MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 8 May 2008

~Buat insan yang melahirkan aku ke dunia ini..~

Renungkanlah kwn2…

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon…
Ibu Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..
Ibu Bila nak exam, orang pa lin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang pa lin g risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. .
Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku,
Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

coretan ini bisa buat aku sedar
tentang kealpaan aku terhadap org yang bertanggungjawab...
bagi mewujudkan aku ke dunia ini.

apalah dayaku ibu...
ketahuilah semua anak-anakmu menyayangimu..
selalu berkirim dan bertanya khabar tentangmu...
untuk mengelilingimu seperti dulu...
kami tak bisa kerna..kami sudah berkeluarga..
namun hidup yang makin mencabar..
membuatkan kami bergilir-gilir menemanimu..

Ketahuilah ibu..
kasih kami xpernah luntur untukmu...
Ya Allah ringankanlah beban yang dtanggung ibu...amin

~Air Jernih gugur lagi di pipiku~

"Mampukah kau menyapu andai ada titik jernih di pipiku?
Aku jua insan biasa yang punya hati dan perasaan.
Yang ingin tersenyum dan tertawa.
Apalah ertinya andai bibir terukir senyuman namun hatiku berdarah...Er,,"

bagaimana dan pada siapa hendak aku luahkan perasaan ini
harap-harap dengan meluahkan disini bisa meringankan bebanku
tangisku bukan kerna sakit dan dianiaya...
aku yakin semua insan akan melalui saat2 sepertiku..
saat ini aku pasti ibu di kampung masih lagi bertarung dengan kesakitan..
Erm....penyakit darah tinggi menyerangnya lagi...
Ya Allah...ringankanlah beban yang ditanggung oleh ibuku..

Ibu...(Siti Asa Mohd Amin)
aku mengerti kini...
setelah aku bergelar ibu untuk cucu-cucumu..
betapa susahnya kau mengusungku dalam rahimmu selama 9bulan 3hari
aku juga merasai bagaimana sakit semasa kau melahirkan aku dulu

Ibu...
jasamu pada aruah ayah dulu
aku melihat sendiri ..
kelembutanmu dalam melayani kerenah aruah bapa masa sakitnya
sanggup mencuci luka dikakinya..
bersengkang mata menemani ayah bercerita
tentang suka duka hidup bersama..

sedangkan kami anak-anak dari dagingnya sendiri
berdolak dalik untuk melakukannya..
bukan kerna kami derhaka..
tapi jarak antara kita yang berjauhan buat kami leka..dan alpa...
tentang jasamu berdua..

Maafkan aku ibu...
bukan niatku...untuk tidak setia..
dari ajaran dan nasihatmu juga...
aku patuh untuk terus berbakti pada suami tercinta..
walaupun setiap hujung minggu kita berjumpa
masih lagi terselit rasa bersalah dihatiku

bersambung...

Tuesday, 6 May 2008

~Hargailah sebuah perhubungan,,,Jangan tamak..~




Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.
1 tahun dalam masa perkenalan dan 10 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan sayaterhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga
cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk
Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi
'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


penulis crita nie ...bukanlah ct...

tapi crita nie..benar2 bermakna buat ct..

moga-moga ikatan perkahwinan ct berkekalan hendaknya hingga ke ujung usia..Amin.