MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 19 June 2008

Jari Kita


Al-kisah... (kedengaran muzik latar ala-ala arabian..)
Di suatu hari, 5 jari bersaudara bersembang sesama mereka.
Tiba-tiba, ibu jari bersuara, "korang semua cuba teka, siapa yang paling 'terer' sekali dalam banyak-banyak jari?". "Siapa?" jari-jari yang lain mula memberikan respon.
Haha, akulah yang paling 'terer' sebab aku ibu segala jari dan aku adalah yang paling besar sekali. Kata ibu jari dengan angkuh.
"Eh..tidak, tidak.. akulah yang paling 'terer' dan berkuasa sekali. Sebabnya, asalkan aku tunjuk sahaja semua orang mengikut perintahku". Jari telunjuk pula menyatakan kelebihan diri.
"Aik! mana boleh! akulah yang paling 'terer'. Sebabnya dalam banyak-banyak jari, akulah yang paling tinggi. Korang semua berkedudukan rendah dari aku haha!"
Jari hantu pula yang mengaku dirinya paling berkuasa.
"Nanti dulu,, agaknya kau orang sudah lupa ya? akulah yang paling kaya antara kita berlima. Sebabnya, manusia memakai emas dan berlian dibadan aku! cincin dan permata disarungkan padaku". Jari manis pula bersuara.
Mendengarkan 4 saudaranya beradu kekuasaan, jari yang kelima pun berfikir sendiri. "Apalah kelebihanku ini, sudahlah kecil, pendek dan tidak kaya pulak..". Setelah penat memerah otak, dia mendapat satu idea. "Hah! aku dah dapat!".
"Wahai saudara-saudaraku, sebenarnya akulah yang paling kaya, paling 'terer' dan paling berkuasa!" katanya dengan lantang.
"Eheh budak kecik ada hati nak berangan mengalahkan kami ya!, hah! kenapa pula kamu yang paling berkuasa?" soal jari hantu. Hatinya mengejek si kecil itu.
" Aku adalah raja!" ujar jari kecil.
"Hah? raja mana pula kau ini?" jari telunjuk pula bertanya.
"Aku raja Keling, kelingKING !" jari kelingking pun ketawa sekuat hatinya, kerana dapat mengenakan 4 saudaranya itu.
Jari-jari yang lain semuanya diam tidak terkata apa-apa.
Akhirnya, kalah jugalah semua jari-jari yang sombong dan angkuh itu dengan KEBIJAKSANAAN jari kelingking.
Tamat

Di Sini Ada Cinta - Part 3...Abis dah...




BAU daging bakar yang dipanggang benar-benar membuka selera. Kay mengambil sehiris, mencecahnya ke dalam air asam. "Sedap?" Soal Adam. Kay mengangguk. "Sebab tu I selalu ke sini.. " Ohh.. Kay senyum. "Kay.. you sudi tak jadi girlfriend I?" soalnya tiba-tiba. Alamak.. Kay senyum lagi. "Kenapa you tanya?" soal Kay. "Cakaplah.." pinta Adam. "how about u?" soal Kay pula. "I.." "Abang… " Adam kepucatan. Gadis yang berambut separas bahu itu tersenyum.
Entah dari mana datangnya dia mereka tak sedar. "Nora.. Nora buat apa kat sini?" soal Adam gugup. Kay kehairanan. Aikk.. kenapa pula ni? "Siapa ni bang? Dari tadi lagi Nora perhati..cakaplah bang.." desak gadis itu lagi. "Ini.. ini.. " "Ini perempuan yang abang suka tu kan? Selama ni betul la apa yang orang kata pasal abang! Abang curang!!" Pantas tangan Nora mencapai jus lobak dan menyimbah ke arah Kay. Kay tak sempat mengelak dan seluruh muka dan dadanya sudah basah. "Nora..!" Adam memegang kepala. Kay tergamam. "Siapa ni bang? Cakap??" desak Nora.
Suasana di restoran itu mula tegang. Pelanggan-pelanggan lain sudah mula memberi perhatian ke arah mereka. " Dia tunang I Nora.." Satu suara tiba-tiba menyampuk. Amal sudah tercegat di sebelah Kay. Tanpa dipinta selamba dia meletakkan tangan memeluk bahu Kay. Kay tergamam. Dalam hati memang geram.. tapi hati dia lebih sakit melihat dua makhluk di hadapannya sekarang ini. Adam hilang machonya bila Nora tiba-tiba muncul! Tak guna punya jantan!! "Ha.. tunang Amal, Kay…" "Apa?" Nora menekup mulut. Seraya itu dia mengambil napkin membantu Kay mengelap baju yang sudah basah. "Sorry.. I tak sengaja sorry.." pintanya kesal. "I Nora, tunang Adam.. I minta maaf.. Amal.. sorry.." pintanya lagi. Kay diam tak terkata-kata.
Pada Adam dia merenung tajam membuatkan Adam mula tak senang duduk. Amal selamba menarik kerusi dan menolong menjamah hidangan yang masih belum terusik sepenuhnya. "Nora.. kan abang dah kata.. abang Cuma sayangkan Nora.. " pujuk Adam. "Ye Nora.. betul tu.." sampuk Amal.. antara perli atau apa, Adam tak pasti. "Err.. Mal.. aku pulang balik tunang kau.. aku pergi dulu.. sorry ye Kay.. bye.." Adam bangun dan berlalu memimpin Nora pergi dari situ.
Kay tergamam lagi. Tak percaya apa yang berlaku sebentar tadi. "Kan saya dah cakap dulu.. " Amal merenung wajah Kay. Kay tidak menjawab. Tangannya masih tekun mengesat baju yang sudah kotor. Tiba-tiba dia terasa malu yang amat sangat. Dan tiba-tiba juga dia rasa Amal memang sengaja ingin menyaksikan kegagalannya dalam membina satu hubungan. Airmata tiba-tiba terasa menitik. Tanpa menanti Kay bangun dan meninggalkan Amal yang cuma tenang melihatnya berlalu pergi….
Mak menggeleng kepala melihat Kay mengutip kaca yang berderai di atas lantai. Apa kena anak aku ni? Bisiknya sendiri. Sudahlah terkejut melihat dia balik memakai baju kurung semalam belum hilang lagi. Perangainya juga sudah banyak berubah. Pendiam tak tentu arah pula dia kali ini. Kena sampuk dek jembalang tanah ke? "Kay ambilkan piring bekas nenas mak tu.." pintanya bila Kay selesai mengutip serpihan kaca. Kay patuh. Seketika kemudian dia membawa sebesen besar taugeh yang sudah dibuang akar. "MasyaAllah budak ni.. " mak menggeleng kepala. "Nape mak?" soal Kay. "Mak mintak nenas tu.. yang kau ambil taugeh ni kenapa?" Ohh.. Kay menggaru kepala yang tidak gatal. Along turut tersenyum melihat Kay. Kantoi ngan mak! Padan muka! "Kamu ni kenapa Kay? Sakit? Sakit apa?" soal mak. "Sakit orang muda mak.." sampuk along selamba. Kay mula menjeling geram.
Jangan nak pandai-pandai bukak cerita.. kang aku bakar gambar tunang kau kang.. Along tertawa sambil menjelir lidah. "Kay.." mak senyum. Kay menoleh. Tangannya lincah membasuh beras. "Mak suka tengok anak mak sorang ni dah berubah. Dah pandai pakai baju kurung.. dah pandai melawa.." "mana taknye mak.. ada imej consultant tak bertauliah yang ajar itu ini.." jawab Kay sambil menjeling along. Along senyum. Aku ke.. atau si Amal tu? "Mak rasa memang sesuai sangatlah.. macam pinang dibelah dua la.." Aik.. Kay merenung emak.
Sejak bila pulak mak aku ni masuk pertandingan pantun ni? "Iyelah.. hidup kita sebagai manusia ni Allah jadikan berpasang-pasangan..kalau bulan dengan bintang.. kalau hujan dengan panas.. kalau siang dengan malam..kalau bunga ada kumbangnya.." Amboi… Kay rasa nak tergelak. "Mak.. mak ni nak cakap apa sebenarnya.. nak cakap pasal cuaca dunia semakin panas ke.. nak cakap pasal bunga?" Kay sudah mula tertawa bersama along. "mak nak cakap hal kamu tu la!" Alamak.. Kay tersenyum. Dia duduk di sebelah Along.
Biarpun sebaya tapi Along jelas kelihatan lebih matang dari Kay. "Kakak kamu tu dah bertunang.. jadi.. mak rasa.. Kay pun patut ikut jejak langkah Along.." Apa?? Kay rasa macam nak tercekik. "Mak ni kalau boleh nak tengok dua-dua anak mak ni bersanding sama.." Kay tergelak lucu. "Mak.. takkan la kami ni kembar, semua kena sama.." Kay menggeleng kepala.. "Iye la.. anak perempuan mak dua aje.. kalau dua-dua kawin lega mak.. tak ada la mak ni nak risau sangat…" Kay senyum. "Kalau ada orang merisik Kay.. Kay nak tak?" "Soalan mak tu macam dah ada orang gitu-gitu jer.." Along mengerut kening. Mak senyum. "Orang ni datang dari keluarga baik-baik. Dah lama kami rancang perkara ni.. " Mak memandang Kay. "Kay dah ada buah hati ke?" Kay tunduk.
Jari-jari runcingnya ligat menguis-kuis alas meja. Buah hati? Hati Kay ni baru je remuk mak. Kay dah tersilap menyayangi orang.. rupa-rupanya orang tu dah ada tunang! Along merenung Kay. Dia turut merasa pedih yang terukir di hati kembarnya. Sabarlah dik.. "Fikir la dulu.. kalau dah habis fikir bagi tahu mak.. kalau Kay nak jumpa orangnya pun boleh.. tapi fikirlah dulu.." mak menepuk belakangnya, membuatkan Kay tersenyum.
RITA merenung gadis di hadapannya tak bekelip. Betul ke aku tak salah orang ni? Dia menenyeh biji mata.. untuk memastikan dia tak tersalah pandang. "Apa ni? Tak pernah tengok orang ke?" soal Kay sambil tersenyum. "Apa dah jadi dengan kau ni Kay?" soal Rita sambil meletakkan surat-surat untuk tindakan Kay. Kay sengih lagi.
Jambangan-jambangan bunga mawar yang layu di atas meja disusun elok di belakang. Seminggu dia cuti mawar-mawar itu terbiar di atas meja. Dan, yang paling segar diletak dalam vase besar. Terima kasih banyak pada orang yang baik hati mengirim bunga. Lain kali bagi lagi berdozen-dozen!
"jadi orang la.. nak berubah jadi baik pun tak boleh ke?" soal Kay kembali. Rita rasa tersindir. "Kenapa kau tak balik lagi?" soal Kay sambil menaip sesuatu di komputer. "Aku saja lalu sini.. tak tau kau dah masuk kerja hari ni.. kata nak cuti dua minggu.." jelas Rita. "Saja.. bosan pulak aku duduk kat rumah.. " jawab Kay. "So, aku balik dulu la Kay.. boyfriend aku dah tunggu kat bawah.. err.. ikhlas aku cakap.. cantiknya kau.." Kay senyum bila Rita memuji begitu. Rita keluar dari bilik.
Suasana di pejabat kembali sunyi. Memang semua terkejut melihat kemunculannya hari itu. Masing-masing ingat dia pekerja baru. Kelakarnya.. tapi syukurlah.. bermula daripada arahan gila si Amal aku dah berubah sampai ke tahap ini. Kadang-kadang betul juga kata kak Suraya. Biarpun arahan tu nampak tak logik.. tapi untuk kebaikan.. tak salah kalau kita akur.. hmm… minta-mintalah si beruang kutub tak perli aku lagi lepas ni. Sakit telinga bila dia asyik kata aku ni macam jantan. Dan minta-minta.. lepas ni mulutnya yang macam murai tu terkunci rapat-rapat bila melihat imej baru aku ini… tapi.. mesti ada tujuan dia dera aku macam tu. Aku tengok si Tina secretary Encik Adnan di HR Dept. tu melayu juga.. berdarah jawa lagi.. tapi selamba je pakai skirt singkat.. tak kena marah pun! Ahh.. lantaklah.. yang penting aku buat ni bukan pasal dia.. tapi kerana kesedaran aku sendiri. Dah puas 24 tahun aku hanyut dalam dunia gila-gila.. sampai aku tak ada identiti sendiri. Nak kata perempuan tapi macam lelaki.. nak kata lelaki bulan-bulan ada bendera merah juga!
Dia mula rasa boring. Pantas tangan pergi ke Real Jukebox. Kemudian dia klik pada lagu yang baru didownload tengah hari tadi. Orang tak ada ni boleh la menyanyi hiburkan hati..
I'm not looking for someone to talk to
I've got my friend, I'm more than ok
I've got ore than a girl could wish for
I live my dreams but it's not all they say
Still I believe I'm missing something real
I need someone who really sees me
Don't wanna wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world
I've often wondered if love's an illusion
Just to get you through the loneliest days
I can't criticize it
I have no hestitation
My imagination just stole me away
Still I believe I'm missing something real
I need someone who really sees me
Don't wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I needi is to know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world
Love's for a lifetime not for a moment'
So how could I throw it away
Yeah I'm only human
And nights grow colder
With no one to love me that way
Yeah.. I need someone who really sees me..
And I won't wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
You'll reach for me and
I'll know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world..
Amal tak jadi untuk mengganggu gadis itu menyanyi. Dia jadi gamam melihat gadis bertudung hijau itu di dalam bilik Kay. Mulanya memang dia nak menyergah. Anak dara apa melalak sorang-sorang di sini? Tapi, saat matanya jatuh melihat ke wajah itu dia jadi serba salah.
Memang perasaan ini sudah mula wujud setelah melihat air mata gadis itu jatuh semasa peristiwa di restoren itu terjadi. Dan Amal mula terasa amat bersalah. Memang dia tahu perangai playboy Adam.. tapi sengaja dia nak mengenakan si Kay. Memang niatnya supaya Kay sedar.. di jiwanya masih bernaluri perempuan.. yang ingin dimanja dan dikasihi. Lagipun, dalam banyak-banyak staff, yang seorang ni memang suka memberontak. Maklumlah.. masa dengan abah dulu naik lemak. Abah memang jenis tak kisah. Tapi dengan aku jangan main-main. Bukan dia tak tahu gelaran istimewa diberikan Kay untuknya. Si beruang kutub! Orang handsome macho macam aku dikata beruang kutub.
Sebagai balasan, padan muka kau kena jadi perempuan! Hari pertama dia datang kerja dengan baju kurung warna merah kalau tak silap. Penampilan pertama memang kurang memuaskan. Baju merah, kasut warna hijau tua.. bawak pula beg sandang. Memang menjatuhkan maruah baju kurung! Namun lama kelamaan dia dah mula memakai kebaya.
Pertama kali dia berkebaya masa aku bawa jumpa Adamlah! Tak sangka lawa juga minah tomboy ni.. dia sendiri terpesona sewaktu Kay melangkah ke dalam pejabat. Baju itu menampakkan susuk tubuhnya yang lampai. Tapi, tak boleh dipuji.. nanti menjadi riak. Dan hari ini tuhan seperti ingin menduga hatinya yang mula bergoyah. Kay tersangat ayu dan manis bila mengenakan tudung rupanya. Dan Amal terus memerhati dari jauh tanpa Kay sedari sedikitpun… MESYUARAT berakhir setelah 3 jam bersidang.
Kay menguap beberapa kali. Dia memeriksa handset yang dioffkan sejak dari pagi tadi. Wahh.. banyaknya pesanan suara! Pesanan pertama.. huh!! Adam??!! Ciss.. pegi mampus! Bisik hatinya sendiri. Kemudian, pesanan Kak Suraya.. hmm.. dia ajak pergi ke rumahnya petang esok. Kena return call. Kemudian .. alamak.. ni dari kampung! Kay segera menyorok di belakang pintu bilik meeting sambil tangan lincah mendail nombor rumah. "Hello.. " "Asalamualaikum mak! Kenapa telefon Kay?" soal Kay. "Amboii.. telefon anak sendiri dah tak boleh?" usik mak membuatkan Kay tertawa. "Tak adalah mak.. " "Macammana?" soal mak. "Macammana apa mak?" soal Kay balik. "Jawapan hari tu.. dah dua minggu dah ni.. pihak lelaki dah sibuk bertanya.. jangan biar orang tunggu lama-lama Kay.." Hmm.. Kay mengeluh. "Oh ya.. semalam mak cik Sarimah telefon mak.. dia suruh Kay telefon dia.. ada hal mustahak nak cakap.. ambil nombor telefon ni.... " Kay pantas mencatit sesuatu di kertas yang dibawa ke dalam meeting tadi. "Ni nombor telefon rumah dia ke ni mak?" "Hmm.. telefonlah.. kalau Kay nak puas hati. Mak dan abah dah tengok orangnya.. kami dah berkenan.." Kay mengangkat kening. Mak dengan abah ni macam dia pulak yang nak kawin! "Err.. okey la mak..nanti la Kay telefon.. err.. Siapa nama dia mak?" "Amirul, " "Ohh.. Amirul.." Kay senyum. "Ehemmm!!!" Opocot!! Kay cepat-cepat menyimpan handset.
Amal sedang merenung di belakang. Apa lagi la salah aku.. takkan bercakap dengan mak sendiri pun tak boleh.. "Saya nak awak ikut Samsul jemput Encik Mokhtar dari Sudan kat KLIA sekarang...." Eiii… Kay mengurut dadanya. Sabarkanlah hati aku nie ya tuhan!!! "KAK .. boleh tolong Kay tak?" "tolong apa?" soal Suraya. "Tolong telefon orang ni.." "Kenapa?" "Err.. macam nie.. mak dan abah kat kampung berkenan kat orang nie.. tapi Kay tak pernah jumpa.. so, akak menyamar jadi Kay boleh?" pinta Kay. "Ohh.. kenapa Kay tak cakap sendiri?" "Takutlah.. tak pe la. Akak Cuma tanya dia sama ada dia nak jumpa Kay tu jer.. boleh?" pinta Kay lagi. "emm… okey.. insyaAllah.. apa namanya?" "Amirul, ni nombor telefon, 70865443," "Okey.. akak cubalah.." "Okey.. thanks kak!" Kay senyum sambil menyimpan kembali telefon bimbit. Entah kenapa rasa di dada berdebar lain macam. Dan dia paling surprise dengan satu berita. Si Amal nak bertunang!! Heh.. ada perasaan jugak kau dekat perempuan ye? Kay tersenyum sendiri.
Siapa lagi yang bawa cerita kalau bukan si Rita. Lagipun.. seronok apa dapat korek rahsia boss. Boss yang kerek pulak tu. Dengar cerita pilihan keluarga. Bagus.. anak yang patuh pada orang tua.. Kay tersenyum sambil merenung jambangan mawar yang tiba lagi pagi tadi. Teringin sangat dia nak tahu siapa pengirimnya. Tapi sayang.. dia tak pernah terserempak dengan si penghantar bunga. Biasanya kak Mona receptionist yang mengambilnya. Dan sejak sebulan ini Cuma dia dengan si beruang kutub saja yang dikunjungi bunga setiap hari. Hmm.. diam tak diam kopak jugak la RM aku dua tiga ratus untuk bunga je.. jangan-jangan.. dia dah tahu aku punya kerja! Ishhh takkan la.. Kak Suraya takkan bocor rahsia punya! Lagipun si Rita tak pernah pula cerita boss dia tu pergi sibuk2 cari address kedai bunga tu.. maknanya dia suka la tu.. hehehe.. padan muka kau! Ego sangat! Tapi.. Kay mengurut dagu.
Kalau tak kerana dia aku tak mungkin berubah begini! Dan dia akui.. Amallah yang banyak mengubah hidupnya. Dia patut berterima kasih pada Amal kerana membuka matanya selama ini. Dan kalau tidak kerana Amal, tentu dia terlanjur jauh mencintai Adam
! Ring! Ring! Telefon di meja berdering nyaring. Pantas gagang itu disambar. "Hello.." "Hello Kay.. Kak Suraya nie.. problem Kay settle.." "Wah.. cepatnya kak.. macammana?" "Err.. akak Cuma dapat cakap dengan mak dia aje la Kay.. tapi tak ada masalah.. mak dia kata petang nie Kay boleh datang ke rumah. Dia orang tunggu.." "Okey .. terima kasih kak.. tapi Kay takutlah kak.. akak temankan Kay boleh tak? Lagipun Kay tak ada kereta.." "Emm.. " "Please kak.. Kay seramlah kak…" pinta Kay. "Okey.. nanti lepas office Kay datang kedai akak, okey?" "Okey! Thanks kak.." Kay senyum.
Tapi dalam hati dia terasa begitu berdebar sekali. HONDA City warna biru milik Suraya membelok masuk ke sebuah banglo di lorong ketiga. Mak aii… Kay terpegun sendiri. "Betul ke ini rumahnya kak?" soal Kay. Suraya senyum. "Pasti sangat Kay.. jom kita turun.." Suraya keluar dari perut kereta dan membuka pintu pagar. Kay mengekor di belakang takut-takut. Segala jenis selawat dan doa dibacanya.
Dalam perjalanan tadi macam-macam pesanan mak di corong telefon. Salam.. lepas tu cium tangan. Jaga adab bercakap.. jangan cakap bukan-bukan.. aduii.. banyaknya pantang larang! "Masuk Kay.. " Ehh.. Kay pelik. Kak Suraya ni buat rumah ni macam rumah sendiri aje.. seketika kemudian seorang wanita bertudung kuning pinang masak muncul. "Ohh.. inilah dia orangnya.." Kay senyum, tunduk mencium tangan wanita itu. Seketika tubuhnya dipeluk dan kedua pipi dikucup membuatkan Kay rasa tenang. Kelembutan wanita itu menghilangkan segala kerisauannya. Kalau emak dah sebaik ini, anak nya mungkin serupa juga! "Duduklah nak.. kejap lagi turunlah Amirul. Dia tengah sembahyang tadi.." Wah.. Kay lagi rasa gementar. Kak Suraya yang duduk di kerusi di depannya Cuma tersenyum tak putus-putus. Tak lama kemudian seorang lelaki turun, Cuma berkain pelekat dan berbaju melayu sahaja. "Ini dia ayah kak Suraya.. abah, ni la Khusyairah.." Kay menghulur tangan untuk bersalaman tapi..
Eh.. macam pernah kulihat lelaki ini.. "Tuan Haji??" Kali ini debar makin menjadi-jadi. Macammana pulak aku boleh ada kat rumah boss aku ni? "Kay.. amacam? Sihat?" soal Tuan Haji Ariff selamba. Kanak-kanak perempuan yang comel di sisi kak Suraya tersenyum manja. "Mama.. mama.. tadi nenek kata mama nak bawak balik mak ngah.. " Mama? Kay pandang kak Suraya tak percaya. "Kak Sue.." "Sayang.. pergi panggil pak ngah turun.. kata pada dia nenek dengan atuk dah tunggu lama kat bawah ni.." Tanpa memperdulikan renungan Kay Suraya mengarah anaknya itu memanggil teruna yang masih di bilik. "Kak Suraya Kay tak faham.." bisiknya.
Macammana aku nak faham. Kalau ke sini.. siapa lagi yang ada di rumah kalau bukan si beruang tu! Alamak.. tapi.. "Kejap lagi Kay fahamlah.." balas Suraya bersahaja. "Assalam.." Kay menoleh. Apa? Automatik dia berdiri bila melihat siapa yang muncul bersama anak Suraya tadi. "Encik Amal!" Suraya menghampiri Kay.
"Sebenarnya.. Amal ni adik kakak.. dia ni la Amal Amirul.. " "Jadi selama ni Kak Sue dah tahulah?" soal Kay. Suraya mengangguk. Aduh.. malunya aku!! Kay tunduk. Tak berani nak bertentang mata dengan keluarga itu. "Jangan rasa apa-apa Kay.. semua ni family planning.. biasalah.. untuk kebahagiaan bersama.." usik Tuan Haji sambil tersenyum dan bangun. Sempat dia mencuit isterinya mengajak ke dapur. "Mak masuk dulu ye.. berkenal-kenallah.." wanita itu masuk ke dalam. "Mal pun tak faham kak long.." Amal turut merenung Suraya. "Mal.. kan Amal pernah cerita tentang gadis idaman Amal yang degil sangat tu .. sekarang dia dah ada di depan mata.." "Gadis idaman?" soal Kay pula. "Ya.. dah lama Amal sukakan Kay.. tapi Kay yang tak faham.
Jadi, kakak tolong sambungkan ikatan ni. Bila Kay kirim bunga pada Amal.. akak pula bertindak kirimkan bunga pada Kay pula. Kay sukakan Amir yang menghantar bunga tu kan? So, inilah Amir yang Kay cari-cari selama ini.." Kay tak tahu di mana nak sorok muka yang dah tebal. Amal tersenyum. Cis.. mati-mati aku ingatkan kau dah nak kawin dengan orang lain. Macam nak hancur rasa hati sewaktu diberitahu Rita kau dah nak bertunang. Kecewa hati aku ni macam orang gila tau tak? Kerana itu bila mak telefon tadi beritahu Putri nak datang aku setuju aja.
Lantaklah siapa asalkan aku boleh lupakan kau dari hidup aku.. tapi tak sangka.. "Sekarang.. segalanya dah terungkai.. Amal.. Kay dah ada di depan kau sekarang.. cakaplah apa yang rasa nak cakap selama ni.." Kak Suraya berlalu masuk ke dapur. Kay menarik nafas. "Err.. kenapa awak diam je?" "Saya minta maaf Encik Amal.. memang mula-mula saya kenakan encik Amal dengan mengirim bunga tu.. tapi sebenarnya.. saya .. saya.." "Khusyairah.. saya pun nak minta maaf… selama ni saya tak bermaksud nak aniaya awak.. Cuma saya tak tahu macammana nak cakap saya suka kat awak.. saya pun, memang mula2 saya nak kenakan awak dengan si Adam tu.. tapi bila saya tengok awak menangis.. awak kecewa.. saya rasa saya yang bertanggungjawab.. dan masa tu saya sedar yang selama ni saya benar-benar sukakan awak.." "Tapi encik terima juga bunga-bunga tu.. kalau encik sukakan saya sorang tentu encik tak terima bunga-bunga tu.." "Sebab awak pun terima bunga juga.. saya pun tahu cemburu.." jawapan Amal itu membuatkan Kay tergelak. "Err.. bila nama awak jadi Putri pulak?" soal Amal ingin tahu.. "macam encik Amal jugak.. nama penuh saya Khusyairah Putri.. tapi dulukan saya brutal.. putri tu saya selalu ignore.." jawab Kay. Amal senyum. Apa-apalah Kay.. "Jom.." pelawanya sambil tersenyum. "Jom kemana?" soal Kay hairan. Kan mereka dah di dalam rumah sekarang.. "Jom kawin.." Amal tergelak mengusik. "Amboii.. gatal nye!!" keduanya tergelak sama.
Di balik langsir Suraya dan maknya saling berpandangan.. alhamdulillah… tak lama lagi rumah ini akan menerima menantu lagi!!

All I need is to know it's for sure.. then I'll give.. all the love in the world



Di Sini Ada Cinta - Part 2


Tapi hari ini, apa pula mimpi si Amal menerima kunjungan mawar ini? Sebelum ini sudah lima kali bunga itu datang dan kesemuanya menjadi penghuni bakul sampahnya. Sayang betul.. bunga seindah itu tempatnya di dalam bakul sampah..
"Rita.. awak keluar dulu, panggilkan Khusyairah sekarang.." tanpa mengangkat muka Amal memberi arahan. Kay lagi!! Rieta melangkah ke mejanya di luar. Baru saja dia nak mendail tiba-tiba seorang gadis berkebaya labuh warna merah jambu datang ke arahnya. "Panjang umur.. boss nak jumpa sekarang.." Kay mengangkat kening. Memang aku dah agak dah.. dengan sopan dia merapati pintu bilik boss yang garang macam harimau tu.
"Masuk!" Kay masuk dan duduk di kerusi di hadapan Amal. Matanya menjeling ke arah bunga mawar yang tertenggek elok di dalam vase. Dalam hati dia tergelak gila babi. Hahahaha.. padan muka.. akhirnya kau masuk juga perangkap aku!!
"Awak boleh tolong saya tak?" soal Amal. "tolong apa Encik Amal?" "Tolong jangan mengata saya dalam hati.." errr… Kay menelan air liur. Ada ilmu ke dia ni boleh baca hati orang, walaupun tanpa menatap wajah aku yang dah semakin cantik ni? "Kenapa Encik Amal nak jumpa saya?" soal Kay berani. "Ayah saya kirim salam.." Ohh.. Kay senyum. Mesti dia tak sangka ayah dia kenal aku. Hmm.. ayah kau tu lebih bagus dari kau. Walaupun dah tua tapi perangai boleh ngam dengan aku tau?? Tak macam kau ni.. macam apa tah.. "Baru kirim salam dah senyum macam dapat bonus dua bulan gaji?" Aduss.. Kay menarik nafas. Sabar aje la aku dengan beruang ni..
"Err.. pukul 10 nanti awak stand by.. ikut saya pergi jumpa Encik Borhan kat KLCC.. bawa sekali list syarikat-syarikat yang berkaitan dengan projek empangan tu.. " Kay angguk. Hmm.. seronoknya aku! Makan free lagi. Untung-untung Adam ada sama! Kay tersenyum kecil membuatkan Amal menjeling. "Kenapa?" soalnya, lantas menjeling ke arah mawar di hujung meja. "Boleh saya keluar sekarang Encik Amal?" pinta Kay dan Amal mengangguk. Kay senyum lagi sambil menjeling ke arah mawar yang sudah mula diberi martabat menghiasi meja lelaki ego itu…
" I REALLY ADMIRE U AMAL!" Kay sengih lagi sambil mengisi gam pada sampul kecil itu. Kemudian dia menghulurkan duit kepada pemilik kedai bunga. Puan Suraya senyum. "Macam kenal je orang nie.." Apa? Kay sengih. "Kenapa.. dia ni selalu ke dapat bunga kak?" soal Kay. Jambang rose sebanyak 7 kuntum itu dibelek. Hmmm.. nak kenakan kau tak pasal-pasal duit aku terbang hari hari! Tapi tak apa.. ini saja caranya aku nak mengajar kau! "Address adik?" "Err.. kak.. saya ni peminat dia.. tak boleh bagi tahu.." Puan Suraya tersenyum mengangguk faham. Kay senyum lagi. Peminat betul saya ni kak.. tak lama lagi ada orang patah hati! "Biasalah dik.. sekarang ni orang perempuan kena advance betul tak?" Puan Suraya tertawa kecil. Kay mengangguk. "Akak dulu masa nak kenal husband akak.. kawan rapat tolong usahakan.. berkesan!" Kay sengih lagi. Kelakar pulak tokei kedai bunga ni! "Apa kawan akak buat?" soal Kay berminat. Manalah tahu kalau-kalau boleh tackle si Adam tu! Hehehe.. tak malunya aku! "Kalau nak tahu rahsia kenalah bagi pengerasnya.." Puan Suraya berseloroh. Kay tergelak. "Adik nie.. umur berapa sekarang?" soal wanita bertudung biru itu. "Err… nak masuk 25 kak.." "Iye ke? Ingat baru 22.." Kay senyum.. biasalah kak.. natural beauty.. saya ni tak reti nak pakai bahan-bahan kosmetik nak menjahanamkan muka.. pakai kebaya ni pun baru belajar.. dan siapa lagi kalau bukan jejaka yang saya nak kenakan sekarang ni punya hal! "Tak apa.. mula-mula macam ni la.. kasi bunga.. kasi kad.. lelaki ni.. sekeras mana pun dia mesti cair juga kalau dapat benda-benda macam ni.." "heheh.. bukan lelaki saja kak.. saya ni sepanjang hayat tak pernah dapat bunga!" jawab Kay jujur. Puan Suraya tersenyum. "Bohonglah!" "Betul.. buat dosa je saya tipu akak.. er… kak, okey la yek.. dah lewat ni.. saya nak balik office dulu.. nanti saya datang lagi.. bye!" Kay melambai pendek sebelum keluar dari kedai bunga tersebut. Hatinya kian menguntum bila plan demi plan tersusun cermat di kepala..
KAY ternganga. Betul ke aku tak salah bilik ni? Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri meja. Sejambak bunga mawar merah dan sekotak coklat menghiasi mejanya.. mak aii.. segera kad kecil itu dicapai. Aik.. Cuma tulis "Hi! Good morning.." saja? "
"Ehem!! Ehemmm!!" Anis sudah tersengih di luar bilik. Matanya nakal merenung wajah Kay. "Hi.. belum sampai sebulan tukar imej dah ada secret admirer?" perlinya sambil menghampiri meja Kay. Kay sengih. "Dia tak mention pun siapa.." beritahu Kay lagi. "woww.." Kay senyum.. mawar di jambangan dicium lembut.. emm wangi... "Manalah tahu.. orang tu macho gile.." Anis senyum lagi. Kay angkat bahu.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.50. Kenapa lambat sangat waktu beredar hari ini? Sedangkan sudah macam-macam kerja aku buat. Sebaik saja keluar dari office Amal tadi dia tekun menyiapkan beberapa kerja yang terbengkalai. Selesai dia sempat ke Account Department menyerahkan senarai syarikat-syarikat pembekal untuk diaudit. Kemudian dia pergi ke bank untuk memasukkan beberapa ratus duit untuk adik di MRSM Kuantan. Kemudian tak lupa dia singgah di Sue's Galery, kedai menjual bunga yang baru beroperasi tak jauh dari bank. "Eh.. Kay.. kau tau tak sekarang nie.. boss hensem tu..hari-hari dapat bunga.." beritahu Anis excited. "Iye? Ada juga orang nak sedekah bunga kat dia tu? Dah la sombong bukan main.." Kay menjuih bibir. "Ishh.. kau nie.. walaupun dia tu kerek sikit.. tapi handsome tau.." "Bukan boleh bahagia Anis kalau muka lawa.. tapi perangai menyiksa jiwa.. apa.. kau suka ke kat dia?" Anis tersengih malu. "Sukalah jugak.. tapi kalau Encik Amal tu peramah sikit.. lagi suka.." "Sampai mati la.. kau kawin cerai kawin cerai 4 keturunan pun belum tentu dapat.." "Kau ni! Ada ke doakan aku macam tu.." Anis menarik muka. Kay tertawa. "tak malu nak mengorat boss.." ejek Kay sambil mencapai handbag Bonia, milik along. Hehehe.. "Ehh.. nak ke mana ni?" "Pergi makan," "Hii.. sejak bila ada boyfriend ni??" soal Anis pelik. "Bukan dengan boyfriend.." Kay membetulkan rambut yang pendek sebelum melangkah keluar. "Habis tu siapa?" soal Anis ingin tahu. "Dengan beruang kutub.." jawapan Kay itu membuatkan Anis tertawa dan menggeleng kepala. Kay.. Kay.. jangan benci sangat.. nanti beruang kutub jadi cinta hati!

Di Sini Ada Cinta - Part 2
menulis "
Tapi hari ini, apa pula mimpi si Amal menerima kunjungan mawar ini? Sebelum ini sudah lima kali bunga itu datang dan kesemuanya menjadi penghuni bakul sampahnya. Sayang betul.. bunga seindah itu tempatnya di dalam bakul sampah.. "Rita.. awak keluar dulu, panggilkan Khusyairah sekarang.." tanpa mengangkat muka Amal memberi arahan. Kay lagi!! Rieta melangkah ke mejanya di luar. Baru saja dia nak mendail tiba-tiba seorang gadis berkebaya labuh warna merah jambu datang ke arahnya. "Panjang umur.. boss nak jumpa sekarang.." Kay mengangkat kening. Memang aku dah agak dah.. dengan sopan dia merapati pintu bilik boss yang garang macam harimau tu. "Masuk!" Kay masuk dan duduk di kerusi di hadapan Amal. Matanya menjeling ke arah bunga mawar yang tertenggek elok di dalam vase. Dalam hati dia tergelak gila babi. Hahahaha.. padan muka.. akhirnya kau masuk juga perangkap aku!! "Awak boleh tolong saya tak?" soal Amal. "tolong apa Encik Amal?" "Tolong jangan mengata saya dalam hati.." errr… Kay menelan air liur. Ada ilmu ke dia ni boleh baca hati orang, walaupun tanpa menatap wajah aku yang dah semakin cantik ni? "Kenapa Encik Amal nak jumpa saya?" soal Kay berani. "Ayah saya kirim salam.." Ohh.. Kay senyum. Mesti dia tak sangka ayah dia kenal aku. Hmm.. ayah kau tu lebih bagus dari kau. Walaupun dah tua tapi perangai boleh ngam dengan aku tau?? Tak macam kau ni.. macam apa tah.. "Baru kirim salam dah senyum macam dapat bonus dua bulan gaji?" Aduss.. Kay menarik nafas. Sabar aje la aku dengan beruang ni.. "Err.. pukul 10 nanti awak stand by.. ikut saya pergi jumpa Encik Borhan kat KLCC.. bawa sekali list syarikat-syarikat yang berkaitan dengan projek empangan tu.. " Kay angguk. Hmm.. seronoknya aku! Makan free lagi. Untung-untung Adam ada sama! Kay tersenyum kecil membuatkan Amal menjeling. "Kenapa?" soalnya, lantas menjeling ke arah mawar di hujung meja. "Boleh saya keluar sekarang Encik Amal?" pinta Kay dan Amal mengangguk. Kay senyum lagi sambil menjeling ke arah mawar yang sudah mula diberi martabat menghiasi meja lelaki ego itu… " I REALLY ADMIRE U AMAL!" Kay sengih lagi sambil mengisi gam pada sampul kecil itu. Kemudian dia menghulurkan duit kepada pemilik kedai bunga. Puan Suraya senyum. "Macam kenal je orang nie.." Apa? Kay sengih. "Kenapa.. dia ni selalu ke dapat bunga kak?" soal Kay. Jambang rose sebanyak 7 kuntum itu dibelek. Hmmm.. nak kenakan kau tak pasal-pasal duit aku terbang hari hari! Tapi tak apa.. ini saja caranya aku nak mengajar kau! "Address adik?" "Err.. kak.. saya ni peminat dia.. tak boleh bagi tahu.." Puan Suraya tersenyum mengangguk faham. Kay senyum lagi. Peminat betul saya ni kak.. tak lama lagi ada orang patah hati! "Biasalah dik.. sekarang ni orang perempuan kena advance betul tak?" Puan Suraya tertawa kecil. Kay mengangguk. "Akak dulu masa nak kenal husband akak.. kawan rapat tolong usahakan.. berkesan!" Kay sengih lagi. Kelakar pulak tokei kedai bunga ni! "Apa kawan akak buat?" soal Kay berminat. Manalah tahu kalau-kalau boleh tackle si Adam tu! Hehehe.. tak malunya aku! "Kalau nak tahu rahsia kenalah bagi pengerasnya.." Puan Suraya berseloroh. Kay tergelak. "Adik nie.. umur berapa sekarang?" soal wanita bertudung biru itu. "Err… nak masuk 25 kak.." "Iye ke? Ingat baru 22.." Kay senyum.. biasalah kak.. natural beauty.. saya ni tak reti nak pakai bahan-bahan kosmetik nak menjahanamkan muka.. pakai kebaya ni pun baru belajar.. dan siapa lagi kalau bukan jejaka yang saya nak kenakan sekarang ni punya hal! "Tak apa.. mula-mula macam ni la.. kasi bunga.. kasi kad.. lelaki ni.. sekeras mana pun dia mesti cair juga kalau dapat benda-benda macam ni.." "heheh.. bukan lelaki saja kak.. saya ni sepanjang hayat tak pernah dapat bunga!" jawab Kay jujur. Puan Suraya tersenyum. "Bohonglah!" "Betul.. buat dosa je saya tipu akak.. er… kak, okey la yek.. dah lewat ni.. saya nak balik office dulu.. nanti saya datang lagi.. bye!" Kay melambai pendek sebelum keluar dari kedai bunga tersebut. Hatinya kian menguntum bila plan demi plan tersusun cermat di kepala.. KAY ternganga. Betul ke aku tak salah bilik ni? Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri meja. Sejambak bunga mawar merah dan sekotak coklat menghiasi mejanya.. mak aii.. segera kad kecil itu dicapai. Aik.. Cuma tulis "Hi! Good morning.." saja? "Ehem!! Ehemmm!!" Anis sudah tersengih di luar bilik. Matanya nakal merenung wajah Kay. "Hi.. belum sampai sebulan tukar imej dah ada secret admirer?" perlinya sambil menghampiri meja Kay. Kay sengih. "Dia tak mention pun siapa.." beritahu Kay lagi. "woww.." Kay senyum.. mawar di jambangan dicium lembut.. emm wangi... "Manalah tahu.. orang tu macho gile.." Anis senyum lagi. Kay angkat bahu. Jam sudah menunjukkan pukul 11.50. Kenapa lambat sangat waktu beredar hari ini? Sedangkan sudah macam-macam kerja aku buat. Sebaik saja keluar dari office Amal tadi dia tekun menyiapkan beberapa kerja yang terbengkalai. Selesai dia sempat ke Account Department menyerahkan senarai syarikat-syarikat pembekal untuk diaudit. Kemudian dia pergi ke bank untuk memasukkan beberapa ratus duit untuk adik di MRSM Kuantan. Kemudian tak lupa dia singgah di Sue's Galery, kedai menjual bunga yang baru beroperasi tak jauh dari bank. "Eh.. Kay.. kau tau tak sekarang nie.. boss hensem tu..hari-hari dapat bunga.." beritahu Anis excited. "Iye? Ada juga orang nak sedekah bunga kat dia tu? Dah la sombong bukan main.." Kay menjuih bibir. "Ishh.. kau nie.. walaupun dia tu kerek sikit.. tapi handsome tau.." "Bukan boleh bahagia Anis kalau muka lawa.. tapi perangai menyiksa jiwa.. apa.. kau suka ke kat dia?" Anis tersengih malu. "Sukalah jugak.. tapi kalau Encik Amal tu peramah sikit.. lagi suka.." "Sampai mati la.. kau kawin cerai kawin cerai 4 keturunan pun belum tentu dapat.." "Kau ni! Ada ke doakan aku macam tu.." Anis menarik muka. Kay tertawa. "tak malu nak mengorat boss.." ejek Kay sambil mencapai handbag Bonia, milik along. Hehehe.. "Ehh.. nak ke mana ni?" "Pergi makan," "Hii.. sejak bila ada boyfriend ni??" soal Anis pelik. "Bukan dengan boyfriend.." Kay membetulkan rambut yang pendek sebelum melangkah keluar. "Habis tu siapa?" soal Anis ingin tahu. "Dengan beruang kutub.." jawapan Kay itu membuatkan Anis tertawa dan menggeleng kepala. Kay.. Kay.. jangan benci sangat.. nanti beruang kutub jadi cinta hati! "KAU agak-agak.. siapa yang kasi bunga ni Odah?" soal Kay hairan. Jambangan bunga mawar yang diletak elok di depan pintu pagar di belek. Odah mengangkat bahu. Dia pantas mencapai bantal peluk. Mereka bergelimpangan di atas katil dalam bilik. "Ala.. ada la mamat-mamat tak ada mata minat kat kau tu.." "Amboii.. mulut kau.. ingat muka aku ni tak der value ker?" Odah tertawa melekek. Kay menguntum senyum. Jambangan bunga itu dibelai-belai. Pelik betul.. kat office dia kasi.. kat rumah pun dia kasi lagi! Mesti dia ni dah kenal sangat aku.. kalau tak takkan alamat rumah dia boleh dapat! "kau tau Odah.. tak pernah aku dapat bunga macam nie seumur hidup.." "So.. terharulah?" sindir Odah. Dia mencabut sekuntum dan diselit di celah telinga. "Entah-entah abang polis depan rumah kita ni kot?" Isshhh.. !! Kay mengerut kening. Mustahil. Baru bulan lepas abang polis tu bergaduh dengan aku! Puncanya kucing si Odah berak atas seat motor besar dia. Si Odah ni pun satu.. bela kucing pandai..pas tu tak reti jaga.. "Takkan la.. " "Habis tu.. takkan bai jual kain yang suka borak ngan kau tu!" Kay mencekak pinggang. "Amboi kau ni Odah.. kalau yang buruk-buruk.. yang sememeh-sememeh je taram kat aku ye?? Tak boleh cari yang hensem sikit ke?" soal Kay bengang. Odah tertawa lagi. "Nah amik kau!" Kay menonyoh kepala Odah dengan bantal. "Ishh!! Apa ni! Abih la masker aku ni!" Odah menepis bantal dari terkena mukanya yang bertepek bancuhan masker warna hijau. "Kau ni tepek masker hari-hari.. muka.. macam kawah gunung berapi jugak.." Kay sengih. "Ehh.. mulut tu..kawah kawah pun ada admirer tahu.." Odah menjuih bibir. "apa saja la korang berdua ni.." Along tiba-tiba muncul. "Ni.. Kay ni pelik sejak dapat roses tu Along, sudah seperti kera mendapat bunga.." Odah ni!! Bantal di tangan ditekup ke kepala Odah. Keduanya bergumpal mesra di atas katil membuatkan Along tersenyum. "Abih la masker aku…" Keluh Odah. Kay tertawa.. "along rasa siapa yang kasi bunga tu?" "Mana la along tahu.. entah entah.. si Amal tak?" Apa? Ptuii Ptuii! Kay mencampak jambangan mawar itu ke tepi. "Amboi.. benci betul nampaknya.." Odah menjeling. "Ahh.. tak mungkin la.. dia tu mana ada perasaan. Dah tu buta hati.. buta perut.. segala-galanya buta la.. orang macam dia tu mana tahu berbunga-bunga nie.. perintah orang tu reti la.." jawapan Kay membuatkan Along tersenyum. "Selalunya.. orang yang kita benci sangaaattt tu laaa yang kita dapat.." "Puhh.. amin.. masin mulut along!" Odah cepat-cepat menadah tangan. "Eh.. apa kau aminkan????" sekali lagi bantal dicapai dan tubuh Odah yang agak berisi itu dibalun bertalu-talu. Along tertawa melihat gelagat adik dan teman sepejabatnya itu. Tiba-tiba tawa mereka mati bila lagu MyLove kedengaran. Along cepat-cepat mencapai handset nokianya.
"Hello.. emm.. awak kat mana ni?.. iye?..Saya?.. emm dah..!! Tadi lagi.. apa?.. emm.. hehehe.. saya? Emm.. betul.. tak tipu.. rindu jugak..." Along tersengih-sengih dan bangun meninggalkan bilik itu. Kay dan Odah saling berpandangan. Alangkah syoknya kalau seperti along!! Kay baring di atas katil semula begitu juga Odah. Masing-masing tersenyum merenung siling.. sama membayangkan kebahagiaan yang Along kecapi saat ini. Itu la.. dulu jangan sesiapa berani sebut nama Suhaimi depan along. Alamatnya hari yang elok boleh bertukar ribut taufan! Tambahan pulak abang Mie tak hansem mana.. dah la hitam.. suka bertekak pulak tu! Itu cerita along la. Tragedi pertama mencetus perkenalan mereka semasa berebut teksi di Klang. Masa tu masing-masing nak kejar masa ke Puduraya. Maklumlah nak balik raya… sudahnya dua-dua ketinggalan bas. Apa lagi, sambil melalak along telefon abah di kampung beritahu terlepas bas, sedangkan esok sudah raya. Masa tu Kay masih di United Kingdom. Panik jugalah abah, tak pernah dalam sejarah anak sulungnya itu tak balik beraya, sedangkan KL dan Raub bukanlah jauh mana. Nak dijadikan cerita, tengah kalut-kalut bertekak menyalahkan sesama sendiri kawan abang Mie offer tumpangkan mereka sampai ke Bentung sebab dia dalam perjalanan ke Kuantan. Along masa tu nekad aje. Alang-alang dah terlepas bas, biar dia sama-sama bertanggungjawab.
Tiba di Bentung hari sudah hampir berbuka. Abang Mie juga yang mencari makanan untuk berbuka puasa. Dan, dia juga susah payah menghantar along balik selamat ke rumah. Yang ajaibnya.. tiba-tiba Abang Mie mesra dengan mak. Adik-adik yang lain juga bukan main gemar melayan Abang Mie. Itu la orang kata.. nak tackle anak, tackle mak bapak dia dulu. Lama jugalah keadaan itu berlalu. Dekat setahun, barulah along boleh terima Abang Mie. Itu pun lepas abang Mie tak jemu-jemu mengayat. Hantar kadlah.. hantar bungalah.. hantar coklat la.. kan bagus kalau aku pun macam tu?? Tapi.. ahh.. menyesal betul selama ni tak dengar nasihat mak dan abah. Sebenarnya aku bukan nak jadi macam ni. Nak buat macammana.. sejak kecil lagi kawan-kawan semua lelaki. Jadi, sampai ke besarlah aku terikut dengan cara mereka. Lagipun aku ni atlit sekolah. Apa saja acara aku tak masuk.. Cuma bola jaring je aku tak pernah cuba. Sebabnya.. aku ni terlalu ganazzz.. hehehhe
"Odah.. kan ke best kalau sekarang ni kita macam along kan.." Kay tersenyum sambil menoleh ke arah Odah. Tapi ceh!!! Hampeh punya kawan! Ingatkan sama-sama menganyam angan, rupanya sudah jauh bermimpi sampai meleleh air liur basi!!
KAY terkaku di depan pintu bilik. Sejambak mawar merah lagi hari ini. Bunga yang semalam belum lagi layu, sudah datang bunga yang baru? Kay senyum. "kepada sesiapa yang murah hati hantar bunga.. terima kasih.. hantar la selori pulak esok.." Kay bercakap seorang sambil membelek jambangan mawar itu. "Love's for a lifetime not for a moment so how could I throw it away.. - Amir – " Wow.. hari ini dia kenalkan nama! Kay senyum lagi. Apa yang dia nak dari aku nie.. cinta? Chiii sehhh.. "Amboi.. patutlah bilik nie berseri-seri.. ada bunga lagi.." Anis, si makcik sebok datang menjengah. Kay senyum. "Hi.. baju baru?" soal Anis melihat Kay menyarung sepasang kurung sutera warna merah jambu. "Hei.. meh sini, tengok ni.." Kay menunjukkan kad yang kelima diterima sejak jambangan bunga datang setiap hari ke mejanya. "Hmm.. Amir? Wah.. dia dah kenalkan diri.. bila pulak dia nak menjelma..?" Anis tersenyum. "aku pelik nie.. poem nie.. " Kay mengeluarkan kad-kad yang diterima sebelum ini..
"Don't wanna wake up alone anymore.. still believing you'll walk through my door.. all I need is to know it's for sure.. then I'll give .. all the love in the world…. Emm…" Anis mengerut dahi. "Ha.. ni bukan poem nie.. ini lagu la apa la kau ni!" Kay mengangkat kening.. lagu? "Apa maksud dia kasi semua ni?" "Mana la aku tahu.... nama dia pun dah diberitahu.. jadi.. pandai-pandailah.." Anis menasihatkan. "Err.. aku amik satu ye? " panjang tangannya mencapai sekuntum dan berlari keluar. Ceh.. sejak seminggu ini memang tiap-tiap pagi Anis mengunjungi biliknya. Apa lagi kalau bukan nak curi satu tangkai bunga aku ni! Kay senyum.
"Hai Kay.. orang di sana tu pun dapat bunga.. kau pun dapat bunga.." entah bila Rita datang dia sendiri tak perasan. Kay tersengih sendiri. "apa dia Rita?" soal Kay. "Encik Amal kat sana pun sama macam kau.. terima bunga.. dah seminggu dah kau tau.. hi.. siapa la gadis misteri tu.." "Iye ke gadis.. entah-entah.. maknyah tak? " Kay tertawa melekek. "amboi.. kau .. kalau belakang dia.. " Rita menggeleng kepala. Bunga mawar yang diterima Kay turut dibelek. Cantik.. tapi.. "Err… Kay.. kalau tak silap aku, gubahan bunga ni serupa yang Encik Amal terima.." "ahh.. mana boleh sama.. " "betul.. aku cam riben nie.. memang sama.." "Eh Rita, kau ingat riben macam nie satu kedai je ke ada?" Huh.. sungguh tak logik.. "tapi gubahan nie serupa betul.. jangan-jangan.." Rita merenung Kay lama. "Jangan-jangan apa?" "Penghantar bunga ni dari orang yang sama kot?" Apa? Ceh!! Kan ke bunga yang Amal terima tu aku yang punya kerja.. takkan aku nak hantar bunga pada diri sendiri kot.. "Merepek la kau ni Rita.. kat KL nie bersepah-sepah kedai bunga tau? Bunga ros.. bunga kekwa? Bunga untuk orang mati pun ada tau.." Rita angkat bahu. Orang cakap tak percaya! Aku tahulah sebab aku dah biasa dengan semua ni! Lain la kau tu.. baru nak belajar jadi perempuan tulen dah kerek semacam!
Deringan telefon mengganggu perbualan mereka. Kay memandang Rita. Alamak..beruang kutub memanggil ke? "Hello," "Hi Kay.." Kay menutup mulut. Adam!! "Hi.. lama tak dengar berita.." Rita angkat punggung bila Kay sudah mengenyit mata, isyarat tidak mahu diganggu. "I baru balik outstation.. I nak ajak you keluar.. kita lunch?" "emm.. bila?" "Today.. I ambil you," Emm.. Kay menyelak-helaian demi helaian plannernya. Free.. free..yes!! "Emm… okey!" "Okey.. bye," Talian telefon terputus. Kay senyum penuh erti. Adammm…
HARI ini seperti biasa bunga lagi menghias meja. Kay senyum. Diapun dah tak kuasa nak fikir siapa yang jadi secret admirernya. Kalau dia betul-betul ikhlas, suatu hari nanti pasti dia akan muncul memperkenalkan diri. Lagipun sekarang ini dia semakin rapat dengan Adam. Hmm.. seronoknya bila diri disayangi.. Adam memang romantik dan kini Kay rasa kebahagiaan seperti along akan dikecapi tak lama lagi. "Hello sayang.." Kay dah senyum saat suara itu singgah di telinga. "Awak kat mana ni?" "Kat site.. emm.. lunch ni I datang ambil you, okey?" "Okey! I boleh aja.." Kay dah tersenyum gembira. "Okey… nanti I ambil you.. bye.." Gagang telefon diletak. Kay tersenyum sendiri. "Ada pun awak, ada meeting tergempar, tiada yang tidak berkecuali.." Puan Zuraidah muncul sambil mengepit fail. "Apa puan? Tapi saya.." "Boss yang keluarkan memo, tak percaya pergi baca kat board, I tolong beritahu saja.." Ala.. leceh.. Kay memusing-pusing pen di jarinya. Mesti ada yang tak kena tu. Kalau tak takkan semua kena masuk meeting. Biasalah.. harimau garang tu nak marah orang ajelah tu! Bingkas dia bangun mencapai sebatang pen dan fail menuju ke bilik mesyuarat..
"Ada sesiapa nak jawab, kenapa bekalan tak cukup? Kenapa tiba-tiba pihak pelabur menarik balik perjanjian??" Amal merenung seluruh tulang belakang organisasi projek pembinaan Empangan Hidro itu. Masing-masing membisu seribu bahasa. Kay memusing-pusing pen di jari. Dan matanya resah merenung jam. Alamak.. dah hampir pukul satu..Tritt!! Tritt! Tritt! Ops!! "Siapa pula yang gatal onkan handset tu?" Soal Amal. Seluruh mata merenung Kay. Cis! Handset yang terlupa dioff tadi dioffkan segera. Kay Cuma tunduk merenung kertas yang diconteng-conteng. "Semua boleh keluar sekarang! Saya nak team yang bertanggungjawab atas projek ini buat satu siasatan.. by hook or by crook semua report mesti sampai ke meja saya Isnin depan, faham?" Amal memberi arahan dan segera keluar dari bilik meeting. Fuhhh.. masing-masing mengeluh lega. Tak pernah Encik Amal marah-marah begini.. Kay segera keluar dari bilik meeting dan bergegas ke biliknya. Dia cepat mencapai wallet dan handbag. Dia perlu segera turun kerana Adam sudah menanti lebih dua jam di lobby bangunan. Untuk masuk ke dalam pejabat dia perlukan pass pekerja.
Khusyairah! Nanti dulu.." Langkah Kay mati. Dia tak jadi menekan butang lif. Amal mara menghampirinya bersama kepilan-kepilan file. "Awak ikut saya ke Account Department, sekarang!" Arahnya. Kay rasa semangatnya terbang. "Sekarang lunch hour.." "This is an order!" Amal masuk ke dalam lif. Kay merenungnya dengan penuh rasa meluat. Salah orang lain aku pula yang kena! Dan dia tiada pilihan… langkahnya diatur masuk ke dalam lif. "Awak nak janji lunch dengan siapa?" soal Amal sewaktu di dalam lif. Kali ini suaranya sudah lembut. Kasihan pula melihat wajah masam Khusyairah. Kay tak menjawab. Bukan urusan awak! Dan dalam hati dia menyumpah sendiri.. memang beruang tak ada hati perut!
"DON'T wanna wake up alone anymore.. still believing u'll walk through my door.. all I need is to know it's for sure.. then I'll give.. all the love in the world.." Amal tersenyum sambil menghayati CD lagu yang sedang berkumandang di dalam keretanya. Hari ini bukan saja dapat bunga.. tapi dapat CD sekali.. Amal senyum. Honda Preludenya dibelok masuk ke dalam garaj
"Pak Ngah! Pak Ngah!" anak buahnya yang comel datang menyambut. Amal masuk ke dalam sambil mendukung Mursyidah. Amal senyum sambil menyalami umi dan abah. Kak Long yang sedang menyediakan hidangan petang tersenyum. "Macammana kerja di pejabat?" soal abah. "Hmm.. boleh la abah.." "Macammana dengan cadangan umi semalam?" soalan itu membuatkan Amal tersenyum. "Sungguh ke abah dan umi berkenan?" "Dia bukan orang lain.. anak saudara sepupu umi juga.." Amal mengeluh lagi. "Mana-mana yang elok pada abah dan umi la.. Amal ikut saja apa yang baik, Amal masuk dulu abah, umi," Amal meminta diri.
Tiba di kamarnya dia merebahkan badan. Satu keluhan berat dilepaskan. Wajah ayu Aisha terbayang-bayang di ruang mata. Kelembutan Aisha membuatkan dia tak mampu melupakan gadis itu. Demi kerana cintanya pada Aisha dia langsung membujang hingga ke hari ini. Tapi hari ini dia tidak dapat berdalih lagi. Permintaan umi dan abah untuk menjodohkan dia dengan Putri tak dapat ditolak lagi. Kononnya nak merapatkan kembali hubungan kekeluargaan yang sekian lama terpisah. Lagipun Kak Long juga memberitahu.. Putri tak kurang cantiknya. Tentu mudah untuk jatuh sayang padanya. Ahh.. orang senanglah bercakap.. yang menghadapinya nanti, aku ni…
"KAK.. kay pelik la kak.. sejak Kay kasi bunga kat mamat beruang garang tu.. selama itulah Kay pun terima bunga dari somebody.." Kay mengusapkan mawar yang masih kudup itu ke pipinya. "Hmm.. petanda baik.. ada orang sukakan Kay la tu.." Suraya tersenyum. Kay turut tersenyum. "Tapi Kak.. macammana kalau Kay cari siapa orangnya?" soal Kay. Sejak dua minggu ini mereka menjadi semakin rapat. Apa lagi Kay memang melanggan bunga-bunganya untuk dikirimkan pada Amal. Suraya mencucuk bunga baby brush terakhir pada gubahannya. "Cantik tak?" soalnya dan Kay mengangguk. Ala kalau tak cantik pun tak apa.. bukan aku nak kasi boyfriend! "Apa Kay tanya tadi?" soal Suraya. "patut ke Kay cari siapa orangnya?" ulang Kay lagi. "Terpulang.. tapi kalau nak seronok tunggulah sampai dia yang call," Suraya mengenyit mata. Kay senyum lagi. "Kak.. boleh Kay tanya sikit tak?" "Tanyalah.. banyak pon tak apa.. bukan kena bayar.." "Sejak bila akak pakai tudung?" soal Kay. "Ohh.. sejak tamat ITM.. akak kawin terus pakai tudung.." Kay mengangguk faham. Entah kenapa dia amat suka melihat cara Suraya. Penuh kelembutan. Cantik dan sangat menawan. "Agak-agak.. kalau Kay pakai tudung.. cantik tak?" soal Kay malu-malu. Hmm.. hari tu dia keluar dengan Adam, Adam ada memuji pelayan yang bertudung di restoren itu. Cantik katanya. "Ni.. mesti kerana boyfriend ni.." usik Suraya. "Tak ada la kak.. Cuma Kay rasa.. kita perlu berubah.. selama ni pun Kay tak seperti yang akak tengok ni.. dulu Kay pergi kerja pakai jeans.. pakai kemeja.. tapi sejak beruang ni datang.. Kay terpaksa pakai kebaya macam nie.." Kay menggigit bibir. "Kay.. Kay tak rasa bersalah ke permainkan orang?" soal Suraya. "Bersalah jugak.. tapi kalau dengan Amal ni.. sikit pun tak!" jawab Kay. Suraya menggeleng kepala. "Anda pasti?" soal Suraya mengusik. Kay senyum. "Kalau dia jatuh hati kat Kay, Kay belanja akak nasi minyak.." usik kay. "Okey la kak.. dah lama Kay kat sini. Kay balik dulu.." Suraya mengangguk dan melihat gadis tinggi lampai berkebaya hijau itu keluar dari kedainya.
"KAY, Encik Amal nak jumpa, Sekarang," suara Rita di corong telefon kedengaran. Kay menepuk meja geram. Apa lagi yang orang tua ni nak?? Kay melangkah malas menuju ke bilik boss. Amal sedang menanti dengan tenang. "Duduk," Kay menurut. Amal bangun dan menutup pintu bilik. Alamak.. apasal pulak dia tutup pintu? Seram jugak aku.. Kay bertenang selagi boleh. "Saya nak tanya sikit ni.. soalan personal.." Amal memandang Kay tepat. "Apa dia Encik Amal?" "Dah berapa kali awak keluar dengan Adam?" Amboiii… ni dah nak menyibuk tepi kain aku nie.. "Itu hal personal saya Encik Amal.. Encik tak perlu ambil tahu.." jawab Kay. "Khusyairah, saya tak kisah kalau awak keluar dengan lelaki lain.. tapi saya nasihatkan awak jangan keluar dengan Adam lagi.." wahh wahh.. siap warning tu! "Terima kasih tapi Encik Amal, Encik tak ada hak untuk mengatur personal life saya.." Kay segera bangun dan menuju ke pintu. "Khusyairah, saya buat begini demi kebaikan awak.. terpulang.. saya kenal Adam macammana.." Kay terus memulas tombol pintu. Ceh.. kenapa dia ni tak habis-habis nak memusnahkan hidup aku? Kay berjalan laju menuju ke bilik. Jambangan besar mawar merah yang diterima pagi tadi menghiasi meja. Nasib baik aku dapat bunga dari peminat aku ni.. kalau tak memang aku tak boleh nak kawal marah ini. Kerja-kerja yang terbengkalai tadi diteruskan. Hmm.. kenapa si Amal tu macam berdendam dengan aku? Bukan aku pergi kacau hidup dia.. tapi dia yang banyak campur tangan dalam hidup aku. Penampilan aku dulu dia tak suka, aku dah ubah. Aku turut kehendak hati perut dia tu walaupun hati aku tak rela sebenarnya. Hari ini dah nak tentukan dengan siapa aku boleh dan tak boleh berkawan pulak.. ini sudah lebihh
"Hello Kay.." Adam?? Kay dah tersenyum lebar melihat lelaki yang sedang tersenyum. "Jom.. lunch.." pelawa Adam. Sambil itu dia menjeling pada jambangan mawar merah di atas meja. "Dari siapa?" soalnya. Kay tidak menjawab sebaliknya terus mencapai handbag. "Jom, kita lunch.." dan Kay terus meninggalkan pejabat walaupun jam baru pukul 11.20 pagi… "