah ni, tunggu You.”

“Hai doc. I on the way ni, tadi pergi x-ray dulu. Tunggu I buat apa?” sengaja soalan yang kurang
cerdik di berikan kepada Doktor Harith.

“I just want to make sure details yang ada dalam borang tu betul. Tapi saya dah tak boleh nak tunggu
awak lagi. Ada ramai pesakit sebab saya baru lepas CME tadi but its okay, I will inform dengan nurse
dekat sini ye.” Ujar Doktor Harith.

“Okay, and thanks, doc.” Natasha mematikan talian.

“Kalau boleh , I nak ajak you breakfast… hehehe… kalau la aku berani tanye dia macam tu, fuhhh…
mesti dunia ini ana yang empunya lah.” Doktor Harith berkata pada diri sendiri selepas Natasya
mematikan talian.

“Harith nama dia, sedap dan padan dengan orangnya. Dia muda dan agak menarik, sama macam jejaka
idaman aku. Kalau ajak aku breakfast lagi best… hehehe… Tasya, apa kau merepek ni? Dia nak rawat
kau ajelah… Adusss… dah parah aku ni, mahu tapi malu…. Ishk3, gedik pun ada aku ni… oopppsss….”
ngomelnya di dalam hati, segan jika diketahui oleh ibunya.

“Siapa call, Tasya?” soal ibunya yang sedang memandu.
“Doktor semalam, ibu. Tak ada apa pun, dia tanya Tasya datang tak sebab dia nak make sure all the
details dekat borang tu betul.”

“Okay. Jom keluar, kita dah sampai.”

“Cepatnya. Ibu speed berapa laju daaa…”

“Ada-ada je kamu ni, kamu tu yang mengelamun…”

“Adussss… kene aku… Ibu, anak ibu ni dah suka dekat Harithlah.” Jawabnya di dalam hati sambil
menuju ke makmal darah. Nasib mereka baik hari ini kerana tidak begitu ramai orang. Hanya seorang
sahaja sebelum dirinya. Apabila namanya dipanggil, Natasya masuk ke dalam bilik tersebut dan lima
belas minit kemudian dia keluar kembali.

“Kenapa lama?” soal Puan Amy

“Dia cucuk Tasya tiga kali bu, sebab darah tak keluar tadi. Dah macam drakula pulak…” ngomelnya
sambil membuat muka comel yang sememangnya di kurniakan oleh Allah. Namun dia tidak marahkan
petugas tersebut kerana sudah genetik keluarganya begitu, susah sekali nak di kesan salur darah dan
ini menyukarkan para petugas.

“Glamour Tasya, Bu.”

“Kenapa?”

“Dorang asyik cakap so inilah Natasya ye? Huhuhu… tak sangka, merasa glamour kat klinik.”
“Merepeklah kamu ni. Jom kita balik.” Mereka berlalu ke kereta untuk pulang, Natasya sengaja
berpusing ke belakang, mana tau terjumpa pula jejaka idamannya itu namun hampeh, bukan kata
orangnya bau dia pun tak ada. “Ahhh sudah, dah kronik aku ni, bau pun boleh cam… masak…”

“Hello, Rissa. Semalam aku yang super cute ni pergi klinik and guess what?”

“Elehhh, super cute konon… Pergi klinik? So what? For sure la kau sakit!” ujar Carrissa selamba
seperti sedang memancing Natasya.

“Memanglah dol, kau ni memang saje je nak pancing aku kan. Aku jumpa doctor handsome siot…
hahaha… asyik dengar kau aje cakap ada doktor handsome dekat hospital kaukan! Now is my turn
la pulak, hari-hari tengok mamat yang pakai baju black and white dekat court pun bosan juga…”
seloroh Natasya.

“Banyaklah kau. Handsome pun tapi percayalah pasti lagi tua daripada kau… merasalah dapat mat kertu.”

“Mulut… lantaklah, kau ingat husband kau yang bertaraf peguam tu muda? Kertu atau dalam erti
lain, ketuat jugak… hahaha… okaylah, aku nak kena get ready ni sebab ada kes kejap lagi. Ni aku ngah
lunch hour, nak kena cepatlah takut tak sempat solat.”

“Okay… kalau jumpa Fikri dekat court kirim salam ye. Sedap je kau cakap ye…”
“Mesti jumpa dia punya. Dia tu kan ke pendakwa raya, bye…” Walaupun mereka rapat namun apabila
mereka berada di dalam gelanggang keadilan, mereka sentiasa bersikap professional.

Sepanjang seminggu ini, Natasya asyik teringatkan Doktor Harith. Walaupun dia tidak dapat mengingati
sepenuhnya wajah Doktor Harith namun dia sering teringatkan dirinya. Namun sering diingatkan dirinya
agar tidak bersikap begitu secara berterusan. Hari ini dia pergi seorang diri sahaja ke klinik tersebut
memandangkan dia perlu kembali bertugas selepas itu.

“Nurse, borang ni dah boleh letak ke?” soal Natasya dengan tertib kepada jururawat tersebut namun
di balas dingin.

“Karang hilang… Datang pukul 2 petang balik.” Jawab jururawat tersebut agak kasar, mungkin terlalu
ramai pesakit hari ini.

“Okay and thank you.” Dia terus berpusing untuk berlalu dan sedikit lagi dia hampir melanggar Doktor Harith

“Sorry, doctor!”

“It’s okay!” Fuhhh… cewek ni lagi…

“Anyway doc, do I have to do blood test once again? Hari tu dah buat.”

“You are?” lakonan je semua ni, kenalah macho sikit…. Hehehe…

“Natasya, patient yang doctor suspect thyroid last week!” ujar Natasya yang cuba mengingatkan Doktor
Harith. “Kureng asam kuasa 16 betullah dia ni. Tak ingat nama aku? Aku bagai nak rak ingat dia. Siot
kuasa 14 betul…” Bebelnya didalam hati.

“Ohh ya. Natasya. Let me see your report.” Natasya terus memberikan apa yang di minta.

“Dalam report ni tulis, leher awak bengkaklah, awak ada demam tak?”

“Semalam saya demam dan masih terasa sikit lagi hari ni.”

“Better buat blood test lagi sekalilah.”

“Hahhh!!! Okay, I’ll do it and thanks doc.”

“Welcome tapi nampak terkejut, kenapa?’

“Seram sebab last time, saya kena cucuk sampai 3 kali sebab susah nak keluar darah saya.”

“Susah ye. Tak apalah, sikit je tu. Nak sembuhkan?” kesiannya cewek aku ni.

“Ya, thanks doc.” Natasya terus berlalu dari situ.

“Ceh, memanglah nak sembuh tapi… Meh sini, aku cucuk jarum tu dekat tangan kau…
Selamba je cakap…” ngomelnya di dalam hati lagi.

“Natasya.” Panggil Doktor Harith

“Ya saya.” Natasya berpaling. “Tak akan dia dengar apa aku cakap tadi??? Kompius dah la ni…”
bisiknya didalam hati lagi

“Saya nak tambah something dekat borang tu. Alang-alang kita buat ujian FBS sekalilah dengan
ESR.” Doktor Harith mengisi borang tersebut berlapikkan tangan mereka berdua.

“Fuhhh… buat aku cuak je la dia ni…” Natasya terus berlalu setelah semuanya selesai dan baru
setengah jalan dia keluar, baru dia teringat yang sampul suratnya tertinggal di dalam.

“Hi, kenapa patah balik?” soal Doktor Harith yang terserempak dengan Natasya di pintu keluar.

“Saya tertinggal barang.”

“Ni awak punya scan result, awak peganglah. Sekejap lagi bawa jumpa saya ye!”

“Okay.”

Natasya bergegas masuk ke dalam dan mengambil barangnya. Ketika dalam perjalanan keluar,
dia perasan yang Doktor Harith ada diluar namun sengaja dia tidak memandangnya seolah-olah
seperti tidak perasan.

“Amboi, tak pandang aku pun…” getus hati Doktor Harith sambil memerhatikan langkah Natasya
Tepat pukul 3 petang, Natasya di panggil masuk untuk sesinya mendapatkan rawatan. Sungguh
seronok hatinya untuk bertemu dengan Doktor Harith namun sebaik sahaja dia melangkah masuk
ke dalam bilik tersebut, keseronokkan yang dirasainya tadi bertukar menjadi kekecewaan.

“Natasya?” soal Doktor Azilah
“Saya.” Jawab Natasya dengan menghadiahkan senyuman. “Last week pun aku masuk bilik ni tapi
Doktor Harith yang merawat, kenapa dah tukar pula? Ni kemusykilan telah menerjah ni…
Kompius-kompius, asyik kompius je la aku hari ni.” Bicaranya didalam hati.

“Dari apa yang kami dapati awak berada di dalam keadaan yang normal. Memang semua symptom
dan visually, awak ada tanda-tanda thyroid tapi tiada thyroid. So saya syorkan awak buat blood test
sekali lagi sebab hari tu, Harith hanya suruh check T4 sahaja, this time kita check T3 pula.
Normally kalau thyroid, hormone T4 yang tinggi.”

Terang Doktor Azilah dengan panjang lebar.

“Sure. Terima kasih Doktor.” Kecewa pun, kenalah hormat orang jugakan…

“Sama-sama. Tapi awak masih kena datang next week ye, same time and date.”

“Okay. Saya keluar dulu. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam” Natasya terus menekan butang lif untuk turun dan sepanjang perjalanan pulang
dia menyumpah-nyumpah akan kebodohannya yang mengharapkan sesuatu yang mustahil. “Hampeh
betul, aku tak pandang dia tadi sebab aku ingat aku akan jumpa dia nanti ambik kau Tasya. Padan muka,
bukan kata nak jadi awek dia, jumpa dia pun dah tak dapat. Ntah-ntah dia dah kahwin kot. Nasib kaulah,
Tasya. Orang yang kau suka selalu kau tak dapat. Kau ni malu tapi mahu, gedik betullah.” Ngomelnya
sendirian didalam kereta dan tanpa disedari air matanya jatuh berguguran jua. “Ahhhhh…. Why are
you crying!!! Benda simple pun nak nangis ke, Natasya, come on….” Jeritnya di dalam kereta kerana
marah dengan tindakannya. Mungkin dia terlalu berharap kerana dia begitu meminati Doktor Harith dan
hanya dirinya sahaja yang tahu akan rahsia ini.

Semenjak kejadian tempoh hari, Natasya lebih selesa berdiam diri sehinggakan Carrissa juga perasan
akan perubahannya. Dia juga cuba sedaya upaya untuk melupakan tentang Doktor Harith agar dia tidak
akan terus merasa sakit dengan terus meletakkan harapan yang tinggi seperti Gunung Everest.

“What’s wrong?” soal Carrissa sewaktu mereka makan tengah hari berhampiran dengan Klinik Perubatan
Premier HUKM memandangkan Carrissa ada tugasan di klinik tersebut dan Natasya pula baru pulang dari
bertemu pelanggannya di Hotel Palace of The Golden Horses.

“Kenapa apa? Aku macam biasa je.” Fuhh tak akan Carrissa ni perasan kot… ni nak kena cover lagi ni…

“Tak payahlah, kau nampak kecewa je. Come on, aku dah lama kenal kau la.”

“Banyaklah kau. I’m fine and thanks for asking. Kau buat apa dekat sini?”

“Saja je tukar topiklah kau ni. Aku kena tukar dekat sini, mula-mula dia orang bagi tugasan sikit. Tapi okay juga,
aku suka kerja sini lagi dan dah 2 minggu aku dekat sini. Aku busy nak bagi tahu dekat kau. Sorry.”

“It’s okay. Good for you kalau kau rasa seronok. Tapi rugilah aku, kalau kau kerja dekat HUKM boleh aku
melawat kau.”

“Apsal? Kat sini kau tak boleh nak melawat aku ke??? Ape kes la kau ni…”

“Tak adalah, kalau tak silap aku la kan. Dengarnya Mr Angkasawan kita tu nak kembali bertugas dekat unit
kecemasan balik… So mane tau boleh terserempak ke atau aku buat-buat pengsan ke for sure dorang
hantar aku kat unit kecemasan…. Untung-untung dia pula yang bertugas, fulamak… meletoppp kau…”

“Merepeklah kau ni, aku pun ada terbaca dalam paper. Tapi tak tau bilakan? Lepas ni ramailah orang sakit
pada hari dia bertugaskan? ”

“Hahahaha… merepek je la kita ni, orang dah sakit… actually aku just melawak je… Dah nak kahwin dia
tu kan, kalu tak silap 2009 kot.”

“Aku taulah, tu yang aku melayan je otak aku yang sewel tu… bila kau nak berubah??? Dah jadi lawyer
pun dok macam dulu gak…”

“Alaaaa, bila dengan kau je… sebab kau pun sewel macam aku… hehehehe.”

“Banyaklah kau…” Mereka terus berbual dan sedang rancak mereka berbual, mereka di sapa oleh
seseorang.

“Hi, Carrissa. You makan sini je ke?” sapa Doktor Harith seakan tidak perasan akan kehadiran Natasya
padahal itu semua hanyalah lakonan.

“Yap, senang sebab dekat dengan klinik.” Doktor Harith dengan selamba mengambil tempat duduk di
sebelah Carrissa.

“Join ye sebab tak ada tempatlah.” Dia masih meneruskan lakonannya yangs tidak menyedari kehadiran
Natasya. Natasya pula sengaja bangun untuk mengambil tisu di kaunter bayaran dan kembali semula
di meja mereka.

“She’s my best friend, Natasya.” Carrissa terus memperkenalkan kami sekembalinya aku dan seperti
cover ayu, aku hanya tersenyum.

“Hai Natasya. How are you? You nampak kurus dari hari tu.” Soal Doktor Harith.

“Kureng asam kuasa 24 lah dia ni… Sedap je nak komen aku… dia tu macam bagus je… Tapi yang
macam bagus nilah yang aku minat… hampeh betul….” Natasya membebel di dalam hati yang memang
sedang mengelegak mendengar komen Doktor Harith ni.

“You guys dah kenal ke?” soal Carrissa yang berpura-pura tidak tahu sedangkan dia tahu yang Doktor
Harith meminati Natasya. Cuma dia belum berjaya menggorek isi hati Natasya sahaja lagi.

“She’s my patient.” Satu lagi dialog lakonan antara Doktor Harith dan Doktor Carrisa.

“Ex patient kot. Sebab Doktor Azilah yang rawat saya last 2 weeks.” Sengaja Natasya bergurau namun
disamping itu dia cuba memancing Doktor Harith untuk memberitahu akan sebabnya. Carrissa dapat
menghidu perubahan pada diri Natasya melalui nada suaranya dan wajahnya.

“Ya, dia senior saya so dia lebih banyak experience untuk merawat awak.” Terang Doktor Harith ringkas
sambil memandang wajah Natasya.

“Fuhhh, ayu siot… Aku suka kau la… Aku malu tapi aku mahu … Ceh hampeh betul aku ni, tapi itulah
kenyataannya… Yelah, kang aku tepuk sebelah tangan je tak ke naya aku??? Dia ni dah lah ayu sleeping,
ehh bukan… Dia ni dahlah ayu, berpendidikan dan bekerjaya… aku pun sama, tapi as I said… Aku malu
tapi mahu …. Hehehe…. Adapt manusia la tu.” Ngomel Doktor Harith di dalam hati.

“Saya tak kisah as long saya akan sembuh. Betul tak Doktor Harith?” Natasya hanya tersenyum sambil
menyedut minumannya yang masih berbaki dan di balas dengan senyuman jua daripada Doktor Harith.

“Fuhhh… sedapnya suara… Ahhh dah kronik aku ni…” ngomel Doktor Harith di dalam hati lagi

“Anyway call me Harith sahaja.”

“Okay.” Jawab Natasya ringkas. “Perggghhh… ingat nak suruh panggil deer… ehhh bukan, dear lah…
Gedik la plak aku ni…” getus hatinya.

“You all best friend since bila?” Doktor Harith cuba memulakan perbualan dengan Natasya namun
Carrissa pula yang menjawab.

“Since form four but we knew each other since form three. Alhamdulillah we still remain sebagai best
friend sampai sekarang walaupun kita orang study jauh-jauh dan course yang berlainan.” Terang
Carrissa sambil meneruskan suapan nasinya.

“You ambil course apa dan kerja apa sekarang?” soal Doktor Harith yang seakan berminat untuk
mengenali Natasya walaupun dia dah dapat semua maklumat Natasya daripada Carrissa. “Hehehehe…
lakonan kena mantap beb… tapi macam jual mahal je awek ni. Tapi tak apa, kena cubalah dulu. Aku
mesti boleh sebab aku dah tersuka dengan wajah ayu sleeping kau tu, Natasya.” Ujarnya di dalam hati
sambil mengamati keayuan Natasya. Natasya sangat ayu dimatanya, dia tidak secantik mana tapi
sangat menenangkan mata dan hati bila melihat dirinya.

“Cehhh…. Sah aku dah kronik ni… KLCC, I’m in love…” jeritnya sekuat hati dalam hati.

“Saya ambil Law dan Carrissa ambil Medic. Now I worked as a civil lawyer.” Terangnya ringkas.

“Fuyyyooo, mata dia… ahhh kronik aku ni, sampai mata dia pun aku kata handsome… KLCC, I’m in love…
huhuhu…. Okay what… Cerita Indon Eiffel I’m in love… Aku ni orang Malaysia, so KLCC la kebangaan
aku…. Hehehe…” jerit Natasya di dalam hati.

“Interesting career you… You dah bertunang atau dah kahwin ke macam Carrissa ni?” Fuhhh kalau
Erma Fatima jumpa aku, sure dia amek aku jadi pelakon punya… Lakonan kena mantap beb… sambil
melemparkan senyuman yang paling handsome kearah Natasya. Carrissa pula sengaja membiarkan
mereka berdua berbual dan dia masih menyudahkan makanannya.

“Tunang? Boyfriend pun tak ada. Lainlah Carrissa ni, bercinta dengan rakan kami juga.” Gurau Natasya.

“Really??? Can I be your boyfriend?” soalnya selamba sehinggakan Carrissa yang sedang menyuap
makanan juga terkejut apatah lagi dirinya.

“Sure you can.” Jawabnya selamba dengan muka toye je. “Elehhh… saja nak test aku la tu…” ngomelnya
di dalam hati.

“Tasya…” tegur Carrissa sambil memandang ke arahnya.

“What? Dia nak jadi boyfriend je bukan special boyfriend…” ujar Natasya dalam nada bergurau.

“Shittttt… tak makan saman betullah awek ni. Aku nak lebih dari tulah… aku suka dekat kau since
first time jumpalah… aku tunggu kau bagai nak rak hari tu sebab aku tahu aku dah tak merawat kau
lagi… tahu tak??? So dengan cara tu sahaja aku boleh jumpa kau… Memang hampeh betul ahhh, ayu
sleeping ni… Dah le aku ni malu tapi mahu …” ujarnya di dalam hati, kalau ikutkan hatinya mahu
sahaja dia berterus-terang dengan Natasya tentang isi hatinya itu.

“Aku nak kena pergi sekaranglah, Carrissa. Banyak paper work yang nak disiapkan. I pergi dulu ye
Harith.” Natasya terus berlalu dan dia diekori oleh Carrissa sehingga ke keretanya.

“Kenapa kau ni? Tadi kata kau cuti half day hari ni.” Soal Carrissa sebelum Natasya sempat masuk ke
dalam keretanya

“Nothing…” jawabnya sambil menyarungkan kaca mata hitam.

“Mesti ada apa-apa. Kau suka dia ke?”

“Siapa? Apa kau merepek ni?”

“Doktor Harith…”

“He’s my Doctor. That’s it.”

“Aku nampak cara kau gelisah bila berdepan dengan dia, Tasya. Just tell me the truth.” Natasya terus
memeluk Carrissa dan menangis.

“Hanya aku yang sukakan dia tapi dia tak and maybe he’s married. Aku pun tak kenal dia, I just like
him a lot… Aku pun bodoh sebab baru jumpa dia tapi dah suka sangat dekat dia! Aku memang bodoh…
bodoh kuasa 64 betul.” terang Natasya, inilah yang di katakan panahan pandangan cinta pertama.

“Kenapa tak cakap dengan aku? Kau malu tapi kau mahu kan?”

“I really got to go now, sekarang kau dah tahu. Aku pergi dulu ye. Take care of your baby. Bye…”
Natasya terus berlalu meninggalkan Carrissa.

“You dah dengarkan apa dia cakap! So what are you waiting for? I dah tolong buktikan dekat you
dengan merekodkan perbualan kami semalam dengan handphone I.” ujar Carrissa sambil merenung
Harith. Sungguh ajaib perasaan mereka berdua ini, baru berjumpa dan tidak begitu kenal namun ikatan
kasih begitu kuat.

“Thanks a lot, Carrissa. You banyak tolong I, at least I dah tahu perasaan dia sekarang ni. So I tau
I tak bertepuk sebelah tangan.” terang Doktor Harith sebelum berlalu meninggalkan Carrissa.

Yeeehaaa… Sekarang kalau aku tepuk baru ada bunyi…. Hehehehe… tapi kena cover macho depan
Carrissa ni, kang dia cop aku mat gelojoh… Jatuh saham aku nanti. Dia sentiasa membayangkan wajah
Natasya yang ayu sleeping tu sepanjang perjalanan menuju ke biliknya.

“Like and love are two different things, okay. You kena tahu yang mana satu,” dia menerima SMS
daripada Carrissa tidak lama selepas dia meninggalkan Carrisa.

“Of course I suka dan ianya mendorong kepada cinta. Are you sure she likes me?” jawabnya.
Kenalah minta kepastian lagi sekali… hehehehe…

“Yes I am. I tak pernah tengok dia menangis sebab lelaki dan dia tak pernah sukakan sesiapa dalam
masa yang pendek macam ni.”

“I am so lucky… Syukur…” Doktor Harith menjawab SMS Carrissa ringkas.

“Yes… KLCC, I’m in love…. Hahaha…” ujarnya sedikit kuat ketika berada di dalam biliknya.

“Kami dah pasti yang awak free from thyroid, Natasya. So awak sihat macam biasa.” Terang Doktor
Azilah.

“Alhamdulillah. Thank you so much, Doktor.”

“You’ re welcome tapi awak kena berterima kasih dengan Doktor Harith juga sebab dia banyak tolong
saya dan dia sangat concerned tentang awak.”

“Really? Bertuah saya sebab dapat doktor-doktor yang bertanggungjawab. Saya keluar dulu ye. Thanks…”
ujar Natasya sambil tersenyum.

“Welcome Natasya.” Natasya keluar dari bilik itu dan menuju ke keretanya. Sengaja dia merehatkan
badannya sebentar di dalam kereta sebelum dia meneruskan destinasinya.

“Dia banyak tolong aku? Sukakah dia padaku? Tak payah nak perasanlah Tasya oiii… dia tu hanya buat
kerja dia je… teruslah kau berangan tu…” ujarnya sendirian di dalam kereta sambil memasang radio
yang sedang mendendangkan lagu Goodbye My Lover oleh James Blunt. Lagu itu seperti memahami akan
situasinya kini yang harus meninggalkan klinik tersebut dan dia tidak akan kembali lagi serta tidak
berpeluang untuk bertemu dengan Harith.

“It’s okay, Tasya… you can do it… goodbye Doktor Harith, seronok bertemu kau tapi aku dah tak dapat
tengok kau lagi. Kenapalah aku ni suka berangan dan berharap? Kan dah sakit hati ni, kau sakit tapi dia
tak ada feel langsung dekat kau. Buang karan ajelah kau ni, Tasya… wake up… Malu tapi mahu… Jalanlah
cepat…” Natasya memberikan semangat kepada dirinya dan dia menekan minyak untuk mengundurkan
keretanya dan dia hampir melanggar sebuah kereta Honda Civic yang diletakkan dibelakang keretanya.

Natasya pantas menarik handbreak dan keluar untuk bertemu dengan tuan empunya kereta namun tiada
siapa di dalam kereta tersebut. “Cepatnya mangkuk ni blah!!!” ujar Natasya sendirian dan Natasya terpaksa
menanti tuan empunya kereta tersebut hampir dua jam di dalam kenderaannya.

“Encik, kenapa parking kereta belakang kereta saya? Saya kena tunggu sampai dua jam untuk keluar
tahu tak? Luckly saya cuti hari ni…” marah Natasya sewaktu pemilik kereta tersebut sambil mengetuk
cermin tingkapnya.

“Sorry, saya ada hal tadi. Saya ingatkan sekejap je tapi terlama pula.” Terang pemilik kenderaan
tersebut tanpa memandang Natasya kerana sibuk memasang radionya.

“Hello, saya rasa saya berhak untuk menerima maaf daripada awak dengan cara yang proper kot. Awak
tak pandang saya langsung… whatever, now please move your car. Saya nak keluar.” Natasya terus
berlalu tanpa menunggu jawapan daripada pemandu tersebut.

“Macam Natasya je minah ni!” fikir Doktor Harith sewaktu melihat Natasya berlalu begitu sahaja
selepas memarahinya. “Memang dialah… bagus ni, boleh aku follow dia pergi mana-mana… I got you
wahai ayu sleepingku… hehehehe.” Doktor Harith mengekori Natasya sehingga ke rumahnya dan hanya
memerhatikan Natasya berlalu begitu sahaja. Hampir tiga jam juga Doktor Harith menjadi penunggu setia
dihadapan rumah Natasya. Betullah apa orang cakap, tengok bumbung rumah pun jadilah dia hanya
memerhati sahaja rumah Natasya dan dia sering memberi tumpuan di balkoni rumah Natasya dengan
harapan agar Natasya akan muncul di situ namun dia kecewa. Baru sahaja dia ingin berlalu, Natasya
keluar dan berdiri di balkoni rumahnya dengan memegang mug dan sebuah buku.

“Cantiknya… ayu sangat you dengan rambut panjang tu… Memang ayu sleepinglah… hehehehe…”
pujinya didalam hati dan sebelum berlalu. “InsyaAllah you will be mine, Natasya. KLCC, I’m in love…
memang betul-betul in love ni…” Doktor Harith berlalu dan menuju ke KLCC untuk menemui rakannya
tu pasal teringat moto ni.

Hampir lima bulan Doktor Harith hanya memerhatikan Natasya dari jauh, itupun hanya pada waktu yang
terluang sahaja memandangkan dia terlalu sibuk dengan tugasnya. Namun dalam jangka masa tersebut,
dia ternampak juga Natasya datang ke tempat kerjanya mungkin untuk bertemu dengan Carrissa.

Natasya tetap bersikap selamba dan cuba melarikan diri jika terserempak dengan dirinya. Kini, mereka
sering bertemu di rumah Carrissa untuk melawat Carrissa dan Adam Izreen, anak Carrissa yang baru
lahir.

“How are you?” soal Harith ketika dia berpeluang berbual dengan Natasya sewaktu di rumah Carrissa.
Sengaja dia datang sekiranya Natasya datang untuk melawat Adam Izreen dan terima kasih harus
diberikan kepada Carrissa yang sanggup bekerjasama dengannya dan juga suaminya yang sangat
memahami.

“I’m fine… Excuse me, I dah nak balik ni. I pergi dulu ye”. itulah sikap Natasya yang kerap melarikan diri
daripadanya. Harith mengekori Natasya dari belakang dan kali ini dia bertekad untuk berterus-terang
dengan Natasya pada hari

ini, dia tak peduli apa yang akan terjadi nanti. “Ahh hari ni adalah penentu, memang malu tapi aku mahu….”
Ngomelnya sendirian sebagai pembakar semangat. Hampir sejam mengekori Natasya sehingga ke
Putrajaya.

“Fuhhh jauh dia melepak, sampai ke Putrajaya… Ishk3… jangan bila dah jadi milik aku dia dok lari ke
sini sudah… masak… hehehe…” sekali lagi akal nakalnya membuat tafsiran. Natasya duduk di tepi
tasik yang berdekatan dengan Boat Club sambil memerhatikan permandangan disekelilingnya dan Harith
hanya memerhatikan dirinya dari belakang. Hampir lima belas minit menjadi pemerhati, Harith
memberanikan diri untuk menegur Natasya.

“Assalammualaikum… boleh I duduk?” soal Harith dan tanpa menunggu jawapan Natasya, Harith terus
menempatkan dirinya disisi Natasya yang kelihatan sangat tekejut dengan kehadiran Harith.

“Wa’alaikumussalam… You buat apa dekat sini?”

“Ikut you… I follow you dari tadi lagi. Actually I have something to tell you”. Ujar Doktor Harith pantas
untuk tidak memberikan peluang kepada Natasya untuk bersuara.

“Really? I tak perasan pun you ikut I! Apa yang you nak diberitahu I sampai you follow I ni?”

“I nak you…” Selamba sekali doctor Harith menjawab.

“Sewell ah you ni… Suka hati aje…”

“Memang I suka pun, I sukakan you since first time I jumpa you. I nak kita berkenalan dengan lebih rapat
lagi and I am ready to move to the next level after that.” Doktor Harith lebih serius kali ini agar tidak di salah
tafsirkan oleh Natasya,

“You should tell me earlier”. Giliran Natasya pula berada dalam keadaan serius.

“I know but I dah luahkan sekarang. Kalau boleh, I nak kita ada perhubungan yang lebih serius dan terjamin
such as engage”. “Alamak… dah macam gelojoh la plak aku ni… ahhh belasah ahhh, memang aku dah syokkk
sangat ngan si ayu slepping aku ni.

Biar ahhh dia nak kata aku sewel ke tak, memang aku sewel dah pun…” Bisik hatinya.

“What? You menakutkan I sekarang ni. I like you but are sure we’re belong together?” “Fuhhh… macam
tak percaya la plak…. Macam dalam novel pun ada…. Hehehe… biasalah, aku ni kan malu tapi aku mahu…
hahaha…” getusnya.

“Sangat pasti. Just say yes, Tasya.”

“Yes? Don’t you think you are to rushing?’

“No! I memang sukakan you. I sangat pasti.” Rushing ke tak belakang cerita, Doktor dan lawyer pun manusia
gak kan…

“Suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Don’t be confused…”

“Susahnya nak yakinkan you, I love and like you so much… puas hati? Whatever it is, I akan hantar rombongan
merisik dan meminang hujung minggu ni.” Doktor Harith terus memegang tangan Natasya.

“We’ll see…” seperti yang dijanjikan, keluarga Dr. Harith datang merisik dan meminang Natasya. Majlis
pertunangan mereka dijalankan sebulan kemudian dan setahun kemudian, mereka diijabkabulkan. Ramai
rakan-rakan serta saudara-mara mereka yang hadir memeriahkan majlis. Ramai juga rakan-rakan Natasya
yang terkejut dengan perkahwinan tersebut memandangkan Natasya tidak pernah mempunyai teman
lelaki sebelum ini walaupun ramai yang ingin merapatinya, akhirnya Harith yang menjadi pilihannya. Rakan-rakan
Harith pula tidak sangka yang Harith berkahwin apatah lagi dengan Natasya yang merupakan bekas pesakitnya.
Memandangkan sebelum ini dia tidak pernah menyentuh hal-hal cinta setelah dikecewakan dahulu. Namun ini
semua adalah ketentuan Allah dan hanya Dia yang tahu segala-galanya.

“Macam tak percayakan, penyakit telah menyatukan kita kan?” ujar Natasya kepada Doktor Harith sewaktu
minum petang pertama mereka sebagai suami isteri.

“Jodoh… I pun macam tak percaya yang You terima I. Jujurnya, memang I harap you terima lamaran I tapi
I macam tak percaya yang you and your family akan terima I. Thank you and I’ll make sure yang you tak akan
menyesal bergelar isteri I. Itu janji I pada you, Tasya. I’m not the best but I’m trying to be the best, sayang.
I memang sayang sangat dengan ayu slepping I ni…” Ujarnya sambil mengenggam tangan dan merenung wajah
Natasya.

“You are most welcome, sayang. InsyaAllah, kita cuba berusaha bersama-sama ye demi rumah tangga kita.
Ayu slepping??? Siapa?” Natasya membalas genggaman Doktor Harith.

“You lah sayang… you tu ayu sangat… Tak rugi I buang rasa malu i… yelah, I malu tapi I mahu…” pujinya sambil
tersenyum memandang Natasya.

“Apa la you ni, actually I pun macam you jugak. Malu tapi mahu…” mereka ketawa bersama-sama. Tiada sebarang
kata yang dapat menggambarkan kegembiraan mereka. Sungguh indah segala sengsara dan kesunyian yang
terpaksa ditanggung selama ini.

Mereka hanya membalas pandangan yang mengandungi banyak maksud tersirat yang hanya dapat difahami oleh
mereka dan kini kasih serta cinta mereka telah tersurat.

“Hai KLCC, aku dah berjaya memiliki cinta hati aku… KLCC, I’m in love…” bisik mereka berdua sambil memandangbangunan KLCC yang dapat di lihat dari rumah mereka.

~Yes Sir~




Oleh Noor Aisyah Mokhtar
ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.

Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati.

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.

"Saya cabar awak."

"Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It's just a challenge. If you aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?"

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akan nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku. Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila.

Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya. Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama.

Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No Sir!" dengan tegas. Aneh.

Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah. Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.

Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya - menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.

Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu. Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku?

Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah. Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.

Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half day today. So then, take care. Again, sorry.

-Zhafran-

Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah!

Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow. Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian.

Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku. Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia."

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih. Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.

"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak.

"Sir, i hate you. I have to since i realized that i've fallen into you the second you call out my name years ago and i can't believed it.

"Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak.

"I'm sorry i love you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."

*****************

Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin kuberusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

"Langsung tak berubah, suka mengelamun."

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.

"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang.

Dia menghela nafas. "Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?"

"Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. Malam tu di Bali, sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya."

Aku tergamam dengan penjelasannya.

"Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak." Dia berhenti.

"Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."

Matanya bergenang. "Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu."

Terdengar esakan. "Aisyah, i need you, i love you so much. I can't be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?"

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.

"Aisyah, yes or no?"

Lamunanku tersentak. "Yes sir! I do!"

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku. Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your help."

"Yes sir!!"